Anda di halaman 1dari 1

3. Rukun ketiga beriman kepada kitab-kitab Allah. Dalilnya : 4/136.

Maksudnya : Beriman kepada kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul, sebagai petunjuk dan pedoman hidup manusia. Beriman bahawa di antara kitab-kitab suci itu tersebut di dalam Al-Quran yakni: Zabur diturunkan kepada nabi Daud 17/55. AshShuhuf kepada nabi Ibrahim. An-Najmu 46-42. Taurat kepada Nabi Musa as. 5/44, Injil kepada Nabi Isa a.s 5/46, Al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Beriman bahawa Al-Quran adalah merupakan kitab Allah yang terakhir yang mencakup ringkasan pengajaran2 Ilahiyyah, serta membenarkan isi kitab-kitab suci yang mendahuluinya yang merangkumi tauhid, ibadah dan taat (5/48) Beriman kepada adanya kitab-kitab sebelum Al-Quran hanya secara garis besar bahawa kitab-kitab tersebut pernah ada sebelum Al-Quran yang selanjutnya digantikan oleh Al-Quran. Beriman bahawa Al-Quran adalah kitabullah yang terakhir yang selurunhya benar tidak ada kebatilan sedikit pun di dalamnya, terjaga keutuhannya sejak mulai diturunkan sampai hari kiamat. Fuhssilat 41dan 42, Ahjr 9. Dan sebagai pedoman seluruh ummat manusia dan jin. (Al-Jin 1-2.Al-Ahkof 29 s/d 31. Beriman adanya sunnah Nabi sebagai penjelasan amaliah Al-Quran (16/44) Beriman bahawa Al-Quran adalah kitab petunjuk Rabbani yang terus berlaku sampai hari kiamat, maka barangsiapa mencari petunjuk, kebenaran, dan kebaikan dari selain AlQuran pasti kesesatan yang diperolehnya.