Anda di halaman 1dari 18

CABARAN MUSLIM MASA KINI

BAHTERA CONSULTAN SDN BHD

CABARAN 1: SYAITAN DAN HAWA NAFSU.

1.Godaan syaitan yang menipu. 2.Bisikan nafsu yang mengajak kepada kejahatan. 3.Keinginan untuk membebaskan diri dari ikatan syara.

CABARAN 2: SERANGAN PEMIKIRAN

BAHTERA

Merosakkan akhlak Menghancurkan pemikiran

Meleburkan keperibadian
Murtad SASARAN
Memberikan taat setia kepada kekuasaan jahiliyyah

CABARAN 3: KERUNTUHAN AKHLAK WANITA

Apabila rosaknya wanita maka rosaklah masyarakat keseluruhannya formula.


3 perkara yang akan menghancurkan umat yang paling kuat : zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat dan rosaknya wanita.
Mustafa As Sibaei.

Mereka merancang untuk merosakkan Umat Islam!!!

Gelas-gelas arak dan penyanyipenyanyi wanita memiliki kemampuan untuk menghancurkan umat Muhammad lebih daripada kemampuan yang dimiliki oleh seribu buah meriammaka hendaklah kamu menenggelamkan mereka di dalam keghairahan kepada kebendaan dan shahawat
Ketua perancang penjajahan terhadap dunia Islam

CABARAN 4: LUNTURNYA PEGANGAN AGAMA

Tidak mengambil berat hubungan dengan Allah.


Tidak berminat untuk mendalami agama. Tidak menghormati agama. Tidak ambil berat keadaan umat Islam. Hidup hanya untuk memenuhi kepentingan diri sendiri.

Mereka merancang untuk merosakkan Umat Islam!!!

Sesungguhnya perancangan kamu terhadap dunia Islam hendaklah untuk melahirkan generasi yang tidak mengenal hubungannya dengan Allah dan tidak berkeinginan untuk mengenaliNya, kamu mengeluarkan mereka dari ajaran Islam tetapi kamu tidak mengkristiankan mereka.Dengan itu, akan lahir generasi muslim yang bertepatan dengan kehendak kita (penjajah), generasi yang tidak mengambil berat pada perkaraperkara besar, generasi yang suka berehat dan pemalas, generasi yang menggunakan sepenuh keupayaan dalam kehidupannya untuk syahawat, apabila belajar adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mengumpul wang adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mendapat kedudukan dalam kepimpinan adalah untuk syahawat keduniaannya
Kata-kata Zumer di dalam muktamar pendakwah kristian di Quds.

CABARAN 5: MEDIA MASSA

Kita mampu untuk menyatakan bahawa media massa dengan berbagai-bagai bentuknya dipermudahkan pada hari ini di kebanyakkan dunia Islam untuk menyebarkan kekejian, menggalakkan jenayah, mendorong untuk melakukan kerosakkan dan memandu generasi muslim ke arah penyelewengan segalagalanya dirancang untuk menghancur musnahkan aqidah dan akhlak..
Kata-kata Prof. Abdullah Nasih Ulwan: Pensyarah di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah.

GENERASI YANG KITA TIDAK INGINKAN.

Firman Allah swt: Maka mereka meninggalkan satu generasi yang mencuaikan solat dan mengikut hawa nafsu maka pasti mereka akan menerima kecelakaan. (Surah Maryam:59) Sabda Rasulullah saw: maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau nasrani atau majusi. ( hadis).

Noktah-noktah penting dalam aspek pembinaan peribadi muslim.

Jelas matlamat hidup. Memahami perancangan musuh terhadap Islam. Optimis dengan kemenangan Islam. Mencontohi tokoh-tokoh qudwah dalam sejarah Islam. Menghayati kelebihan dakwah. Menguasai pendekatan terbaik untuk berdakwah. Mendalami iman kepada qada dan qadar.

1.

Hidup muslim adalah untuk beribadah kepada Allah


Ubudiyyah kepada Allah bukan hanya terbatas kepada syiar-syiar ibadat sahaja.tetapi ia merangkumi keikhlasan kepada Allah, merangkumi ketundukan dan kepatuhan kepada perintah Allah, merangkumi kesetiaan yang sepenuhnya kepada Allah, rasul dan orang beriman, merangkumi usaha dakwah yang berterusan dan jihad di jalan Allah.untuk mengeluarkan manusia dari penghambaan sesama manusia kepada penghambaan hanya kepada Allah.

2.

Al Quran melarang muslim berputus asa seperti firman Allah swt: Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa dari rahmat Allah itu kecualilah orang-orang kafir. (Yusuf:87)
Sejarah merupakan bukti bahawa umat Islam mampu bangkit menentang musuhmusuhnya jika mereka kembali berpegang teguh dengan ajaran Allah.
Kemenangan adalah dari Allah dan sesiapa yang ditolong oleh Allah

maka tiada siapa yang dapat mengalahkannya. menolong agamanya.

Sesungguhnya Allah tidak akan menolong kecuali sesiapa yang

Seperti mana kemenangan itu adalah milik orang yang beriman,

begitu juga kemenangan itu tidak akan berlaku kecuali dengan usaha orang yang beriman. ( tulisan Sheikh Yusuf Al Qardawi )

3.

Qudwah kita ialah Rasulullah saw yang mengatasi

kesemua kehebatan manusia di atas dunia ini. Saidatina Aisyah mengatakan bahawa akhlak baginda adalah Al Quran.

qudwah terbaik selepas baginda saw. Mereka ini adalah kelahiran dari madrasah imaniyyah yang ditarbiyyah oleh baginda saw. Salafussoleh adalah mereka yang mengikuti manhaj Nabi saw dan para sahabatnya.Mereka perlu dijadikan qudwah kerana pegangan mereka yang sangat kuat kepada ajaran Islam dengan bimbingan para sahabat Nabi saw.

Para sahabat rasulullah merupakan

4.

Firman Allah swt: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia. Kamu menyuruh kepada kebaikan dan kamu mencegah kemunkaran dan kamu beriman kepada Allah..(Ali Imran 110)

Sabda rasulullah saw:


Demi Allah, dengan sebab usaha kamu Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki adalah lebih baik bagi kamu dari seekor unta merah

5.

Beberapa pendekatan

1. Lisanul hal lebih petah dari lisanul maqal. 2. Selalu berkasar tidak akan dapat penerimaan orang lain. 3. Hati yang baik akan membuatkan wajah sentiasa ceria. 4. Mulakan yang paling penting kemudian yang penting. 5. Penerimaan manusia adalah mengikut kadar interaksi kita dengan Allah.

6. Berkenalanlah dengan sesiapa yang ditemui dari kalangan muslim.

6.

Makna iman dengan qada dan qadar.


Meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa ajal itu di tangan Allah. Meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa rezki itu telah ditentukan Allah.

Redho dengan ujian Allah dalam bentuk kekurangan wang, sakit, kemalangan dll. Dengan ini muslim akan membebaskan diri dari tekanan jiwa, pemikiran yang menakut-nakutkan dan menyangka-nyangka keburukan yang akan berlaku kepada dirinya. Muslim akan berani berhadapan dengan cabaran, pasrah kepada ketentuan Allah, dapat tidur dengan perasaan yang tenang dan rehat.

Sesungguhnya aku telah menyertai lebih dari seratus peperangan. Tidak ada di badanku ruang barang sejengkal kecuali terdapat padanya kesan tetakan pedang atau tikaman tombak atau tusukan anak panah(tetapi) beginilah aku mati di atas katilku seperti orang lain juga
Saifullah Khalid bin Al Walid

mahukah kita di suatu masa nanti ketika ibu bapa kita berada dalam kegelisahan dan ketakutan yang teramat sangat, tiba-tiba datang pertolongan yang sangat mereka nanti-nantikan. Ia datang dari kita sendiri.Suasana menjadi berubah sehingga ibu bapa kita merasa begitu tenang dan teramat seronok, bukan dek kerana kehadiran anaknya..tetapi kerana amal-amal soleh dan doa anaknya yang sentiasa datang menerangi kegelapan alam barzakh yang penuh dengan azab dan siksa, lalu Allah menyelamatkan ibu bapa kita dan menjadikan kubur mereka berdua seperti taman dari taman-taman syurga ya allah perkenankanlah harapan kami..amin..

Anda mungkin juga menyukai