Anda di halaman 1dari 53

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI (JANTUNG)

Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun. Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan,atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

Kitaran Pulmonari Kitaran Sistemik Arteri, Vena dan Kapilari

Darah terdeoksigen dari ventrikel ke peparu dan darah beroksigen dari peparu ke aurikel kiri.

Peredaran darah beroksigen dari ventrikel kiri ke seluruh badan dan darah terdeoksigen dari seluruh badan ke aurikel kanan jantung.

Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung kebahagian-bahagian badan lain.
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahantekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung.

Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari

Salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian badan lain. Mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yangrendah. Oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap tersebut akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Arteri

Vena

Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Anatomi dan Pengurusan Jantung

Perikardium

Perikardium merupakan kantung dwi-lapisan yang menyelaputi jantung.

Perikardium mengandungi cecair perikardial

yang bertindak untuk melincirkan pergerakan


jantung dengan karung perikardial.

Perikardium

fibrous pericardium

serous pericardium.

Parietal serous pericardium

Visceral serous pericardium

Fibrous Pericardium merupakan lapisan paling luar. Ia dibina daripada tisu penghubung dan berfungsi untuk melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling. Serous Pericardium bertindak untuk merembeskan pelincir yang mengurangkan geseran pergerakan jantung semasa

degupan.Bahagian ini terbahagi kepada 2 lapisan,iaitu: -Parietal serous pericardium (luar) -Visceral serous pericardium @ epikardium (dalam) Kedua dua lapisan tersebut akan membentuk ruang yang diberi nama ruang perikardial dan merembeskan cecair pelincir yang dikenali cecair perikardial sebanyak 15-50 ml dalam ruang perikardial.

CONTOH GAMBAR LAPISAN FIBROUS DAN SEROUS PERICARDIUM

Dinding jantung ada 3 lapisan,iaitu:

-perikardium (pericardium)
Lapisan paling luar Lapisan nipis Ada tisu penghubung dan lemak

-myokardium (myocardium) Lapisan tengah antara perikardium dan endokardium Lapisan yang mengawal otot kardiak Lapisan yang mengalami pengecutan istirehat.

-endokardium (endocardium) Lapisan paling dalam

Contoh gambar epikardium, myokardium dan endokardium

Pengurusan Jantung

Kawalan berat badan


Kegemukan yang melampau akan mencetuskan faktor lain dalam diri seseorang seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dll. Oleh itu, berat badan yang berlebihan perlulah dikurangkan kepada nilai yang sesuai dengan bentuk badan seseorang. Kegemukan boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan

makanan yang berlebihan dan tahap pergerakan seseorang.

Seseorang yang tidak aktif, akan menyebabkan


kalori dalam makanan yang diambilnya tidak akan digunakan dan seterusnya membentuk lemak2 yang terkumpul pada bahagian2 tertentu di badan seperti di paha, perut dan jantung. Hal ini akan mengganggu kerja - kerja yang dilakukan oleh jantung.

Berhenti merokok
Perokok jantung. Hal ini kerana, kandungan dalam rokok seperti Nikotin akan mengganggu keadaan jantung yang normal. berupaya menghadapi risiko sakit

Berhenti merokok akan berupaya mengurangkan


risiko berulangnya sakit jantung yang dialami.

Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, mereka perlulah mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi dan makanan bersantan. Bagi pesakit jantung pula, makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur, hati dan mentega perlulah

dielakkan.Masakan yang terbaik bagi mereka ialah


masakan yang dikukus atau dipanggang.

Pengambilan kolesterol yang berlebihan akan menyebabkannya terselit di palisan dalaman dinding arteri.Himpunan ini akan menjadi semakin tebal dan menarik komponen darah yang lain seperti platelet untuk melekat bersamanya di lapisan dalaman arteri.Ini akan menyebabkan arteri semakin sempit dan menyebabkan darah kurang mengalir ke jantung.Akibatnya, seseorang itu mudah mendapat serangan sakit jantung.

Bersenam
Bersenam merupakan cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah joging, berjalan dan mengayuh basikal. Aktiviti tersebut dapat membantu jantung mengalirkan darah secara lebih berkesan.

Cara yang paling terbaik ialah melakukan senaman


sebanyak 3 kali dalam seminggu.

DEGUPAN JANTUNG

SEL PENGUNCUPAN
Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik. Pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel. Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel.

Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri).


Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

PENGEPAMAN JANTUNG
Fungsi jantung sebagai dua pam : 1. Pengecutan kedua-dua atrium serentak untuk mengepam darah ke dalam ventrikel. 2. Pengecutan kedua-dua ventrikel serentak untuk mengepam darah keluar dari jantung.

1. Tindakan Nodus Sinoatrium (SAN)


Nodus sinoatrium adalah sekumpulan sel khusus yang terletak di dinding atrium kanan, berhampiran pintu masuk vena cava dalaman. SAN bertindak sebagai perentak yang memulakan denyutan jantung. SAN menjana gelombang impuls yang merebak kedua atrium dan menyebabkan atrium menguncup serentak. Darah dipaksa keluar dari atrium ke ventrikel.

2. Tindakan Nodus Atrioventikel (AVN)


Nodus Atrioventikel terletak pada pangkal atrium kanan. Impuls dari atrium mencapai AVN dan merangsang untuk menjana impuls. Impuls saraf ini dihantar ke ventrikel untuk menyebabkan kedua-dua ventrikel mengecut secara serentak.

Ventrikel kanan pam darah ke paru-paru melalui arteri pulmonari. Ventrikel kiri yang lebih tebal dan lebih berotot daripada ventrikel yang betul menghasilkan tekanan yang lebih besar untuk mengepam darah melalui aorta ke arteri lain dalam badan.

SISTEM KONDUKSI JANTUNG


Sistem konduksi terdiri daripada tisu otot jantung khusus yang menghasilkan dan mengedarkan potensi tindakan. Komponen sistem ini ialah sinoatrial (SA) node (pacemaker/perentak jantung), atrioventricular (AV) node, atrioventricular (AV) bundle (bundle of His), bundle branches and Purkinje fibers.

Conduction System of the Heart

2013 John Wiley & Sons, Inc. All rights reserved.

ELEKTROKARDIOGRAM
Rekod perubahan elektrik pada setiap kitaran kardiak disebut sebagai elektrokardiogram (ECG). ECG yang normal terdiri daripada gelombang P (depolarization of atrium), QRS kompleks (permulaan depolarization ventrikular) dan gelombang T (ventrikular repolarization). ECG digunakan untuk mendiagnosis ritma jantung yang tidak normal dan corak pengaliran.

Electrocardiogram

2013 John Wiley & Sons, Inc. All rights reserved.

KITARAN KARDIAK
Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai kitar kardiak. Ia terbahagi kepada 3 bahagian : - Sistol atrium (atrial systole) - Sistol ventrikel (ventricular systole) - Diastol kardiak sepenuhnya (complete cardiac diastole)

Sistol atrium = pengecutan kedua-dua atrium. Sistol ventrikel = pengecutan kedua-dua ventrikel. Diastol kardiak = pengenduran keseluruhan otot-otot jantung. Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel.

Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.

Satu kitaran jantung lengkap mengambil masa 0.8 saat pada denyutan jantung purata 75 denyutan seminit. Bunyi jantung pertama (lubb) mewakili penutupan injap atrioventrikular. Bunyi kedua (dupp) mewakili penutupan injap sabit.

The Cardiac Cycle

2013 John Wiley & Sons, Inc. All rights reserved.

SUMBER :
Complete reference express Biology SPM. Memory mastery through Biology SPM. Rujukan nota rakan UPSI berbentuk MPP.

Sumber: http://www.docstoc.com/docs/documentpreview.aspx?doc_id=10593051 http://anizyn.blogspot.com/2009/02/faktamenarik-mengenai-jantung.html http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/02 /sistem-peredaran-darah-manusia_24.html

Anda mungkin juga menyukai