Anda di halaman 1dari 1

4.

Rukun kempat beriman kepada Rasul-Rasul-Allah : Dalilnya : 2/285, 136 Maksudnya : Beriman kepada Rasul dan Nabi yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith dan mereka itu membawa risalah kepada ummat manusia sebagai pembawa berita gembira dan pengancam. (35/24, 10/47) Beriman bahawa pokok-pokok risalah mereka adalah sama yakni menegakkan tauhid, membanteras syirik, mewajibkan ibadah hanya kepada Allah dan menjauhi taghut. 16/36. 7/59,65,73,85, Al-Muminun 23) Beriman bahawa jumlah nabi dan rasul yang diutus oleh Allah tidak diketahui kecuali oleh Allah swt. Dan di antara mereka ada yang dikisahkan dan ada yan tidak dikisahkan (Al-Mumin 78) Yang dikisahkan dan disebut namanya dalam Al-Quran ada 25, meereka itu ialah : 1. Nabi Adam as. 11. Nabi Yakub as 21. Nabi Sulaiman as. 2. Nabi Nuh as. 12 Nabi Yusuf as 22. Nabi Ilyas as. 3. Nabi Idris as. 13. Nabi Ayyub as 23. Nabi Yahya as 4. Nabi Soleh as. 14. Nabi Syuaib as 24. Nabi Isa as 5. Nabi Ibraahim as. 15 Nabi Musa as. 25. Nabi Muhammad. 6. Nabi Hud as. 16. Nabi Harun as 7. Nabi Lut as. 17. Nabi Yasa as 8. Nabi Yunus as. 18. Nabi Zulkifli as. 9. Nabi Ismail as. 19. Nabi Daud as. 10 Nabi Ishaq as 20. Nabi Zakaria as. (Al-Anam 23 -26, 7/65,73,85; Ali Imron 33). Di antara 25 Nabi dan Rasul yang dikisahkan dalam Al-Quran ini ada 5 rasul yang diberi gelaran ulul.azmi artinya yang teguh hati. Menurut para ulama mereka itu ialah : 1. Nabi Nuh as. 2 Nabi Ibrahim as. 3. Nabi Musa sa. 4. Nabi Isa as dan 5. Nabi Muhammad saw. Beriman bahawa semua rasul diutus kepada kaum dan bangsanya masing2 (35/24, 16/36), kecuali Nabi Muhammad saw diutus kepada semua umat manusia dan Jin. 7/158, Al-Ahkaf 29-31, Al Jin 1,2. Beriman dan membenarkan semua rasul dan nabiyullah, tidak membezakan satu dari lainnya. Maka barangsiapa membezakan rasul Allah satu dengan lain yakni membenarkan yang satu dan mendustakan lainnya, maka ia kafir. An Nisaa 150-151.

Anda mungkin juga menyukai