Anda di halaman 1dari 4

TANAH TINGGI

Tanah tinggi terbentuk dari gunung lipat tua. Ia stabil kerana tiada kejadian gempa bumi. Ia juga terbentuk dari batu granit dan batu kapur. Tanah tinggi di Malaysia terletak di:1) bahagian tengah Semenanjung Malaysia 2) bahagian pendalaman Sabah dan Sarawak

Tanah tinggi paling luas letaknya di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan. Tanah tinggi yang utama di Malaysia ialah :-

i) Banjaran Bintang Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang dan menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta. ii) Banjaran Titiwangsa Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu dengan ketinggian (2182m) dan ia penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk. Ia mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron.

iii) Banjaran Tahan


Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m).

iv)Banjaran Crocker
Banjaran yang tertinggi di Sabah. Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu.

KEPENTINGANNYA
a) Pusat pelancongan Suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron. b) Kawasan tadahan air Menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa. c) Sumber kayu balak Di liputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti Keruing dan Meranti.

d)

Jana kuasa hidroelektrik Sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e)

Kawasan pertanian Iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

CONTOH GAMBAR
Tanah Tinggi Cameron

Tanah Tinggi Genting Highlands

Anda mungkin juga menyukai