Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

REFLEKSI NORIZZATI BT MOHD ADENAN 900406-09-5104 Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan kawan-kawan yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Permainan Tradisional bagi mata Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) . Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah pembimbing atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Kumpulan kami telah menganjurkan permainan Guli sempena Karnival Kecil Permainan Tradisional Inter-Kumpulan bagi unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5.Pelbagai input yang saya perolehi sepanjang menjayakan karnival berkenaan. Antara kekuatan yang saya dapati ialah dari aspek pengurusan permainan. Dari pemilihan permainan sehinggalah ke perlaksanaan permainan saya dan rakan-rakan dapat diuruskan dengan baik. Alhamdulillah, semua dapat melaksanakan tugas dengan baik. Di samping itu, banyak perkara yang saya pelajari sepanjang melaksanakan karnival kecil ini. Semua ini dapat diaplikasi kelak khususnya apabila sudah berada di sekolah. Bagi aspek perlaksanaan permainan semasa karnival. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh pemain juga amat memuaskan dan mereka dapat bermain dengan gembira. Objektif dan matlamat kami tercapai. Ianya adalah hasil daripada usaha ahli kumpulan yang menggembleng idea dan tenaga bagi menjayakannya. Di sini, kerjasama dan peranan ahli amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik. Malah, melalui permainan tradisional ini juga dapat memberi kepada saya pendedahan mengenai peraturan dan juga jenis permainan yang ada. Bukan sahaja fokus kepada permainan kumpulan kami, bahkan permainan ahli kumpulan lain juga memberikan saya satu maklumat tambahan yang mana mungkin sebelum ini saya tidak tahu atau pernah main permainan-permainan tersebut sebelum ini.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Namun, sudah menjadi lumrah manusia. Tidak sempurna, ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dari masa ke masa. Antaranya, pemilihan permainan amat penting kerana perlu melihat keperluan semasa dan keadaan. Misalnya, sesuatu permainan perlu dipilih melihat kepada keupayaan dan objektif permainan itu dipilih. Peraturan dan cara bermain juga berbeza mengikut daerah dan negeri. Contohnya, permainan Guli juga mempunyai pelbagai cara dan jenis yang dimainkan. Mungkin berlalu salah faham daripada aspek peraturan dan kaedah bermain. Namun, ianya dapat diatasi dengan penjelasan peraturan sebelum bermain. Dengan ini peserta lebih jelas dan memahami apa yang dikehendaki pengajur dan bagaimana permainan itu dimainkan walaupun sebelum ini cara mereka bermain agak berbeza. Antara peluang yang saya dapati semasa karnival adalah peluang untuk kami guru pelatih untuk belajar menguruskan sebuah karnival sebagai persediaan untuk mengurus sesuatu program besar semasa di sekolah nanti. Kami juga belajar cara berkomunikasi dengan berkesan antara peserta dan pengelola bagi memastikan permainan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Malah, kami juga berpeluang untuk bermain permainan yang sudah lama dilupakan oleh generasi sekarang ini. Terdapat sebilangan permainan yang saya tidak pernah saya main iaitu permainan lubang cina,tindih getah, dan kabadi. Melalui peluang untuk belajar benda baru seperti ini, saya boleh menggunakan permainan ini sebagai salah satu permainan kecil semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Selain itu, dalam menganjurkan sesuatu program pasti akan ada ancaman. Antara ancaman yang saya dapati adalah mengenai cuaca dan persekitaran. Cuaca yang tidak menentu pada minggu karnival sangat merisaukan kami kerana ada permainan yang memerlukan kawasan yang luas seperti padang untuk bermain. Oleh itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga iaitu kalau hujan pada hari tersebut, semua permainan akan dipindahkan ke gym. Selain itu, kawasan padang juga perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kecederaan. Ini kerana, terdapat permukaan padang ynag berlubang dan tidak rata. Ini mungkin boleh menyebabkan peserta terjatuh semasa bermain. Oleh itu, kami mengambil langkah untuk memilih kawasan bermain yang selamat, rata dan tidak licin. Selain itu, kami menanda kawasan untuk mengelakkan pertembungan antara satu permainan dengan permainan yang lain. Akhirnya, dapat saya katakan bahawa dengan penganjuran karnival kecil permainan tradisional ini banyak mengajar saya berkaitan pengurusan dan pengelolaan sesuatu program. Tidak kira ianya kecil atau besar. Aspek pengurusan dan pentadbiran ini amat penting dalam

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

memastikan sesuatu aktiviti itu dapat dijalankan dengan baik dan matlamat akhirnya tercapai. Daripada aspek organisasi sehinggalah perlaksanaan perlu diberi perhatian dan dititik beratkan kerana kejayaan sesuatu aktiviti di nilai sama ada keadaan atau kejayaan sebelum, semasa dan selepas ianya dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai