Anda di halaman 1dari 24

MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH MENENGAH) TAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN

PANTUN (oleh Pn. Sabariah Bt Ibrahim)

1. Pendahuluan Pada hari ini, masyarakat sudah maklum akan kepentingan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras di peringkat SPM bahasa rasmi negara kita. Meskipun demikian, kebanyakan pelajar khususnya yang berprestasi rendah, memandang ringan akan perkara ini dan sesetengahnya pula mengandaikan Bahasa Melayu mudah dan tidak perlu diberi tumpuan yang sungguh-sungguh. Sesetengah guru, termasuk segelintir pentadbir pendidikan juga beranggapan mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diajarkan oleh sesiapa sahaja, terutama apabila berhadapan dengan masalah kekurangan guru. Tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan latihan yang diterima oleh guru tetapi yang lebih penting adalah bergantung kepada tahap kreativiti yang dimiliki oleh guru itu sendiri. Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa kreativiti guru dalam membuat perancangan dan pelaksanaan P&P untuk diteliti, diteladani ataupun disesuaikan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya untuk meningkatkan motivasi pelajar ke arah meminati dan mencintai bahasa Melayu.

2. Objektif Pembinaan Modul Objektif pembinaan modul ini: Guru:

Mengemukakan pelbagai kaedah dan pendekatan dan teknik yang dapat digunakan oleh guru semasa menjalankan P&P KOMSAS Mengubah amalan guru atau sikap guru kepada P&P yang lebih berkesan dan menyeronokkan Memberikan panduan tentang bagaimana pelajar dapat mengingati pantas bahan KOMSAS yang diajarkan menggunakan lukisan dan pantun Pelajar: memberi keyakinan kepada pelajar sederhana dan lemah mereka juga dapat berjaya dalam peperiksaan awam mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran KOMSAS yang lebih menarik menghasilkan P&P yang lebih berkesan dapat memperkukuh kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari 3. Sasaran: Para pelajar Tingkatan 5 khasnya kelas sederhana dan lemah. 3. Rasional Para pelajar akan meminati bahan KOMSAS untuk bahan bacaan dan menambah ilmu Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik untuk menjadikan suasana belajar menarik dan ceria. Para pelajar perlu dibimbing dengan cara yang berkesan untuk memantapkan kebolehan mereka dalam pembelajaran KOMSAS Para pelajar memerlukan bimbingan yang berkesan untuk membolehkan mereka cekap dan mahir menjawab soalan KOMSAS khasnya novel

4. Pelaksanaan Di Bilik Darjah Modul ini dijalankan secara berperingkat mengikut kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu. Para guru perlu mengajarkan semua aspek dalam novel terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik mudah ingat ini. Kaedah ini lebih utama digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati fakta novel yang telah diajarkan dan sekali gus melatih pelajar teknik menjawab soalan novel dalam peperiksaan awam.

5. Keberkesanan Kelebihan Modul Salah satu aspek penting dalam pembelajaran ialah mengingat. Ramai pelajar menghadapi masalah mengingat bahan yang dibaca atau dipelajari, khususnya ketika menghadapi ujian atau peperiksaan. Daya ingatan kita boleh diperkuat dari semasa ke semasa. Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa. Didapati bahawa 80% dari apa yang kita baca pada hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam, ini merupakan sesuatu yang normal. Cuma kalau kita boleh mencipta teknik tertentu, maka tahap ingatan kita mungkin akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kaedah pantas mengingat menggunakan lukisan (Lampiran 6 dan 7) dan pantun (Lampiran 1) dapat membantu pelajar memperkukuh fakta dua novel yang dipelajari di Tingkatan 4 dan di Tingkatan 5 dengan cepat bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Keberkesanan modul mengingat pantas melalui pantun dan lukisan ini ialah: Pelajar dapat mengingat fakta dengan mudah dan cepat Kaedah ini menyeronokkan pelajar kerana boleh melukis, berpantun dan menyanyikan pantun tersebut mengikut lirik yang disukai oleh mereka

Menambah keyakinan pelajar dan dapat memotivasikan mereka untuk persediaan peperiksaan

Melibatkan semua pelajar Daripada data ujian pra dan ujian pasca (Lampiran 3), saya dapat membuat rumusan bahawa kaedah ini amat berkesan digunakan kepada pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Daripada analisis ujian pra didapati seramai 24 orang pelajar gagal menjawab dua soalan novel yang membawa 15 markah. Purata markah mereka antara 2 hingga 7 markah. Hanya 4 orang memperoleh markah 9 hingga 12. Selepas diperkenalkan kaedah pantas ingat ini didapati keputusan mereka bertambah baik, Semua pelajar lulus dan memperoleh markah antara 8 hingga 15.

6. Penyesuaian Pantun dan gambar lukisan boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami bahan KOMSAS yang dibaca atau dikaji. Pantun-pantun perlu dikarang berdasarkan inti pati cerita dalam novel atau dengan kata lain maksud pantun dapat membantu pelajar mengingati cara mudah tentang novel atau bahan KOMSAS yang lain. Selain itu, dengan menggunakan pantun tersebut, pelajar boleh menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan dengan novel (Lampiran 2)

7. Masalah-masalah Sukar untuk para guru memastikan pelajar lemah membaca bahan KOMSAS sebelum diajarkan. Satu cara untuk menggalakkan mereka membaca ialah diadakan pertandingan melukis gambar tentang novel yang dikaji. Lukisan yang paling banyak

memberi input tentang novel akan diberi hadiah. Pelajar hanya membaca novel dan kemudian melukiskan gambar untuk menunjukkan pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca.

8. Cadangan Sebelum menjalankan kaedah ini guru perlu mencipta pantun untuk menunjukkan contoh agar dapat diikuti oleh pelajar. Kaedah ini amat menarik jika diajarkan berbantukan komputer dan muzik (lagu yang dipilih oleh guru/pelajar sendiri). Dalam mengajarkan bahan KOMSAS yang lain guru boleh meminta pelajar mencipta sendiri pantun-pantun untuk mengingati cerita mengikut kretiviti mereka sendiri. Mereka juga boleh membuat nota menggunakan kaedah ini, melalui lukisan, peta minda dan sebagainya.

9. Penutup P&P berunsurkan pantun, muzik dan gambar sangat menarik. Kaedah ini merupakan cadangan untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam bidang pembelajaran masing-masing. Sebagai pendidik seharusnya kita sentiasa mencari dan memilih alternatif yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar kita.

10. Contoh Modul Dalam P&P Bahasa Melayu KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN Tajuk : KOMSAS Watak dan Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam Novel Perlumbaan Kedua dan Julia.

Masa : 80 minit Objektif: Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat: i) ii) iii) iv) menyenarai watak dan perwatakan utama dalam novel yang dikaji menyenarai sekurang-kurangnya 4 nilai murni menyenaraikan 4 pengajaran menyenaraikan 4 persoalan

Hasil pembelajaran Utama : 1.0, 2.0, 10.0, 12.0 Hasil Pembelajaran Khusus : 1.4 Aras 1(v) 2.1, 2.2, 2.3 Aras 1 (i), (ii), 2.5 Aras 3 (i) 10.1 Aras1 (i), (ii), 10.2 Aras 2 (ii), 10.6 Aras 3 (iii) 12.1, 12.5 Aras 1 (ii), (iii) Kemahiran Bernilai Tambah 1. Belajar Cara Belajar (BCB) 2. Pembelajaran Masteri (PM) 3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Sistem Tatabahasa: 1. mendengar dan memahami makna kata adjektif 2. membina ayat yang betul dan tepat menggunakan kata adjektif Strategi P&P : Dicadangkan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan dan Individu. Aktiviti: Perbincangan, sumbang saran, soal jawab Bahan Media: Komputer, LCD Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian, Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Set Induksi : (5 minit) Guru menanyangkan dua gambar di skrin. Guru meminta pelajar menerangkan tentang gambar-gambar tersebut. Guru meminta pelajar mengaitkan gambar dengan dua buah novel yang telah dikaji oleh mereka. Guru memberi komen / ulasan. Langkah 1: (30 minit) Penerangan guru berdasarkan bahan power point yang telah disediakan. Guru memperkenalkan kaedah mudah ingat melalui pantun. Pantun ditayangkan pada skrin Langkah 2 : (20 minit) Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan memancarkan pada skrin soalan tugasan untuk setiap kumpulan. Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing dan mencatat hasil perbincangan pada transprensi. Kumpulan A membincangkan watak dan perwatakan utama dalam novel . Kumpulan B Membincangkan nilai murni yang diperoleh dalam novel. Kumpulan C Membincangkan pengajaran dalam novel Kumpulan D Membincangkan persoalan dalam novel Langkah 3 : (20 minit) Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka. Guru memberi komen dan penerangan selepas setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Guru membuat kesimpulan dengan menayangkan pada skrin Pelajar mencatat hasil dapatan dalam lembaran kerja (Pengurusan grafik) yang telah diberi oleh guru.

Penutup : (5 minit) Guru merumuskan isi pelajaran berdasarkan hasil tugasan dan aktiviti yang dijalankan. Guru memberi peneguhan dan bersama-sama menyanyikan lagu Rasa Sayang Heh menggunakan pantun mudah ingat.

Bibliografi 1. Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Mat Nor Husin & Rahman Abd. Rashid (1988), Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. 2. Aplikasi Teori Kecedersan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. 3. Penulisan & Media, Mansor Ahmad Saman, DBP 1995. 4. Pembelajaran Masteri, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. 5. Pembelajaran Secara Pantas dan Perkembangan Minda Untuk Peningkatan Memori, terjemahan Khairul Munawir, Synergy Publishing Co. 4. Pembelajaran Secara Kontekstual, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001.

Lampiran 1 gadis cantik tinggal di bandar bijak gigih, rajin usaha tabah dan cekal berani dicabar waspada tegas pemaaf

Gadis cantik tinggal di bandar, Bijak gigih rajin usaha; Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula.

haiwan tinggal di hutan bijak gigih, rajin usaha tabah dan cekal berani dicabar waspada tegas pemaaf

Tuk Kura haiwan tinggal di hutan, Bijak gigih rajin usaha; Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula.

Lampiran 2

NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Tuk Kura haiwan tinggal di hutan, Bijak gigih rajin usaha; Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula. Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa Sayang Eh) Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.

Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama i. Tuk Kura bijaksana/cerdik Contoh:Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya berjaya mengalahkan arnab putih Tuk kura gigih dan rajin berusaha. Contoh: Tuk Kura gigih dan tekun menjalani latihan meniti batang dan batu licin bagi menghadapi perlumbaan.

ii.

iii

Tuk kura tabah dan cekal mengharungi rintangan hidup. Contoh: Tuk Kura tabah, cekal dan sabar menghadapi cacian, cercaan dan seksaan daripada kaumnya ketika membuat persiapan perlumbaan Tuk kura berani menghadapi cabaran. Contoh: Tok Kura berani menyahut cabaran Sang Arnab Putih untuk berlumba kali kedua bagi mempertahankan maruah kaumnya Tuk kura berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran. Contoh: Tuk Kura sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam tindakannya. Dia tidak mempercayai kata-kata Sang Kancil yang terkenal dengan tipu muslihatnya. Tuk kura tegas / tetap pendirian. Contoh: Tuk Kura tegas dan tetap pendirian dengan meneruskan latihan meniti batang balak atau batu licin walaupun mendapat tentangan kaumnya.

iv

vi.

vii.

Contoh jawapan tentang persoalan i. Kebijaksaaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu pertandingan. Contoh: Tuk kura menggunakan kelebihan cengkerangnya yang keras dengan melambung dari satu batu ke satu batu yang lain sehingga sampai ke kaki bukit dalam masa yang singkat. Kegigihan menjamin kejayaan. Contoh: Tuk kura gigih berlatih dan menyusun strategi menghadapi perlumbaan kedua dan akhirnya berjaya.

ii.

Contoh jawapan tentang nilai i. Kebijaksanaan Contoh:Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan. Kegigigihan/ketekunan Contoh: Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi perlumbaan dengan sang arnab. Ketabahan/kecekalan Contoh: Tuk kura tabah menghadapi kerenah dan cercaan kaum kura. Keberanian Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah kaumnya. Pemaaf Contoh: Tuk kura memaafkan kesalahan anak buahnya yang enggan bekerjasama ketika

ii.

iii. iv.

v.

membuat latihan.

Contoh jawapan tentang pengajaran i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah. Contoh: : Tuk Kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan. Contoh: Tuk Kura gigih/tekun menjalani latihan menghadap perlumbaan dengan sang arnab. Kita mestilah berani menghadapi cabaran/menjaga maruah. Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran Sang Arnab demi mempertahankan maruah kaumnya. Kita haruslah bersedia memohon kemaafan atas kesilapan yang kita lakukan. Contoh: Kura-kura suku tasik/suku kuala/suku rimba telah memohon maaf kepada Tuk Kura atas kesilapan mereka.

ii.

iii.

iv.

NOVEL JULIA

Julia gadis tinggal di bandar, Bijak gigih rajin usaha; Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula. Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa Sayang Heh) Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.

Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama i. Julia bijaksana/pintar Contoh: Julia bijak mengatur strategi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BMPRO Transport. Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO Transport tersebut. ii. Julia gigih, tekun dan rajin berusaha Contoh: Julia gigih, tekun dan rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd / BMPRO Transport. Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi rintangan hidup. Contoh: Julia pula tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas

iii

kematian ibu bapa/keluarga. iv v. Julia berani menghadapi cabaran Contoh: Julia yang masih muda berani menghadapi cabaran untuk meneruskan perniagaan bapanya walaupun dia tidak berpengalaman. Julia sentiasa berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran Contoh: Julia pula sentiasa berwaspada dan berhati-hati menghadapi kerenah pekerjanya seperti Syed Mustaffa dan En. Baharom. . Juliaseorang yang tegas / tetap pendirian. Contoh: Julia tidak mudah terpengaruh dengan rayuan Rashid. Dia menetapkan matlamatnya untuk meneruskan perniagaan keluarganya.

vii.

Contoh jawapan tentang persoalan i. Kegigihan seorang wanita menghadapi cabaran. Contoh: Julia gigih menjaga adik-adiknya dan gigih berusaha memulihkan syarikat bapanya. Ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah kehidupan. Contoh: Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa/keluarga.

ii.

Contoh jawapan tentang nilai i. Kebijaksanaan. Contoh: Julia bijaksanaan mengatasi masalah/penyelewengan dalam BMPRO Transport. Kegigihan/ketekunan Contoh: Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Holding Sendirian Bhd. Ketabahan/kecekalan Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga berjaya. Keberanian Contoh: Julia berani menghadapi cabaran mamajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd. walaupun ia masih muda.

ii.

iii.

iv.

Contoh jawapan tentang pengajaran i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan/kepandaian mengatasi masalah Contoh: Julia menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah di BMPRO Transport.

ii.

Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan. Contoh: Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Transport. Kita hendaklah tabah/cekal menghadapi sebarang cabaran demi mencapai kejayaan. Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga berjaya. Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan Contoh: Julia berani menghadapi cabaran memajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd. walaupun ia masih muda.

iii.

iv.

Daripada maklumat dalam kedua-dua pantun itu tadi, pelajar juga dapat membandingkan kedua-dua watak utama berdasarkan kedua-dua novel tersebut. Novel Perlumbaan Kedua Novel Julia PERBEZAAN Haiwan / binatang / Tuk Kura Manusia /perempuan / Julia Sudah tua / 199 tahun Muda / gadis / 21 tahun Tinggal dalam hutan / paya Tinggal di bandar / kota / kampung Dapat tentangan puaknya. Dapat sokongan keluarga. Contohnya Tuk Kura mendapat Contoh Julia mendapat sokongan tentangan sukunya ketika daripada keluarga / Jun sekeluarga / menjalani latihan kakitangan syarikat PERSAMAAN
Kedua-dua watak utama bijaksana Cth: Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya dapat Mengalahkan Sang Arnab/Arnab Putih Cth: Julia bijak mengatur strategi / menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BMPRO Transport / Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO Transport. Kedua-dua watak utama gigih / rajin berusaha. Cth: Tuk Kura gigih/rajin menjalani latihan/meniti batang licin. Cth: Julia gigih/rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd. Kedua-dua watak utama tabah/cekal mengharungi rintangan hidup Cth: Tuk Kura tabah/cekal menghadapi cacian/ ejekan seksaan daripada kaumnya. Cth: Julia tabah/cekal mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa Kedua-dua watak utama berani menghadapi cabaran Cth: Tok Kura berani menghadapi cabaran sang arnab untuk mempertahankan maruah kaumnya. Cth: Julia yang masih remaja berani menghadapi cabaran meneruskan

perniagaan bapanya walaupun tidak berpengalaman. Lampiran 3 Senarai Nama Pelajar Tingkatan 5M dan 5S 2006 Markah Ujian Pra dan Pasca Untuk Kaedah 1
Bil. Nama Pelajar Tingkatan Markah Ujian Pra (15 markah) Markah Ujian Pasca (15 markah)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Asrini a/p Letcumanan Azfa Azwanis Anzur Rahman Chan Pek Har Emma Anajmi Fatin Hajiha Abdul Nasser Kasturi a/p Krusamy Lee Mee Ling Mah Yi Chien Noor Amyza Ahmad Noor Anuza Ahmad Noorsaidatul Anira Shamsuddin Nur Atiqah Mohd. Nadzim Nur Fazliyana Ahmad Faid Nur Fizatul Sabilla Mohamad Rafi Nur Hajar Abu Bakar Nur Hazwani bt Pathi Nur Husna Khalili Nur Lailyyatur Sarah Abd. Rahman Nur Saidatul Syahadah M. Baharom Nurul Ashikin Othman Satura Rumaya bt. Subari Seng Ngah Kei Shalini a/p Apatura Shuhaiza Mohd. Anuar Siti Khadijah Ahmad Wan Nur Hidayah bt. Mohd. Sani Wan Nuridah Mat Rawi Zainur Shuhada Zainuddin

5M 5S 5M 5S 5S 5S 5M 5M 5M 5M 5M 5S 5S 5S 5S 5S 5M 5M 5S 5S 5S 5S 5S 5M 5M 5S 5S 5S

4 7 4 7 5 12 6 2 6 5 4 2 2 2 7 9 6 5 4 5 6 4 3 5 3 9 2 9

8 15 13 15 14 14 14 11 15 12 9 13 14 15 13 15 15 14 11 13 13 11 13 13 11 15 15 15

Lampiran 4 Latihan Soalan Novel Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Hj. Yusuf dan Novel Julia karya Abu Hassan Morad. i) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan empat nilai yang terdapat dalam novel tersebut. (8 markah) Nilai Contoh

ii) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. (8 markah) Pengajaran Contoh

Kita hendaklah

iii) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, pilih mana-mana watak yang anda anggap menarik, kemudian jelaskan watak dan perwatakan tersebut. (7 markah)
Keistimewaan Keistimewaan watak watak utama utama

Luara Luara n n Dalama Dalama n n

Contoh

iv) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam novel Perlumbaan Kedua. (8 markah) Persoalan yang terdapat dalam novel Perlumbaan kedua ialah _______________________. Tok Kura gigih menjalani latihan sebelum menghadapi perlumbaan dengan sang arnab. Persoalan yang lain ialah ____________________________. Contohnya tok kura bijak menyusun strategi perlumbaan bagi menewaskan sang arnab. Persoalan ketiga ialah ______________________. Tuk Kura amat menyayangi cucucucu serta kaum kerabat kura. Oleh itu dia tidak berkecil hati atas penghinaan yang dilakukan oleh mereka kepadanya. Persoalan keempat ialah ___________________________________. Contohnya sang murai dan sang tupai berusaha menghebahkan perlumbaan kedua kepada seluruh warga rimba.

Lampiran 6

Lampiran 7

Lampiran 8

Aplikasi Kemahiran Bernilai Tambah 1. Belajar Cara Belajar (BCB) BCB ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Objektif BCB adalah seperti yang berikut: Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri Membolehkan murid megaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan Peranan guru: Menentukan objektif pembelajaran Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan P&P Memilih bahan P&P yang sesuai Membuat perbincangan dengan murid Menilai secara formatif dan sumatif dan merekod pencapaian murid Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan murid: Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran Menilai keupayaan diri untuk belajar Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya Membuat perbincangan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau tidak Merancang pembelajaran secara terperinci Melaksanakan perancangan Melaporkan kemajuan pencapaian

Membuat perbincangan dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek serta penguasaan kosa kata Membuat refleksi dan menilai pencapaian Memberikan ganjaran atas kejayaan diri 2. Pembelajaran Masteri (PM) PM merupakan satu pendekatan P&P untuk memastikan pelajar dapat menguasai apaapa yang diajarkan. Objektif PM adalah seperti berikut: Memastikan pelajar lemah dapat dibimbing di samping meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar yang lain. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar yang berdikari. Peranan pelajar dalam PM:

Mengetahui hasil pembelajaran untuk dikuasai Meempelajari sesuatu dengan tekun, tabah dan bermotivasi Memahami dan menguasai apa-apa yang diajar Memberi tahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai Membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan Peranan guru dalam PM:

Guru sebagai pengajar yang tabah Guru sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran

3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Mengikut Howard Gardner: An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings. (Frames of Mind, 1983) TKP bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan, malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson melihat dan merumuskan definisi Howard Gardner sebagai: a) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

b) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan c) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Antara kecerdasan pelbagai yang diaplikasi dalam P&P dari murid adalah seperti yang berikut: 1. Kecerdasan Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. 2. Kecerdasan Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. 3. Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek. 4. Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana kebolehan seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri. 4 Pembelajaran Akses Kendiri PAK adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Dalam program PAK, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, progran PAK meyediakan pentaksiran kendiri.

Lampiran 9 Soalan Ujian Pra dan Pasca Kedua-dua soalan ini boleh diberikan kepada pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 mengikut novel yang dikaji oleh mereka. a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan watak dan perwatakan utamanya. [8 markah]

b) Setiap buah novel ada memaparkan pelbagai nilai murni untuk diteladani. Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah]