Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN Pergerakan Asas merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran semester 1 bagi Program Pensiswazahan Guru, Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Ianya terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Semua pelajar bagi program ini perlu menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tanpa alatan serta dengan alatan. Tugasan ini perlu dirancang secara individu yang meliputi ketiga-tiga komponen tersebut dan pada akhirnya perlu dilaksanakan. Pergerakan Asas bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan yang berteraskan kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar. Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap pelajar menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan.

2.0 MATLAMAT Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang juga menjadi persediaan asas bagi pesertapeserta untuk mencapai prestasi cemerlang. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para peserta dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman serta pengetahuan dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, melalui tugasan amali yang diberikan secara individu, diharapkan juga para peserta mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada peserta yang lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. Di samping itu juga, melalui tugasan seperti ini mampu memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik sebagai seorang guru.

3.0 OBJEKTIF Memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap peserta bagi membentuk pergerakan yang kreatif. Memupuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan. Menghasilkan satu rangkaian aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor tanpa alatan serta dengan alatan. Memberi kesedaran kepada para peserta tentang potensi tubuh badan masing-masing dalam melakukan pelbagai aktiviti. Membantu para peserta menguasai kemahiran pergerakan asas dengan berkesan. Memahami dan meningkatkan kemahiran memimpin para peserta dalam membuat perancangan dan strategi. Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang pendidik. Dapat mencipta pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan rakanrakan menggunakan pundi kacang, gelung, dan tali gym. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan dalam suasana yang ceria.

4.0 TARIKH 15 April 2012

5.0 MASA 2.30 petang hingga 4.30 petang

6.0 TEMPAT Gymnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

7.0 SASARAN Peserta Program Pensiswazahan Guru Kohort 2 ambilan Feb 2012 Unit PJPK

8.2 JENIS PERGERAKAN DAN AKTIVITI STESEN 1 JENIS PERGERAKAN Bukan Lokomotor NAMA AKTIVITI Dirian Bintang GAMBAR

Lokomotor

Lari Kilas

Bukan Lokomotor

Imbangan Bangau

Lokomotor

Skipping Dengan Gelung

Bukan Lokomotor

Imbangan Perut

Lokomotor

Gulingan Hadapan

Bukan Lokomotor

Imbangan Siku (Lizard Stand)

Lokomotor

Cartwheel

Bukan Lokomotor

Bongkok Hadapan

Ke

10

Lokomotor

Ketinting Zag

Zig

11

Bukan Lokomotor

Ringkuk Sisi Dengan Alatan (Tali Gym)

12

Lokomotor

Jalan Atas Bangku Sambil Lambung dan Sambut Pundi Kacang

13

Bukan Lokomotor

Imbangan V

14

Lokomotor

Lompat Kaki Jump)

Dua (Bunny

15

Bukan Lokomotor

Imbangan Belakang (Back Arch)

16

Lokomotor

Super Gallop

17

Bukan Lokomotor

Imbangan Satu Kaki Dengan Alatan (Tali Gym)

18

Lokomotor

Lompat Silang (Split Jump)

19

Lokomotor

Lompat Layang (Papan Anjal)

20

Bukan Lokomotor

Imbangan Separa Duduk

Anda mungkin juga menyukai