Anda di halaman 1dari 6

Tajuk : Memeriksa dan menguji sistem panel penggera kebakaran di bilik voltan

rendah sebelum memasang tong gas Co2 yang baru diisi semula.

Tarikh : 30 March 2009

Tarikh siap/ Tempoh : 11.00 pagi -12.30 tengahari

Tujuan: Ujian dilakukan adalah untuk memastikan panel sistem penggera kebakaran
dapat berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kebakaran.

Alat uji : Multimeter,pemetik api dan smoke detector tester.

Bahan : Tong gas CO2.

Persediaan langkah-langkah keselamatan

1.Memaklumkan kepada semua pihak berkenaan bagi pengujian yang akan


dijalankan melalui e-mail.

2.Mengenal pasti panel atau tempat yang akan diuji.

Peraturan am keselamatan

Beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi semasa berada ditempat kerja atau
semasa kerja dijalankan adalah seperti berikut:

1.Pastikan papan tanda amaran tidak ditutup atau dihadang oleh benda lain.

2.Kawasan temapat kerja hendaklah bersih daripada tumpah minyak,gris dan


air.Kesemua bahan ini boleh mengakibatkan pekerja atau sesiapa sahaja
tergelincir.

3.Peralatan kerja mestilah di disimpan tempat yang sesuai dan sentiasa bersih
selepas digunakan dan dipastikan tidak rosak serta berada dalam keadaan baik.

4.Hindari dari menggunakan perkakas elektrik tanpa pengetahuan cara pengunaan


yang betul untuk mengendalikannya.

5.Tempat kerja seperti lantai dan meja mestilah diliputi getah penebat untuk
mengelakkan renjatan elektrik.

6.Memaklumkan kepada semua orang yang bertanggungjawab di atas kerosakkan


sesuatu alatan.

7.Sentiasa peka terhadap persekitaran tempat kerja.


8.Hendaklah dipastikan selepas melakukan sesuatu kerja ,kawasan kerja hendaklah
dibersihkan.

9.Pastikan alat pemadam api disediakan apabila setiap litar atau peralatan di uji
pasang.

10.Mengambil kira semua bacaan penebatan,rintangan dan kekututuban diparas


atau pada bacaan yang dikehendaki.

11.Carta pertolongan cemas di baca dan difahamkan pada setiap masa.

Langkah-langkah kerja

Memeriksa 2 unit d.c bateri 12 volt.

1. Memeriksa voltan bekalan masuk dengan menggunakan multimeter.

Nilai bacaan adalah 242 a.c volt.

1.’Off’ kan suis sistem penggera kebakaran.

2. Keluarkan bateri dari panel sistem penggera kebakaran dan periksa voltage
kedua- dua d.c bateri dengan menggunakan multimeter.
Nilai bacaan 1 unit bateri 12 volt d.c

Nilai bacaan 2 unit bateri disambung secara siri adalah 24 volt d.c.

Ini menunjukkan kedua-dua bateri dalam keadaan baik dan boleh digunakan
lagi.Selepas d.c bateri diperiksa sambungkan bateri pada sistem penggera
kebakaran.

3.Kemudian Isolate sistem Zone B (heat detector) dan lakukan ujian pada sistem
zone A (smoke detector) dengan menyemburkan “ smoke detector tester” pada
smoke detector.Apabila semburan dilakukan, led pada smoke detector dan led pada
panel sistem kebakaran akan aktif.Ini menunjukkan smoke detector berfungsi
dalam keadaan baik kerana dapat mengesan asap daripada semburan “smoke
detector tester”.
4.Isolate sistem zone A (smoke detector) dan lakukan ujian pada sistem zone B
(heat detector) dengan menggunakan pemetik api. Apabila pemetik api dinyalakan
heat detector led pada heat detector dan juga led pada sistem panel kebakaran
aktif. Ini menunjukkan heat detector dapat mengesan haba kebakaran dan
berfungsi dalam keadaan baik.

5.Ujian seterusnya adalah memeriksa voltage keluaran untuk mengaktifkan langsir


kebakaran dengan menggunakan multimeter.Multimeter hendaklah disambungkan
pada bahagian “keluaran voltage langsir kebakaran” di sistem panel kebakaran.
Apabila Zone A (smoke detector) diaktif multimeter akan menunjukkan bacaan
voltan, ini menunjukkan voltan akan dibekalkan pada sistem langsir kebakaran
unutk menutup tingkap supaya tiada oksigen yang akan masuk kedalam bilik voltan
rendah.Ini dapat membantu memadamkan kebakaran sekiranya berlaku.
5.Memeriksa sambungan daripada sistem penggera kebakaran ke actuator valve
dengan menggunkan multimeter.Apabila Zone B diaktifkan voltan bekalan
dimasukkan bacaan perlu ambil pada voltan keluaran.

Nilai bacaan : 24 volt d.c


6.Selepas kesemua ujian dilakukan barulah tong gas CO2 dipasang.Pastikan
kedudukan tong gas dalam keadaan menegak dan dipasang dengan ketat dan
kemas.

7.Kemudian pasang pyrocharge dengan actuator pada silinder valve co2 tank.
Ketatkan pyrocharge actuation tersebut.

8. Setelah itu bersihkan kawasan kerja.