Anda di halaman 1dari 4

Jelaskan perbezaan kaedah pengajaran pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Pembelajaran berpusatkan guru,guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran,merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi pelajarnya.Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan pelajar,pelajar adalah autonomousdan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Proses dan dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat pelajar mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Strategi pembelajaran berpusatkan pelajar dapat mewujudkan pengalaman yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna.Pelajar juga diberi peluang untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas ,contoh, guru meminta ketua kumpulan menyampaikan hasil perbincangan dalam kumpulan di hadapan kelas.Pembelajaran berpusatkan pelajar ini dapat melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.Para pelajar akan diberi ruang dan peluang untuk membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Strategi pembelajaran ini juga akan menentukan secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Objektivisme berpegang kepada fahaman yang melihat objek dan nilai atau kualiti wujud dengan tersendiri (Bednar,Cunningham,Duffy & Perry,1992).Realiti luar bebas daripada minda dan pengetahuan manusia. Pada pandangan objektivisme ,realiti luar adalah sama bagi semua manusia. Walau bagaimanapun, perbezaan persepsiterhadap realiti luar wujud antara manusia kerana manusia mempunyai bias,pandangan dan pilihan sendiri yang berbeza-beza. Untuk berfikiran objektif , manusia harus mengenepikan bias,pandangan dan pilihan sendiri dengan berfikir secara logik dan saintifik. Pendekatan objektivisme dalam pengajaran dan pembelajaran sealiran dengan behaviorisme. Fahaman behaviorisme beranggapan bahawa tingkah laku manusia dibentuk secara luaran dan dipengaruhi faktor persekitaran (Skinner,1953). Tingkah laku ialah rangkaian rangsangan dan gerak balas.Tingkah laku

manusia berlaku secara penyesuaian dan penerimaan maklumat berlaku secara pasif.Behaviorisme mengenepikan faktor warisan baka,jiwa dan mental. Pendekatan pembelajaran terbatas kepada perubahan dalam tingkah laku yang boleh dilihat. Behaviorisme memberi penekanan kepada peneguhan tehadap tingkah alku untuk mrncapai tahap kemahiran seperti yang dianjurkan oleh Skinner(1974) tanpa mengira kefahaman atau pemikiran logik seseorang . Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995) ,guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai seperti kaedah simulasi bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan penedekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan , kaedah,teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran .Pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan.Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran,guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut.(Kauchak,D.P. dan Eggen,P.D.1998). Salah satu konsep pemebelajaran berpusatkan pelajar ialah merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah memfokuskan pelajar terhadap tugasan yang dijalankan. Guru akan mengemukakan soalan terbuka atau soalan jenis lanjutan kepada pelajarnya. Guru perlu mengambil masa menunggu respon daripada pelajar dan menerima pelbagai respon daripada pelajarMenggalakkan interaksi di kalangan pelajar adalah diberi perhatian. Perlu dielakkan daripada memberi pandangan atau tanggapan nilai terhadap respon pelajar dan perlu mengelakka daripada mengulangi respon pelajar. Pelajar membuat refleksi terhadap cara dan proses mereka berfikir.Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga mengambil masa yang cukup untuk berfikir tentang tugasan yang diberi dan terus berusaha menyelesaikan tugasan meskipun sukar.Pelajar akan memberi justifikasi kepada jawpan yang diberi dn memberi respon kepada satu soalan.Pada masa yang sama , pelajar akan mengemukakan soalan yang memerlukan

pemikiran pada tahap kompleks tentang apa dipelajari.sambil menggunakan perbendaharaan kata yang tepat dan spesifik dalam respon mereka. Pelajar akan memikirkan apa yang difikir dan memikirkan apa yang difikir. Takrifan konstruktivisme berbeza-beza mengikut pegangan aliran pemikiran dan falsafah sarjana pendidikan. Di antaranya konstruktivisme kendiri (Osborne dan Wittrock,1985 dalam Embong Omar , 2004), konstruktivisme (Vygotsky ,1978 dalam Quaintance ,2005) dan konstruktivisme radikal (Von Glasertsfeid , 1995). Antara takrifan konstruktivisme dalam pendidikan adalah pengetahuan individu dibentuk melalui interaksi sosial (Vygotsky,1978 dalam Quaintance ,2005). Beliau juga menyatakan melalui interaksi sosial individu akan bertambah berama dengan pengetahuan sediaadanya dan membentuk pengetahuan baru. Brooks & Brooks (1993) pula mentakrifkan konstruktivisme sebagai teori tentang pengetahuan dan pembelajaran bukan merupakan teori pengajaran, Beliau juga menyatakan bahawa teori ini menganggap pengetahuan bersifat sementara , berkembang dan dipengaruhi oleh konteks sosial dan budaya. Manakala Von Glasersfeld 91995) ,mentakrifkan konstruktivisme sebagai pengetahuan , walaupun ditakrifkan dengan pelbagai cara ia tetap berada dalam minda seseorang. Menurut beliau lagi, individu yang berfikir tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk membina pengetahuan berdasarkan apa-apa yang telah diketahui melalui pengalamannya sendiri . Nik Azis Nik Pa (1999) dalam Kementerian Pelajaran Malaysia pula mentakrifkan konstruktivisme tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan manusia membina pengetahuan sendiri. Beliau menyatakan bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut , dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Manakala Jenkins (2000) mentakrifkan konstruktivisme sebagai kefahaman pelajar akan berkembang melalui penglibatan aktif. Satu ciri umum dalam takrifan konstruktivisme adalah berkaitan dengan penglibatan aktif pelajar dalam membina kefahaman (Zurida Ismail,Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006). Menurut mereka lagi, kontruktivisme sosial yang merangkumi teori-teori pembelajaran dan pedagogi dikatakan mempunai impak besar pada pengajaran dan reka bentuk kurikulum. Pendapat ini disokong oleh Boddy, Watson & Aubusson (2003) yang menyatakan konstruktivisme sosial dapat membantu individu atau pelajar menjadi lebih aktif serta dapat berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi.

Guru berperana sebagai penyampai pengetahuan dan menguruskan pelajar. Pelajar dianggap menerima pengetahuan secara pasif. Pendekatan objektivisme mengenepikan keperluan untuk memberi fokus kepada bagaimana proses pelajar berfikir (Wilson,Teslow dan Taylor ,1999). Guru memberi tumpuan kepada isi kandungan dan aktiviti peneguhan bagi tujuan mencapai objektif yang ditentukan. Penyediaan bahan pengajaran dan penilaian adalah mengikut satu piawai tertentu dan tidak pelbagai .Ahli objektivisme juga berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sekiranya ingkar , mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh guru tersebut.

Anda mungkin juga menyukai