Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas Tarikh Masa

Bil Murid Tema Tajuk : Tahun 4 Lestari : 22.03.2013 (Selasa) : 7.10-7.40 (30minit) : 20 orang : Kesenian : Kain songket

Pengetahuan Sedia ada murid : Murid sudah tahu dan pernah memakai kain songket. Murid sudah belajar tentang kata nama am, kata nama khas, kata ganda, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat ; 1) Membaca teks petikan dengan intonasi dan tanda baca yang betul. 2) Menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 5 soalan pemahaman dengan betul. 3) Menulis sekurang-kurangnya dua ayat tunggal dan 2 ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan. 4) Menyatakan sekurang-kurangnya 4 kata nama khas, 4 kata nama am dan 4 kata ganda berdasarkan teks petikan. Fokus utama : 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. Fokus sampingan : 5.2 - Aras 3 (ii)- Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. 8.2 - Aras II (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Sistem bahasa : Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganda. Pengisian ilmu : Kajian Tempatan Nilai Murni i) Kerajinan ii) Kerjasama Unsur Patriotisme : Menghargai warisan budaya tempatan. BBB i) kain songket

ii) Petikan iii) Kad manila iv) Lembaran kerja Masa / Langkah Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pengajaran Catatan

Aktiviti guru Set Induksi (5 minit) -Benda maujud kain songket -Guru meminta murid mempamerkan kain songket yang telah dipesan oleh guru pada minggu lalu. -Guru memberi penerangan sambil bersoal jawab mengenai pengetahuan sedia ada murid tentang kegunaan kain songket.

Aktiviti murid BBB Kain songket

-Murid mempamerkan kain songket masingmasing. -Meneliti keunikan tenunan songket. -Murid mendengar dan memberi tindak balas kepada guru.

Langkah I (10 minit)

Teks petikan bertajuk : Kain Songket. -Membaca teks petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.

-Guru mengaitkan kain songket dengan pelajaran yang hendak disampaikan. -Guru meminta beberapa orang murid membacakan teks petikan.

-Mendengar dan memberi perhatian terhadap penerangan guru. -murid membaca petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul. -Murid lain memberi perhatian sambil menyemak teks petikan.

BBB -Teks petikan -Bacaan

Langkah 2 (3 Minit)

-Bersoal jawab.

-Guru meminta murid menjawab beberapa soalan berdasarkan teks petikan.

-Murid menjawab secara lisan.

-Lisan

Langkah 3 (8 Minit)

-Berbincang dalam kumpulan. 1-Membina ayat tunggal/majmuk. 2-Kata Nama Kkas. 3-Kata Nama Am. 4-Kata Ganda.

-Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. -Guru mengedarkan kad manila untuk mencatat hasil kerja kumpulan. -Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan mengikut tajuk masing-masing.

-Murid berbincang dalam kumpulan dan mencatat hasil perbincangan mengikut tajuk yang diberi.

BBB -Kad Manila -Menjana idea

Langkah 4 (7 Minit)

-Pembentangan hasil kerja kumpulan.

-Guru meminta ketua/wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan. -Guru mengulas hasil kerja murid sambil memberi pujian kerana memberi kerja sama dalam kumpulan untuk menghasilkan tugasan kumpulan dengan baik.

-Murid melantik wakil dalam kumpulan untuk membentang hasil perbincangan.

-kemahiran mendengar.

-Mengulas kerja murid.

-Murid mendengar dan memberi perhatian.

Langkah 5 -Penutup (2 Minit)

-Rumusan isi pelajaran. -Penerapan nilai murni : I Kerajinan 2 kerja sama -

-Guru merumus isi pelajaran yang baru disampaikan dan mengaitkannya dengan nilai-nilai murni. -Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap individu sebagai kerja rumah.

-Murid menyatakan beberapa nilai murni melalui petikan tadi.

BBB

-Lembaran kerja.

-Murid mengambil lembaran kerja tersebut untuk disiapkan di rumah.

Pengukuhan

Anda mungkin juga menyukai