Anda di halaman 1dari 3

Kata hubung a) Kata hubung gabungan: atau, dan lalu, serta, tetapi b) Kata hubung pancangan; agar,jika, apabila,

bahawa, hingga, sekiranya, jika, mesikpun, sebelum, sejak, selama, yang, kerana, c) Hubung berpasangan: baik..ataupun, bukan sajabah juga, sedangkan..apatah lagibukan sahajatetapi, baik..mahupun. 1. Adakah Encik Azman hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya? -Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara? -Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya? 2. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan. -Pendebat itu petah berhujah. -Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan. 3. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. -Siswazah berpandangan jauh. -Siswazah itu tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. 4. Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia. -Pemuda itu rajin bekerja -Pemuda itu aktif dalam persatuan belia. 5. Adakah kamu hendak ke pejabat atau ke hospital? -Adakah kamu hendak ke pejabat? -Adakah kamu hendak ke hospital? 6. Pelajar yang bercita-cita tinggi mempunyai masa depan yang cerah. -Pelajar yang bercita-cita tinggi -Pelajar mempunyai masa depan yang cerah. 7. Nelayan-nelayan itu tidak ke laut kerana laut bergelora. -Nelayan-nelayan itu tidak ke laut -laut kerana laut bergelora. 8. Sudah berbulan-bulan dia tamat pengajian dari universiti tetapi masih menganggur. -Sudah berbulan-bulan dia tamat pengajian dari universiti -Dia masih menganggur. 9. Apabila juruacara mengumumkan nama pemenang dalam pertandingan catur itu, para hadirin bertepuk tangan. -juruacara mengumumkan nama pemenang dalam pertandingan catur itu -para hadirin bertepuk tangan. 10. Penonton perlawanan bola sepak terkejut apabila mendengar letupan yang kuat. -Penonton perlawanan bola sepak terkejut -Penonton perlawanan bola sepak mendengar letupan yang kuat. 11. Ibu bapa pelajar boleh menemui pihak pentadbiran sekolah jika menghadapi masalah -Ibu bapa pelajar boleh menemui pihak pentadbiran sekolah -Ibu bapa menghadapi masalah

Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah ini kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. a) Amalan membaca boleh membuka minda dan menjadikan seseorang itu cinta akan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ibu bapa dan kalangan pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak sejak mereka di bangku sekolah lagi. Minat pada buku tidak akan lahir dalam jangka masa satu hari sahaja malah amalan ini perlulah berterusan selagi nyawa dikandung badan. Cadangan Jawapan: i) Amalan membaca boleh membuka minda. ii) Amalan membaca menjadikan seseorang itu cinta akan ilmu pengetahuan. iii) Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak sejak mereka di bangku sekolah lagi. iv) Oleh itu, pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak sejak mereka di bangku sekolah lagi v) Minat pada buku tidak akan lahir dalam jangka masa satu hari sahaja. vi) Amalan ini perlulah berterusan selagi nyawa dikandung badan. b) Pemimpin yang dikenali umum dan banyak jasanya kepada negara serta bukan saja disayangi rakyat malah disenangi oleh pemimpin negara jiran kerana sumbangannya yang tidak ternilai itu telah meninggal dunia secara tiba-tiba dalam nahas helikopter. Cadangan Jawapan: i) Pemimpin itu dikenali umum ii) Pemimpin itu banyak jasanya kepada negara iii) Pemimpin itu disayangi rakyat iv) Pemimpin itu disenangi oleh pemimpin negara jiran v) sumbangannya tidak ternilai vi) Pemimpin itu telah meninggal dunia secara tiba-tiba dalam nahas helikopter. c) Saya dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak sebagai akibat penyakit difteria dan batuk kokol. Orang dewasa pula berpenyakit malaria dan taun. Semua penderitaan itu dialami oleh rakyat ketika negara kita dijajah. Cadangan Jawapan: 1. Saya dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak sebagai akibat penyakit difteria 2. Saya dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak sebagai akibat penyakit batuk kokol 3. Orang dewasa pula berpenyakit malaria 4. Orang dewasa pula berpenyakit taun 5. Semua penderitaan itu dialami oleh rakyat 6. Negara kita dijajah.

d) Setiap orang wajar melalui pendidikan formal di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi kerana pendidikan membantu dirinya menjadi insan yang matang dan berbudi pekerti mulia. Oleh itu, setiap pelajar tidak harus mensia-siakan serta membelakangkan peluang sebagai pelajar.

Cadangan Jawapan: 1. Setiap orang wajar melalui pendidikan formal di sekolah 2. Setiap orang wajar melalui pendidikan formal di institusi pendidikan tinggi 3. Pendidikan membantu dirinya menjadi insan yang matang 4. Pendidikan membantu dirinya menjadi insan yang berbudi pekerti mulia 5. Setiap pelajar tidak harus mensia-siakan peluang sebagai pelajar. 6. Setiap pelajar tidak harus membelakangkan peluang sebagai pelajar. e) Rasuah ialah penyakit sosial yang sukar dihapuskan sepenuhnya. Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat dengan mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan melumpuhkan ekonomi negara. Cadangan Jawapan: 1. Rasuah ialah penyakit sosial 2. Rasuah sukar dihapuskan sepenuhnya 3. Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat 4. Hukuman berat dikenakan terhadap pihak yang terlibat 5. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat 6. Amalan buruk ini melumpuhkan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai