Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami Tarikh Ibubapa/Penjaga,

: SKKKB/010501301(1) : 12 Mac 2013

Tuan/Puan,

MAKLUMAN MURID PEMULIHAN KHAS SESI 2013 Adalah dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan telah dipilih untuk mengikuti Program Pemulihan Khas di sekolah ini: 2. Program Pemulihan Khas ini bertujuan untuk membantu murid yang telah dikenalpasti masih tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program yang akan dijalankan bergantung kepada tahap pencapaian anak/jagaan tuan. 3. Program Pemulihan Khas ini akan dijalankan di Kelas Pemulihan Khas hanya pada masa yang telah ditetapkan. 4. Tuan juga diminta mengisi Surat Kebenaran membenarkan anak tuan mengikuti program yang akan dijalankan ini. 5. Kerjasama dan perhatian yang tuan berikan, saya percaya akan dapat membantu anak tuan menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan. Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih dan semoga anak tuan dapat menjadi murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

. (NORZULIANA BINTI AMIR) Guru Pemulihan Khas dan Penyelaras LINUS SK Kuala Kubu Bharu

Anda mungkin juga menyukai