Anda di halaman 1dari 1

PRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Bercakap sahaja mengenai pertumbuhan dan perkembangan ramai lagi ibu bapa yang

masih keliru tentang perbezaan kedua-dua prinsip ini. Sebenarnya, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia yang normal bertumbuh dan berkembang berdasarkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri yang sejagat (serupa). Walaubagaimanapun akan terdapat perbezaan di antara individu-individu dalam personaliti, tahap aktiviti dan masa pertumbuhan dan perkembangan. Oleh yang demikian, beberapa ahli psikologi pendidikan telahpun mengenal pasti prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan. Dalam huraian seterusnya saya akan menerangkan lebih lanjut tujuh prinsip-prinsip utama pertumbuhan dan perkembangan mengikut pendapat ahli psikologi Ruffin (2001) yang berguna kepada guru-guru.

1. Prinsip pertama, perkembangan kanak-kanak berlangsung dari kepala ke bawah (dari atas ke bawah) cephalocaudal. Ini bermaksud kanak-kanak pada dasarnya akan mula mengawal diri mulai dengan kawalan di bahagian kepala. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya, bahagian kaki. Ini kerana apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya. Kemudian kawalan di bahagian tangan di mana mereka mempelajari untuk memegang objek-objek. Kemudian mereka akan membina kekuatan dan kawalan pada bahagian kaki dan bermula untuk merangkak, berdiri dan berjalan.

2. Prinsip kedua, perkembangan kanak-kanak berlangsung dari tengah badan ke bahagian luar (tengah ke tepi) proximodistal dan hingga ke hujung anggota. Saraf tunjang berkembang dahulu daripada bahagian-bahagian badan yang lain. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransuransur, puntung tangan ini akan memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Contohnya, bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu daripada bahagian telapak tangan dan bahagian tangan dan kaki berkembang dahulu daripada jari-jari tangan dan kaki.

Anda mungkin juga menyukai