Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH KHO-KHO Kho-kho merupakan sejenis permainan yang sangat popular di kalangan orang India.

Menurut sejarah India, kho-kho pada asalnya dimain dengan menggunakan kereta kuda di Maharashta, India. Kebanyakan ahli sejarah India menganggap permainan ini merupakan sejenis permainan Lari dan Kejar, iaitu seorang pemain yang akan mengejar dan menyentuh pelawannya. Namun, tradisi ini telah berubah mengikut perkembangan budaya sosial masa kini disebabkan tiada seseorang yang akan menunggang kuda di persekitaran pada masa sekarang. Permainan ini turut diubah dengan menggantikan kuda kepada kaki setiap pemain.

Permainan ini mempunyai dua kumpulan yang mewakili 12 orang pemain masing-masing. Namun, hanya 9 orang sahaja yang dapat bermain dalam satu perlawanan. Permainan ini mempunyai 2 giliran yang akan berlanjut sebanyak 7 minit masing-masing secara berlari dan mengejar. Keunikan permainan ini adalah permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulannya. Sekiranya pengejar berasa letih mengejar pelawannya, dia dapat menukar giliran mengejarnya kepada ahli kumpulannya dengan menyentuh ahlinya sambil menjerit KHO KHO. Permainan ini memang digalakan kerana ia memerlukan tenaga dan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel. Daya tahan dan tenaga dapat dilatih dengan bermain permainan ini supaya pemain dapat sentiasa berada dalam keadaan yang sihat badannya.