Anda di halaman 1dari 3

1.8 Di Perpustakaan : Shafie Abu Bakar Maksud 1.

Sebaik-baik sahaja penyajak masuk ke dalam perpustakaan, dia berhadapan dengan suasana ang berbeza dengan keadaan di luar. Suasana di dalam perpustakaan dingin dan sunyi sepi.Perpustakaan tempat menyimpan pelbagai khazanah ilmu.Kelihatan pengunjung membuat rujukan di merata-rata tempat di dalam perpustakaan. 2. Di dalam perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai buku itu, penyajak berasa dirinya amat kecil kerana ilmu yang dimilikinya tidak seberapa. Meskipun penyajak berusaha untuk mendapatkan bermacam-macam ilmu, namun dia memperoleh sedikit ilmu sahaja. Perpustakaan merupakan warisan yang menyimpan pelbagai peradaban sejak dahulu. 3. Di dalam perpustakaan itu, penyajak berusaha untuk mendapatkan ilmu, Namun begutu, dia tidak berasa puas dengan ilmu yang diperolehnya. Tema Fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu. Persoalan 1. Perpustakaan tempat membaca dan membuat rujukan. 2. Ilmu pengetahuan amat luas sehingga eseorang tidak mampu memiliki kesmuanya. 3. Usaha mencari ilmu sentiasa berterusan. Bentuk Bebas : Rangkap 1 mengandungi 10 baris dengan jumlah kata 2 4 perkataan sebaris. Rangkap 2 mengandungi 5 baris dan jumlah perkataan tidak terkawal. Rangkap 3 mengandungi 16 baris dan jumlah perkataan antara 2 4 perkataan sebaris 1.9 Insaf : Shukri Abdullah Maksud 1. Kesalahan dan kejahilan yang kian bertambah menyebabkan seserorang itu kian terhindar daripada cahaya keimanan. 2. Dalam menjalani kehidupan, penyajak sering melakukan kesilapan yang menyebabkan keimanan semakin terhakis. 3. Kesilapan yang dilakukan tanpa penyesalan menyukarkan seseorang itu berasa insaf dan bertaubat. 4. Penyajak berharap agar dia sempat bertaubat. Tema Keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan yang dilakukan sepanjang kehidupan. Persoalan 1. Setiap insan pasti melakukan kesalahan. 2. Kejahilan akan menjauhi seseorang daripada cahaya keimanan. 3. Bertauba dan kemvbali kepada suruhan Tuhan. Nilai Kejujuran,keinsafan Pengajaran 1. Kita hendaklah menjauhi perbuatan yang bertentangan dengan agama. 2. Setiap insan perlu menuntut ilmu agar tidak jahil dalam agama. 3. Kita hendaklah muhasabah diri dan membaiki kesilapan lalu. 4. Setiap insan perlu bertaubat terhadap kesalahan yang telah dilakukannya. 1.10 Mahsuri : Zurinah Hassan

Maksud 1. Sumpah Mahsuri selama tujuh keturunan itulah yang telah berjaya membangunkan Langkawi sehingga menjadi pulau yang maju. 2. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Mahsuri tidak wujud, sebaliknya legenda Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman. Namun begitu, ada pula yang berpendapat bahawa Mahsuri pernah hidup tetapi cerita tentang legendanya yang lebih terkenal dalam sastera tanah air daripada kisah hidupnya. Mahsuri berjaya membangunkan Pulau Langkawi dan kisahnya juga dapat memperkaya sastera tanah air. 3. Mahsuri memajukan Langkawi manakala sastera membangunkan negara. Tema Legenda Mahsuri dan sejarah pembangunan Pulau Langkawi. Persoalan Legenda sumpahan Mahsuri. Legenda Mahsuri memperkaya kazanah sastera tanah air. Peranan sastera bagi sesebuah negara. Nilai Kesetiaan,penghargaan Pengajaran 1. Kita hendaklah mempelajari sastera kerana sastera lambang identiti sesuatu bangsa. 2. Kita hendaklah menyelidiki kebenaran sesuatu peristiwa untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. 3. Kita hendaklah bersyukur atas kemajuan negara yang kita nikmati sekarang. 1.11 Adat Sezaman : Wan Nazihah Wan Abdullah Maksud Adap dan sopan santun dalam kalangan golongan muda semakin terhakis menikut perubahan masa. Masyarakat dahulu mementingkan adap dan sopan santun. Golongan tua amat gembira apabila remaja menjaga kesopanan dan mengamalkan perilaku yang baik. Namun demikian, kini golongan tua sedih dan kecewa kerana muda mudi hilang rasa malu bergaul tanpa batasan. Adat budaya ditinggalkan dan ajaran agama tidak dipedulikan. Sebaliknya, mereka terikut-ikut akan budaya Barat. Tema Perubahan adat resam dan budaya akibat perubahan zaman Persoalan 1. Masyarakat silam berpegang teguh kepada warisan adat dan budaya. 2. Adat dan budaya silam tinggi nilainya. 3. Gejala pergaulan bebas dalam kalangan muda-mudi masa ini. 4. Masyarakat sekarang sering melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. 5. Remaja sekarang mudah terpengaruh akan budaya Barat yang negatif. Nilai Kesopanan, hormat-menghormati,kepatuhan kepada ajaran agama Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga adab dan tatsusila. 2. Kita haruslah mengamalkan adat budaya yang tinggi nilainya itu. 3. Kita hendaklah menjaga adat dan budaya agar tidak tercemar.

4. Kita janganlah mudah terpengaruh akan budaya negatif dari barat. 1.12 Tiba Waktunya : Ghazali Lateh Maksud 1. Perubahan masa berlalu dengan pantas.Mereka yang pandai mencari peluang sahaja yang akan berjaya. 2. Penyajak mengemukakan persoalan sama ada wanita hanya memperoleh sia-sia pembangunan atau turut berusaha bagi mencapai kejayaan. Sekarang bukan masanya kaum wanita menantikan sesuatu atau mengharapkan simpati daripada orang lain. 3. Wanita sekarang perlu bekerja keras kerana pemikiran dan tenaga mereka membantu kejayaan bagi mencapai cita-cita dan menjayakan wawasan globalisasi. 4. Segala kedaifan perlu dihindari dan segala masalah perlu diatasi. Wanita sekarang perlu berani,yakin akan diri sendiri dan tahan ujian supaya cemerlang dalam pelbagai rintangan.Semua wanita perlu bersatu padu bagi mencapai cita-cita.Dengan kemampuan pemikiran,tenaga fizikal,keimanan dan semangat yang kental,kaum wanita perlu bergerak bersama-sama. 5. Sudah tiba masanya wanita menjadi pemimpin dunia. Tema Kaum wanita mesti menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran globalisasi. Persoalan 1. Kejayaan hanya dicapai oleh mereka yang pandai mencari peluang. 2. Orang yang tidak berusaha akan ketinggalan. 3. Kaum wanita perlu mengubah sikap. 4. Wanita sekarang perlu berani,yakin akan diri sendiri dan tidak mudah berputus asa. 5. Perpaduan menggerakkan usaha bagi mencapai kejayaan. Nilai Kesungguhan,keberanian,keyakinan diri,bersatu padu Pengajaran 1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang yang diceburi. 2. Kita hendaklah yakin akan diri sendiri atas apa-apa pekerjaan yang kita lakukan. 3. Kita mestilah menunjukkan sifat tinggi pekerti agar disegani oleh kawan dan lawan. 4. Kita janganlah mudah berputus asa walaupun gagal dalam melakukan sesuatu perkara. 5. Kita mestilah bersatupadu dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai