Anda di halaman 1dari 2

Nama Unit No.

matrik

: Nur Izzah Athira Bt Rosli : Sains 1 : 124009

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami melaksanakan program Bina Insan Guru buat kali pertama ke Hutan Lipur Sekayu. Pada mulanya kami menghadapi sedikit masalah iaitu apabila bas yang kami naiki mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan untuk ke Sekayu dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Oleh kerana itu, kami terpaksa menunggu bas yang lain datang. Namun, akhirnya dengan izin Allah kami berjaya jua sampai ke tempat perkhemahan. Selepas sampai ke tempat perkhemahan, kami dikehendaki untuk memasang khemah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Melalui aktiviti ini, kami dapat

mempelajari cara yang betul untuk mendirikan khemah dan bagaimana untuk mewujudkan kerjasama dalam kumpulan ketika mendirikan khemah dengan betul dan teratur. Selain itu, antara perkara baru yang saya pelajari semasa mengikuti program BIG ini ialah kita perlu menjadi seorang yang peka dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan terutama dalam bidang keguruan. Ini kerana kita akan melakukan kesilapan jika kita lalai atau tidak berdisiplin. Hal ini diperoleh semasa aktiviti kawad kaki di mana apabila ketua komandon memberi arahan, kita perlulah memastikan arahan itu betul barulah tindakan dilakukan supaya kita tidak tersilap dan ini menunjukkan kita perlulah menjadi seorang yang peka dalam mendengar arahan agar kesilapan tidak berlaku. Kami juga telah dilatih untuk mematuhi masa yang diberikan supaya kami dapat membentuk jati diri yang baik disamping membina disiplin diri yang unggul. Melalui aktiviti air pula, perkara yang saya peroleh ialah dapat mempelajari cara berenang selain dapat mengetahui teknik dan asas berenang yang betul serta dapat mengetahui cara memakai jaket keselamatan dengan betul. Pada pendapat saya,

aktiviti ini sangat berguna dan amat menyeronokkan. Semasa aktiviti ini selain dapat

mengurangkan stres saya juga dapat menambahkan keyakinan diri semasa berada di dalam air memandangkan sebelum ini saya belum pernah berada di dalam air yang mempunyai kedalaman yang tinggi. Selain itu, semangat berpasukan antara ahli

kumpulan juga turut dilatih melalui aktiviti berkayak. Tambahan pula, melalui aktiviti jungle trackking juga dapat meningkatkan tahap keyakinan peserta di dalam hutan selain memupuk semangat setiakawan. Pada pandangan saya, sebagai seorang guru kita tidak seharusnya menfokuskan urusan di dalam bilik darjah sahaja tetapi seorang guru juga perlu aktif dengan aktiviti luar supaya menjadi guru yang seimbang. Ilmu baru yang saya perolehi ialah dapat mengenal

tumbuhan hutan dan dapat mempelajari cara untuk memasak ketika kita berada di dalam hutan. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman untuk menunaikan solat semasa berada didalam hutanKesemua ini penting dan seharusnya dikuasai oleh para guru jika mahu mengadakan aktiviti hutan bersama murid-murid suatu hari nanti. Melalui persembahan kebudayaan pula, Ilmu baru yang saya dapati ialah setiap perkara yang kita lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej tertentu bukan sekadar seronok atau semangat semata-mata sepertimana dalam persembahan perlu ada mesej tersirat agar persembahan kita lebih bermanfaat. Saya juga berpendapat, persembahan daripada wakil pensyarah juga seharusnya dilakukan bagi merapatkan ukhwah antara pelatih dan pensyarah. Selain itu, melalui aktiviti ini bakat-bakat yang terpendam dan daya kreativiti para peserta BIG juga dapat dicungkil. Selain itu, bagi saya aktiviti BIG ini juga dapat memberikan kesedaran bahawa dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan, kita tidak boleh lari dengan undang-undang dan peraturan. Ini supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan mampu melalui sesi perkhemahan ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Anda mungkin juga menyukai