Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, semua guru pelatih diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru (BIG). Program ini telah dirangka untuk membina daya tahan fizikal dan mental serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama dalam proses pembinaan insan guru. Melalui pelaksanaan program Bina Insan Guru, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat dapat membina insan guru yang mencapai kecemerlangan dalam semua aspek yang berkenaan dengan cabaran profession perguruan masa kini.

Program Bina Insan Guru ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri dalam membina keyakinan diri semasa menghadapi segala cabaran, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai insan seorang guru. Beberapa matlamat telah digariskan agar para guru pelatih dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman praktikal asas tentang persediaan dan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah. Saya telah menjadi peserta yang mengikuti Program BIG buat kali pertama pada semester ini. Program ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 2 8 Februari sehingga 3 Mac 2013. Banyak pengalaman dan penilaian yang telah saya perolehi untuk memenuhi tuntutan profesion guru sekarang.

Antara objektif yang perlu dicapai melalui program Bina Insan Guru termasuklah para peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir,

terutamanya dalam menganalisis masalah demi membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan, meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan atau mengendalikan sesuatu program dengan baik. Program ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin memastikan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Demikian itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mantap dari aspek nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
0

OBJEKTIF

1) Menunjukkan ciri-ciri insan yang positif seperti berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi dan patuh kepada ajaran agama.

2) Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bekerjasama, bersepakat dan bertanggungjawab kepada pasukan.

3) Meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental.

4) Menguasai dan meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.

5) Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

6) Memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

7) Memperkembangkan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

KANDUNGAN

KANDUNGAN Kandungan Program Bina Insan Guru Jadual Pelaksanaan Program Bina Insan Guru Ha ri/ Ma sa 7.3 0 am 1. 12. 30 00 p pm m

5.30 am

6.30 am

8.00 am

10.00 am

10.3 0 am

2.00 pm

6.00 pm

9.00 pm

Ha ri 1

Ha ri 2 Solat , Ha Tazki ri 3 rah, Moral Ha ri 4 Sena man Pagi, Mala ysia Cerg as Min um Pag i

LDK 1

Taklim at & Perjalanan Ke Tempat Mendi Perkhemahan rikan Khem Pengur ah usan Diri, Solat, Taklimat Dan Aktiviti Keyakinan di Takzira Air h, Moral Taklimat dan Aktiviti Kembara Flora Dan Fauna Member sihkan Kawasa n

Ice Brea king

LDK 3

Refl eksi

Pen utup

Perjalanan Pulang Ke IPG

REFLEKSI KENDIRI

REFLEKSI KENDIRI

Saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru sesi pertama bermula dari 28 Februari 2013 sehingga 3 Mac 2013. BIG saya yang kali pertama ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai. Para pensyarah pembimbing telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan konsep BIG.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG termasuklah mendirikan khemah, memasak, membuat senaman pagi, aktiviti di air dan darat, masakan rimba, masuk ke dalam paya, latihan dalam kumpulan (LDK) dan malam persembahan. Sikap para pensyarah tegas terhadap kami kerana mereka mempunyai motif yang besar, iaitu ingin memberi guru pelatih input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain mengaplikasikan nilai-nilai murni, BIG ini telah memberi peluang kepada saya untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang tabah, pandai menguruskan diri dan masa, berkeyakinan tinggi, sabar dan fleksibel.

Program

Bina

Insan

Guru

telah

mendedahkan

saya

kepada

alam

perkhemahan. Saya tidak pernah mengalami kehidupan di dalam khemah. Oleh itu, aktiviti perkhemahan ini merupakan pengalaman kali pertama saya. Pengalaman berkhemah ini telah mengajar saya erti ketabahan, keberanian, kerjasama dan toleransi. Nilai-nilai telah disemai ke dalam jiwa kami kerana kami yang bertanggungjawab mengatur dan membuat segala perancangan dan persiapan bagi perkhemahan ini. Hal ini adalah satu latihan yang sangat penting bagi bakal guru. Seandainya saya diarahkan untuk membawa pelajar-pelajar saya untuk

melaksanakan perkhemahan kelak, dapatlah saya uruskan perkhemahan dengan baik semasa di sekolah nanti.

Perkhemahan ini turut mengajar saya kaedah menguruskan masa dan diri dengan baik. Kerjasama antara semua ahli amat diperlukan untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Masa yang diperuntukkan untuk menguruskan diri dan aktiviti perkhemahan amat terhad. Oleh itu, kami menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut tentatif program dan melalui pembahagian tugas. Kami telah bergilir-gilir ketika memasak, menjalankan SENTRI serta menguruskan masa sendiri untuk membuat perkara lain seperti membersihkan diri atau berehat. Hal ini dapat memastikan semua aktiviti perkhemahan dapat dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Di sini, saya dapat menganalogikan cabaran-cabaran yang akan dihadapi untuk menguruskan masa dan rancangan pengajaran harian yang baik dan efektif bagi bakal pelajarpelajar saya.

Keyakinan diri juga merupakan salah satu nilai yang perlua dalam diri setiap individu. Kita harus percaya terhadap kebolehan diri sendiri agar tidak mudah mengaku kekalahan apabila menempuh pelbagai rintangan dalam hidup. Oleh itu, aktiviti keyakinan di air telah dilaksanakan dalam program BIG. Kebanyakan peserta pada mulanya sangat pasif terhadap aktiviti ini. Setelah mereka berjaya melakukan aktiviti berenang dan terjun ke dalam air, keyakinan yang ada pada diri individu mereka telah ditingkatkan. Dalam aktiviti tersebut, saya menyedari bahawa setiap pekerjaan termasuklah perguruan haruslah dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan penuh berkeyakinan demi mencapai matlamat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Lebih-lebih lagi, saya telah belajar menjadi fleksibel dan pandai menyesuaikan diri dengan pensyarah dan peserta-peserta lain. Melalui program ini, saya mampu berkomunikasi dengan rakan-rakan dan pensyarah dengan baik. Saya juga dapat berganding bahu dengan ahli kumpulan semasa melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan. Sikap individualistik atau mementingkan diri haruslah diabaikan agar hubungan yang baik dapat dibentuk antara ahli-ahli kumpulan dengan saya. Hal ini adalah penting agar saya tidak berasa kekok tetapi berfleksibel apabila perlu
6

berdepan dengan rakan sekerja yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur serta mampu berinteraksi dengan ibu bapa anak murid saya dan juga masyarakat ketika saya bertugas sebagai guru nanti.

Secara tuntasnya, Program Bina Insan Guru ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru dan amat berguna. Saya diberi peluang untuk melakukan refleksi bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada diri dan sekali lagi menilai kemampuan diri saya sendiri. Semua aktiviti BIG yang telah dijalankan menyedari saya untuk mengaplikasikan nilai-nilai yang pernah saya pelajari ketika di bangku sekolah lagi. Perkara ini adalah amat penting sebagai persediaan saya menghadapi kehidupan sebagai seorang guru yang berketrampilan pada tahun 2017 nanti. Semoga BIG yang seterusnya akan memberikan saya lebih banyak pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang guru yang berbakti kepada organisasi, komuniti, masyarakat dan negara.

REFLEKSI KENDIRI

LAPORAN REFLEKTIF LAPORAN REFLEKTIF

LAPORAN REFLEKTIF

Dengan penuh rasa bangga ingin saya umumkan bahawa saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) sesi pertama bagi tahun 2013. Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana telah berjaya menempuhi segala cabaran yang dihadapi dalam masa selama empat hari tiga malam ini di Pantai Merang, Kuala Terengganu. BIG kami telah ditempatkan di sebuah lokasi yang begitu indah sekali. Tujuan perlaksanaan BIG adalah untuk menyedari para guru pelatih tentang hala tuju profesion perguruan.

Daripada analisis persekitaran SWOT, saya berpeluang untuk belajar mendirikan khemah dan menyediakan bahan masakan untuk semua peserta BIG Siri 1 / 2013 pada hari pertama. Dalam melaksanakan aktiviti tersebut, kerjasama amat penting bagi memastikan kami ada tempat tidur serta peserta lain dapat menikmati makanan yang dihidangkan dan mengisi perut mereka supaya mereka bersemangat untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya. Guru-guru pelatih telah didedahkan dengan pentingnya semangat

berpasukan serta bekerjasama.

BIG bagi hari kedua merupakan hari yang paling menyeronokkan. Kami dikehendaki untuk menyelam di dalam air dan berenang dengan memakai PFD ketika menjalankan aktiviti-aktiviti keyakinan di air. Saya berasa agak gelisah pada mulanya kerana tidak mengetahui teknik-teknik berenang tetapi dengan tunjuk ajar pensyarah saya sangat berkeyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan aktiviti tersebut. Selain itu, saya berasa gembira dan terhibur kerana mendapat peluang untuk terjun ke dalam air selepas berenang dan berkayak dengan dua orang rakan secara bergilir-gilir.

12

Aktiviti-aktiviti keyakinan di air ini mungkin sukar dilakukan jika saya seorang diri yang melakukan. Namun dengan semangat yang diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan saya, saya turut mempunyai keberanian untuk mencabarkan diri dalam melaksanakan aktiviti renang dan terjun ke dalam air. Sementelahan pula, aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang tidak pernah saya alami. Saya berasa amat seronok kerana jurulatih air akan memberi taklimat dan sedikit pengajaran tentang aktiviti berkayak. Aktiviti berkayak bukan sekadar penggunaan tenaga tetapi cara

mengemudikan kayak adalah penting. Saya bersama rakan-rakan saya, Aimi dan Chan, tidak mengalami sebarang kesusahan dalam pengubahan arah kayak tersebut. Hal ini telah menunjukkan semangat bekerjasama telah membantu kami berjaya melakukannya. Saya telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut.

Pada keesokan hari, ekspedisi mendaki bukit merupakan aktiviti yang sangat mencabarkan. Semasa melakukan akitiviti ini, saya tidak ingin memberitahu ahli-ahli kumpulan saya bahawa saya pernah pergi jungle trekking dan naik bukit. Hal ini demikian kerana aktiviti hari ketiga ini sangat berbeza berbanding dengan pengalaman yang pernah saya alami. Saya berasa amat bertuah kerana terdapat beberapa ahli kumpulan saya akan saling membantu jika sesiapa mengalami kesusahan. Saya juga bersyukur kerana tidak mempunyai fobia terhadap ketinggian. Sementara itu, nasib baik kawan saya menarik seluar saya apabila dia hampir terjatuh. Mujurnya tali telah disediakan supaya kami dapat memegangnya apabila kami menaiki dan menurun bukit dan lurah curam, tanpa memakai sebarang pakaian keselamatan. Tanah pada masa itu sangat lembik dan licin, terutamanya ketika kami perlu menurun bukit. Walakin begitu, kami sekumpulan dapat menempuhi segala cabaran pada hari ketiga dan telah mempereratkan hubungan silaturahim.

Selepas menjalankan program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam sepanjang program BIG.
13

Program ini sememangnya berjaya mencapai objektif bagi melahirkan ciri-ciri insan guru yang hebat. Dalam program BIG, guru-guru pelatih dapat membentuk diri mereka untuk menjadi guru yang kuat dari segi mental, fizikal, emosi, rohani dan sosial di samping memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab.

Pendedahan kepada Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya. Sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakatan, kami bukan sahaja melakukan tugasan yang telah dibahagikan, tetapi juga membantu peserta lain yang memerlukan sebarang pertolongan. Saya berasa bangga kerana semua peserta dapat menghadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapat kenalpasti sepanjang program BIG berlangsung.

Dari segi kekuatan, kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam tentatif program BIG Siri 1. Semua peserta melibatkan secara aktif dan tiada berlakunya sebarang masalah disiplin sepanjang program ini dijalankan. Semua kumpulan dapat melaksanakkan tugasan mereka dengan sempurna serta memberikan komitmen yang terbaik.

Selain itu, lokasi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti BIG seperti mendirikan khemah, melakukan aktiviti di air dan darat juga selamat dan selesa. Saya juga menyukai lokasi pelaksanaan BIG kerana di sana terdapat kemudahan yang cukup kondusif dan berdekatan dengan tempat

perkhemahan kami.

Dari aspek keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius kecuali beberapa orang
14

peserta mengalami allergi manakala terdapat juga kes seluar atau kasut peserta terkoyak.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan program BIG ini kerana diadakan di Marang, Kuala Terengganu yang ditempatkan di tepi pantai yang begitu indah serta berdekatan dengan institut kami di mana kami tidak perlu bersusah payah untuk mencari kenderaan lain dan kos yang diperuntukkan lebih menjimatkan.

Kelemahan yang dapat saya lihat sepanjang program ini adalah khususnya dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru pelatih. Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih hanya mendapat satu tugasan biarpun setiap guru pelatih mendapat dua tugasan pada perancangan awal. Kebanyakan pelajar tidak begitu pasti akan tugas masing-masing. Ada segelintir pelajar pula yang tidak bersungguhsungguh menjalankan tugas mereka. Di samping itu, terdapat banyak peserta yang tidak dapat mendirikan khemah dengan cara yang betul disebabkan oleh tiada pengetahuan asas tentang perkhemahan dan juga tidak mempunyai peralatan perkhemahan yang mencukupi. Namun begitu, mereka dibantu oleh peserta-peserta dari unit lain, iaitu PJ dan TESL dan juga mencari penyelesaian bagi memperkukuhkan khemah.

Bagi mengatasi kelemahan yang dinyatakan, saya ingin memberi beberapa cadangan penambahbaikan program BIG masa depan. Pertama, tentatif program patut dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih mengetahui tentatif program dan dapat membuat persediaan yang lebih awal.

Seterusnya, AJK atau pihak berkenaan haruslah memantau kawasankawasan yang telah ditetapkan untuk memastikan semua peserta
15

melakukan tanggungjawab masing-masing. Pihak pengurusan juga harus menyediakan barang-barang keperluan seperti barang perkhemahan yang mencukupi pada masa akan datang. Manakala asalkan semua yang terlibat dalam pemantauan kawasan tempat perkhemahan menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka, dapatlah masalah ancaman diatasi.

Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mempunyai kekuatan dan kelemahan mahupun memberi peluang serta ancaman kepada para peserta. Walakin begitu, segalanya berjalan dengan begitu lancar tanpa

sebarang kekangan dan detik-detik bersama rakan-rakan dalam program BIG ini amat bernilai dan juga tidak akan saya lupakan.

16

LAMPIRAN

17