Anda di halaman 1dari 1

ATTENTION DEFICIT AND HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

ADHD adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan Tingkah laku yang agresif dan terlampau terangsang Tidak matang dari segi sosial Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa Menyatakan sesuatu tanpa berfikir.

STRATEGI Guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada muridmurid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri tugasan yang ringkas serta maklum balas yang segera. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.

Anda mungkin juga menyukai