Anda di halaman 1dari 27

PPK 222 KEMAHIRAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN KHAS

Disediakan oleh : Mohamad Syakirin Aiman bin Safiei-113407 Tengku Azniza binti Raja Arif-113434

TAJUK

Bincangkan tentang instrumen-instrumen yang digunakan bagi penilaian vokasional. Jelaskan garis panduan penilaian vokasional dan langkahlangkah yang terdapat dalam proses penilaian vokasional

DEFINISI PENILAIAN VOKASIONAL

Satu proses bagi mendapatkan maklumat mengenai potensi individu dalam bidang vokasional. Penilaian ini boleh dilakukan sebelum pelajar di tempatkan ke dalam program yang khusus, semasa dan selepas mengikuti program.

TUJUAN PENILAIAN VOKASIONAL


Mendapatkan maklumat mengenai potensi individu di bidang vokasional Mengenal pasti kebolehan pravokasional atau keperluan hidup. Memberi maklumat tentang pencapaian, minat, tabiat kerja, kemahiran kerja, sikap dan toleransi kerja.

Menyediakan profil individu.

Pengubahsuaian kurikulum

Cadangan khidmat sokongan

Penempatan

Jenis Penilaian

Formal

Tidak Formal

PENILAIAN FORMAL

Penilaian formal ialah satu penilaian yang dilakukan secara formal atau menggunakan instrumen tertentu dan direkodkan tahap penilaiannya

PENILAIAN FORMAL
Terdapat beberapa instrumen dalam penilaian formal iaitu : Sampel kerja Rekod peribadi pelajar Ujian dan Inventori APTICOM - Menggunakan komputer menguji
kognitif, manipulatif dan kecenderungan perceptual

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

SAMPEL KERJA

Penilaian Tidak Formal


1. Wawancara 2. Pemerhatian

3. Inventori ekologi

4. Inventori minat

5. Penilaian situasi

6. Portfolio

7. Penilaian persembahan

1. Wawancara

Tujuan temubual adalah untuk memperolehi maklumat tentang latar belakang pelajar, minat, tingkah laku dan lain-lain hal yang berkaitan dengan diri pelajar.

2. Pemerhatian

Melalui pemerhatian, guru dapat melihat cara kerja pelajar dan tingkah laku yang dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas tugasan di lakukan.

3. Inventori ekologi Membuat penilaian berkaitan dengan kemahiran sosial pelajar sama ada melalui pemerhatian, temubual, soal selidik atau lainlain lagi kaedah yang sesuai.

4. Inventori Minat mengetahui keperibadian pelajar seperti perkara yang disukai dan tidak disukai, cita-cita pelajar, matlamat pelajar dan sebagainya.

5. Penilaian Situasi Penilaian yang di lakukan berdasarkan situasi atau keadaan sebenar Contohnya Bekerja di restoran dan melakukan tugasan mengikut arahan majikan dan bekerja bersama-sama rakan yang terdiri daripada budaya dan keistimewaan yang berbeza malah bekerja bersama individu normal.

6. Portfolio

membuat portfolio mengenai tugasan yang dilakukan. pelajar akan dinilai hasil kerjanya berdasarkan porfolio yang berkemungkinan akan dihantar oleh guru atau pelajar sendiri semasa memohon untuk mendapatkan pekerjaan.

7. Penilaian Persembahan

menilai cara persembahan pelajar seperti cara bercakap atau penulisan mengenai tugasannya dan pengalamannya.

GARIS PANDUAN PENILAIAN VOKASIONAL


Sistem Ujian Ketukangan Kebangsaan MLVK

Ujian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan yang dikendalikan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dibahagikan kepada 3 peringkat seperti berikut: i) Peringkat Asas ii) Peringkat Pertengahan iii) Peringkat Tinggi Semua ujian mengandungi 2 kertas iaitu kertas ujian amali dan kertas ujian teori. Sijil MLVK akan diberikan kepada calon-calon yang LULUS dalam kedua-dua kertas yang disebutkan.

Bagi

calon yang lulus dalam ujian amali dan gagal dalam ujian teori, keputusan muktamadnya ialah MENGULANG TEORI (MT). Calon tersebut dikehendaki menduduki semula kertas ujian teori sahaja dan sekiranya lulus ujian barulah keputusan muktamadnya LULUS.
calon yang lulus dalam ujian teori dan gagal dalam ujian amali, keputusan muktamadnya ialah GAGAL.

Bagi

Ujian Amali

Kertas soalan diluluskan oleh ahli-ahli panel yang menganggotai Panel Ujian Ketukangan. Kertas-kertas soalan dibuat berdasarkan Piawaian Ketukangan Kebangsaan. Mengggunakan Bahasa Melayu. Penilaian terhadap kerja atau projek amali dibuat mengikut skim pemarkahan. Semua kertas soalan ujian amali (kecuali peringkat asas) mengandungi perkara-perkara berikut:

Kritikal

Dinasihatkan berhati-hati, kerana pemberian markah di bahagian ini dalam bentuk 'DITERIMA' dan 'TIDAK DITERIMA' sahaja. Jika calon mendapat markah yang bertanda 'TIDAK DITERIMA', dia dianggap gagal dalam ujian tersebut. Hanya perlu mendapat 50 markah untuk lulus.

Tidak kritikal

Masa

bagi kertas ujian amali ialah:

Peringkat Asas: 6-9 jam Peringkat Pertengahan: 10-16 jam Peringkat Tinggi: 12-22 jam

Ujian Teori
Kertas ujian teori bagi kedua-dua Peringkat Asas dan Pertengahan adalah dalam bentuk objektif. Sama dengan kertas ujian amali, kertas teori ini dibentuk berdasarkan Piawaian Ketukangan Kebangsaan. Kertas ujian bagi Peringkat Tinggi dalam bentuk esei. Ia dibentuk berdasarkan Piawaian Ketukangan Kebangsaan meliputi semua perkara di Peringkat Asas hingga ke Peringkat Tinggi. Menggunakan Bahasa Melayu. Masa bagi kertas ujian teori ialah: Peringkat Asas: 1 jam Peringkat Pertengahan: 1 1/2 jam Peringkat Tinggi: 3 jam

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON MENDUDUKI UJIAN KETUKANGAN KEBANGSAAN

Calon-calon yang ingin memohon untuk menduduki Ujian Ketukangan Peringkat Asas mestilah:

Berumur lebih daripada 17 tahun atau lebih daripada 15 tahun jika dalam Pusat Latihan/Institusi yang diiktiraf.
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang ketukangan yang dipohon atau mempunyai syarat minimum Piawaian Ketukangan Peringkat Asas dalam kursus latihan ketukangan yang diiktiraf.

Calon-calon yang ingin memohon Ujian Ketukangan Peringkat Tinggi mestilah:

Berumur lebih daripada 21 tahun Mempunyai Sijil Peringkat Pertengahan Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang ketukangan yang dipohon, selepas lulus Peringkat Pertengahan atau memenuhi syarat-syarat minimum Piawaian Ketukangan Peringkat Tinggi dalam kursus latihan ketukangan yang diiktiraf.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PENILAIAN


VOKASIONAL

Pemilihan instrumen

Melaksanakan satu pemilihan instrumen

Laporan penilaian

Mengumpul data yang diperolehi

1) Pemilihan Instrumen Penting kerana ketepatan dalam menggunakan instrumen dapat membantu dalam mengumpul data dan maklumat yang tepat berkaitan pelajar. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah temuramah, pemerhatian dan senarai semak.

2) Melaksanakan Satu Pemilihan Instrumen Pemilihan instrumen mestilah berdasarkan kepada minat dan kecenderungan pelajar tersebut. Instrumen temuramah.

Contoh soalan yang boleh dikemukan kepada pelajar ialah berkaitan matlamat mereka seperti Apakah impian terbesar mereka?, Apakah perkara yang paling menakutkan mereka dalam kehidupan ini? dan sebagainya

3) Mengumpul Data Yang Diperolehi


Maklumat dan data yang diperolehi dikumpulkan Penting kerana maklumat yang diperolehi akan digunakan pada peringkat seterusnya rujukan untuk menyalurkan pelajar ke bidang kemahiran yang bersesuaian dengan mereka.

4) Laporan Penilaian

Data yang dikumpul hasil daripada temuramah akan dibuat dalam bentuk laporan yang mana akan memudahkan guru membuat penilaian terhadap minat dan kecenderungan pelajar tersebut.

PROSES PENILAIAN VOKASIONAL


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7)

Kenal pasti apa yang hendak dinilai Kenal pasti instrumen yang bersesuaian Dapatkan maklumat latar belakang pelajar Laksanakan penilaian menggunakan instrumen yang dipilih Kumpul data hasilan penilaian yang dijalankan selain maklumat latar belakang pelajar Buat laporan penilaian berdasarkan maklumat yang diperolehi. Buat kesimpulan tentang bidang vokasional yang sesuai bagi pelajar berkenaan.

KESIMPULAN
Penilaian vokasional mampu membantu pelajar dalam menentukan arah mereka dalam program kemahiran vokasional. Langkah ini diambil untuk memastikan minat dan kecenderungan yang ada dalam diri pelajar dapat dieksploitasi semaksimum mungkin dan tidak sia-sia begitu sahaja.

RUJUKAN
http://library.ncrtm.org/pdf/J050.0154.0

1G.pdf http://www.slideshare.net/zaidillah/eeah-meng http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/in fo-kemasukan/bidang-vokasional

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai