Anda di halaman 1dari 22

D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 142

UNIT 8 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Pelajar mampu mendefinisikan konsep dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar-dasar negara. 2. Pelajar mampu menyatakan kandungan utama beberapa dasar seperti dibincangkan. 3. Pelajar mampu menghubung kaitkan dasar negara dengan proses pembangunan yang berlaku.

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat pembangunan dapat didefinisikan sebagai perihal membangun, proses membangun iaitu proses mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya serta usaha atau kegiatan membangun iaitu memajukan dan mengembangkan. Sementara, dasar pula bermaksud pendirian yang menjadi asas segala tindakan seperti sikap, keputusan dan sebagainya. Jadi pembangunan ekonomi dan sosial adalah melibatkan dua aspek penting yang menjadi tonggak pembangunan sesebuah negara. Unit ini hanya membincangkan beberapa dasar yang terpilih dan dianggap penting untuk dibincangkan merangkumi dasar Ekonomi dan Sosial negara.

Konsep dan Definisi Dasar Negara
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memperkenalkan dasar-dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memajukan negara. Kesan daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut, Malaysia kini mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang. Secara umumnya dasar bermaksud perancangan kerajaan untuk mencapai sesuatu matlamat sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau sosial. Dasar juga boleh ditakrifkan sebagai, “apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan atau sebaliknya”. Setiap kerajaan mempunyai matlamatnya yang tersendiri berdasarkan masalah dan isu yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah atau sesuatu isu yang timbul, kerajaan perlu merancang strategi yang sesuai dengan sumber dan keupayaannya. Terdapat masalah yang dapat diselesaikan secara cepat namun banyak masalah memerlukan perancangan jangka panjang bagi penyelesaiannya. Pada awal era kemerdekaan, kerajaan menghadapi pelbagai masalah seperti perpaduan kaum, kemiskinan, jurang pendapatan antara kawasan bandar dengan luar bandar dan masalah ancaman komunis. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan dasar-dasar yang bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh, kerajaan memperkenalkan

D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 143 dasar pembangunan ekonomi melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang menggariskan pelan pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosioekonomi. Termasuk dalam rancangan ini ialah Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970 bertujuan mengatasi masalah kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Rancangan pembangunan lima tahun ini merupakan antara dasar kerajaan yang begitu penting. Secara khususnya definisi dasar negara atau dasar awam adalah seperti dinyatakan di bawah: “Dasar Awam merupakan perancangan, panduan, peraturan yang digubal untuk menyatakan tujuan dan matlamat kerajaan” (INTAN: 1980). “Dasar merupakan program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan” (Lasswell & Kaplan: 1970). “Dasar awam ialah arahan kerajaan terhadap rakyatnya. Ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan yang spesifik. Dengan yang demikian, keperluan awam ini harus dianalisis sebelum apa-apa tindakan di ambil” (Helco: 1972) Kesimpulannya, dasar (awam) boleh dirumuskan sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Contohnya Malaysia pernah membuat dasar tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Republik komunis Cina tetapi kemudiannya mengubah dasar tersebut apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan negara. Secara umumnya, setiap keputusan yang diambil mempunyai objektif dan tujuan-tujuan tertentu untuk dicapai dalam satu-satu jangka masa.

Objektif Penggubalan Dasar Negara
Dasar-dasar yang mula diperkenalkan sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bermatlamat memajukan negara dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial. Objektif umum sesuatu dasar ialah untuk menjadikannya panduan dan rangka bertindak bagi memastikan kerajaan menggunakan pendekatan dan strategi yang tepat bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Dasar juga dapat memberi panduan kepada agensi pelaksana yang ditugaskan menjalankan program tertentu. Tanpa dasar yang jelas, kerajaan tidak akan dapat membuat peruntukan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi bagi menjalankan sesuatu projek. Namun begitu terdapat objektif yang lebih khusus bagi sesuatu dasar yang diperkenalkan seperti berikut: a. Dasar-dasar yang berkaitan dengan politik seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Integrasi Nasional dan Rukun Negara bermatlamat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya supaya mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Perpaduan masyarakat merupakan asas penting kepada kestabilan politik yang dapat mempengaruhi kemajuan ekonomi.

kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat membantu golongan bumiputera memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Dasar berbentuk peraturan Dasar ini merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang digubal bagi mengawal aktiviti-aktiviti masyarakat yang melibatkan organisasi awam. Dr. Melalui DEB. b. Terdapat undang-undang atau akta yang dikuatkuasakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar ini. Dasar khusus Sejak mencapai kemerdekaan. Rancangan pembangunan lima tahun yang dilaksanakan memberi penekanan kepada soal meningkatkan pendapatan. Dasar ini melibatkan hubungan Malaysia pada peringkat antara bangsa dan dalam negeri seperti dasar luar. Dasar agihan Dasar agihan atau afirmatif merupakan perancangan kerajaan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada mana-mana golongan masyarakat yang ketinggalan bagi merapatkan jurang perbezaan sosio-ekonomi. golongan bumiputera diberi pelbagai peluang dan keistimewaan menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Dasar Keselamatan Dasar keselamatan bertujuan menjaga keamanan. wujud jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputera akibat pelbagai faktor. e. Mahathir Mohamad misalnya memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020 yang dirancang bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Objektif dasar ekonomi pula ialah memajukan sektor ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. d. dasar awam dapat dikelaskan kepada empat iaitu: a. swasta serta orang perseorangan. DEB misalnya yang diperkenalkan pada 1970 bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini. Jenis-jenis Dasar Menurut Chandler (1983) dan Sabitha (1997). Dasar Agihan Semula Dasar ini bertujuan memberikan persamaan daripada faedah yang tersedia atau memindahkan sumber/faedah yang sedia ada dalam negara ataupun memindahkan puncapunca keluaran negara dari sesetengah kumpulan kepada kumpulan yang lain. memajukan kawasan luar bandar bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Contohnya dalam aspek ekonomi. kerajaan memperkenalkan dasar percukaian yang dirancang bagi menambah hasil negara tanpa membebankan golongan pembayar cukai. Kerajaan misalnya memperkenalkan dasar cukai korporat sebagai mekanisme mengutip hasil dari golongan berada dan mengagihkan nya semula kepada golongan kurang berada dalam bentuk subsidi dan bantuan. beberapa orang Perdana Menteri telah memperkenalkan dasar tertentu semasa pentadbiran masing-masing bagi mencapai sesuatu tujuan. Di Malaysia misalnya. c. ketenteraman serta keharmonian rakyat.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 144 b. Dato’ Abdullah .

Dalam setengah keadaan ada dasar yang tidak berkesan dalam menangani permasalahan kerajaan.1: Proses penggubalan dasar Dasar memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah-masalah negara di samping merancang matlamat dan perancangan kerajaan.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 145 Badawi pula memperkenalkan dasar Islam Hadhari bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam sepanjang tempoh pentadbirannya. Dasar-dasar kerajaan berhubung dengan pembangunan dikaitkan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. . Pada pendapat anda adakah kedua-dua perkara ini berkaitan? Proses Pembentukan Dasar Kenal pasti Masalah Mengemukakan alternatif yang sesuai Merancang tindakan dasar yang sesuai Hasil Dasar Penilaian hasil dasar: sejauh mana dapat menyelesaikan masalah Rajah 8. ada juga dasar yang mengalami pengulangan dalam usaha mencapai matlamat dasar. Selain itu. Jika keadaan ini berlaku sesuatu dasar tersebut akan mengalami penamatan.

Orang Melayu tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani dan nelayan. Perpaduan kaum yang rapuh. sementara 14% di kawasan dan getah. Mengikut Furnival. c. Kelebihan masyarakat Cina ialah kerana mereka bekerja di lombong bijih yang kemudiannya bertukar menjadi kawasan bandar seperti di Lembah Kelang atau di Lembah Kinta. Dasar Pensyarikatan dan Dasar Penswastaan. Dasar Sosial dan Etika Kerja seperti Dasar Pandang Ke Timur. Dasar Penerapan NilaiNilai Islam Dalam Pentadbiran dan Dasar Wanita Negara. ketiga-tiga kaum mengamalkan budaya dan agama yang berbeza walaupun tinggal di sebuah negara. Kelompok-kelompok dasar berkenaan akan dibincangkan dalam bahagian berikutnya. b. Tanah Melayu mengalami beberapa masalah seperti berikut: i. Sementara dasar luar akan dibincangkan pada unit berikutnya.dalam Sabitha:1997) terdapat tiga kumpulan dasar di Malaysia yang digubal berasaskan kepada isu-isu dan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat. Jurang sosio-ekonomi kawasan bandar dengan luar bandar dan antara kaum. Masalah perpaduan kaum bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu. Perbezaan aktiviti ekonomi juga menyebabkan kurangnya peluang untuk ketiga-tiga kaum ini bercampur gaul bagi mewujudkan perpaduan. Dasar yang berkaitan dengan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 146 Pembahagian dasar Menurut Ambrin (1990. Kemiskinan juga merupakan masalah utama di sini. Cina dan India tinggal di kawasan yang berasingan dan terlibat dalam aktiviti ekonomi yang berbeza. Dasar Perindustrian Negara (PIP). ii. Hasilnya kedudukan sosio-ekonomi masyarakat Cina lebih baik jika dibandingkan dengan orang Melayu atau India. Menurut banci 1970. Keadaan ini menyebabkan wujudnya jurang sosio-ekonomi antara kaum di Tanah Melayu. 49. DASAR EKONOMI Dasar Ekonomi Baru (DEB) Selepas mencapai kemerdekaan pada 1957. Ekonomi bergantung kepada sektor pertanian dan eksport komoditi seperti bijih timah iv. Kemiskinan. Di sini juga wujud pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan.3% daripada isi rumah di Malaysia berada di bawah paras kemiskinan di mana 86% di kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu. iii. Dasar Pertanian. dan . orang India bekerja di ladang getah dan menjadi buruh manakala orang Cina bekerja di lombong bijih timah. Dasar Luar yang menentukan sikap dan pendirian Malaysia dalam isu-isu antara bangsa. Tiga kumpulan dasar tersebut ialah seperti berikut: a.

II. di mana kadar kemiskinan luar bandar akan turun daripada 58.4% (1970) kepada tahap guna tenaga penuh 3. Bussink dan Hasan. alat-alat baru dan kemudahan yang lebih baik.2%). Kadar kemiskinan akan diturunkan daripada 49. harga komoditi seperti getah yang rendah selain sikap masyarakat yang negatif. b. isu-isu hubungan kaum dan ekonomi telah dimanipulasikan oleh parti-parti politik khususnya pihak pembangkang menyebabkan hubungan kaum menjadi tegang. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum II.0%). III. Menyusun semula masyarakat supaya pekerjaan tidak lagi dikaitkan dengan identiti kaum.9% kepada 48. Akibatnya tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang merupakan pengalaman buruk bagi Malaysia.7% (1990). Masalah seperti jurang pendapatan yang berbeza antara kaum dan kemiskinan telah memberi kesan buruk kepada perpaduan kaum di Malaysia. tetapi dalam sektor sekunder ia akan naik daripada 37. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan sektor pertanian dengan menggunakan teknologi baru. antaranya dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970. tidak memiliki tanah. Mengikut kaum pula.6% (1990). Antara langkahnya ialah: 1) membina projek perumahan kos rendah. Menjelang pilihanraya umum pada 1969. IV. Kemiskinan yang dialami berpunca daripada pelbagai sebab.(Young. saiz tanah atau ladang yang tidak ekonomik.3% (1970) kepada 16. DEB yang diperkenalkan semasa pentadbiran Perdana Menteri Kedua Tun Razak meletakkan dua matlamat utama untuk dicapai menjelang 1990 iaitu: I. 3) menyediakan kemudahan asas-bekalan air.3% (1970) kepada 9.1980). pembahagian guna tenaga kaum bumiputera dalam sektor utama akan turun daripada 67.8%). Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran diturunkan daripada 7. India (39.1% (1990). dan 4) memperbanyakkan peluang pekerjaan . Dari segi penyusunan semula guna tenaga. Kerajaan amat menyedari keadaan ini dan telah mengambil tindakan bagi memperbaiki keadaan. Secara terperinci.6% kepada 61. orang Melayu paling tinggi kadar kemiskinannya iaitu (64.4% Perlaksanaan DEB akan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu: a. elektrik dan kesihatan.3 (bumi-bukan-bumi-asing) pada tahun 1970 kepada 30:40:30 menjelang 1990. DEB menjangka antara tahun 19701990. Matlamat DEB adalah seperti berikut (Dipetik dari RMK 3): I.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 147 bandar. Khusus bagi sektor luar bandar. Perlaksanaan strategi ini menitik beratkan tiga perkara utama iaitu: a.3:63. Cina (26. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan semua rakyat tanpa mengira kaum. 2) menyediakan kemudahan pengangkutan-bayaran murah.4%.7% (1990) kepada 23% (1990) dan kemiskinan bandar pula dari 21. Pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad dirancang berubah daripada nisbah 2. antara puncanya ialah produktiviti yang rendah dalam bidang pertanian seperti tanaman padi.4:34.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization). dan 5) Penanaman padi luar musim. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat.000 keluarga bagi tempoh 1971-1987.3% (1990). Pengenalan konsep Hala cara Baru (1984). 3) Bantuan kewangan dan teknikal. Memandangkan kaum Bumiputera merupakan golongan utama yang bekerja dalam sektor ini. Realitinya DEB tidak mencapai kejayaan 100% sepertimana yang dihasratkan sepanjang tempoh perlaksanaannya. 2) kemudahan parit dan tali air. kemiskinan menurun daripada 49. Mengadakan pelbagai perkhidmatan sosial terutamanya untuk meninggikan taraf hidup golongan berpendapatan rendah.0% (1990). dan 4) Menyusun semula organisasi-organisasi-delivery system. DEB merupakan satu dasar yang unik dan sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak. Mahathir Mohammad telah melancarkan Dasar Penswastaan bertujuan meningkatkan keberkesanan. penanaman padi dan lain-lain. Bincangkan. Namun begitu.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 148 b. 2) Projek perikanan dan pertanian moden. kadar kemiskinan menurun daripada 58. Pembangunan ‘In-Situ’ melalui projek Pembangunan Pertanian Bersepadu dan lain-lain telah meningkatkan daya pengeluaran sektor pertanian. melalui program bersepadu seperti pengelompokan kampung. Antara langkahnya ialah: 1) penanaman padi dua kali setahun.7% kepada 19. pengurusan dan prestasi perbadanan awam. Menambah peluang untuk menukar kegiatan dari sektor yang rendah produktivitinya kepada kegiatan ekonomi yang lebih menguntungkan melalui: 1) Rancangan pembangunan ‘in-situ’ dan kemajuan tanah seperti FELDA dan FELCRA. Walaupun terdapat kemajuan dalam pembasmian kemiskinan tetapi kemiskinan masih wujud terutamanya dalam sektor-sektor tradisional seperti perikanan. Penduduk menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dengan penyediaan kemudahan asas yang semakin bertambah baik.138 hektar dan penempatan bagi kira-kira 92. aktiviti dan fungsi-fungsi organisasi.8 peratus.3% dalam tempoh yang sama. penggalakan pembangunan industri kampung dan pertanian secara komersial telah berjaya memajukan sektor pertanian tradisional. beberapa kejayaan telah dicapai dalam aspek lain sepanjang perlaksanaannya. Tun Dr.3% (1970) kepada 7. 4) mengadakan bantuan kewangan untuk peniaga kecil. Kawasan luar bandar semenanjung.3% (1970) kepada 15. 3) memperbaiki kemudahan pemasaran dan kredit. Dasar Penswastaan Pada tahun 1983. DEB yang tamat pada 1990 digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional. Kemajuan tanah baru secara besar-besaran meningkat kepada 775. iaitu satu proses kerajaan mengambil . kadar kemiskinan bagi bumiputera masih tinggi walaupun kadar kemiskinan secara keseluruhan menurun. Hasrat kerajaan yang menetapkan matlamat pencapaian 30 peratus bumiputera dalam bidang ekonomi gagal dicapai sekadar mencapai 17. Sehingga RMK 6. c. Kemiskinan bandar menurun dari 21.

Dr. Jabatan Telekom atau Jabatan Perkhidmatan Pos misalnya telah ditukar entiti nya daripada organisasi kerajaan menjadi syarikat swasta. Program penswastaan juga terbukti berjaya merangsang pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan kecekapan projek-projek yang diswastakan. Kerajaan telah menggubal satu garis panduan bagi memantau pelaksanaan program penswastaan supaya ia berjaya mencapai objektifnya. Selain itu kerajaan juga berhasrat mencapai objektif berikut dengan melaksanakan projek penswastaan iaitu : a. prosedur pelaksanaan dan penentuan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan. Melalui program penswastaan juga. Garis panduan ini menjelaskan mekanisme dan kaedah pelaksanaan program penswastaan dan merupakan usaha awal Kerajaan dalam menyelaras pelaksanaan dasar tersebut. Dalam pelaksanaan program penswastaan. di samping memberi kesan gandaan kepada ekonomi. pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO). Alasan kerajaan untuk memperkenalkan dasar ini ialah bagi mengurangkan saiz sektor awam yang telah berkembang dengan begitu pesat sekali sejak 10 tahun yang lalu. Mengagihkan sumber secara cekap. Pembinaan lebuh raya misalnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan yang berkaitan dengan industri pembinaan di samping menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kos kendalian kenderaan. sistematik dan komprehensif. meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. pajakan aset. penswastaan melibatkan tindakan kerajaan menyerahkan bahagian tertentu perkhidmatan kerajaan untuk diuruskan syarikat swasta. Program penswastaan yang terkandung dalam PIP mempunyai lima matlamat utama iaitu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi. e.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 149 alih asset dan kepentingan pihak swasta. mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam aktiviti ekonomi serta membantu pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat yang terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional. dua pendekatan telah diterima pakai iaitu berdasarkan projek yang dikenal pasti oleh kerajaan dan projek yang dicadangkan oleh pihak swasta. penjualan ekuiti. Mengurangkan beban kewangan kerajaan. c. Projek yang dicadangkan oleh pihak swasta adalah bertujuan khususnya untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan ke atas daya usaha dan inovasi mereka. dan Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB. Organisasi awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN). Ia merupakan dokumen penting yang menjelaskan rangka kerja dasar yang menyeluruh mengenai program penswastaan. b. d. Mahathir mengambil tindakan drastik dengan memperkenalkan Dasar Penswastaan yang dikatakan dicontohi daripada model ekonomi Jepun bagi memacu pertumbuhan ekonomi walaupun terdapat pelbagai kritikan daripada golongan yang kurang bersetuju dengan dasar ini. mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan Kerajaan. lebih banyak sumber dapat dibelanjakan oleh Kerajaan untuk sektor lain dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor tersebut. . Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Seterusnya tindakan yang lebih padu telah diambil apabila Pelan Induk Penswastaan (PIP) digubal pada tahun 1991 bagi meletakkan batu asas kepada pelaksanaan Dasar Penswastaan yang selaras. bina-milik-kendali (BMK) dan bina-kendali-pindah (BKP). Pada dasarnya. PIP mengenal pasti beberapa kaedah penswastaan seperti penjualan aset. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.

dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. penyimpanan dan komunikasi/multimedia. projek-projek baru seperti lebuh raya. Beri pandangan anda. Dalam masa yang sama. perkhidmatan Kerajaan. Pencapaian keseluruhan entiti yang diswastakan telah bertambah baik hasil daripada penambahan keupayaan dan rangkaian perkhidmatan di samping perolehan dan penggunaan peralatan dan teknologi moden.6 billion. pelaksanaan program penswastaan sehingga kini telah berjaya mengurangkan 107. 184 projek telah diswastakan manakala 18 entiti dikorporatkan.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 150 Sehingga akhir 1999. sebanyak 202 projek dan entiti telah berjaya diswastakan terdiri daripada 104 projek baru dan 98 projek sedia ada. Daripada jumlah tersebut. Rasional dasar ini diwujudkan adalah untuk menjawab segala persoalan pokok yang berasingan dan bertentangan antara pihak awam dan swasta dalam soal matlamat organisasi. Mahatir Mohamad pada waktu pelancaran Forum INTAN pada 25 Februari 1983 (INTAN. 1988: 51).503 penjawat awam dengan memindahkan kakitangan berkenaan kepada pihak swasta atau melalui persaraan berikutan penswastaan atau pengkorporatan agensi-agensi yang terlibat. perkhidmatan kewangan. Dari segi pengurangan anggota perkhidmatan awam. Walaupun program ini bukan bertujuan untuk menjana hasil dan keuntungan kepada kerajaan. elektrik dan gas. bekalan air dan pembetungan. pertanian dan perhutanan. khususnya dari segi urusan pengambilan. namun sejak program ini dilaksanakan ia telah memberi sumbangan hasil kepada Kerajaan sebanyak RM23. Selain itu. peraturan dan penghubungan (INTAN. dan latihan kakitangan. agensi-agensi kerajaan. Projek dan entiti ini terdiri daripada syarikatsyarikat kerajaan. Dari segi mengurangkan beban kewangan Kerajaan.1 billion yang diperoleh daripada penjualan aset dan ekuiti. penjimatan perbelanjaan pembangunan keseluruhan sejak program ini dilaksanakan pada tahun 1983 adalah kira-kira RM129 billion. Dasar Penswastaan telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. pengangkutan. hartanah. Ini dapat dilihat melalui petunjuk yang digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan. pengeluar tenaga bebas. pembangunan tanah. Sementara penjimatan dari segi perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama adalah berjumlah RM7. Dasar ini juga mempunyai objektif yang digariskan iaitu mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam dan swasta dalam menjayakan pembangunan negara sebagai entiti perniagaan yang dimiliki bersama yang mendatangkan manfaat bersama. kenaikan pangkat. beban pentadbiran Kerajaan juga telah dapat dikurangkan. stesen televisyen dan sebagainya. Objektif yang kedua ialah membolehkan sektor awam dan swasta menghapuskan sikap permusuhan dan menggalakkan perkongsian maklumat serta saling memahami polisi. hotel dan restoran. perniagaan borong dan runcit. objektif. pembuatan. Dasar Pensyarikatan Malaysia Dasar pensyarikatan Malaysia telah diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr. Penswastaan juga telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan melalui penyediaan perkhidmatan dan sistem pengurusan yang lebih baik. Sektor-sektor yang terlibat adalah terdiri daripada sektor pembinaan. 1994: 49-50). perubahan sikap yang lebih positif serta pembaharuan minda dalam kalangan kakitangan entiti yang diswastakan telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti tersebut. prosedur dan .

pihak kerajaan telah menitikberatkan kepada pertumbuhan ekonomi kerana ingin menampung keperluan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara ini selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seterusnya. Dasar ini telah dilaksanakan semenjak awal dekad 50-an iaitu pada tahun ini kerajaan telah menumpukan kepada kepelbagaian sistem ekonomi kerana pada masa ini pihak kerajaan banyak bergantung kepada getah dan bijih timah. satu strategi yang tersusun telah dijalankan iaitu. mengetahui dasar-dasar pembangunan perindustrian. menerangkan dasar ini kepada para pegawai dan eksekutif sektor-sektor awam dan swasta yang bertujuan mendapatkan sokongan mereka. Ketua Setiausaha Kementerian. tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan kepada eksport dan industri yang menggunakan banyak buruh. mengetahui peranan industri kecil. kemelesetan ekonomi yang melanda pada tahun 1985 hingga 1986 telah menunjukkan bahawa kelemahan dalam struktur perindustrian negara telah menyebabkan . usaha untuk mencapai matlamatnya telah bermula pada tahun 1983 iaitu dengan diadakan sebanyak 33 forum mengenainya sejak ia diperkenalkan. Bagi mencapai objektif ini. Sebagai contoh. Ahli Parlimen. 2003: 129). Hal ini kerana. Forum ini diadakan adalah bagi anggota kementerian. Di samping itu. khasnya Pelan Induk Perindustrian dari segi objektif dan rasionalnya. dan Pegawai Daerah serta kakitangan awam. seminar yang telah dikelolakan oleh INTAN. Namun setelah menjelang pada tahun 1970-an. Objektif Dasar Perindustrian ini adalah untuk memahami tahap-tahap perkembangan perindustrian di Malaysia dari sejak lewat 1950-an sehingga kini. Dalam hal ini. 1988: 52). Ketua Jabatan di peringkat negeri. dasar ini telah didedahkan kepada peserta melalui pelbagai kursus latihan. strategi pencapaian dan galakan kerajaan (Jamal Ali. memahami objektif dan rasional pembangunan perindustrian di Malaysia sejak akhir 1950-an sehingga kini. dasar perindustrian hanya bercorak kepada import. Bagi dasar ini. para pegawai awam ditempatkan di syarikat-syarikat swasta supaya mereka terdedah dengan pengurusan perniagaan syarikat-syarikat swasta (Ibid. Rasional pelaksanaan dasar ini adalah untuk mempergiatkan lagi proses perindustrian negara agar sektor perbuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara (INTAN. Pada tahun seterusnya. Ahli Dewan Undangan Negeri. INTAN juga telah mengadakan satu forum kebangsaan dan lima forum di peringkat negeri dan syarikat swasta. mengarahkan semua agensi kerajaan menubuhkan panel-panel Perundingan masing-masing yang dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan organisasi terbabit dan wakil syarikat-syarikat swasta yang mempunyai hubungan rasmi dengannya. 1992: 25). Seterusnya. menggalakkan penggunaan teknologi baru dalam pengurusan untuk meningkatkan hasil negara juga merupakan objektif utama dasar ini (Ibid: 50). Dasar Perindustrian Negara Dasar Perindustrian Negara telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) yang berada di bawah Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Di samping itu. Pada masa tersebut. Buku mengenai dasar-dasar utama kerajaan juga telah disediakan oleh INTAN di samping satu buku yang telah dihasilkan oleh Kementerian Penerangan (Ibid: 52). pesertapeserta yang terlibat dalam kursus latihan ini ialah Menteri Kabinet.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 151 matlamat negara. Dengan adanya objektif-objektif ini hala tuju dasar lebih teratur dan dengan lebih jelas. jabatan dan syarikat swasta oleh INTAN. menggalakkan aktiviti yang bertujuan mempercepatkan kerjasama di antara sektor awam dan swasta yang melibatkan beberapa program seperti. Ketua Jabatan Persekutuan. sederhana dan berat di Malaysia serta peranan HICOM.

industri lain. Pelan Induk Perindustrian (PIP) mempunyai objektifobjektif tertentu untuk seperti menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara. seni dan kraf. tekstil dan baju (Jamal Ali. di bawah Dasar Perindustrian Negara. DASAR SOSIAL Dasar Pendidikan Kebangsaan Selepas mencapai kemerdekaan. 1992: 25). bahan makanan. menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara serta meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) (INTAN. 2003: 136). Keadaan ini telah menyebabkan pihak kerajaan telah menyediakan strategi dan objektif dalam menyelesaikan masalah ini seperti kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perindustrian (PIP) dan sebagainya. logam. barangan berasaskan kayu. Kedudukannya bersesuaian dengan harapan sektor perindustrian akan menjadi teras utama dalam perkembangan ekonomi negara (Jamal Ali. antara sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan sumber tempatan iaitu industry yang berasaskan getah. 2003: 149). Kesemua sektor-sektor ini dipilih berdasarkan kemampuan untuk mencapai matlamat memperkembangkan industri negara. peralatan pengangkutan. Atas kesedaran inilah lahir Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran. 1961. tekstil dan pakaian. HICOM.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 152 komoditi utama telah jatuh secara mendadak. PIP juga telah mengenal pasti 12 sektor ekonomi yang patut diberi penekanan. 1957. Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai . mereka bentuk logam. makanan dan sebagainya (Jamal Ali. 2003: 151-157). timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang mustahaknya digubal sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. kepala sawit. terdapat juga industri. Selain itu juga. dan industri. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) banyak membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara iaitu dengan perlaksanaan projek-projek seperti pengeluaran perabot. Lima sektor lagi merupakan sektor perindustrian yang bukan sumber iaitu elektrik dan elektronik. Dengan itu dasar ini sebenarnya telah menyumbangkan kepada pembangunan negara umumnya. Pelan Induk Perindustrian (PIP) diumumkan pada tahun 1986 telah menggariskan rangka panduan serta insentif baru untuk mengembangkan sektor perindustrian. Pelan Induk Perindustrian (PIP) dirangka disebabkan pihak kerajaan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian.industri tertentu seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS). kayu-kayan. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran.

iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran. Selain itu. langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 153  Laporan Barnes 1951  Laporan Fenn-Wu 1951  Ordinan Pelajaran 1952  Laporan Woodhead 1955 (Sabah & Sarawak)  Penyata Razak 1956  Ordinan Pelajaran 1957  Laporan Rahman Talib 1960  Akta Pelajaran 1961  Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970  Laporan Kabinet 1979 Rajah 8. “Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya. seimbang dan harmonis. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak. dan politiknya. Ia mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga manusia negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.1: Usaha Ke Arah Penyatuan Sistem Pendidikan Negara Oleh itu. Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran. ekonomi. berdisiplin dan terlatih. ia juga berhasrat: . sosial. objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. telah mentafsirkan nya sebagai menyatupadukan kanakkanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat." istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. 1961. Seterusnya.

puteri Islam dan lain-lain. k. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian. Mengenai matlamat melahirkan rakyat yang bersatu padu. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. berdisiplin dan terlatih. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. moral dan disiplin. Di samping itu ianya telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya bagi bumiputera yang berjaya memperbaiki taraf sosio-ekonomi mereka hasil daripada pendidikan yang diterima. f. h. ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ia tercapai misalnya dengan menggunakan kurikulum yang sama dan bercorak kebangsaan telah sedikit sebanyak menimbulkan dan memupuk perasaan dan kesedaran kebangsaan Malaysia dalam kalangan . Antara sebab-sebab yang dinyatakan ialah kurangnya kajian-kajian dibuat khusus untuk meneliti kedudukan dan keperluan tenaga rakyat negara ini. Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. g. tenaga manusia yang dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan guna tenaga negara kecuali dalam beberapa bidang tertentu. l. berdisiplin dan terlatih. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca. Hasilnya agak sukar ditentukan seperti diakui oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan 1974.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 154 a. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh. j. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga telah dapat merapatkan jurang perbezaan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada dalam sektor awam atau pun swasta. Persoalan penting yang timbul daripada pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ialah sama ada sistem pendidikan negara mampu melahirkan rakyat yang bersatu padu. Keperluan tenaga manusia bergantung kepada perkembangan ekonomi negara dan agak sukar ditentukan memandangkan perkembangan itu sangat dipengaruhi oleh iklim ekonomi dunia yang berubah-ubah. i. namun begitu hasil dari pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini. b. seperti pasukanpasukan kadet tentera. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh. e. kadet polis. d. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa. Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. seimbang dan bersepadu. dan m. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin.bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. pengakap. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. c.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan berasal daripada perkataan budaya yang bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. mahir dan terlatih. Setiap individu akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai. Budaya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan kerana ia melambangkan identiti negara. . sukar dipastikan sama ada perasaan dan kesedaran itu telah membuahkan perpaduan. selain itu bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab serta mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang kukuh. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal sebagai alat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Pendidikan dan Latihan di Bawah Rancangan Pembangunan 5 Tahun akan dimajukan dan dipertingkatkan contohnya di bawah Rancangan Malaysia Ke Enam (91-95) matlamatnya ialah untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu bagi Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan peluang mendapat pekerjaan dan selanjutnya menyumbang kepada Rajah 8. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluankeperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran.2: Pendidikan sebagai peningkatan agihan pendapatan. Dasar ini digubal dalam tahun 1971 berikutan dengan tiadanya dasar yang direncanakan bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional. Penyediaan lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Namun demikian. malahan walaupun perpaduan wujud . sukar hendak dikatakan bahawa ia adalah hasil daripada sistem pendidikan sematamata kerana perpaduan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja. Kewujudan masyarakat majmuk menyukarkan pihak pentadbir untuk merumuskan dasar-dasar yang boleh diterima oleh semua pihak. proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung satu alat untuk melahirkan keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa warganegara yang berkualiti depan. Beri pandangan anda.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 155 mereka yang melalui sistem pendidikan kebangsaan. pelancongan. perkhidmatan. dan sebagainya.

beberapa strategi telah dikenal pasti untuk digunakan termasuklah: 1. 2. Meningkatkan taraf dan mutu kesenian. Bagi melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. pembangunan. Walau bagaimanapun Kesesuaian dan penyerapan kebudayaan asing ini bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi. dan 6. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal berteraskan perkara berikut iaitu: 1. 2. kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. dan 3. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 156 Dasar ini mempunyai objektif berikut: 1. 3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan. Pemulihan. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar juga diserapkan sebagai kebudayaan kebangsaan. Hanya dengan kesedaran dan kefahaman yang mendalam dan luas dapat membantu tercapai nya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini. Memaju dan mengembangkan budaya setiap kaum di Malaysia. Meningkat dan memperkukuh kepemimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat. pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui penyelidikan. . 5. mendokong dan penggerak kebudayaan secara meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan. 4. mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa selain menjadi garis panduan dalam mewujudkan dan membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di mata dunia. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan memakan masa kerana proses menerapkan kepentingan nasional melebihi kepentingan suku bangsa dalam masyarakat amat rumit. 2. pendidikan dan perhubungan budaya. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu budaya Melayu. Dasar ini akan menjadi garis panduan dalam membentuk. Memenuhi keperluan sosio-budaya setiap anggota masyarakat. Memperkukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Terangkan apakah asas yang diguna pakai dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 3.

Selain itu. Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia penting dan kita tidak mahu maju seperti majunya negara barat yang mementingkan kebendaan semata-mata dan mengabaikan aspek moral dan spiritual yang mengakibatkan berlakunya berbagai masalah sosial di negara tersebut. Terdapat enam aspek penting dalam Wawasan 2020 iaitu Ekonomi. tanggungjawab. percayakan diri sendiri dan dikagumi oleh bangsa lain. Seterusnya aspek pendidikan. Mengikut buku Rancangan Penerapan Nilai-Nilai Islam. Pentadbiran yang bebas dari segala aktiviti yang salah di sisi undang-undang ataupun agama menyebabkan pembangunan sosial dan ekonomi negara mencapai matlamatnya. masalah seperti rasuah. dapat mempertahankan kebanggaan bangsa dan mengelakkan ditindas oleh bangsa-bangsa yang lain. aspek ini diberi penekanan kerana penting kepada bangsa dan membentuk individu lebih baik. pecah amanah dan diskriminasi semakin meruncing di negara kita. Wawasan 2020 yang dirancang untuk dicapai dalam jangka masa 30 tahun adalah tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam (Yusof Ismail. perkhidmatan yang bermutu dapat dihasilkan. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Matlamat Wawasan 2020 ialah ke arah pembentukan negara maju. beridentiti. kuat dan cintakan Malaysia. mewujudkan masyarakat yang adil dalam ekonomi dan menghasilkan satu masyarakat yang dinamik yang dapat bersaing. Terdapat Sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. maju berdasarkan sistem nilai. Oleh itu. Cabaran yang seterusnya ialah mencipta satu masyarakat yang maju dan saintifik. . Walau bagaimanapun. Membentuk satu masyarakat yang demokratik dan membina satu masyarakat yang boleh kita teladani dalam etika dan akhlak juga merupakan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. definisi Penerapan Nilai-nilai Islam adalah “satu rancangan kerajaan untuk menanam nilai-nilai murni yang membina ke dalam pentadbiran negara sebagai satu jambatan yang diamanahkan dengan tanggungjawab pemerintahan yang berteraskan keyakinan dan keamanan. dan disegani oleh masyarakat luar. Keberkesanan pentadbiran adalah penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi.” Tujuan dasar ini diwujudkan adalah untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah. melahirkan satu bangsa yang bebas. kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan saksama. Bincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 157 Wawasan 2020 Diperkenalkan oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk mewujudkan kerajaan Malaysia yang aman. Oleh itu. ekonomi dan politik. melalui dasar ini sikap yang negatif ketika menjalankan tugas dapat dihapuskan. 2010: 204). Dari aspek sosial. Konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi. maruah dan martabat atau dalam kata lain. Pelaksanaan dasar ini adalah berdasarkan beberapa nilai-nilai Islam yang dipilih seperti amanah. melahirkan masyarakat penyayang. kerajaan telah membentuk satu dasar iaitu Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 untuk memulihkan keadaan ini.

pemimpin. berdisiplin. dedikasi. sederhana. . berbudi mulia dan bersyukur. Begitu juga dengan dasar wanita negara. Selain itu. di samping mendapatkan peluang dan faedah daripada pembangunan negara. Strategi yang boleh diambil dalam usaha penerapan nilainilai yang baik ini ialah strategi membina.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 158 ikhlas. kreatif. setiap pembuat dasar. Antaranya ialah memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera pembangunan negara. tekun. kakitangan awam dan para pegawai juga akan diberi penekanan tentang penghayatan nilai-nilai makruf dan menolak nilai-nilai yang mungkar. kelemahan yang terdapat dalam sesebuah pentadbiran dikenal pasti dan kemudian nilai-nilai Islam yang unggul diserapkan ke dalam pentadbiran tersebut. Dalam hal ini. Dasar ini berhasrat untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu. Strategi lain yang diambil ialah mewujudkan latihan dan pendidikan untuk menyedarkan pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita. Tiada jurang pemilikan antara lelaki dengan wanita. Selain itu. Contohnya dalam pekerjaan. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran telah dilaksanakan sebagai satu dasar yang penting. bersih. bekerjasama. strategi yang telah diambil ialah mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan. hormat-menghormati dan lain-lain lagi bagi membina satu tradisi bersama. Seterusnya. peluang untuk wanita adalah sama dengan lelaki walaupun wanita dikatakan mempunyai banyak tanggungjawab sebagai isteri atau ibu. Sejauh manakah dasar ini berjaya dilaksanakan? Dasar wanita negara Dasar Wanita negara merupakan satu dasar yang berkaitan dengan hak wanita di Malaysia. pegawai serta kakitangan pentadbiran negara akan diserapkan dan ditanam tentang kefahaman nilai-nilai Islam. pelaksanaan dan pengawasan program-program pengintegrasian wanita. Dasar ini dilancarkan pada tahun 1989 dan kesinambungan dasar ini telah dilancarkan pada tahun 2009. Objektif pertama dasar ini ialah untuk menjamin perkongsian yang sama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat. untuk mengintegrasikan golongan wanita dalam semua sektor pembangunan selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka. nilai-nilai yang akan dijadikan panduan ialah nilai-nilai bersama yang didapati dalam setiap agama seperti tolong-menolong. HAWA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat supaya hal ehwal wanita dapat diambil tindakan. strategi mencegah dan strategi membetulkan Untuk memastikan dasar ini lebih berkesan dan bermakna. objektif lain daripada dasar ini ialah. Selain itu. berwawasan. Di sini menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengangkat martabat wanita sama dengan orang lelaki. Strategi-strategi telah dibentuk bagi mengukuhkan dasar ini. inovatif dan menghayati nilai-nilai murni dalam kalangan wanita supaya setiap program atau projek akan disusuli dengan objektif yang ingin dicapai.

satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan wanita telah diwujudkan. Malaysia di lihat mempunyai potensi menjadi negara industri selepas Jepun dan Korea. dan jika mereka bergiat aktif seperti lelaki. Dari sektor pentadbiran. perlu ada job description bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang sewajarnya tanpa mengira jantina dan perlu menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang-peluang kenaikan pangkat. Selain itu. khususnya bagi wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian. iaitu Tun Dr Mahathir semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference Of Mejeca/Jameca di Hotel Hilton Kuala Lumpur. ia juga bertujuan bagi menerapkan nilai-nilai kerja dan etika pekerja yang positif seperti di negara Jepun dan Korea. wanita diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggubalan pelaksanaan undang-undang. undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan diwujudkan. Dasar Pandang ke Timur diumumkan setelah Tun Dr Mahathir melihat ke arah pembangunan negara pada masa akan datang.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 159 Pelan tindakan mengikut sektor perlu diambil bagi merealisasikan matlamat Dasar Wanita Negara. Peluang pekerjaan diperbanyakkan. Hal ini amat penting kerana wanita adalah kaum yang lemah. HAWA diberi tanggungjawab sebagai jentera nasional bagi pengintegrasian wanita dalam pembangunan. Bagi meningkatkan mutu kerja dan daya pengeluaran. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani. seterusnya meninggikan hasil kerja di negara kita. Dalam sektor kesihatan. Selain dari itu. Dasar Pandang ke Timur Dasar Pandang ke Timur adalah satu dasar kerajaan yang telah dilancarkan pada 8 Februari 1982 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. latihan lanjutan dan pembuatan keputusan. Aspek pendidikan pula adalah berkaitan menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan wanita seperti menganggap wanita hanya layak berada di rumah. mereka akan dianggap tidak bermaruah. Selain itu. negara kita tidak mengambil langkah untuk menerima semua barang atau . Biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati untuk wanita ditubuhkan. Objektif penubuhan dasar Pandang ke Timur adalah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara. penyertaan wanita dipertingkatkan. pendidikan kekeluargaan juga penting kerana pendidikan seperti ini dapat memberi pengetahuan tentang ilmu kekeluargaan bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti keganasan rumah tangga. mental dan emosi. Begitu juga dalam aspek pekerjaan. Justeru. Selain itu. Mangsa.mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi perlindungan publisiti yang akan menjatuhkan maruah dan keperibadian mereka. Dari aspek undang-undang. Wanita diberi peluang untuk menyertai dalam pelbagai bidang yang diminati khususnya dalam bidang sains dan teknologi. undang-undang yang dapat membela wanita dapat digubal. Kenapakah Dasar Wanita Negara dianggap penting? Huraikan. Malaysia mengambil langkah memandang ke Timur dan menjadikan negara Jepun dan Korea sebagai contoh untuk diteladani. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta. Oleh itu.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea. Aspek keempat yang ditekankan adalah mengutamakan kumpulan dan pekerja sebagai rakan. Ia selaras. peningkatan produktiviti penting dalam memajukan sesebuah syarikat. Pelan kedua pula. Tun Dr. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari bidang teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Walau bagaimanapun. Selaras dengan dasar ini. Pelbagai strategi dan aspek digunakan bagi melaksanakan dasar ini. Cekap dan Amanah.program ini menekankan beberapa aspek penting iaitu rajin dan berdisiplin. Cekap dan Amanah dan Penerapan Nilai-nilai lslam Dalam Pentadbiran. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara. Apakah inti pati Dasar Pandang Ke timur yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Cekap dan Amanah Dasar Bersih. Cekap dan Amanah (BCA) dan Kepimpinan Melalui Teladan (KMT). Mahathir Mohamad. seimbang den berdamping dengan dasar-dasar lain seperti Dasar Pandang Ke Timur. merupakan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pada April 1982 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. Pelan ketiga adalah menyediakan kursus dan latihan kemahiran kepada semua peringkat umur bagi mencapai dasar ini. Bersih.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 160 memberi semua kontrak kepada syarikat-syarikat di negara Timur melainkan tawaran mereka adalah yang terbaik. Aspek kedua yang diberi penekanan dalam melaksanakan dasar ini adalah setia kepada organisasi dan peningkatan kecekapan. Hal ini demikian kerana. terutama dalam aspek etika dan sikap kerja dalam usaha meningkatkan . (BCA). Aspek ini amat dititikberatkan oleh setiap syarikat bagi meneruskan kejayaan di masa akan datang. Kepimpinan Melalui Teladan pula adalah satu dasar yang bertujuan mengubah sikap untuk mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja dan daya pengeluaran negara. Aspek ketiga adalah produktiviti dan kualiti. Tiga pelan utama yang dilaksanakan adalah perubahan struktur. Program. Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi. seperti penggunaan tag nama dan kad perakam waktu dalam kalangan kakitangan awam. Cekap dan Amanah. Dasar Bersih. dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota Kerajaan Malaysia. Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan. adalah perubahan sikap iaitu melalui pelaksanaan kempen Bersih. Objektif utama dasar ini dilancarkan adalah untuk memberi nafas baru kepada sektor perkhidmatan awam. Sikap ini amat berharga kepada sesebuah majikan kerana sikap tolongmenolong dalam sesebuah organisasi akan membuahkan hasil yang lumayan kita dalam tempoh beberapa tahun. Sikap setia berkhidmat dan peningkatan kecekapan memberi peluang kepada pekerja untuk mempelajari sesuatu teknik atau kemahiran baru.

Kewujudan pekerja mahir mampu mengurangkan produk import dalam negara dan akan meningkatkan taraf ekonomi negara kita. Langkah kedua adalah membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC). . Pihak kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awam yang berpunca dari ketidakpastian pegawai dan kakitangan kerajaan mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan wujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. menyebabkan kerajaan mewujudkan dasar ini. Dalam teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata. Hal ini. mahir. Selain itu. Semasa mesyuarat dijalankan. tepat dan menepati kehendak dan keperluan semasa. peraturan dan undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil. serta menepati objektif kerja. Mutu kerja yang tinggi dan berkualiti. Hal ini demikian kerana. Bincangkan kepentingan Dasar Bersih. Oleh kerana nilai-nilai bersih. pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya. Seterusnya. Konsep terakhir dalam melaksanakan dasar BCA ini adalah amanah yang merupakan sikap rela. pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan. Oleh itu. tetapi sebaliknya terpaksa merujuk kepada pihak atasan atau kepada agensi lain. Cekap dan Amanah. Cekap dan Amanah adalah asas penting di dalam pencapaian matlamat dasar ini. idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja. cekap dan amanah adalah nilai-nilai yang murni. MPK dan FM akan menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan. Langkah pertama adalah mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) fail meja (FM). Pada ketika ini. dua nilai diterapkan iaitu. ikhlas serta gigih. Secara khususnya teknik baru ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap kreatif dan inovatif. bersih dari segi fizikal dan bersih dari segi moral. jujur. sikap yang sama hendaklah juga diterapkan di kalangan pihak swasta dan rakyat supaya kesedaran ke atas tanggungjawab dapat diwujudkan. Kesemua Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini. pihak yang harus dihubungi. pihak yang mempunyai kuasa. pihak yang bertanggungjawab. bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Pencapaian mungkin akan dapat dipercepatkan dengan adanya peraturan-peraturan tertentu di dalam setiap Jabatan dan melalui sistem ganjaran dan hukuman (reward and punishment). cekap juga dilihat sebagai sikap yang proaktif. para pegawai tidak yakin untuk membuat keputusan. Konsep kedua yang digunakan dalam melaksanakan dasar BCA ini adalah cekap yang membawa maksud menghasilkan hasil kerja yang tinggi. Kepimpinan yang sesungguhnya Bersih. kesan daripada ketidakpastian ini. cepat. Sifat rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif. dan diharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan tindakan. banyak kes rasuah dan kerugian syarikat kerajaan dan koperatif tempatan berlaku. Konsep yang digunakan bagi melaksanakan dasar BCA adalah bersih. cekap dan amanah. Tujuan utama ialah bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan hasil dan mutu kerja. Melalui konsep bersih ini.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 161 daya pengeluaran dan mutu kerja.

Dasar 2. (1990). semua pihak sama ada pegawai kerajaan mahupun rakyat Malaysia wajar bersama-sama menjayakan setiap dasar pembangunan ekonomi yang direncanakan oleh pihak kerajaan demi kejayaan negara Malaysia. Malaysian Economy in Transition. 5. Ambrin Buang (ed) (1990). Pembinaan negara bangsa memerlukan pengorbanan semua pihak berkepentingan. Perindustrian 8. Tokyo: Institute of Developing Economies. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Stabil 7. Pembangunan 6. yang RUJUKAN Abd. Bincangkan. Justeru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahaskan. Pada pandangan anda adakah dasar penswastaan telah berjaya dalam mencapai matlamatnya. Isu-Isu Ekonomi. Apakah relevannya diperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bincangkan peranan pendidikan dalam usaha perpaduan di Malaysia. 3. Majid Salleh et. The Malaysian Economy in Transition. Cabaran LATIHAN 1. Strategi 3. 2. Hisashi Yokoyama dan Mokhtar Tamin (ed) (1991). Penswastaan 4. Setelah 1990: Ekonomi Dan Pembentukan Bangsa. Terangkan halangan-halangan dalam usaha mencapai matlamat DEB. Chamhuri Siwar (1988). al. 4. Persekitaran politik dan ekonomi di dalam mahupun di luar negara merupakan faktor yang sangat penting yang dapat mempengaruhi setiap dasar pembangunan dalaman negara yang dilaksanakan. KATA KUNCI 1. . Universiti Kebangsaan Malaysia: Bahagian Majalah DBP dan Kumpulan Peneliti Sosial. Pensyarikatan 5. Huraikan.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 162 RUMUSAN Kejayaan setiap dasar sama ada pembangunan ekonomi atau pun sosial yang direncanakan adalah bergantung kepada pelaksanaan yang cekap dan berkesan dan juga sokongan daripada semua peringkat termasuklah golongan sasar.

) (2010).S. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Wan Azmi Ramli (1993) Dasar Awam di Malaysia. Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Jamal Ali (2003). Siri 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusof Ismail (ed. . Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Panduan Rancangan Penerapan Nilai-nilai Islam. Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) (1994). Ekonomi Malaysia (Satu Analisis Dasar). Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) (1992). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 163 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (1988). Noorden. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Kuala Lumpur: Golden Books Centre. Kuala Lumpur: A. Bahagian Hal Ehwal Islam.