Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

Amira bersama Jacinta dalam perjalanan dengan kereta api ke Bukit Mar Raya di tengah

Banjaran Titiwangsa. Dia ingin menghabiskan masa cuti di tempat ibunya Prof. Zaidah bersama pelajar tahun akhir melakukan kerja cari gaji untuk mencari bukti arkeologi. Jacinta ikut serta kerana tidak mahu pulang ke rumah. Dia tidak selesa berada di samping ibu tirinya. Dalam kereta api itu Amira tertarik dengan seorang pemuda berkulit sawo matang duduk di sebelah seorang lelaki tua berkulit putih. Pemuda itu ialah Malique yang terkilan kerana ibnunya menyuruh dia mengikut OHara. Dia tertanya tanya tentang hubungan ibunya dengan OHara. Sementara itu di Bukit Mat Raya hujan turun dengan lebat. Tali khemah putus. Peristiwa itu menjadi tanda Tanya kepada Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi. Namun mereka menyembunyikan halk tersebut daripada pengetahuan pelajar mereka. BAB 2 Amida dan Jacinta turun di Stesen Dahan Hijau. Pak Lias datang menjemput mereka. Dalam

perjalanan melalui jalan tanah merah, sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong kenderaan mereka. Amira Nampak pemuda dan lelaki tua berkulit putih dalam kenderaan tersebut. Malique juga terkejut apabila melihat Amira dalam kenderaan Pak Lias. Pemandunya Roslan menjelaskan bahawa mereka merupakan pelajar universiti yang melakukan kerja cari kagi di bahagian matahari naik manakala mereka beroperasi di sebelah matahari jatuh. BAB 3 Malam itu Amira menegur sikap Jacinta yang sanggup berada di asrama walaupun pada

masa cuti semata-mata tidak mahu bertemu dengan ibu tirinya. Perbuatan itu sudah diketahui oleh Prof. Zaidah. Prof. Zaidah telah menasihati Jacinta supaya mengambil masa untuk mengenai ibu Jacinta. Prof. Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal dan melakukan kerja cari gali di tapak 10 pada keesokan hari. BAB 4 Pada pagi itu Amira bersama pelajar membersihkan diri di sebuah air terjun berdekatan. Di

situ dia berjumpa dengan Malique. Mereka berkenalan. Malique menjelaskan bahawa dia berada di situ kerana desakan daripada ibunya. Dia juga merasakan bahawa hutan itu terlalu denkat dengan hatinya. Beberapa pelajar menceritakan pengalaman pelik pada waktu malam. Mereka mendengar tapak kaki di luar khemah, terhidu bau rokok kretek dan tali khemah yang putus. Prof. Zaidah mendedahkan bahawa terdapat kawasan itu dipercayai mengandungi emas. Kumpulan pengaji diketuai oleh seorang pakar telah berada di situ. Perkara pelik itu mungkin berpunca daripada kumpulan mereka untuk menakutkan pelajar. Jika usaha Prof. Zaidah dan pelajarnya berjaya, kawasan itu akan dapat diselamatkan daripada aktiviti perlombongan emas. Amira berhadap dapat bertemu Malique untuk mengetahui perkara sebanar. BAB 5 Amira menunggu Malique di kawasan air terjun. Malique tidak muncur walaupun sudah

dua jam Amira menunggu. Jacinta datang melihat Amira. Amira terpijak batu yang licin dan terjatuh ke dalam air deras. Jacinta mengejar Amira melalui jalan hutan. Amira kemudian telah diselamatkan oleh Itai, remaja Orang Asli bersama bapa saudaranya Tau. Amira berehat. Itai menangkap ikan sementara Tau menghidupkan api. Mereka makan ikan yang dibakar. Amira berasa tidak senang dengan sikap Tau. Namun Atai menunjukkan minat apabila Amira menjelaskan aktiviti ibunya dan kumpulan pelajar di Desa Karpus. Atai dan Tau menghantar Amira pulang.

BAB 6

Jacinta hilang. Gerakan mencari diketuai oleh Tau dan Itai dijalankan. Dengan pengalaman

menjejak Tau dan Itai, mereka menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir pokok. Mereka mengambil masa dua jam untuk membawa Jacinta pulang ke Desa Karpus. Pada pagi keesokannya, Prof. Zaidah menasihatkan agar Amira berhati-hati dalam segala tindakan kerana dia tidak senang dengan persiangan dengan pencari emas dan mungkin tentangan Orang Asli apabila memerhatikan sikap Tau. Amira telah menjelaskan perkara sebenar kepada ibunya. Amira berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu. BAB 7 Malique berasa bosan mengikut OHara selama dua hari ke Pulau Pinang. Tambahan pula

dia tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang perbincangan. Dalam perjalanan keKuala Lumpur, dia mengugut OHara untuk pulang ke Melaka. OHara telah memujuknya dan menjelaskan bahawa usaha itu akan menyelamatkan hutan di kawasan itu. Malique cubamendapat penjelasan tentang hubungan OHara dengan ibunya. Namun OHara masih belum mahu menjelaskan. Prof. Zaidah dan Pak Lias menuju ke hentian kereta api untuk mengambil barang yang baru sampai. Dalam perjalanan Pak Lias menasihatkan agar Prof.Zaidah memberikan sedikit perhatian kepada Amira. Prof. Zaidah menyedari kesilapannya. Semasa menuruni bukit, kenderaan mereka mengalami masalah brek. Pak Lias menghimpit kenderaan itu ke tepi tebing. BAB 8 Tau ke rumah abangnya Ludin yang menjadi ketua kumpulan Orang Asli Semai di situ. Dia

tidak senang dengan aktiviti Prof. Zaidah dan pelajarnya di Desa Karpus. Ludin menasihatkannya agar jangan menghalang aktiviti tersebut. Ludin juga menasihatkan Tau bahawa Ipah dan Sabi, anak dan isteri Tau tidak akan kembali lagi ke hutan itu. Tau juga telah menyerahkan Itai kepada Ludin setelah sekian lama mendidik dan mengajar ilmu tentang kehidupanhutan kepada Atai. Ludin mahu Itai menggantikannya sebagai ketua suatu hari nanti. Amira meminta Jacinta terus berehat. Amira meminta maaf. Jacinta mengakui bahawa itulah cabaran semasa bercuti yang mereka inginkan. Itai datang melawat Jacinta dengan membawa buah-buahan hutan. Tiba-tiba Rosdi datang memberitahu bahawa Prof. Zaidah kemalangan. BAB 9 Tangan kiri Prof. Zaidah terseliuh. Prof. Zaidah rasa menyesal dan menangis kerana tidak

memberikan perhatian semasa Amira lepas sebelun itu. Dr. Zawawi mencadangkan agar kerja cari gali ditangguhkan. Namun Prof. Zaidah menbantah. Atai datang bersama Ludin. Ludin melihat tangan Prof. Zaidah. Itai mendapatkan buluh yang dianyam dan daun hutan. Ludin merawat tangan Prof. Zaidah yang terseliuh. BAB 10 Malique dan OHar tiba di hentian kereta api. Roslan datang menjamput mereka. Dalam

perjalanan Roslan memaklumkan kepada Malique tentang Amira yang lemas di sungai ketika menunggu Malique berhampiran air terjun. Dia juga menjelaskan tentang Jacinta yang sesat di hutan dan Prof. Zaidah yang mengalami kemalangan. Kecederaan pada tangan Prof. Zaidah bertambah baik. Amira berasa hairan dengan rahsia perubatan tersebut. Itai menjelaskan bahawa sumber hutan mempunyai khasiat tersendiri. Amira baru perasan dan ingat bahawa Itai pernah terlibat dengan Pameran Saintis Muda 2002 dan telah mendapat tempat kedua dalam bahagian perubatan herba.

BAB 11

Malam itu Tau duduk di atas banir besar sambil memerhati Desa Karpus. Kawasan itu

mengingatkan Tau tentang kisahnya dengan Ipah. Ipah tetap dianggap sebagai orang luar. Dia telah mengahwini Ipah dan mendapat anak yang diberi nama Sabi. Sikap Ipah telah berubah setelah bekerja di kem orang putih yang diketuai oleh Johnny. Johnny berjaya mempengaruhi Ipah dan Ipah telah lari bersama Johnny dengan membawa Sabi bersamanya. Seorang lagi anak yang masih kecil diserahkan oleh Tau kepada abangnya Ludin untuk dijaga. Dia kemudiannya menyisihkan diri dan hidup bersendirian. Di kem, OHara telah memarahi Ah Chin kerana tidak dapat mengawal pekerja baru yang bergaduh kerna berjudi. Roslan menasihati Malique agar tidak mempedulikan hal tersebut. Malique hanya melakukan kerjanya memasukkan maklumat ke dalam computer riba. BAB 12 Ludin datang dan membuka balutan buluh pada tangan Prof. Zaidah. Ludin menasihati Prof.

Zaidah supaya kerana tangannya baru sahaj sembuh. Prof. Zaidah menunjukkan ketulah batu kecil yang disusun membentuk jari manusia. Prof. Zaidah memberitahu Ludin bahawa sekiranya mereka berjaya membuktikan kewujudan itu, operasi pembalakan dan cari gali emas di kawasan itu akan dibatalkan. Itai menyertai Amira dan Jacinta menggali di tapak cari gali. Itai mendapat tahu bahawa Jacinta amat berharap agar dapat menemui batu kuarza. Itai ingin menggembirakan Jacinta. Dia memberitahu Amira bahawa mereka dapat menghadiahkan emas kepada Jacinta. Itai akan membawa Amira ke tempat yang mengandungi emas. Prof. Zaidah menerangkan tentang lapisan warna tanah kerpada Ludin dan tulang yang ditemuinya di kawasan itu. Malique datang untuk bertemu dengan Amira. Prof. Zaidah dan Jacinta terkejut apabila mendapati Amira dan Itai tidak ada di kawasan itu. BAB 13 Amira mengikut Itai meredah hutan dan denai untuk ke tempat yang dimaksudkan oleh Itai.

Dalam perjalanan itu Itai bercerita tentang metos dan misteri alam dan hutan. Itai menjelaskan tentang makhluk berkaki dua dan berbulu yang telah menakutkan pekerja balak. Orang Asli berharap mereka tidak berjumpa dengan makhluk itu. Mereka sampai di sebatang sungai. Amira terkejut apabila mendapati kilauan emas di celahan batu. Itai mahu Amira memilih satu sahaja untuk Jacinta. Dia juga mahu Amira merahsiakan tentang emas tersebut. Ketika perjalan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berkaki dua dan berbulu sedang mengheret seorang pencari emas dengan marah. Makhluk itu terhidu bau manusia lain. Itai menyedari keadaan itu dan mengajak Amira melarikan diri dengan sekuat hati. Semasa berlari mereka tiba-tiba disergah oleh Tau. BAB 14 Ah Chin masuk ke hutan untuk mengesan seorang pekerja yang hilang dua hari yang lepas.

Roslan dan Malique mengikut Ah Chin dengan menggunakan kenderaan lain. Hujan turun dengan lebat. Kenderaan mereka tersangkut dalam lumpur licin. Roslan keluar untuk meninjau dan mendapatkan bantuan daripada beberapa orang yang berada dalam kenderaan di hadapan mereka. Tiba-tiba aliran lumpur menghanyutkan kenderaan mereka ke dalam gaung. BAB 15 Amira dan Jacinta pergi ke perkampungan Orang Asli setelah dua hari Itai tidak datang ke

Desa Karpus. Di rumah Itai, Amira menyerahkan ketulan emas kepada Ludin. Daripada perbualan Ludin dengan Tau, Amira mendapat tahu bahawa Itai bersalah kerana membawa orang luar sepertinya ke kawasan emas. Ahli masyarakat Orang Asli mula sangsi terhadap Itai yang telah mempercayai orang

luar. Tau amemberi jaminan dengan darahnya dalam mempertahankan Itai. Itai memberitahu Amira bahawa dia dan Amira perlu menerima apa sahaja keputusan hokum adapt yang akan ditetapkan. BAB 16 Usaha cari diteruskan dengan tekun. Mereka menemui beberapa artifak baru. Amida dan

Jacinta telah menemui sebuah tembikar yang hampir sempurna. Penemuan itu merupakan penemuan penting dan menggembirakan Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi. Itai datang bersama Tau ke Desa Karpus untuk menemui Prof. Zaidah. Itulah kali pertama Tau menjejakkan kaki ke desa itu. Tujuan Tau adalah untuk membantu Prof. Zaidah mencari bukti arkeologi. Tau akan membawa mereka ke suatu tempat. Dr.Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta dibenarkan mengikut Tau. Tau juga memberitahu bahawa dia selalu ke Desa Karpus pada waktu malam. Itai juga menyerahkan ketulan emas kepada Jacinta. Tau yang memujuk Ludin mendapatkan ketulan emas tersebut. Mereka kemudian didatangi oleh Pak Lias dan Roslan memberitahu Amira bahawa Malique hilang selepas kenderaannya tajuh ke dalam gaung. Mereka mengambil keputusan untuk mengikut Tau terlebih dahulu. BAB 17 Malique mendapati dirinya berada dalam sebuah tempat gelap. Dia cuba berdiri tetapi gagal.

Dia tidak dapat bergerak kerana tangan dan kakinya cedera dan berbalut tebal dengan buluh kecil. Keadaan di tempat itu berbau najis haiwan. Dia akan menerima makanan berupa daging panggang dan madu. Dia teringatkan ibunya di Melaka dan memikirkan perbezaan warna rambut, warna kulit dan warna mata antara dia dan ibunya. Dia juga sering menangis. BAB 18 Setelah berjalan hamper satu jam, mereka sampai di gunung batu kapur yang dikenali

sebagai Gunung Gua Gajah. Itai berjanji kepada Amira bahawa dia akan membantu mencari Malique. Mereka mendaki gunung dan masuk ke dalam gua batu kapur. Mereka penemui lukisan purba pada dinding gua yang dibuat menggunakan arang. Amira telah menemui mobile diskyang menimbulkan tanda tanya kepadanya. Rosdi kemudian menemui kapak batu di satu sudut gua. BAB 19 Penemuan kapak batu menggemparkan penghuni Desa Karpus. Menurut Prof. Zaidah, ia

digunakan oleh manusia Melayu-Proto. Ketika Prof. Zaidah meneliti lakaran rakaman lukisan dinding gua, Amira mengajak Jacinta dan Itai ke dalam khemah. Amira menunjukkan mobile disk yang dijumpai. Dia pernah lihat mobile disk itu tergantung pada leher Malique. Mereka bersetuju untuk mencari Malique di gunung tersebut. BAB 20 OHara gelisah dengan kehilangan Malique. Dia memaklumkan kehilangan tersebut kepada Amira menyambungkan mobile disk itu ke komputernya. Akhirnya mereka menemui kata laluan untuk membuka fail dalam mobile disk tersebut.

ibu Malique, Jennifer. Jennifer berkeras untuk datang ke kem tersebut walaupun dihalang oleh OHara. Pada malam itu Amira menunggu Tau untuk mendapatkan bantuan mencari Malique. Tau terlena dan tertidur. Dia bermimpi tentang Ipah yang melarikan diri bersama Sabi. Apabila dia terjaga, dia mengambil kulit beruang dan berlari ke tempat Malique disembunyikan. Dia memakai kulit beruang yang berbulu lebat ketika menemui Malique. Dia memanggil Malique dengan panggilan Sabi. Dia memberitahu Malique bahawa Malique adalah anaknya. Malique kebingungan dan menjerit.

BAB 21

Amira, Itai dan Jacinta bergerak ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique. Mereka

bertemu dengan Pak Lias dan Roslan yang ingin turut sama mencari. Roslan pulang ke kem untuk mengambil kelengkapan. Ketika mereka tiba di kaki gunung, Roslan datang bersama OHara dan Jennifer. Mereka sailing berkenalan. Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan mendaki dan masuk ke dalam gua. Jacinta bersama dengan Jennifer dan OHara. Perbualan Jennifer dan OHara tentang Malique menjadi tanda tanya kepada Jacinta. Jacinta cuba mendapatkan penjelasan tetapi Jennifer penafikan bahawa dia pernah ke kawasan itu. Tau mengetahui kedatangan Jennifer dan terus ke puncak gunung mendapatkan Malique. BAB 22 Peristiwa imbas kembali. Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda dan

anaknya Samantha berhadapan dengan rebut kencang. Mereka dalam perjalan pulang ke Australia setelah tiga bulan membuat kajian di Pulau Langkawi. Pesawat tidak dapat dikawal menyebabkan mereka membuat pendaratan cemas di dalam hutan. Ridley dan Brenda meninggal dunia masakala Samantha tercampak ke dalam semak. Samantha diselamatkan oleh Jidin, ayah kepada Ludin dan Tau. Anak itu dinamakan Ipah. Namun masyarakat setempat menolak kehadiran Ipah. BAB 23 Atai, Amira, Pak Lias dan Roslan terus mencari Malique. Itai menceritakan kepada Amira

bahawa dia kerap bermimpi tentang abangnya. Amira menemui kesan tapak kaki tidak berkasut semakin jauh ke dalam gua. Mereka mengikut jejak itu. Mereka menemui lubang yang menuju ke permukaan gunung. Itai yang naik terlebih dahulu mendengar suara manusia mengerang kesakitan. Pak Lias, Amira dan Roslan naik dengan segera. BAB 24 Prof. Zaidah menyedari Amira dan Jacinta tiada di khemah. Prof.Zaidah, Dr. Zawawi dan

Rosdi membuat keputusan untuk pergi ke Gunung Gua Gajah. Di puncak gunung Itai dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui kawasan lapang dan sebuah pondok. Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique. Sementara itu Prof. Zaidah bertembung dengan Ludin yang sedang menuju ke Gunung Gua Gajah. BAB 25 Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka

meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin segera naik ke puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. BAB 26 Malique dibawa turun dengan berhati-hati. Tau terduduk tidak berkata apa-apa. Ludin

mencadangkan mereka menyelesaikan kekusutan itu di perkampungan Orang Asli. Namun OHara

membantah malah Jennifer telah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke kampung itu. Itai mencadangkan agar Amira membuat keputusan. Amira mencadangkan agar mereka menyelesaikannya di Desa Karpus. Di Desa Karpus, Jennifer telah mengakui bahawa Tau adalah suaminya. Manakala Malique adalah anak mereka, Sabi. Malique terkejut. Jennifer ingin mengetahui tentang seorang lagi anaknya yang ditinggalkan. Ludin menunjukkan ke arah Itai menyebabkan Itai terkejut. Ludin menjelaskan bahawa Itai adalah anak Tau dan anak saudaranya. OHara dan Jennifer ingin membawa Malique pulang bersamanya untuk mendapatkan rawatan. Atas permintaan Tau, Jeniffer menjelaskan sebab sebenar dia meninggalkan Tau dahulu. Dia telah dipaksa oleh Johnny. Namun dia juga sengsara semasa bersama Johnny. Tau berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Jennifer berkeras untuk membawa Maliqur bersamanya. Namun Malique mahu ibunya meninggalkannya di hutan itu bersama ayah dan a diknya. Setelah OHara dan Jennifer meninggalkan mereka, tau meminta maaf daripada Pak Lias dan Amira atas perbuatannya di puncak gunung. Dalam pada itu juga dia berbangga dengan Itai yang sanggup melakukan pada sahaja demi persahabatan. BAB 27 Amira telah selesai memduduki ujian akhir tahun satu di universiti di Kuala Lumpur.

Dia tidak dapat melupakan pengalaman di hutan pada percutian yang lalu. Selepas mengemaskan barangnya ke dalam stor, dia menyemak email. Email pertama daripada Itai. Itai menjelaskan bahawa dia sedang menuntut dalam jurusan perubatan di Kubang Kerian. Itai berharap ibunya akan kembali pada suatu hari nanti. Dia juga mahu menyerahkan jawatan ketua di perkampungannya kepada Malique. Email kedua daripada Malique. Dia terlibat dengan projek IT di perkampungannya. Dia juga telah mengagalkan projek perlombongan dengan mencipta virus dalam kajiannya. Hubungannya dengan OHara telah putus. Dia juga telah memujuk ibunya untuk kembali ke perkampungan tersebut. Namun ibunya masih enggan. Email ketiga pula daripada Jacinta. Dia mengkhabarkan bahawa dia telah berasa di Paris kerana terlibat dengan perniagaan fenyen keluarganya.asih memakai rantai daripada ketulan emas yang diberikan kepadanya dahulu bagi mengenangkan jasa Itai dan Amira kepadanya. Email keempat daripada ibunya yang masih berada di Bukit Mat Raya dalam fasa keempat. Ibunya mengajak Amira untuk berjumpa di rumah nenek mereka yang akan disertai oleh ayah Amira. Email terakhir pula daripada Dr. Zawawi. Dia menjelaskan bahawa dia telah bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai pengesah khazanah Me;ayu yang tenggelam. Ketika itu dia berada di Kuala Gula untuk berehat. Tempatnya di Bukit Mat Raya telah diganti oleh Rosdi.

Anda mungkin juga menyukai