Anda di halaman 1dari 12

Kertas ini mempunyai 40 soalan.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 1 Pemain bola sepak itu sedang membuat _________ sudut ke pintu gol. A lemparan B pukulan C lontaran D tendangan Kejayaan saya pada hari ini adalah hasil _________ yang kuat daripada kedua-dua ibu bapa saya, kata Amalina. A desakan B dorongan C paksaan D harapan

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 3 Amalan _________ antara jiran harus diamalkan dalam masyarakat kita. A kasih-mengasihi B nasihat-menasihati C ziarah-menziarahi

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 4 Tanah runtuh di kawasan bukit itu telah __________ bumbung empat buah rumah. A timbus B menimbus C tertimbus D ditimbus Jangan pakai baju yang __________ dan __________. Kurang manis dipandang orang, nasihat Puan Dewi kepada Shanti. A nipislabuh B burukbasah C jarangketat D sempitkecil

Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 6 Pejabat pos itu betul-betul terletak di __________ balai polis. A luar B belakang C sebelah Banglo dua tingkat yang terletak di hujung kampung itu cantik __________ tiada sesiapa pun berani tinggal di situ. A jika B lalu C tetapi D kerana
2

Soalan 8 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 8 Wanita itu jatuh __________ sebaik-baik saja berita tentang penangkapan anaknya itu disampaikan oleh pihak polis. A terkulai B tersembam 9 C terlentok D terjelepok

Setiap hari, ayah pulang __________ pejabatnya __________ pukul 6.30 petang. A B C D daripada daripadapada kepadapada dipada

10 Pekerja di kedai jahit itu bekerja dengan tekun untuk __________ baju-baju yang telah ditempah oleh para pelanggan. A menyiapkan B mempersiap C bersiapkan 11 Rozima berasal daripada keluarga yang miskin. __________, keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam pelajarannya. A B C D Lantaran itu Namun begitu Oleh sebab itu Lebih-lebih lagi

Soalan 12 dan Soalan 13 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 12 __________, banyaknya buku di rak buku! kata Salim kepada Hakimi. A Eh B Nah C Wah D Hai 13 __________ itu turut dilengkapi sebuah sofa dan komputer. A Bilik bacaan B Bilik tidur C Bilik gelap 14 Hanya __________ penduduk kampung yang hadir dalam majlis pertemuan dengan wakil rakyat itu. A sekalian C seluruh B setengah D sebahagian Soalan 15 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7 15 Nenek Yah __________ akan cucu sulungnya itu. A sayang sekali B sekali sayang C sayang paling D amat tersayang
4

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8 16 Pak Seman memikul __________ pisang dan menjinjing dua __________ rambutan dari kebunnya. A setandanjambak B sesikattangkai C setandanikat 17 Chai Meng __________ apabila Ganesh mungkir janji untuk membayar hutangnya. A panas hati C berat hati B patah hati D besar hati 18 Sikap Rohan tidak ubah __________, apabila disuruh barulah dia menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgunya. A seperti anjing berebut tulang B seperti api dalam sekam C seperti pahat dengan penukul D seperti telinga kuali Soalan 19 Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris. 19 Kita hendaklah menghargai jasa-jasa perajurit negara yang gugur di medan perang. A jatuh C luruh B mati D tumbang Soalan 20 Pilih kata berlawan bagi kata yang bergaris. 20 Pengembala itu menambat lembu-lembu itu di padang yang ditumbuhi rumput panjang. A membiarkan B melepaskan C meninggalkan D meleraikan

Soalan 21 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21 Sudah berapa lamakah Pak Cik Musa menetap di kampung ini? A Sejak 20 tahun yang lalu, Pak Cik Musa menetap di kampung ini. B Hampir 20 tahun yang lalu Pak Cik Musa datang ke kampung ini. C Sudah hampir 20 tahun Pak Cik Musa menetap di kampung ini. D Pak Cik Musa berusia 20 tahun ketika mula-mula menetap di kampung ini. Soalan 22 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22 Sudah tentu. Saya pun memang hendak ke bandar esok. A Boleh saya menumpang kereta awak untuk ke bandar esok? B Bolehkah awak menghantar saya ke bandar? C Mengapakah awak hendak ke bandar esok D Bilakah awak hendak ke bandar? Soalan 23 hingga Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 23 I II III IV A B C D 24 I II III IV A B C D 25 I II III IV A B C D Adik rimas memakai baju sejuk yang tebal itu. Nora berasa rimas berada dalam bilik yang panas itu. Rimas jelas terbayang pada wajah lelaki yang berkumis itu. Berita yang baru diterimanya itu betul-betul rimas kepalanya. I dan II saja III dan IV saja II dan III saja II, III, dan IV Mak Siti berasa sungguh sunyi kerana anak-anaknya berpindah ke bandar. Suasana hingar-bingar di dalam kelas itu menjadi sunyi apabila Cikgu Bedah masuk. Sebagai manusia, kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Pian memang suka sunyi diri di tempat yang terpencil itu. I dan II saja II dan III saja I, II, dan III saja II, III, dan IV saja Rashid melahirkan hasratnya untuk berhenti kerja kepada ibunya. Adik telah melahirkan semua makanan yang dimakannya tadi. Puan Dahlia selamat melahirkan anak sulungnya pagi semalam. Perselisihan faham antara kedua-dua murid itu akhirnya telah melahirkan pertengkaran. I, II, dan III saja I, II, dan IV saja I, III dan IV saja II, III, dan IV saja

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 26 Cikgu Fatimah mendenda Borhan kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikannya semalam. A Borhan mungkin didenda oleh Cikgu Fatimah semalam jika tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikannya. B Kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Fatimah tidak dapat Borhan siapkan semalam. C Borhan didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Fatimah semalam. D Cikgu Fatimah didenda semalam kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh Borhan. 27 Kamu sepatutnya mengikut jejak abang kamu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, kata Encik Wahid kepada Wafi. A Encik Wahid menasihati Wafi agar mengikut jejak abangnya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. B Encik Wahid meminta Wafi mengikut abangnya melanjutkan pelajaran ke universiti. C Encik Wahid ingin mengikut jejak langkah abang Wafi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. D Encik Wahid mahu Wafi supaya berjaya memasuki universiti yang dimasuki oleh abangnya. Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 28 I II III IV A B C D 29 I II III IV A B C D 30 I II III IV A B C D Peristiwa ngeri itu terus menghantui fikiran Salwa. Dilla masih tidak dapat melupakan peristiwa di malam itu. Ajiq amat sayang dengan datuknya yang membelanya sejak kecil. Pakaian-pakaian yang dijual di pasar raya itu agak mahal harganya. I dan IV saja II dan III saja I, II, dan III saja II, III, dan IV saja Dialah yang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rantai leher emas Mak Cik Badariah telah diragut petang tadi. Semua anak Pak Berahim bekerja di ibu kota Kuala Lumpur. Harga sebiji majalah itu hanya tiga ringgit setengah. I dan II saja II dan III saja II, III, dan IV saja I, II, III, dan IV Sharifah bukan setuju dengan cadangan abangnya untuk menghadiahi ayah mereka sebuah kereta. Tasya baru saja menerima kad undangan ke majlis hari jadi daripada kawannya. Buku-buku latihan itu telah ketua kelas pungut sebentar tadi. Kita mesti belajar sungguh-sungguh demi untuk lulus dengan cemerlang. I saja II saja I dan III saja II dan IV saja
7

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUALA LUMPUR, Isnin 24 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang menyertai lawatan menjelajah ke alam dasar laut di Aquaria KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre), semalam. Mereka adalah pemenang Peraduan Menjelajah Dasar Laut anjuran Majalah Kuntum baru-baru ini. Lawatan sehari yang bertemakan Keindahan Kehidupan Marin turut disertai oleh lima orang wakil daripada Majalah Kuntum. Sepanjang lawatan itu, para peserta berpeluang menimba ilmu pengetahuan, khususnya yang berkaitan dengan hidupan laut seperti ikan jerung, ikan pari, belut, dan kuda laut. Seorang peserta, Mohd. Firdaus, 12 tahun dari Melaka yang ditemu bual mengatakan, dia terpegun apabila melihat dua ekor ikan arapaima gergasi yang panjangnya mencecah hingga 10 kaki. Katanya lagi, banyak perkara baru yang dapat diperoleh terutamanya tentang ikan-ikan yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Saya berasa sungguh gembira mengikuti lawatan ini. Banyak maklumat yang berfaedah tentang haiwan marin yang dapat saya ketahui. Misalnya, saya dapat mengetahui asal usul dan pelbagai jenis ikan. Lebih-lebih lagi akuarium ini mampu memuatkan kira-kira 5 000 ekor ikan daripada 150 spesies di seluruh dunia, kata Shebby Singh dari Pulau Pinang. Aquaria KLCC yang merupakan akuarium terbesar di dunia turut mempamerkan 150 ekor haiwan reptilia dan amfibia seperti katak, ular, dan labah-labah berbisa. Pada akhir lawatan itu, para peserta turut menerima barang-barang cenderamata Aquaria yang disampaikan oleh Encik Simon Foong, Pengurus Besar Aquaria. 31 Siapakah yang terpilih menyertai lawatan tersebut? A peserta yang memenangi Peraduan Menjelajah Dasar Laut B peserta yang memenangi Peraduan Majalah Kuntum C mereka yang gemar akan hidupan marin D mereka yang berminat akan pelbagai jenis ikan 32 Apakah maksud kata menjelajah dalam petikan? A mengelilingi B menempuh C meneroka D menakluk 33 Yang berikut merupakan hidupan marin, kecuali A ikan jerung. B katak. C belut. D kuda laut. 34 Aquaria KLCC memuatkan A hidupan marin dan haiwan reptilia. B hidupan marin dan haiwan amfibia. C haiwan reptilia dan amfibia. D hidupan marin serta haiwan reptilia dan amfibia.
8

35 Pilih penyataan yang berikut tidak benar tentang petikan. A Lawatan ke Aquaria KLCC disertai oleh 24 orang wakil daripada Majalah Kuntum. B Peserta memperoleh pelbagai pengetahuan tentang hidupan laut seperti ikan jerung, ikan pari, belut, dan kuda laut. C Akuarium terbesar di dunia ini memuatkan 5 000 ekor ikan daripada 150 spesies di seluruh dunia. D Aquaria KLCC turut mempamerkan 150 ekor haiwan reptilia dan amfibia. Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Petir berdentum-dentam. Ibu bapa Yasmin pula menghadiri kenduri doa selamat di rumah saudara mereka. Sebelum keluar tadi, ibunya telah berpesan kepada Yasmin supaya menjaga adik lelakinya, Yasser baik-baik. Tambahan pula, Yasser menghidap penyakit asma. Yasmin tidak menyangka bahawa hujan akan turun pada malam itu. Pagi tadi, dia ada terdengar ramalan kaji cuaca di radio mengatakan hujan tidak akan turun malam ini. Kak, Yasser tak dapat ..., Yasser memanggilnya. Suaranya tersekat-sekat. Yasmin yang tekun menjawab soalan Kertas Ramalan SPM itu segera memberi alat yang digunakan untuk mengawal penyakit asma itu kepada adiknya. Namun, usahanya tidak berjaya. Yasser semakin sukar bernafas. Yasmin panik. Dia segera menelefon Pak Usu yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Dia juga menelefon ibu bapanya tentang keadaan adiknya itu. Pak Usu segera membawa Yaser ke klinik. Yasmin menunggu dengan cemas di luar bilik pemeriksaan. Hatinya rasa tidak sedap. Tiba-tiba, Pak Usu menepuk bahunya. Min, ayah dan ibu kamu terlibat dalam suatu kemalangan semasa hendak datang ke sini tadi. Kereta mereka terbabas kerana terlanggar pembahagi jalan. Mereka sedang dirawat di unit kecemasan sekarang, kata Pak Usu. Sabarlah Min. Tiada apa-apa yang dapat diramalkan dalam hidup ini, pujuk Pak Usu apabila melihat Yasmin mula menangis. Mudah-mudahan mereka selamat. Nanti Pak Usu hantarkan Min ke unit kecemasan. Yasmin hanya mengangguk lesu. Hujan semakin mencurah, selebat air matanya yang mengenangkan keadaan adik, ibu, dan ayahnya kini. 36 Apakah pesanan ibu Yasmin kepadanya? A supaya menghadiri kenduri doa selamat saudara mereka B supaya menjaga adik lelakinya yang menghidap penyakit asma C supaya tekun belajar untuk menduduki peperiksaan SPM D supaya membawanya adiknya ke klinik untuk mendapat rawatan 37 Nafas Yasser tercungap-cungap ketika memanggil Yasmin kerana... A dia memanggil kakaknya dengan suara yang kuat. B dia berusaha bernafas dengan betul. C dia bernafas tersekat-sekat. D penyakit asmanya menyerang lagi. 38 Bagaimanakah ayah dan ibu Yasmin terlibat dalam kemalangan? A mereka memandu dengan cepat semasa hendak datang ke klinik B mereka melalui jalan raya yang basah dan licin C kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas selepas merempuh pembahagi jalan
9

39 Kata diramalkan dalam petikan bermaksud A dianggarkan. B dijangkakan. C difikirkan. D ditetapkan. 40 Semua penyataan yang berikut benar tentang petikan, kecuali... A Yasmin belajar dalam Tingkatan Lima. B Yasser dihantar ke klinik oleh Pak Usu. C alat yang digunakan untuk mengawal penyakit asma Yasser tidak berfungsi. D kedua-dua ibu bapa yang terlibat dalam nahas jalan raya sedang dirawat di unit kecemasan.

10

KERTAS 012

Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Bahagian A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah] Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

11

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Anda mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat sekolah. Tajuk perbahasannya ialah Melancong di Dalam Negara Lebih Baik daripada Melancong di Luar Negara. Sediakan hujah-hujah anda sebagai pencadang selengkapnya. ATAU 2 Anda telah mengikuti suatu kem bina semangat yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tulis catatan anda sepanjang kem bina semangat tersebut. ATAU 3 Anda telah ditugaskan untuk menemu ramah seorang murid cemerlang dalam UPSR di sekolah anda. Temu ramah itu akan dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis temu ramah itu selengkapnya. Bahagian C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 markah] Tulis beberapa pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Ayie, sebelum masuk tidur, gosok gigi dulu, kata Puan Murni kepada Mukhriz. Mukhriz yang sedang menonton televisyen tidak mengendahkan kata-kata ibunya. Mukhriz! Dengar tak apa yang ibu kata tadi? Tutup TV sekarang. Sudah hampir pukul 11.00 malam. Pergi masuk tidur! Nanti esok mengantuk pula di sekolah. Jangan lupa, gosok gigi dulu, sekali lagi Puan Murni mengingatkan Mukhriz. Mukhriz memasamkan mukanya. Apatah lagi dia sedang menonton rancangan kartun kegemarannya. Dia menutup suiz TV lalu menuju ke bilik tidurnya. Sudah dua hari Mukhriz sakit gigi. Pipinya merah dan gusinya membengkak. Puan Murni membawa Mukhriz ke klinik gigi. Setelah diperiksa, doktor mengatakan bahawa gigi gerahamnya terpaksa dicabut kerana telah berlubang dan rosak. Mukhriz menyesal kerana tidak menjaga giginya dengan baik. Dia selalu lupa menggosok giginya sebelum masuk tidur. Dia juga gemar makan aiskrim dan coklat serta mengunyah gula-gula.

12