Anda di halaman 1dari 4

Assalamulaikum

Akhlak beerti tabiat atau tingkah laku. Menurut ulama ( definisi oleh al-Ghazali dalam
bukunya Ihya ulum ad-Din): Akhlak merupakan suatu keadaan yang sebati di dalam diri serta
melahirkan tingkah laku secara sepontan tanpa perlu merenung dan berfikir.
Dengan ini kita boleh takrifkan akhlak sebagai beberapa nilai atau sifat yang sebati di
dalam diri dan menjadi neraca atau kayu ukur bagi manusia melihat baik atau buruk sesuatu
perbuatan seterusnya menentukan sama ada mahu melakukannya atau sebaliknya.
Dalam Islam, yang menjadi dasar atau alat pengukur yang menyatakan sifat seseorang
itu baik atau buruk, adalah Al-Quran dan Sunnah. Apa yang baik menurut Al-Quran dan
Sunnah, itulah yang baik untuk dijadikan pegangan dalam kehidupan sehari-hari. Sebaliknya
apa yang buruk menurut Al-Quran dan Sunnah, beerti itu tidak baik dan perlu dijauhi.
Jika ada orang yang menjadikan dasar akhlak itu berasal dari adat kebiasaan yang
berlaku dalam masyarakatnya, maka untuk menentukan atau menilai baik buruknya adat
kebiasaan tersebut, maka ianya haruslah dinilai dengan mana-mana hukum atau nas yang
terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya di dapati sesuai dan tidak bertentangan
bolehlah terus dipupuk dan dikembangkan dan sekiranya bertentangan hendaklah dijauhi dan
perlu ditinggalkan dengan segera.
Oleh kerana itu kaedah yang tepat dalam memulihkan tingkah laku manusia dan
mewujudkan cara hidup yang sejahtera adalah dengan memulih dan membersihkan jiwa
manusia disamping menanamkan nilai akhlak yang baik. Atas dasar ini, Islam amat menitik
beratkan soal kemurnian jiwa. Malah Islam menegaskan bahawa kebahagiaan atau
kesengsaraan, kesenanagan atau kesusahan, kemewahan atau kemiskinan, ketenangan atau
kebimbangan, kemuliaan atau kehinaan semua ini berpunca daripada nilai dan sifat yang ada di
dalam diri manusia itu sendiri. Firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 11

]) -.- +O)O4NC 4`
`O) _/4EO
W-+O)O4NC 4`
jgO^)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.
Rujukan: 1) Tuntunan Akhlak : DRS M. Ali Hasan
2) Usul Dakwah: Sistem-sistem Islam; Dr. Abdul Karim Zaidan

Assalamualaikum
Perilaku dan tabiat manusia, baik yang terpuji maupun yang tercela disebut sebagai
akhlak. Dalam bahasa Melayu, akhlak sering disebut sebagai moral atau etika. Secara
etimologi, akhlak berasal daripada bahasa Arab akhlaq. Para sufi dan pengarang buku
mengenai akhlak mengatakan akhlak bukan hanya merupakan perilaku antara manusia dengan
Khaliqnya serta antara manusia dengan makhluk lain.
Akhlak atau budi pekerti yang baik merupakan darjat paling tinggi bagi umat Islam.
Akhlak yang baik akan menentukan kuat atau lemahnya suatu bangsa atau negara. Apabila
sesuatu bangsa sudah tidak memiliki moral yang baik maka bangsa itu sudah menempuh jalan
kehancuran. Meskipun Negara itu kaya, tetapi jika tidak desrtakan dengan akhlak yang utama,
ia tidak akan berharga sama sekali, baik menurut pandangan manusia apalagi menurut
sunnatullah. Maka Allah SWT menberi kedudukan kepada Rasulullah menjadi uswatun
hasanah, sebagi contoh teladan kepada umat manusia, sebab dalam diri Baginda terdapat
akhlaqul karimah akhlak yang mulia dan utama.
Mengenai akhlak terhadap sesama manusia, al-Quran memberi petunjuk bukan hanya
dalam bentuk larangan melakukan hal-hal yang negatif seperti membunuh, tetapi juga maki
hamun, menyakiti hati dengan cara menceritakan aib seseorang dibelakangnya dengan tidak
mempedulikan aib itu benar atau salah.
Rasulullah SAW sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik.
Lisannya tidak pernah digunakan untuk memfitnah atau mengumpat, menyinggung perasaan
orang lain, kata-kata kasar atau kotor atau untuk menghina orang lain.
Rujukan : Wacana Ketamadunan Dalam Masyarakat Islam Hadari: Mohd. Shauki Abd. Majid



Assalamualaikum
Pendidikan akhlak amat penting diajar kepada anak-anak kerana mereka akan mewarisi
umat Muhammad yang terkemudian. Jatuh bangunnya sesuatu bangsa atau umat berdasarkan
kepada darjat akhlaknya. Ia juga merupakan asas pembinaan minda dan sahsiah individu
dengan membentuk budi pekerti yang luhur sesuai dengan fitrah asal kejadian manusia.
Pendidikan akhlak hendaklah diajar sejak anak-anak diperingkat mumaiyiz (kecil) hinggalah
diperingkat akhil baligh (dewasa) apabila segala tuntutan syarak telah terpikul dibahunya.
Sepotong hadis riwayat daripada Tarmizi, baginda rasul bersabda maksudnya:
Tiadalah yang lebih utama yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya melainkan
akhlak yang baik.
Menurut Imam al-Ghazali:
Pendidikan akhlak akan dapat memindahkan peribadi dan memperluaskan budi pekerti serta
dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai tingkat kemuliaan.
Tujuan Pendidikan Akhlak
1. Membiasakan diri agar sentiasa bersifat terpuji.
2. Menjauhi sifat-sifat keji dan tercela
3. Menanamkan rasa kemanusiaan yang mulia seperti bersifat belas kasihan, gemar
menolong dan berbakti tanpa mengharapkan balasan.
4. Mengelakkan diri daripada meniru gaya orang musyrik yang tidak berakhlak serta dapat
menghindarkan diri daripada mengikut jejak syaitan.
5. Mendidik manusia agar memiliki disiplin diri sesuai dengan syariat Islam, menjaga
kehormatan dan kemuliaan diri serta menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa
kerosakan pada diri.
6. Mendidik manusia supaya sentiasa bermuhasabah dan membuat refleksi diri agar
sentiasa menjaga diri supaya tidak terkeluar daripada batasan syarak.
Rujukan: Pedagogi Pendidikan Islam ; Ghazali Darusalam

Anda mungkin juga menyukai