Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM PEMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA PEMBACA SKRIP ATURAN MAJLIS

Bismillah Hirrahmanirrahim.... Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia... Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke majlis kami. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Dialu-alukan, Encik Amir Bin Kanje Yang Di Pertua PIBG SK Jambatan Putih Yang Berusaha, En.Hj Chumi Bin Angan, Guru Besar SK Jambatan Putih. Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKJP : Penyelaras Program, Puan Junaidah Sanudin, guru penyelaras tahap dua,barisan ahli jawatan kuasa PIBG SKJPT, para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, dan seterusnya murid-murid sekalian. Selamat datang ke Program Permuafakatan Ibubapa SK Jambatan Putih bagi Tahun 2013. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Nor

Tetak buluh panjang suluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Hadirin dihormati. Lala Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz ............................................................ , dipersilakan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz .................................................................... kerana mengetuai bacaan doa itu tadi. BACAAN DOA

Sidang hadirin yang dihormati, Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Nor Bagi meneruskan majlis, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh Encik Amir b. Kanje, ydp PIBg SK Jambatan Putih, dan seterusnya merasmikan Program Permuafakatan Bersama Ibubapa bagi tahun 2013. dengan segala hormatnya dipersilakan... UCAPAN YDP

Nor

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada Tuan Yang Dipertua PIBG, di atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis sebentar tadi. Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh bersama-

YDP PIBG

sama PIBG, dengan penuh minat dan iltizam demi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Hadirin yang dihormati, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan taklimat ketuaketua panitia SK Jambatan Putih. Untuk itu dijemput Ketua Panitia BI Encik Andrew Wang Kabi / Puan Puteri Laupe untuk menyampaikan taklimat. Dipersilakan... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput ..Puan Fauziah Hj. Emran selaku Ketua Panitia BM untuk meneruskan taklimat. Dipersilakan. Lala Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Kini taklimat akan diteruskan lagi dengan menjemput Ketua Panitia Matematik Puan Rosnah Jamba untuk menyampaikan taklimat beliau. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang warga dewan sekalian Kini kita beralih ke taklimat seterusnya yang akan disampaikan oleh Ketua Panitia Sains Puan Hjh. Rosnitah Sadar untuk menyampaikan taklimat beliau. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu TAKLIMAT KETUA PANITIA

Nor

TAKLIMAT GURU BESAR

Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis Permuafakatan Bersama ibu bapa diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SK Jambatan Putih,Tuan Hj. Chumi bin Angan untuk menyampaikan taklimat beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Guru Besar menyampaikan taklimat sebentar tadi. Semoga dengan taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi dapat memberikan banyak ilmu yang bermanfaat buat kita semua Hadirin dan hadirat sekalian, Selesailah sudah sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar serta Ketua Panitia SK SESI Jambatan Putih. Kini majlis diteruskan lagi dengan SOALJAWAB sesi soal jawab. Oleh itu, majlis mempersilakan manamana guru atau ibubapa yang ingin bertanya soalan atau mengemukakan cadangan mahupun saranan. Dipersilakan. Hadirin yang dihormati.. Sesi soal jawab telah tamat. Dengan berakhirnya sesi soal jawab sebentar tadi maka majlis kita berhenti disini. Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Lala Dipersilakan YDP PIBG SK Jambatan Putih Encik Amir bin Kanje, Tuan Guru Besar, Para Penolong Kanan serta para ibubapa untuk menjamu hidangan ringan di Kantin sekolah Sekian, terima kasih.....assalammualaikum

Lala

Nor