Anda di halaman 1dari 25

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, BESTARI JAYA


FAKULTI PENDIDIKAN

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
AWAL KANAK-KANAK
ETD 1113

TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD KHAIRI BIN SAMSUDIN

NAMA PELAJAR:
NAMA NO KAD MATRIK
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL 3081014831
MOHD AIZZIZI BIN MAD NOR 3081018061
MOHD BOB HALIL BIN MUSTAPA 3081022701

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH)


KOHORT 6 GROUP 1

TARIKH:
2 MAC 2009

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 3


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

PENGHARGAAN

‫السلم عليكم ورحمة ال تعالى وبركاته‬

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran


kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan
kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan
kepada Encik Khairi Bin Samsudin pensyarah matapelajaran Psikologi
Perkembangan Awal Kanak-kanak, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

“KEBENARAAN ITU IBARAT AIR YANG MENGALIR,


WALAUPUN ia DISEKAT, IA AKAN TETAP TERUS
MENGALIR”

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 4


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

PENGENALAN

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 5


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut


tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi Dengan
perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis Arnold

Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan.


Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir
Sungai Mississippi bahagian utara. Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau
menerangkan zaman kanak-kanak, yang beliau alami hampir menyenangkan di
mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and
intense in my home town. Each season had its own challenges and keen
pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952)

Menurut bakinsky (1983) geseii menggenakan bahasa yang sama untuk


menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its
seasons and sequences”. Ini tidaklah dikatakan bahawa gesell seorang yang
besemangat romantic. Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan
pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya
mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau menuntut disekilah perubatan
pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doctor falsafah.
Dan bekerja sebagai aahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik
pertumbuhan kanak-kanak Yale, gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri
dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-
kanak dan bayi. Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang
menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli
pediatik dan ahli psikologi. Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian
pertamanya “ kecerdikan bayi” (gesell, 1952). Beliau juga seorang ahli penyelidik
yang pertama mengkaji filem secara luas.

KONSEP KEMATANGAN

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 6


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak-


kanak dipengarihi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah
hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, gesell percaya
bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan
baka.

Satu cirri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia


terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang
misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembangan dan
berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk puast
sistem saraf iiaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak
dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk.
Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik penah ditentang.

Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya


sebauk sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil
keutamaan dalam perkembanga awal selepas berasalin. Bayi pada mulanya
mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan
terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan
jari , batang tubuh dan kaki. Dalam kedua-dua perkembangan sebelum dan
selepas kelahiran terhadap trend kepala hingga ke kaki (cephalocaudal) (gesell,
1952).

Menerut gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar


duduk, berderi, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang
dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf
yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan
berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanpun, mereka melalui sekuens
yang serupa. Dari pandangan gesell, perbezaan individu dalam kepantasan
pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 7


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Menurut gesell (1952) lagi kesan kematangan dapat dibandingkan dengan


kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna
bahawa kematangan diasingkan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu
badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini
penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak
memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk
tingkah laku. Ia adalah tugas makanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi
dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja
persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial
dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang
sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya
memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga
menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila
mereka berirama dengan prnsip kematangan dalaman.

Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-


kanak akan perkara terdahulu daripada jadual. Kanak-kanak akan duduk,
berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang
dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu
tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu
pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara
pengasuh dan kanak-kanak.

Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang


dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, balinsky (1983) memberi
seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta
memanipulasi kiub. Anak kembar ini dapat menunjukkan bebberapa kemahiran
lebih daripada yang seorang lagi kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai
kemudian, tanpa banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur semasa kita
mengharapkan menjalankan berbagai tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 8


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat sesuatu


manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja. Soal stimulasi awal
konterversi awal impaknya usaha untuk mempercepatkan perkembangan motor
awal mengeluarkan kesan kecil ( Cole & Cole, 1989).

Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh


faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus
setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang
terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas dimana gen tidak
bekerja secara berasingan dan mereka memerima isyarat daripada ‘cytoplasm’,
iaitu bahan sel di luar nukleus (gesell, 1952, rajah 2.1) oleh sebab ‘cytoplasm)
ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara
faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap
kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan,
walaupun bersamaan dengan faktor lain.

Setakat ini saya secara dasarnya telah menggambarkan pertumbuhan


kematangan dengan tingkah laku motor awal iaitu fokus utama kajian saintifik
gesell. Walau bagaimanapun gesell percaya bahawa kematangan mengawal
pertumbuhan keseluruhan personaliti. Beliau berkata, misalnya,

(The child’s) nervous system matures by stages and natural sequences.


He sits before he stands; he babbles before he talks; he fabricates before he tells
the truth; he draws a circle before he draws a square; he is selfish before he is
altruistic; he is dependent on other before he achieves dependence on self. All
his capabilities, including jis morals, are subject to the laws of growth. (Gesell
ang IIg. 1943).

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 9


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

RAJAH 2.1
Sekumpulan sel. Nukleus mengandungi nukleus kromosom yang terdiri daripada
gen cytoplasm:

(Diadaptasi daripada Munn. N.L. the Growth of human Berhavior, 3rd ed. Boston :
Houghton Mifflin Co. 1974)

Kajian Mengenai Bentuk

Gesell (1952) mengatakan bahawa apabila kita mengkaji pertumbuhan,


kita tidak hanya mengukur benda dalam bentuk kuatitatif tetapi perlu mengkaji
bentuk itu. Sesuatu bentuk mungkin yang mempunyai rupa atau bentuk yang
khusus, misalnya kenyitan mata. Tetapi yang paling penting dalam proses
pembentukan itu dimana tingkah laku menjadi tersusun.

Seterusnya beliau mengatakan bahawa terdapat illustrasi yang jelas


mengenai proses pembentukan dalam kes pengilihatan bayi. Semasa kelahiran
mata bayi lebih bergerak tanpa arah tetapi setelah beberapa hari ataupun jam
bayi dapat memberhentikan matanya dan melihat benda untuk seketika masa.
Mereka dapat memberhentikan mata mereka dan melihat “at will” kerana satu
bentuk perkaitan baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otot-
otot kecil yang menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan, bayi biasanya boleh
mengikutinya melalui sebuah organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot
yang memusingkan kepala.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 10


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan ialah apabila bayi


dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan pergerakan tangan
mereka apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi
iasanya boleh memegang sebuah alat permainan dan memerhatikannya dalam
masa yang sama. “ This is significant growth gain. It means that eyes and hand
are doing team work, coming into more effective coordination. Mental growth
cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns”
(Gesell, 1952).

Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata adalah tidak


menyeluruh pada usia empat bilan pertama. Untuk seketika mata terlibat terlebih
dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh ‘mengangkat’ sebuah
kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan matanya iaitu mereka
boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut yang berlainan
sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan tangan mereka.

Mungkin kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu dan kemudian
melihat tangan mereka seperti mereka ada cara memegang kiub itu tetapi
mereka tetap tidak dapat membuat demikian. Sistem saraf masih belum
bertumbuh dengan secukupnya. Cuma sehingga enam bulan barulah bayi dapat
mengangkat kiub itu dengan seluruh tapak tangannya dan sehingga sepuluh
bulan barulah bayi mereka dapat mengangkat biji gual-gula itu dengan ibu jari
dan jari telunjuknya (Rajah 2.2). oleh demikian, koordinasi tangan dengan mata
berkembang dengan perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun dengan perlahan-
lahan dan diikuti dengan pergerakan yang lebih halus.

Rajah 2.2 perkembangan dalam koordinasi tangan dengan mata

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 11


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

(a) Empat bulan. (b) Enam bulan. (c) Sepuluh bulan.


lihat tetapi tidak dapat Cengkaman tapak tangan Cengkaman menyepit
berhubung

Prinsip Perkembangan
Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan
yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua
hala, fungsi tidag bersimetri dan peraturan kendiri.

Penggabungjalinan Dua Hala


Manusia terbina daripada prinsip asa berpasangan; iaitu kita mempunyai
bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang
tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai
cirri-ciri dualistic; seperti apabila kita mengeliatkan badan. Penggabungjalinan
dua hala merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya
akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti contoh, dalam
perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah
tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan
tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan
dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan. Perkara saling
menggantikan penggunaan kadua-dua belah tangan memberi contoh kepada
kita

Tentang penggabungjalinan dua hala. Gesell telah menunjukkkan


bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang corak

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 12


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu merangkak
dan berjalan(Gesell, 1946)

Gesell juga percaya bahawa penggabungjalinan dua hala akan


menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada
penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert dan
extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga
tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan
bersikap pendiam dan resah. Jangkamasa introvert ini diikutu oleh zaman
extrovert pada usia empat tahun dan kedua-dua keadaan ini akan bergabung
dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran seperti ni akan bermula
pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas
tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini secara sementara
pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang baru,
tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (Gesell, 1956).

Fungsi Tidak Bersimetri


Melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan
asas berpasangan alam sekeliling kita. Walau bagaimanapun kita jarang
mencapai keseimbangan yang tepat atau simetri, malah satu tahap
keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi. Kita selalunya
menunjukkan kesan apabila kita menghadapi dunia darimsatu segi, lebih kepada
menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-lain lagi.

Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat dilihat pada ‘tonic neck reflex’
iaitu satu tindak balas yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell
mendapati bahawa bayi lebih suka berbaring dengan mendongak kepala pada
satu arah dan bila mereka berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan
kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ tersebut. Mereka akan menjulurkan lengan
pada arah kepala ditudingkan (seolah-olah sedang memerhatikan tangan
tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan dibengkokkan lalu diletakkan di

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 13


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

belakang kepala. Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini nampak seolah-olah
seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang (lihat gambarajah 2.3).
Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini adalah dominan dalam jangkamasa tiga
bulan selepas kelahiran dan kemudian ianya akan diselubungi oleh
perkembangan baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946)

Rajah 2.3 Kedudukan ‘tonic neck reflex’

Kendiri
Gesell (1946) percaya bahawa mekanisma perkembangan intrinsik terlalu
kuat sehingga organisma tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal
perkembangan dirinya. Dalam satu siri penyelidikan beliau telah menunjukkan
bagaimana bayi dapat mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga
mereka. Bila bayi diberi kebebasan menentukan masa menyusu dan tidur,
mereka sebara pelahan-lahan memerlukan kala penyusuan yang kurang dan
mereka juga berada dalam keadaan berjaga lebih lama pada siang hari.
Kemajuan tidak dapat mengikut satu garisan lurus, malah telah dapat beberapa
perubahan yang menerus termasuk yang menurun. Akan tetapi bayi tersebut
secara perlahan-lahan telah mengalami jadual yang stabil.

Gesell juga telah menulis tentang peraturan kendiri ini dari pandangan
yang berbeza sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan organisma untuk
mempertahankan satu integrasi yang menyeluruh dan seimbang. Pertumbuhan

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 14


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

tentu sekali akan melibatkan ketidakseimbangan. Sebagaimana yang kita lihat


tadi corak tidur dan penyusuan berubah selalu. Kita telah juga melihat
ketidakseimbangan dalam perkembangan personaliti di mana telah terdapat
jangkamasa stabil yang diikuti oleh jangkamasa yang tidak stabil semasa bayi ini
memasuki tahap introvet dan ekstrovet yang baru. Walau bagaimanapun
mekanisma kendiri akan selalu bertugas untuk memastikan organisma tidak
memesong dalam satu arah sebelum bergerak maju ke hadapan sekali lagi.

Kanak-kanak kadang kala akan mementang usaha untuk mengajar


mmereka perkara yang baru disebabkan oleh proses peraturan kendiri yang
intrinsik. Hal ini seolah-olah ada sesuatu yang memberitahu mereka supaya
jangan mempelajari sesuatu dengan banyak dalam jankamasa yang singkat.
Keutuhan organisma ini patutlah dikekalkan.

Sifat Perorangan
Kta telah pun menyorot kembali banyak daripada idea Gesell mengenai
perkembangan. Walau bagaimanapun, ini satu isu yang perlu di bincangkan.
Perkara ini mengenai masalah perseorangan. Gesell percaya pada keadaan unik
setiap seorang kanak-kanak. Malang sekali, keadaannya kurang jelas dengan
cara dia merumuskan dapatannya. Sebagai contoh, beliau telah menulis
bagaimana kita seolah-olah mengharapkan kanak-kanak pada umur dua, dua
setengah, tiga tahun dan sebagainya untuk berkelakuan dengan cara yang
serupa. Beliau bagaimanapun telah memberi amaran yang ianya menggunakan
norma umur hanya sebagai jalan singakat (Gesell, 1943) tetapi beliau tidak
menyatakan angka sebenar perbezaan individu yang belaku pada setiap tahap
umur. Oleh sebab ini sifat perseorangan selalu ditinggalkan dalam penulisan
beliau.

Keadaan sebenar Gesell seperti yang telah dinyatakan bahawa setiap


kanak-kanak normal menjalani proses peraturan yang serupa, tetapi keadaan
mereka berbeza dari segi kadar perkembangan. Beliau juga telah

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 15


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

mencadangkan bahawa bebeza dari segi kadar perkembangan mungkin


berkaitan dengan perbezaan dalam tabii dan personaliti seseorang. Dalam satu
perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943) telah memsembahkan keadaan tiga
orang kanak-kanak secara hypotetikal, iaitu seorang yang lambat membesar,
seorang yang cepat membesar manakala seorang lagi tidak sempurna
tumbesarannya. Beliau telah mencadangkan cara bagaimana setiap
pembesaran yang mungkin dapat dilihat dari segi beberapa jenis cara
pembesaran secara persendirian. Kanak-kanak A, kanak-kanak B, yang
membesar dengan cepat, mungkin akan cepat bertindak balas, riang dan
gembira, cergas dan secara amnya cerdik dan pandai. Kanak-kanak C, yang
mengalami kebantutan pada pertumbuhannya, mungkin kadang-kadang akan
bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang berhati-hati, murung, tidak
sabar dan kadang kala menunjukan kecerdikannya. Gesell percaya bahawa tabii
seseorang individu dan cara pembesarannya akan mengakibatkan keinginan
yang berbeza ke atas budaya dan budaya juga patut cuba menesuaikan diri
dengan keunikan setiap kanak-kanak.

Gesell (1946) percaya bahawa untuk membesar dan mendidik anak perlu
bermula dengan memberi pengiktirafan kepada kebijaksanaan implisit. Bayi
memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang semula jadi yang dimana
adalah hasil daripada perkembangan beransur-ansur selama lebih daripada tiga
juta tahun, dimana merek sangat arif tentang keperluan diri dan juga tentang
perkara yang mereka sedia dan tidak sedia untuk berbuat sesuatu. Oleh kerana
ini para ibu bapa tidak harus memaksa anak-anak mereka untuk melakukan
sesuatu dengan menggunakan pola-pola perlakuan praanggap mereka, tetapi
mereka patut mengambil ikhtibar daripada anak-anak mereka sendiri. Dalam
topik mengenai pemakanan, Gesell telah menyarankan memberi makanan
secara keinginan, iaitu memberi makanan kepada bayi apabila ianya
menunjukkan persediaan untuk menerima makanan, yang mana adalah
bertentangan dengan corak memberi makanan kepada bayi mengikut pola-pola
yang telah ditentukan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 16


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Bila ibu bapa berhenti memikirkan tentang apa yang bayi mereka patut
buat di samping mengikut isyarat daripada bayi mereka akan mula menghargai
keupayaan semula jadi bayi tersebut untuk perkembangan kendirinya. Mereka
akan dapat melihat bagaimana bayi dapat mengawal corak pemakanan, masa
tidur dan terjaga. Kemudian mereka akan dapat melihat bagaimana bayi tersebut
belajar untuk duduk, merayap dan merangkak dengan sendiri tanpa perlu
menolak atau menujah mereka. Ibu bapa akan percaya kepada bayi tersebut dan
juga kepada proses tumbesaran.

Gesell (1943) menegaskan bahawa tahun pertama masa yang paling


sesuai untuk mempelajari tentang ciri-ciri individu seseorang kanak-kanak. Ibu
bapa yang bertindak balas dengan keperluan kanak-kanak semasa bayi akan
secara semulajadi senstif terhadap kecenderungan dan keupayaan unik kanak-
kanak tersebut. Mereka akan kurang meletakkan pengharapan dan cita-cita
mereka sendiri ke atas kanak-kanak tersebut malah lebih cenderung untuk
memberikan ciri-ciri individu kanak-kanak tersebut untuk berkembang dan
mencari identiti dirinya sendiri.

Gesell (1943) menyatakan bahawa ibu bapa perlu pengetahuan teoritikal


mengenai trend dan corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif
secara intuitif terhadap kanak-kanak. Secara khusus mereka perlu tahu bahawa,
perkembangan ada tidak tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak
stabil. Pengetahuan ini akan dibantu oleh pengetahuan yang menyatakan
bahawa kanak-kanak berusia dua tahun setengan akan mengalami satu
jangkamasa yang mengelirukan yang akan menjadikan mereka sangat degil.
Dengan memiliki pengetahuan ini seseorang ibu bapa tidak akan tergesa-gesa
menghapuskan kedegilan anaknya sebelum ianya menjadi terlambat, sebaliknya
ibu bapa tersebut berupaya untuk mengendalikan anaknya yang cuba untuk
mengukuhkan kebebasannya.

Salah seorang pengikut Gesell, Crain (1992), menawarkan nasihat-nasihat

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 17


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

berikut kepada para ibu bapa:


1. Lupakan angapan bahawa kejayaan anak anda begantung
sepenuhnya kepada anda dantidak ada masa yang perlu diabaikan.
2. Cuba hayati ke takjuban tumbesaran. Lihat dengan teliti dan nikmati
faka yang menyatakan setiap minggu dan setiap bulan membawa
kebaikan dan kejayaan
3. hormati ketidakmatangan anak anda. Jangkakan bahawa dia perlu
merayap sebelum ianya bejaalan, menyatakan sesuatu melalui
sepatah perkataan sebelum dia menggunakan sebaris perkataan dan
menggunakan ayat ‘tidak’ sebelum menggunakan ayat ‘ya’.
4. cuba elah daripada berfikir tentang kemungkinan appa akan berlaku
sesepas perkara. Cuba menikmati dan berilah peluang kepada anak-
anak anda menikmati setiap tahap yang dia capai sebelum dia
mneruskan tumbesarannya.

Setakat ini, falsafah Gesell dikatakan menuju ke arah memuaskan


keinginan sendiri serta permisif dalam pandangan atau perilaku. Persoalan akan
timbul, ‘tidakkah sikap ini akan merosakkan pemikiran kanak-kanak?”.
“menyebabkan kanak-kanak bersikap suka memerintah serta memastikan
keinginan mereka dicapai dalam apa jua cara sekalipun?”.

Bagi menjawab persoalan ini, Gesell menyatakan bahawa kanak-kanak


perlu belajar mengawal desakan keinginan serta mengikut permintaan aliran
kebudayaan mereka. Bagi berbuat demikian, kita seharusnya memberi perhatian
terhadap keupayaan pertumbuhan kematangan kanak-kanak terhadap kawalan
diri sendiri. Misalnya, pada awal lagi, bayi tidak sepatutnya dibiarkan tunggu
lama untuk makan. “keinginan dan kepuasan terunggul bagi bayi adalah
makanan dan masa tidurnya. Keinginan ini adalah berdasarkan sifat organik
individu tersendiri. Sifat ini tidak boleh ditukar atau dicerobohi”. (Gesell. 1946).
Selepas bayi mencapai umur empat bulan ke atas, sistem usus dalam perut tidak
lagi mempunyai kawalan atau pengaruh kuat dalam hidupnya malah kekurangan

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 18


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

tangisan dan radangan bayi ini akan memberi petunjuk kepada ibu bapanya
bahawa bayi tersebut boleh menahan kelaparan bagi seketika.

Beberapa lama kemudian, perkembangan bahasa dan peningkatan


perspektif masa akan membantukanak-kanak melambatkan rasa nikmat rasa
kepuasan yang serta merta. Pada umur dua setengan tahun, kanak-kanak akan
memahami perkataan ‘sekejap lagi’ seta akan menunggu buat seketika untuk
mendapatkan jus minumannya daripada ibu bapa. Pada umur tiga tahun, mereka
akan memahami perkataan ‘bila tiba masanya’ serta pada umur empat tahun
pula, mereka mahu membantu menyediakan makanan dengan sendirinya.
Budaya hidup ini akan memudahkan kanak-kanak di bentuk untuk mengawal diri
mengikut persediaan kematangan mereka.

Gesell (1952) juga percaya bahawa penjaga yang peka dan prihatin akan
dapat mencapai pengimbangan yang sewajarnya antara kuasa kematangan
dengan pembentukan budaya hidup. Walau bagaimanpun, jelas di sini bahawa
gesell mahukan pembentukan budaya hidup ini untuk melakukan segala
keselarasan yang diperlukan. Pembentukan budaya hidup sememangnya
diperlukan tetapi matlamat pertama kita bukanlah mendorong untuk membentuk
kanak-kanak menyesuaikan diri dengan alam budaya hidup. Matlamat ini
hanyalah sesuai bagi pemerintah autoritarian tetapi bagi pemerinntah demokrasi
pula, mereka lebih mementingkan kualiti yang mendalami akar biologi terhadap
pertumbuhan optima autonomi dan hak individu.

Pembentukan budaya hidup akan dipelajari di sekolah mahupun di rumah.


Kemahiran dan perlakuan dewasa yang sewajarnya diperlukan oleh kanak-kanak
dalam masyarakat akan diajar di sekolah, tetapi guru seperti ibu bapa, tidak
seharusnya berfikir secara ekslusif ke arah matlamat pencapaian budaya hidup,
sehinggakan terlepas pandang kelakuan pertumbuhan kanak-kanak yang
sebenarnya. Misalnya walaupun budaya kerja kita menuju kearah ketepatan
kerja tetapi guru perlu kenal, yang kanak-kanak pada satu-satu umur biasanya

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 19


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

adalah kurang tepat berbandiing dengan umur yang seterusnya. Mengikut


pandangan Vogorous, kanak-kanak kurang teguh yang berumur enam tahun
akan membuat banyak kesalahan, manakala kanak-kanak yang teguh yang
berumur tujuh tahun pula akan bersedia menuju ke arah latih tubi dan
menyiapkan kerja yang sempurna. Guru yang mengetahui sistem tumbesaran
kanak-kanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang berumur enam tahun
untuk mempelajari sesuatu bertentangan dengan daya semula jadinya tetapi
akan mengajar latih tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak tersebut akan
menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946)

Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk mengajar


menggunakan teknik-teknik yang sesuai mengikut setiap umur atau kelas,
kerana peringkat pembesaran kanak-kanak berbeza termasuklah bakat-bakat
istimewa yang terpendam. Oleh itu, guru perlulah bekerja menuju ke arah
keadaan persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan kebolehan
mereka. Pada ketiaka ini, kebanyakan sekolah tidak berbuat demikian. Mereka
memberi penekanan yang lebih kepada pencapaian yang seragam seperti
pemberian gred mengikut tahap bacaan dimana mereka tidak mengendahkan
pmbesaran kanak-kanak mengikut masa dan kemungkinan perkembangan
keunikan tersendiri. Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam
tetapi dalam pemerintahan demokrasi, matlamat terunggul ialah untuk membentu
kanak-kanak mengembangkan perlakuan kanak-kanak yang sepenuhnya. Untuk
berbuat demikian, guru perlu membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi
panduan kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri dipandu oleh
pelan asas biologi bagi pembesaran optima (Gesell, 1946)

KESIMPULAN

Kami membuat kesimpulan bahawa dalam pegangan gesell mengenai


kuasaperkembangan dalaman telah menjadi pendorong utama, di sebalik
pembelajaran secara mendalam dan kajian yang luas. Gesell telah menunjukkan

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 20


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

bagaimana cara kematangan mekanisma yang tersirat, telah muncul dengan


tersendirinya dalam urutan perkembangan yang rumit serta dalam proses
mengawal kendiri. Gesell menyatakan mungkin terdapat alasan yang baik yang
menunjukkan bahawa perkembangan mengikut pelan dalaman.

Kami juga mendaapai kebanyakan ahli psikologis kontemporari akan


mempertimbang posisi kematangan Gesell adalah keterlaluan. Walaupun
mereka mengakui peranan dimainkan oleh kematangan, tetapi mereka masih
percaya bahawa pengajaran dan pembelajaran lebih penting daripada tuntutan
yang diakui oleh gesell. Mereka mereka juga mempercayai bahawa persekitaran
tidak sahaja menyokong dalam pencorakan dalaman malah memainkan peranan
yang lebih penting dimana ia membentuk perlakuan seseorang. Misalnya,
walaupun kanak-kanak tidak boleh mempelajari cara membaling bola atau
bermain piano sebelum menguasai kematangan neuromotor, mereka akan
memperoleh corok perlakuan tersebut melalui pengajarandan peneguhan.
Malah, kajian Gesell masih diakui oleh sesetengan pengkaji teori mengenai
proses kematangan dalaman.

Selanjutnya kami menyatakan ramai pengkaji mengkritik kajian Gesell


mengenai norma-norma umur yang telah dikemukakan oleh beliau. Norma-
norma umur belia , terlalu seragam sehinggakan ia menghindar untuk
mengetahui variasi-variasi berdasarkan umur-umur yang tertentu. Tambahan
pula, norma-norma Gesell berdasrkan ke atas kanak-kanak kelas pertengahan di
universiti Yale dan ini tidak mungkin diaplikasikan ke atas konteks kebudayaan
yang lain.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini norma-norma umur yang


dikemukakan oleh Gesell telah di cabar oleh satu arus kajian yang menfokuskan
ke atas bayi yang baru lahir (berumur di bawah satu bulan). Bayi-bayi yang baru
lahir memiliki banyak kapasiti yang menakjubkan. Dalam keadaan yang sesuai,
mereka boleh dan mengikuti objek yang bergerak pada arah yang pendek , boleh

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 21


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

menyentuh objek dan boleh membezakan bentuk, warna, bunyi, rasa dan bau.
Mereka juga boleh meniru pergerakan seperti pengunjuran keluar lidah dan
boleh menunjukkan gaya berjalan secara refleksi. Dalam kajian seperti ini,
gambaran perkembangan yang telah diberi oleh Gesell adalah terlalu lambat.
Bayi-bayi yang baru lahir kini menunjukkan gaya yang lebih pandai dan lebih
kompetensi berbanding dengan orang lain. Malah, penyelidikan yang dijalankan
oleh para pengkaji menunjukkan bayi yang baru lahir adalah lebih maju
sehinggakan mereka tidak langsung perlu melalui tahap perkembangan, mereka
dipandang seperti kanak-kanak dewasa, seperti yang dikekalkan oleh
prapembentuk.

Penemuan-peneuan baru ini penting tetapi mereka mesti dilihat dengan


sikap berhati-hati. Pertama sekali, ramai bayi menunjukkan kompetensi yang
maju termasuk pergerakan mata dan tangan yang mana ia adalah terlalu halus
dan sukar untuk mendapatkan gerak balas. Para pengkaji terpaksa menunggu
beberapa jam malah beberapa hari untuk melihat demonstrasi bayi-bayi tersebut.

Tambahan pula, bayi-bayi yang berada pada peringkat cepat berkembang


daripada kebiasaan, termasuk pergerakan berjalan, mencapai sesuatu dan
peniruan akan hilang selepas sebulan atau dua bulan. Sesetengah daripada
pergerakan ini akan berkekalan jika dilatih, tetapi mereka akan meninggalkan
tabiat ini apabila dikawal oleh bahagian korteks. Kemudian, apabila mereka
muncul kembali, mereka akan menunjukkan pendekatan yang lebih sukarela.
Malahan, sesetengah daripada kapasiti awalan perkembangan adalah
sementara sahaja. Mungkin perkembangan ini kesan daripada evolusi yang
lepas di mana perkembangan kita adalah lebih pesat daripada perkembangan
kini.

Dalam kes-kes yang tertentu, kajian yang dibuat ke atas bayi-bayi yang
baru lahir sebagai penambahan dan bukanlah bercanggah terus menerus
dengan kajian Gesell. Doktor kanak-kanak dan pakar kanak-kanak kontemporari

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 22


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

masih mempertimbangkan norma-norma Gesell sebagai suatu nilai yang tinggi


dengan menggunakan hasil kajian tersebut bagi menentukan apa yang
sepatutnya dilakukan oleh bayi pada tahap umur yang tertentu.

Gesell juga telah membekalkan satu falsafah yang jelas mengenai


pemeliharaan kanak-kanak. Kata Gesell, kita tidak seharusnya memaksa kanak-
kanak menjalankan corak kehidupan yang telah digubah oleh kita sendiri tetapi
semestinya mengikuti perlakuan yang ditunjukkan melalaui kuasa pertumbuhan
asas biologi mereka. Hasil kajian Gesell kerap menunjukkan ketaksaanya, tetapi
ada sebahagian daripada hasil kajiannya menarik serta menyokong pendapar
beliau. Dalam satu kajian impresif, Ainsworth (1972) telah mengemukakan satu
persoalan mengenai perilaku atau respon ibu bapa yang sertab merta sebaik
sahaja mendengar tangisan bayi (berbanding dengan melakukan sesuatu
mengikut idea tersendiri di mana mereka akan menetukan waktu yang sesuai
untuk kanak-kanak menangis). Kajian jelas menunjukkan bahawa pergerakan
serta merta ini tidak akan merosakkan bayi. Sebaliknya, semasa berumur satu
tahun, kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang lebih responsif ini jika
berbanding dengan kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang kurang responsif
akan kurang menangis serta tidak akan bergantung kepada ibu bapa. Kanak-
kanak ini sememangnya suka didukung tetapi apabila diletakkan di bawah oleh
ibu, mereka tidak akan menangis malah akan bergerak bebas dengan gembira
atau bermain dengan sendirinya. Kadangkala kanak-kanak ini juga dari semasa
ke semasa akan memastikan kehadiran ibu bapa mereka, ini menunjukkan satu
kebiasaan yang dilakukan olehn kanak-kanak pada umur yang tertentu tetapi
amnya meraka tidak akan bergantung pada ibu bapa. Nyata sekali, apabila
isyarat bayi diberi perhatian, mereka akan menjadi yakin bahawa mereka akan
sentiasa mendapat bantuan bila diperlukan dan oleh itu mereka tidak perlu risau
serta boleh bergerak bebas ke mana-mana sahaja yang diingini.

Terdapat juga beberapa bukti di mana penyalahgunaan fakta am dan


anekdot akan mengakibatkan kecelaruan apabila prinsip Gesell dilanggari dan

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 23


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

disalahtafsirkan. Bukti ini didapati melalui kajian yang dijalankan keatas pesakit
skizofrenia (berkelakuan pelik) iaitu pesakit yang telah melalui pengalaman
semasa kanak-kanak yang bertentangan dengan prinsip Gesell. Semasa kecil,
pesakit ini telah berpendapat bahawa keniginan dan desakan semula jadi
mereka tidak diendahkan atau dipentingkan, malahan ia mungkin mengugut
yang lain dan seterusnya mereka dipaksa memenuhi hasrat dan imej yang
digubah oleh orang lain (Crain, 1992). Perkara ini akan diperbincangkan dengan
sepenuhnya apabila berbincang mengenai Bettleheim, tetapi di sini saya ingin
menjelaskan perkara ini dengan memberi gambaran yang ringkas mengenai
seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sembilan tahun. Saya telah mengkaji
kanak-kanak ini semasa menjalankan penilaian psikologi. Kanak-kanak lelaki ini
telah melalui satu kehidupan yang sangat menakutkan dan kemungkinan juga
terdesak ke arah menjadi seorang psiko. Ibu bapa kanak-kanak ini tidak
menginginkan anak, umur mereka dalam lingkungan empat puluhan dan ibunya
pula menghidapi beberapa penyakit fizikal di mana ia lebih menyukarkan untuk
menjaga anaknya. Berikutannya, ibu kanak-kanak tersebut mengingini seorang
kanak-kanak yang baik, bersopan santun dan seakan-akan berpengetahuan
serta berkelakuan dewasa di mana dia tidak akan menganggu atau memberi
masalah kepada ibunya. Ibu kanak-kanak tersebut cuba mengajarnya
membuang air di tandas semasa dia berumur enam bulan sahaja iaitu sebelum
bayi bersedia untuk memahami proses tersebut. Apabila kanak-kanak itu mula
berjalan dan menjelajah kawasan persekitaran semasa berusia satu tahun,
ibunya menjadi sangat resah. Kanak-kanak tersebut mula menjadi tidak senonoh
serta menunggu keterangan ibunya. Ibu kanak-kanak tersebut memandang
perilaku kanak-kanak itu sebagai sesuatu yang luar biasa. Oleh sebab itu ibu
tersebut berada dalam keadaan yang tidak sihat maka prinsip Gesell telah
dilanggari serta nasihat Gesell telah disalah tafsirkan. Ibu tersebut telah memliki
sebuah gambaran mengenai seorang kanak-kanak yang baik tetapi tidak dapat
memahami serta menerima perilaku semula jadi anaknya yang biasa itu.
Sebagai keputusannya, budak lelaki itu telah mendalamkan perasaan takutnya,
sehinggakan dia berpendapat bahawa setiap aksi yang dilakukan semestinya

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 24


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

mendapat persetujuan dari ibu bapanya terlebih dahulu lagi. Jikalau tidak
perlakuan tersebut adalah sangat berbahaya. Kanak-kanak itu tidak
mempercayai diri sendiri atas naluri semula jadinya.

Terdapat juga beberapa bukti yang mengukuhkan posisi Gesell iaitu


sememangnya adalah menyeronokkan untuk mengikuti atau tabiat semulajadi
kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut mengikuti jadual perkembangan
dalaman biologinya. Selain itu, terdapat juga bukti yang mana sebahagian
daripada prinsip Gesell dikatakan bercanggah. Kajian yang dijalankan oleh
Baumrind (1967) mencadangkan bahawa sikap bergantung pada usaha diri
sendiri di kalangan kanak-kanak dianggap sudah berpengatahuan dewasa
memiliki ibu bapa yang mengharapkan permintaan yang terlalu tinggi. Baumrind
juga berpendapat bahawa ibu bapa ini telah menentukan tugas-tugas tertentu
yang melebihi kebeolehan anak-anak mereka dan ibu bapa tersebut
berpendapat bahawa mereka mengikuti cadangan Gesell. Walau bagaimanapun,
perilaku ibu bapa ini adalah terlalu tegas dan terlalu ketet kawalannya. Apa yang
diperkatakan oleh Gesell sebenarnya ialah ibu bapa seharusnya menunjukkan
sikap yang diperlukan sahaja dan bukan sikap yang keterlaluan.

Kemungkinan juga falsafah-falsafah seperti Gesell tidak dapat dibuktikan


dengan sepenuhnya ataupun dibuktikannya salah melalui pandangan emirikal
sahaja kerana terlalu banyak perkara yang bergantung pada nilai tersendiri.
Begitu juga diperkatakan bahawa kita akan mendapat pengetahuan yang banyak
dengan hanya mendengar pada Gesell sahaja. Kebenarannya bahawa kiata
seharusnya mengawal, menunjuk jalan dan mengarah anak-anak kita mengikuti
had tertentu di mana kadang kala kita juga akan melakuakannya dengan
tergesa-gesa. Apa yang menyulitkan kita sebenarnya ialah mengambil masa
untuk melihat bergembira dan meghargai anak-anak kita apabila kita memberi
mereka peluang untuk membesar dengan sendirinya.

RUJUKAN & BIBLIOGRAFI

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 25


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Infant and Child in the Culture of Today (Francis L. Ilg, 1940).

The Child from Five to Ten (Frances L. Ilg, 1946).

Youth: The Years from Ten to Sixteen (Frances L. Ilg dan Louise Bates Ames,
1956).

ARNOLD GESELL PRINCIPLES OF DEVELOPMENT :


http://www.des.emory.edu/mfp/302/302gesell.PDF

http://www.historyforsale.com/html/prodetails.asp?bw=1&documentid=29578

https://catalog.lib.ecu.edu/ipac20/ipac.jsp?session=1221DD256G708.32565&pro
file=joyner&uindex=UTL&term=Arnold%20Gesell%20:%20themes%20of%20his
%20work%20/;%20Louise%20Bates%20Ames.&aspect=subtab13&menu=searc
h&source=~!alsdb

Health Care Industry:


http://findarticles.com/p/articles/mi_g2699/is_0001/ai_2699000150

To learn more about The Adoption History Project, please contact Ellen Herman
Department of History, University of Oregon:
http://darkwing.uoregon.edu/~adoption/people/gesell.html

Arnold Gesell and Your Child from Five to Ten From Kimberly L.Keith :
http://childparenting.about.com/od/childdevelopment/a/geselletal.htm

Medicine at Yale, 1901-1951: 1931-1941:


http://info.med.yale.edu/library/exhibits/yalemed2/1931-1941.html

Gesell, Arnold (1880-1961) Encyclopedia of Psychology - Find Articles at


http://www.findarticles.com/cf_dls/g2699/0001/2699000150/p1/article.jhtml

Education Policy Analysis Archives: Vol. 4 No. 8 Stone "Developmentalism: An


Obscure but Pervasive Restriction" at http://olam.ed.asu.edu/epaa/v4n8.html
Untitled at http://www.gesellinstitute.org/

http://www.des.emory.edu/mfp/302/302gesell.PDF

http://www.emory.edu/EDUCATION/mfp/302/302gesell.PDF

Adoption History: Arnold Gesell (1880-1961)


http://darkwing.uoregon.edu/~adoption/people/gesell.html

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 26


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Arnold Gesell : http://www.sierra-connections.org/psy332/arnold_gesell.htm

Judy Duchan's Short History of Speech Pathology


http://www.acsu.buffalo.edu/~duchan/new_history/hist19c/subpages/gesell.html

Arnold Gesell (1880-1961) :http://social.jrank.org/pages/276/Gesell-Arnold-1880-


1961.html

Arnold Gesell Summary: http://www.bookrags.com/Arnold_Gesell Arnold

Gesell's Biography: http://www.freudianslip.co.uk/gesell.php

Isis Contents: Vol. 92, No. 1:


http://www.journals.uchicago.edu/Isis/abstracts/924her.html

Arnold Gesell: Biography and Much More from Answers.com:


http://www.answers.com/topic/arnold-gesell?cat=health

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) 27


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR