Anda di halaman 1dari 1

Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan.

Pada pendapat saya, kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap kreativiti dan pemikiran kreatif. Daya kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak yang masih kecil kerana bagi mereka segalanya input yang diterima adalah baru dan mereka sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walaupun mempunyai perbezaan di antara kanak-kanak yang mempunyai daya kreativiti yang lebih dan kanak-kanak yang mempunyai daya kreaiviti yang kurang. Akan tetapi kreativiti ini juga boleh dipupuk oleh seseorang kanak-kanak dalam menghadapi kehidupan. Dengan itu, kreativiti kanak-kanak bukan hanya dilahirkan secara semula jadi. Jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, maka mereka haruslah sentiasa mengambil perhatian terhadap perkembangan diri kanak-kanak supaya mengambil langkah yang sesuai untuk meningkatkan daya kreativiti anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa jangan menggalakkan kanak-kanak mereka hanya melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, menggalakkan kanak-kanak mereka mencipta atau melukis watak mereka sendiri, objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka. Secara

kesimpulannya, Kanak-kanak memiliki sifat-sifat yang kreatif dalam jiwa masing-masing. Maka, kreativiti ini boleh dipupuk melalui cara yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai