Anda di halaman 1dari 3

5.

Rukun kelima beriman kepada kampung akhirat Dalilnya Al-Baqarah 177, 62, At-Taghabun 7 Maksudnya : Beriman kepada adanya perkara-perkara dan hal-hal yang akan berlaku setelah mati seperti apa yang diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya. 1- Beriman akan adanya alam barzah iaitu alam kubur tempat menunggu datangnya hari kebangkitan (Al-Mu'minun 100) 2- Beriman akan adanya fitnah kubur iaitu pertanyaan dua malaikat tentang siapa Rabbnya apa diennya dan siapa Nabinya.

'z : : . : ) ( .

Maksudnya : Diriwayatkan dari pada Asma ra bahawa Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada suatu perkara yang belum diperlihatkan kepadaku melainkan dapat juga aku melihatnya di tempat ku ini sanpai-sampai syurga dan neraka diperlihatkan kepadaku. Kemudian diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya kamu akan diuji (mendapat fitnah di dalam kuburmu yang semacam atau yang hampir dengan fitnah Al-Masih Dajjal. Kepada setiap orang akan ditanyakan : apakah yang kamu ketahui tentang lelaki ini (yakni Nabi Muhammad saw)? Adapun orang yang beriman atau orang yang meyakini ia akan menjawab: Ia adalah Muhammad utusan Allah, ia datang kepada kami semua dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata dan petunjuk, kami semua menjawab seruannya dan mengikutinya dia adalah Muhammad. Kata-kata ini diucapkan olehnya (3 kali). Maka dikatakan kepadanya : Tidurlah sebagai orang yang soleh, kami mengetahui bahawa kamu memang percaya kepadanya. Sebaliknya orang munafik atau orang yang masih ragu-ragu akan menjawab : "Aku tidak mengerti aku mendengar orang-orang mengatakan sesuatu maka aku pun mengatakan seperti kata-kata mereka.

) ( ' z : : )72 (
Maksudnya : Diriwayatkan dair Barra bin Azid ra daripada Nabi saw baginda bersabda : "Firman Allah (Ibrahim 27) diturunkan mengenai siksa dalam kubur. Ketika ditanya simati siapakah Rabbmu maka ia menjawab Rabbku adalah Allah dan Nabiku adalah Muhammad saw. Maka itulah dia makna firman Allah (Ibrahim 27) 3. Beriman bahawa manusia akan mengalami ni'mat atau azab dalam kubur (Ghofir 4546)

: ' z
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas ra. berkata : "Sewaktu Nabi saw lalu di atas dua kuburan baru, baginda bersabda : "Bahawa dua penghuni kuburan ini sedang disiksa bukan kerana berdosa besar. Adapun yang satu daripadanya kerana menyebarkan fitnah dan satunya lagi kerana tidak berdinding waktu buang air kecil".(HR Bukhari Muslim dan lafaz di atas dari Muslim)


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra. : "Bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya seorang dari kamu apabila mati akan dinampakkan kepadanya tempat kediamannya waktu pagi dan petang. Jika ia termasuk ke dalam ahli syurga maka tempat kediamannya dalam kalangan ahli syurga. Dan jika ia termasuk ke dalam ahli neraka maka tempat kediamannya dalam kalangan ahli neraka juga. Dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat kediaman engkau, hingga Allah bangkitkan engkau pada hari kiamat." (HR Bukhari & Muslim) 4. Beriman bahawa pasti akn terjadi hari kiamat yang masa berlakunya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, dan setelah semua manusia dimatikan akan dihidupkan semula untuk dihisab (QS Al-A'raf 187, An-Naziat 41-44, Az-Zumar 68) 5. Beriman adanya tanda-tanda hari kiamat seperti keterangan Allah dan Rasul-Nya.


"Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya di antara tnada-tanda kiamat adalah : terangkatnya ilmu, lahirnya kejahilan, tersebarnya perbuatan zina, diminum khamr, banyak bilangan perempuan dan sedikit bilangan laki-laki hingga bagi lima puluh orang perempuan hanya seorang laki-laki yang menjadi penjaga mereka.

) (
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah ra, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : Bilakah berlakunya kiamat? Baginda saw menjawab : Apabila telah hilang amanah, maka tunggulah kiamat. Lelaki itu bertanya lagi : Bagaimana cara hilangnya? Baginda menjawab : "Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat.

: .

: : .... ) (
Maksudnya : Dari Huzaifah bin Usaid Al-Ghifari menceritakan : Telah datang kepada kami Nabi saw sedang kami dalam bermuzakara (berbincang). Baginda bertanya : "Apakah yang kalian sedang bincangkan ?" Kami menjawab : "Kami sedang mengingati hari kiamat." Baginda berkata : "Hari kiamat tidak akan berlaku hingga kamu dapat melihat sepuluh tanda-tandanya. Lalu baginda menyebutnya iaitu : 1. Keluarnya asap. 2. Lahirnya Dajjal. 3. Keluarnya binatang melata. 4. Terbitnya matahari dari Barat. 5. Turunnya Nabi Isa bin Maryam saw 6. Keluarnya Ya'juj dan Ma'uju. 7. Berlakunya gerhana 3 kali yakni gerhana di sebelah timur. 8. Gerhana di sebelah barat. 9. Gerhana di jazirah Arabia. 10. Dan akhir sekali keluarnya api dari tanah Al-Yaman yang menghalau manusia kepada tempat perheimpunan mereka. (HR Muslim) An-Naml 82. Ketika terbitnya matahari dari sebelah barat pada saat itu pintu taubat dan amal soleh ditutup (QS Al-An'am 158)