Anda di halaman 1dari 2

Pembelajaran merupakan satu proses penguasaan kemahiran dan pembentukan sikap serta tabiat yang berlaku sepanjang hayat.

Dalam proses pembelajaran ini, seseorang dapat berubah (baik atau buruk) bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Mengikut Mook Song Sang (2009) pula, konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan kepada empat kategori utama iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Teori pembelajran yang paling banyak diperkatakan adalah seperti berikut : 1) Behaviorisme

Teori behaviorisme berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Perubahan yang berlaku ini dikenali sebagai pembelajaran. Secara umumnya, teori behaviorisme menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku sama ada baik ataupun sebaliknya. Teori Pembelajaran Behaviorisme juga menekankan bahawa pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.

2) Kognitivisme

Teori Kognitivisme menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang aktif. Setiap orang mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah.

3) Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah suatu proses mengkaitkan pengalaman atau pelajaran yang dipelajari dengan pengertian yang sudah dimiliki, sehingga pengetahuan yang sedia ada dapat dikembangkan. Teori Konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Kontruktivisme lebih memahami belajar sebagai kegiatan manusia membangun atau menciptakan pengetahuan dengan memberi makna pada pengetahuannya sesuai dengan pengalamanya. Sejajar dengan apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini yang merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman.

SOALAN Bagaimanakah teori pembelajaran yang sedia ada ini dapat diaplikasikan untuk menjamin kualiti pendidikan sekarang yang berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

Anda mungkin juga menyukai