Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN MEMBERI MARKAH

BAHAGIAN B 10 markah

1. (a) Nyatakan empat ciri operasi konkrit yang terdapat pada kanak-kanak yang berumur 7 11 tahun mengikut Jean Piaget. Empat peringkat operasi konkrit Pemikiran tidak lagi egosentrik. Pemusatan perhatian mula berkurangan Proses kebalikan boleh difahami Pemikiran secara logik adalah nyata Konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab dapat diperoleh 4 fakta x 1 markah = 4 markah

(b)

Bagaimanakah seorang guru dapat membantu dalam perkembangan murid sekolah rendah secara menyeluruh menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget? Membimbing murid berfikir secara logik, contoh; membuat perbandingan atau klasifikasi Isi pelajaran dikembangkan berdasarkan prinsip konkrit kepada abstrak, mudah ke susah. Mengutamakan pembelajaran/penguasaan bahasa dengan mengajar bahasa merentasi kurikulum Memberi peluang untuk murid belajar secara hands-on. Menyediakan pelbagai jenis pengalaman pembelajaran dalam dan luar bilik darjah

3 fakta x 2 markah = 6 markah

2 (a) Dua ciri perkembangan psikososial yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur antara 6 12 tahun (i) Kanak-kanak bersedia menghadapi pembelajaran kemahiran baru, menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap (ii) Kebolehan berbahasa telah meningkat (iii) Kanak-kanak bersedia untuk menerima pandangan orang lain (iv) Ciri persaingan dalam aktiviti memang tinggi dan mengalakkan. 1 fakta = 2 markah 2 fakta = 2 x 2 markah Jumlah markah = 4 markah

2 (b) Tiga cara guru dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan psikososial yang positif untuk peringkat perkembangan yang seterusnya (i) memastikan kanak-kanak diberi peluang untuk mencapai kejayaan mengikut tahap pencapaian mereka. memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan kebebasan dan tanggungjawab mereka.

(ii)

(iii) memberi galakkan dan sokongan kepada kanak-kanak sekiranya mereka tidak mencapai kehendak tahap tertentu.

1 fakta = 2 markah 3 fakta = 3 x 2 = 6 markah Jumlah = 6 markah

BAHAGIAN C 60 markah Saranan Jawapan 1(a) Lima faktor yang menyebabkan masalah disiplin i. Suasana bilik darjah yang kurang selesa - Kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, terlalu panas, cahaya kurang cukup boleh menjadikan murid gelisah. Aktiviti pengajaran pembelajaran kurang sesuai dan menarik - Murid cepat bosan dan mencetuskan masalah disiplin apabila aktiviti pembelajaran kurang sesuai dengan kebolehan murid. Sahsiah guru yang kurang menyakinkan - Guru baru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah akan dibuli oleh murid kerana belum diterima oleh murid. Aspirasi sekolah yang tinggi - Sekolah yang amat menekankan pencapaian dan prestasi akademik yang tinggi akan menimbulkan perasaan tekanan di kalangan murid yang kurang cerdas. Murid yang tidak berupaya mencapai aspirasi sekolah biasanya lebih cenderung untuk menimbulkan masalah disiplin. Saiz kelas yang terlalu besar - Bilangan murid yang ramai menyebabkan kesukaran bagi guru mengawal kelas dan memberi perhatian kepada muridnya semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran. Murid yang tidak dapat layanan guru akan merasa kecewa dan bosan dan mereka akan buat bising atau mengganggu rakan. Kesihatan Murid - Murid yang kurang sihat tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap aktiviti pembelajaran dan akibatnya tidak berupaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Mereka akan meniru kerja kawan atau bermain di kelas.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

Pengaruh rakan sebaya - Murid lemah senang dipengaruhi oleh rakan sebaya kerana mereka mempunyai keinginan untuk diterima . Dalam kumpulan mereka berani melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti cakap kasar, bergaduh, membaca buku semasa guru mengajar dan ini akan menimbulkan masalah disiplin.

1 fakta 1 fakta + huraian 5 fakta + huraian Jumlah

= 1 markah = 2 markah = 10 markah = 10 markah

1(b)

Tindakan yang boleh diambil oleh Cikgu Siti untuk membantu Muthu i. Mengenal pasti punca-punca berlaku masalah - masalah peribadi, keluarga, sosial, emosi , akademik. Menunjukkan rasa empati, bertimbangrasa, perhatian dan kasih sayang kepada Muthu supaya beliau sedar bahawa guru hendak membantunya. Menyediakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid supaya dia dapat merasa kejayaan apabila dia dapat menyempurnakan tugasannya. Berjumpa dengan ibubapa / penjaga untuk mengkaji latar belakang kehidupan keluarga dan hubungannya dengan masyarakat tempatan. Membimbing dalam pembelajarannya supaya Muthu lebih yakin dengan potensi dan kebolehannya. Merujuk Muthu kepada guru bimbingan dan kaunseling sekiranya didapati masalah Muthu adalah rumit dan memerlukan bantuan profesional Jawapan lain yang munasabah 1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 2 markah 5 fakta dan huraian = 10 markah Jumlah = 10 markah

ii

iii.

iv.

v.

vi

vi.

2.

Mengikut teori pembelajaran Behavioris, pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Oleh itu, guru harus memahami ciri-ciri pembelajaran dan implikasi teori pembelajaran terhadap proses pembelajaran.

Jawapan

(a)

Huraikan lima ciri-ciri pembelajaran mengikut teori pembelajaran Behavioris. (i) (ii) (iii) Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan/berlaku sepanjang masa. Pembelajaran mempunyai beberapa peringkat yang diperoleh secara sistematik Pembelajaran bermula dengan penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti dengan pembentukan konsep dalam fikiran. Pembelajaran diakhiri dengan perubahan tingkah laku . Hasil pembelajaran ialah pembentukan peubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi Pembelajaran selepas aktiviti pembelajaran agak atabil dan kekal. Perkaitan antara rangsangan dan tindak balas dapat dibentuk melalui pengukuhan..

(iv) (v)

(vi) (vii)

Fakta: 5 x 1 markah = 5 markah Fakta dan Huraian: 5 x 2 markah = 10 markah

Jawapan

(b)

Bincangkan lima implikasi teori pelaziman dalam pengajaran dan pembelajaran.

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Latihan: latih tubi, peranan guru sebagai pembimbing. Kerja murid: banyakkan latihan murid dan ulangkaji. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada murid. Memberi peluang kepada murid untuk memberi respons semasa guru mengajar. Memotivasi murid dalam proses pembelajaran. lain-lain jawapan yang munasabah. Fakta: 5 x 1 markah = 5 markah Fakta dan Huraian: 5 x 2 markah = 10 markah

3.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran motivasi dan komunikasi berkesan merupakan aspek-aspek yang utama untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. (a) Cadangkan lima cara guru boleh lakukan untuk menimbulkan motivasi murid di bilik darjah.
(10 markah)

Jawapan i. ii. iii. iv. v. Penggunaan pelbagai sumber pembelajaran Penggunaan pelbagai kaedah dan strategi Penglibatan murid secara aktif Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan Melaksanakan pengajaran secara demokratik dengan mengamalkan sikap hormat menghormati, kerjasama dan toleransi dalam bilik darjah Iklim dan suasana bilik darjah yang kondusif Integrasi KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran Melaksanakan aktiviti penilaian yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan bersesuaian dengan keperluan murid Memberi pujian dan ganjaran Fakta: 5 x 1 markah = 5 markah Fakta dan huraian: 5x 2 markah = 10 markah
6

vi. vii. viii. ix. x.

(b)

Huraikan lima amalan komunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. ( 10 markah ) Jawapan i. Guru menggunakan bahasa yang mudah dan jelas serta boleh difahami sesuai dengan paras umur dan pemikiran murid. ii. Guru mesti menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan dengan intonasi yang betul. iii. Guru sentiasa membina hubungan interpersonal yang baik dengan murid. iv. Guru menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosio drama v. Guru menggunakan alat bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. vi. Guru memastikan bahawa tidak ada halangan komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. vii. Guru memastikan murid memberi tumpuan sepenuhnya. viii. Guru berusaha mendengar cadangan murid bagi aspekaspek tertentu. Fakta: 5 x 1 markah = 5 markah Fakta dan huraian: 5x 2 markah = 10 markah 4(a) Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai, tiga jenis konsep yang dikemukakan oleh Bruner. i. Konsep Konjungtif memerlukan lebih dua ciri yang wujud serntak. Kerusi berkaki empat & ada tempat menyandar (a + b + ..) ii. Konsep Disjungtif mempunyai kombinasi ciri-ciri yang berlainan. Burung boleh terbang tetapi penguin & kasawari juga digolo ngkan bawah konsep burung (a + b + ... atau p + q + ... atau ......) iii. Konsep Berkait merupakan kategori yang mempunyai ciri-ciri yang saling berkait, tidak mempunyai atribut yang tetap. Cerah boleh membawa maksud berbeza dalam keadaan berbeza. Warna kelabu adalah cerah jika berlatarbelakangkan warna hitam tetapi gelap jika berlatarbelakangkan warna putih. Konsep berkait mempunyai ciri (a + b + ...) atau (p + q +...) Fakta sahaja 2 markah x 3 = 6 markah Fakta + contoh 3 markah x 3 = 9 markah Olahan = 1 markah Jumlah Markah = 10 markah

4(b)

Empat pertimbangan penting semasa guru merancang sesuatu pengajaran inkuiri penemuan.

i. Membangkitkan naluri ingin tahu - guru harus mewujudkan situasi yang mempunyai permasalahan untuk merangsang pelajar menyoal, menjelajah, atau membuat eksperimen. ii. Melibatkan pelajar di mana mereka dikehendaki memerhati persekitaran, membuat hipotesis, menguji & menilai hipotesis untuk memperolehi penyelesaian baru. iii. Menggalakkan pemikiran yang divergen. iv. guru boleh menggunakan contoh-contoh yang spesifik sebelum bergerak ke prinsip yang umum. Dari contoh-contoh yang spesifik yang dikemukakan oleh guru, pelajar digalakkan menaakul tentang struktur perkara itu dan seterusnya membuat generalisasi berdasarkan contohcontoh tadi. v. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit (enaktif, ikonik, simbolik) vi. Jawapan- jawapan yang berkaitan dengan pendekatan induktif dan inkuiri

Fakta sahaja 1 markah x 4 = 4 markah Fakta + huraian 2 1 markah x 4 = 10 markah


2

Jumlah = 10 markah

Anda mungkin juga menyukai