Anda di halaman 1dari 14

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 82

UNIT 5 MASYARAKAT MAJMUK DAN HUBUNGAN KAUM


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan tentang konsep Masyarakat Majmuk. Menjelaskan pembentukan masyarakat Majmuk di Malaysia. Mengetahui kesan kedatangan masyarakat Majmuk. Melihat pola hubungan kaum dan usaha ke arah merapatkan hubungan kaum di Malaysia.

PENGENALAN
Bab ini akan mendekati konsep masyarakat majmuk di Malaysia kesan daripada dasar penjajah. Konsep masyarakat majmuk boleh difahami dengan melihat kepada definisi yang diutarakan oleh F.S. Furnival. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bukan suatu yang baru di mana konsep ini sudah ada semenjak di alam Melaka lagi iaitu dengan kehadiran pedagang-pedagang dari luar seperti Cina, India dan lain-lain telah berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan ada setengah dari mereka telah membina penempatan di Melaka dan ada sesetengahnya telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan juga ada yang memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan Melaka. Situasi pada masa ini adalah amat baik dan aman damai sebab tidak ada kepentingan untuk wujudnya konflik disebabkan kedatangan masyarakat luar adalah untuk berdagang dan kewujudannya adalah dalam bentuk minoriti dalam masyarakat Melaka. Namun begitu, selepas era penjajahan keadaan demografi masyarakat berubah dengan drastik dan kemasukan kaum Cina dan India di Malaysia telah merubah bukan sedikit struktur sosial masyarakat. Perubahan ini memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada ekonomi, politik dan sosial tetapi juga kepada perlembagaan dan sistem pendidikan kita.

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 83

ISI KANDUNGAN
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Gambar 5.1: Anak-anak di Malaysia adalah masyarakat yang bermajmuk Apa yang anda dapat jelaskan melalui gambar ini? Inilah senario kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang dicirikan dengan perbezaan yang ketara antara ras dan budaya. Menurut F.S. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah: iiiiiiivvTerdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain. Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan sosial yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang sama. Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasan petempatan yang berasingan. Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan, konflik dan paksaan. Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas, interaksi yang berlaku hanya terhad dalam kegiatan ekonomi berjual beli.

Menurut Prof. Dato Dr. Shamsul Amri masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai stable tension. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jika tidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidak baik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 84 kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemai agar peristiwa itu tidak berulang. Kewujudan pemajmukan pada masa ini adalah disebabkan oleh perdagangan dan membawa kepada kemunculan petempatan-petempatan asing. Selain itu, ada juga pedagangpedagang tadi yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan. Misalnya dengan kewujudan golongan Baba dan Nyonya serta Chettiar. Kehadiran para penjajah ke Melaka seperti Portugis, Belanda dan British pula telah menggalakkan lagi proses pemajmukan ini berlaku terutama semasa penjajahan British di Tanah Melayu yang membawa kepada dimensi baru kepada proses pemajmukan masyarakat di Malaysia. Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia ditandai dengan tiga golongan etnik yang utama antaranya Melayu, Cina dan India. Kemajmukan ini pula diwarnai lagi oleh kaum-kaum yang lain seperti kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak. Kaum-kaum pribumi di Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Sulu, Iranum dan sebagainya. Masyarakat Pribumi di Sarawak pula seperti Iban, Dayak, Bidayuh, Penan, Kelabit, Melanau, Orang Ulu, Kedayan dan sebagainya. Selain itu, di Semenanjung Malaysia terdapat kaum-kaum seperti Orang Asli, Baba-Nyonya, Chettiar, Serani, Siam dan sebagainya. Mengikut Perlembagaan Malaysia terdapat lebih daripada 40 suku etnik dengan sekurang-kurangnya 20 suku etnik di Sabah dan 20 suku etnik di Sarawak. Kewujudan masyarakat majmuk ini bukan sahaja pada bangsanya sahaja tetapi juga adalah berdasarkan agama dan cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan. Misalnya agama Islam merujuk kepada agama anutan sebahagian besar bangsa Melayu. Begitu juga agama-agama lain seperti Kristian (Cina dan India), Buddha (Cina), Hindu (India), Sikh (Punjab), Konfucious (Cina), Taois (Cina) dan Pagan (Orang Asli) mewakili kaum-kaum tertentu. Agama-agama tersebut menjadi agama yang penting di Malaysia sekarang ini. Namun begitu, jika merujuk kepada masyarakat majmuk kaum Cina dan India adalah merupakan masyarakat yang telah dibawa masuk ke Malaysia oleh penjajah atas dasar perekonomian. Perbincangan selepas ini akan membincangkan aspek kehadiran imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.

Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat


Tahukah anda sebelum terbentuknya masyarakat majmuk di Alam Melayu atau khasnya Negeri-negeri Melayu masyarakat di kawasan ini adalah hampir kesemuanya adalah daripada kaum Melayu? Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatangan British khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Masyarakat luar yang datang sebelum kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah yang kecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti perdagangan sahaja seperti Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Jorhor, Sungai Pahang dan Kelantan. Kedatangan mereka tidak ada niat lain dan mereka datang dengan alasan perdagangan. Justeru kita tidak pernah mendengar konflik dan masalah perkauman wujud pada zaman ini. Peperangan yang berlaku adalah lebih menjurus kepada perang saudara seperti perebutan takhta dalam kerabat

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 85 Raja-raja Melayu. Mereka datang secara sukarela dan mereka mudah mengadaptasi dan berasimilasi dengan masyarakat setempat khasnya dalam budaya Melayu. Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli keluarga yang terdiri daripada anak dan isteri. Jika mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Asia Tenggara maka sudah tentu keputusan mereka itu merupakan keputusan yang berasaskan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga masing-masing. Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaan para pendatang tersebut. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang telah sedia ada di dunia baru mereka. Manifestasi asimilasi yang harmoni ini terjelma di dalam kehidupan pluraliti masyarakat pada zaman tersebut. Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwin dengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan. Di samping, mereka juga mengamalkan budaya kehidupan seharian orang-orang Melayu. Selain daripada itu, amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh pendatang ini juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur di dalam majlis perkahwinan adalah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India.

Apakah bentuk hubungan kaum yang berlaku sebelum kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu? Bincangkan. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat


Pembentukan masyarakat selepas zaman kedatangan orang-orang Barat berbeza dengan sebelum kedatangan mereka. Kaum China dan India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara adalah demi kepentingan ekonomi-politik British. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerja sebagai buruh. Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan emas. Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah. Hanya mereka dibawa masuk secara paksa ke sini tanpa turut disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak-anak. Akibatnya, hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing pada satu hari nanti tidak pernah padam di dalam sanubari mereka. Hasilnya, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Oleh kerana hasrat untuk kembali ke tanah air tidak tercapai maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Keadaan ini selanjutnya mewujudkan kelompok-kelompok masyarakat yang hidup di dalam dunia mereka sendiri dan terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat yang sama. Akibatnya, setiap

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 86 kelompok gagal mengenali antara satu sama lain. Inilah masyarakat plural seperti yang dimaksudkan oleh Furnivall. Walaupun sebelum kedatangan Inggeris ke Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol. Namun, kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza. Kuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme di dalam misi-misi kedatangan mereka. Inggeris pula menggunakan senjata serampang dua mata di dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya, mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah. Mereka meragut semua yang ada di dalam kehidupan masyarakat yang dijajah. Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untuk kepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Oleh itu, hasil-hasil bumi seperti bijih timah dan emas perlu diragut. Maka untuk itu buruh dari negara China perlu dibawa masuk untuk mengusahakan lombong-lombong tersebut. Manakala untuk mengusahakan ladang getah pula, mereka menggunakan khidmat tenaga-tenaga buruh dari negara India. Dari segi kolonialisme pula mereka memperkenalkan sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan. Sistem sosial-politik-agama tempatan perlahan-lahan ditukar ganti dengan sistem sosial-politikagama mereka. Hasilnya, mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit sahaja. Sebagaimana yang berlaku di India di mana hanya 120,000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India. Maka dikatakan inilah permulaan kepada pemisahan di antara pluralistik dan masyarakat plural.

Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk


Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai Misi dan visi yang hebat. Bermula dengan zaman Parameswara yang menjadi pengasas pertama melaka. Kemudian diwarisi oleh sultan yang bewibawa seperti Sultan Muzaffar Syah (1446-1456), Sultan Mansur Syah (1456-1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488), dan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Kepulauan Riau-Ringga. Kebangkitan Melaka juga dipengaruhi oleh hubungan luar contohnya dengan China. Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ming dan Cheng Ho untuk mengadakan hubungan persahabatan, diplomatik dan perniagaan dengan Melaka. Empayar melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang daripada pelosok dunia sehingga ianya digelar The Venice Of The East. Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka. Pemerintahan dijalankan dengan sikap yang penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri dari kalangan orang-orang Melayu tempatan tetapi juga para bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan seterusnya menetap di Melaka. Terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan di dalam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China juga berlaku. Contohnya perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yang didakwa sebagai puteri Raja China. Ringkasnya pemerintah pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian di antara kaum. Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 87 kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam menyumbang besar kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pemerintah Melaka amat menghormati ajaran Islam dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan Islam. Peranan Islam begitu penting ketika itu apabila ia dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tinggi dalam hierarki pentadbiran di Melaka. Contohnya, pemimpin dikehendaki mengetahui dan memahami Hukum Kanun Melaka. Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka yang mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan. Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Ianya berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan. Di dalam Hukum Kanun Melaka, undang-undang jenayah terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Qisas, Hudud, Tazir dan Diat. Undang-undang Jenayah Islam seperti hudud, qisas, dan diat dijalankan. Segala bentuk maksiat termasuk judi dilarang sama sekali. Sebelum era penjajahan bermula di Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat sudah hidup di bawah naungan undang-undang Islam terutamanya di Melaka. Di bawah pelaksanaan undang-undang ini, Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan dan kuasa Islam yang berpengaruh di rantau Asia Tenggara. Sejarah Melaka dijadikan rujukan untuk membuktikan bahawa sistem hidup yang dianjurkan oleh Allah merupakan undang-undang tempatan dan negeri yang telah diterima pakai sebelum kedatangan penjajah lagi. Kemajmukan masyarakat sama sekali tidak boleh dijadikan helah untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka kedua-duanya berteraskan ajaran Islam telah dilaksanakan di dalam pemerintahan Melaka telah membuktikan bahawa perlaksanaan Islam yang sebenar akan mendatangkan kemajuan dan kemakmuran di dalam kehidupan manusia. Tidak wujud sama sekali unsur-unsur keganasan di dalam pemerintahan kerajaan Melaka. Perdagangan berjalan begitu rancak dan subur. Ini semua adalah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pelabuhan pula ditadbir dengan sangat cekap. Oleh kerana tidak ada hasil bumi yang dieksport (kecuali sedikit timah) serta keadaan tanah yang kurang sesuai untuk pertanian, Melaka dibangunkan sebagai pelabuhan transit di Selat Melaka. Keuntungan yang diperoleh bergantung kepada jumlah barang dagangan yang masuk dan keluar pelabuhan. Penguasaan Melaka terhadap kawasan-kawasan takluknya juga mempunyai kepentingan ekonomi dan perdagangan, kerana ia dapat mengawal pengeluaran barangannya untuk dibawa ke Melaka Bagi tujuan tukaran dengan para pedagang yang lain. Sejak perkembangan Islam, Melaka juga menjadi tumpuan para ulama dan pedagang Muslim dari kawasan nusantara dan juga dari India, Arab dan Parsi. Sebagai pelabuhan entrepot, Melaka menjadi orang tengah dalam proses pengumpulan dan penyebaran barang dagangan asing. Kedudukan yang strategik, membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan, ia

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 88 menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat, dan selatan. Dari arah timur, Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Dari arah barat Pedagang India berpusu-pusu datang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima dan laksamana Melaka yang proaktif.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam dilaksanakan. Maka tidak hairanlah ribuan kapal berulang-alik ke Melaka. Ini dimungkinkan oleh tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka. Kepulauan Melayu sangat terkenal dengan hasil rempah-ratus yang dianggap sebagai barang mewah pada ketika itu. Di atas faktor ini juga para pedagang dari seluruh pelusuk dunia datang ke Melaka untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Demikianlah dengan kehadiran para pedagang dari kawasan serantau dan dari kawasan lainnya meletakkan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Faktor ekonomi dan perdagangan maritim seperti ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem sosialnya, sehingga menjadikan Melaka sebagai kota kosmopolitan dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Melalui dasar pintu terbuka ini, wujudlah masyarakat majmuk pertama dalam sejarah Malaysia. Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana proses penghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah kumpulan etnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Zaman ini bukan zaman negara-bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh Inggeris yang seterusnya mewujudkan masyarakat plural. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Ini membolehkan para pedagang daripada Arab, India, Cina dan lain-lain datang berdagang secara suka rela. Mereka telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik sekali. Asimilasi di antara pedagang dari Cina dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba, Mamak, dan Chitty. Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cina dan Melayu adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal dari keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba berasal dari keturunan Konfu, Kheh (Hakka) dan lain-lain. Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh di samakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 89 tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orangorang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain. Sejarah ada membuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurus niaga. Menurut seperti apa yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan 'keling' adalah berasal dari 'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling. Mereka terus kekal tinggal dan menetap di Melaka. Jadi, pada zaman empayar Melaka komposisi penduduk telah memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, ramai juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini terutamanya Singapura. Baba Melaka yang terdapat pada hari ini boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan gaya bahasa Baba yang boleh dipanggil bahasa Melayu Baba. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Selain itu, makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Jenis-jenis masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak. Di samping itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur. Generasi Nyonya (Baba Perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Sungguhpun demikian dalam aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama, mereka masih kekal dengan amalan dan kepercayaan warisan Cina. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihatkan kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna-warni warisan budaya Cina tradisional. Manakala, masyarakat 'India Chitty' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai perayaan ini turut disambut oleh masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chitty ia bermula lebih awal. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya perayaan Ponggol).

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 90 Pada hari tersebut masyarakat Chitty akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Ia disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan dengan penuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak kerana dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka. Manakala wanita yang sedang mengalami haid pula, tidak dibenarkan memasak kerana ianya menjadi pantang larang dalam menyediakan makanan itu untuk roh dan nenek moyang dan sudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Masyarakat Chitty akan bersembahyang setiap hari sepanjang bulan Margli sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akan membasuh lantai di depan rumah dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai tanda kesyukuran ketika sembahyang arwah. Bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagi masyarakat Chitty kerana pada minggu terakhir mereka beramai-ramai akan pergi ke kubur nenek moyang masing-masing untuk bersembahyang dan membersihkan kawasan persekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu daripada nenek moyang mereka supaya keamanan serta perpaduan sentiasa terjalin di dalam keluarga. Pada hari pertama bulan Thai (14 januari) pula masyarakat Chitty akan menyambut perayaan 'Bitthu Ponggol" iaitu rumah terbuka kepada sanak saudara dan sahabat handai. Para tetamu akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti dodol, wajik, koya kacang, kanda kasturi, baulu, kuih belanda, kuih bangkit, halwa dan sagun yang menjadi kegemaran masyarakat Chitty. Walaupun masyarakat Chitty adalah kaum minoriti perpaduan dan sikap kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan seperti itu. Kemeriahan pastinya terbayang di wajah penduduk perkampungan seperti di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Untuk menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru, beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban kepala), menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolem. Namun kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Jika generasi muda ini tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelan zaman

Bincangkan bagaimanakah Melaka boleh kita lihat sebagai sebuah model masyarakat majmuk terbaik yang pernah dilahirkan.

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 91

Proses Kemasukan Kaum Imigran


British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India. Kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula dengan penjajahan Britisah di Tanah Melayu. Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan kehadiran tenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi sanggup pula menerima upah yang murah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesengsaraan hidup yang dialami oleh etnik-etnik Cina di negara mereka. Keadaan pertambahan penduduk yang mendadak sekitar abad ke-19 telah membataskan perkembangan ekonomi masyarakat Cina. Mengikut perangkaan pertambahan penduduk daripada 1741 hingga 1850 ialah sebanyak 287 juta orang. Jumlah pertambahan yang drastik ini menyebabkan kesukaran untuk mendapat pekerjaan dan lebih teruk lagi berlaku ketidakstabilan ekonomi dalam negara China sendiri. Alternatifnya ramai di kalangan orang-orang Cina sendiri mengambil peluang untuk berhijrah ke tempat-tempat lain khasnya di Asia Tenggara dan salah satu tempat yang ditujui secara besarbesaran ialah di Tanah Melayu. Tambahan pula pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untuk berhijrah adalah menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrah seperti adanya sistem tiket kredit, pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kos perjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu. Hutang tersebut akan dilasaikan setelah mereka bekerja di sini. Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang sama dengan sistem tiket kredit Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri. Cuma mereka akan terikat dengan kontrak dengan majikan dan dengan itu sistem ini dikenali sebagai buruh kontrak. Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahan buruh-buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segala kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut. Sekiranya majikan mengambil buruh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi tersebut. Cara ini dapat mengelakkan penindasan terhadap beruh-buruh yang dibawa daripada China dan menaikkan reputasi British. Dengan demikian, perpindahan buruh-buruh dari China berlaku secara besar-besaran hingga menjadikan masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai di Malaysia sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran dan perekonomian negara. Oleh itu, kaum Cina adalah penting untuk dibincangkan dalam kursus ini. India merupakan tanah jajahan british pada masa itu. Situasi yang sama berlaku kepada masyarakat dari India yang datang ke Malaysia. Tekanan yang dihadapi oleh mereka di negara mereka disebabkan sistem kasta, bencana alam dan kawasan pertanian yang terhad, kadar kemiskinan dan kebuluran yang semakin ketara menyebabkan mereka mancari satu alternatif untuk mengubah kehidupan mereka. Sementara itu, perkembangan yang pesat dalam sektor perladangan di Tanah Melayu dalam pertanian dagang seperti getah, kelapa sawit, kopi, teh dan tebu memerlukan tenaga buruh yang ramai.

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 92 Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor pertanian ladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor perladangan di Tanah Melayu. Selain itu, mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkan dengan buruh tempatan. Oleh itu, India sebagai tanah jajahan British memberikan galakan kepada buruh-buruh India untuk bekerja di Tanah Melayu. Terdapat tiga cara buruh India di bawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak, Sistem Kangani dan Tabung Imigran India. Sistem kontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering berlaku penindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini dihapuskan pada 1910. sistem ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Sistem ini lebih bebas di mana buruh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan hanya perlu membayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu. Tabung imigran India merupakan tabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung dengan dana dari tabung ini. Namun begitu, kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. Daripada 38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang telah pulang ke India menjelang tahun 1908. Kesan daripada kedatangan buruh-buruh dari China dan India telah mewarnai kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka hingga kini adalah membentuk kaum yang bersatupadu dan bekerjasama. Lebih jauh daripada itu adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan bangsa idaman iaitu bangsa Malaysia iaitu dengan memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Adalah penting walaupun kita berlainan budaya tetapi kita dapat berkongsi budaya antara etnik yang akan diwarisi oleh anak cucu nanti. Dengan mengambil satu kaum imigran yang ada di Malaysia, bincangkan faktor-faktor kedatangan mereka ke Tanah Melayu suatu masa dulu.

Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum


Dasar penjajahan British iaitu Pecah dan Perintah telah menimbulkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia. Semasa penjajahan, orang Melayu banyak menumpukan perhatian di bidang pertanian dan mereka tidak digalakkan atau diberi kemudahan untuk menyertai sektor ekonomi yang baru itu. Kegiatan-kegiatan pertanian masih jelas kelihatan di kalangan orang Melayu selepas merdeka, misalnya pada tahun 1957 dari 1,023,000 orang Melayu yang bekerja seramai 749,000 (73.3 %) menceburi bidang pertanian. Hanya 58,000 (5.7%) dalam perkilangan dan perdagangan berbanding dengan peratus Cina sebanyak 40.2 peratus dan 29 peratus dalam bidang yang sama. British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampung dan menjalankan ekonomi tradisi dan mereka juga berpendapat bahawa mengambil buruh

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 93 orang Melayu sebagai buruh tidak begitu stabil kerana ikatan mereka terhadap keluarga dan kampung amat kuat. Penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal. Sebaliknya Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombonglombong dan orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sektor perlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi bijih timah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia. Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasankawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar. Keadaan tersebut dapat dilihat hingga ke hari ini di mana terdapatnya bangunan-bangunan rumah kedai yang diusahakan dan didiami oleh orang-orang Cina. Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan, polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan, sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik. Senario ini menjadi duri dalam daging yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara ini supaya tidak berlaku keciciran etnik-etnik tertentu dalam mengejar pembangunan tersebut.

Gambar 5.2: Masyarakat Majmuk yang mempunyai budaya, agama dan bahasa yang berbeza

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 94 Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Apa yang jelas di sini ialah di mana ketidakseimbangan antara kaum dalam pelbagai peringkat pekerjaan dan sektor ekonomi akan dapat diatasi sebanyak mungkin.

Anda diminta berada dalam kumpulan 4 hingga 5 orang satu kumpulan. Bincangkan kesan-kesan kedatangan kaum imigran ke Tanah Melayu dari pelbagai aspek.

RUMUSAN
Pembinaan bangsa Malaysia adalah berkait rapat dengan pembentukan pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu yang seterusnya berkembang dan menjadi teras pembentukan Malaysia. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia begitu dekat bila dibincangkan dalam konteks pensejarahan. Kesan daripada pembentukan masyarakat majmuk cukup besar dalam pembinaan bangsa Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan hingga konsep pluraliti itu adalah sesuai untuk merujuk kepada Malaysia. Namun begitu, di sebaliknya pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah kekuatan Malaysia jika setiap individu dapat menolak perasaan fanatik kepada bangsa masing-masing. Dalam hal ini, kerajaan cuba untuk merungkaikan permasalahan ini supaya tidak akan berlaku rusuhan kaum kali kedua dan diperkenalkan pelbagai dasar dan prinsip seperti Dasar kebudayaan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara. Diharap masyarakat Malaysia dapat faham akan isu ini dan seterusnya memacu ekonomi negara untuk kepentingan bersama tanpa mengira kaum dan agama.

KATA KUNCI
1. Hubungan Kaum 2. Kaum Melayu 3. Kaum Cina 4. Kaum India 5. Masyarakat Majmuk 6. Budaya 7. Pribumi Sabah 8. Pribumi Sarawak

LATIHAN
1. Bagaimanakah terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu? Jelaskan. 2. Jelaskan ciri-ciri yang berbeza antara kaum-kaum terbesar di Malaysia.

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 95

3. Bincangkan usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang terpisah oleh dasar penjajah. 4. Apakah faktor-faktor yang menyulitkan perpaduan yang hendak dicapai? Terangkan. 5. Buatkan perbandingan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. 6. Bincangkan ciri-ciri kaum peribumi di Sabah dan Sarawak dari aspek budaya, ekonomi dan penumpuan kawasan tempat tinggal. 7. Dengan merujuk kepada komuniti masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Bincangkan tentang mereka dari aspek budaya, ekonomi dan tempat tinggal. 8. Dapatkan data sumber yang sah berkaitan dengan ekonomi masyarakat Melayu, Cina dan India. Buatkan satu analisis berkaitannya dengannya.

RUJUKAN
Abd Aziz Rahman. (1999). Kamus Masyarakat. Selangor: Federal Publication Sdn. Bhd. Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mardiana & Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Musa Hitam. (1986). Nasionalisme: Publications(M) Sdn. Bhd. Krisis Dan Kematangan. Selangor: Pelanduk dan

Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al. (2001). Pengajian Malaysia: Kewarganegaraan. Petaling Jaya : Pearson Malaysa Sdn. Bhd.

Kenegaraan

Nor Ashikin Yusof. 1988. Sejarah Perkembangan Buruh Di Malaysia. Tesis Ijazah Pertama. Jabatan Sejarah: Universiti Malaya. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2004). Kenegaraan Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wang Gungwu. (1979). Latar belakang kebudayaan cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill (et. al). (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim (et. al.) 1992. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.