Anda di halaman 1dari 25

Tokoh Malaysia:

Ustaz Yusof Abu Bakar Abdul Baki Abu Bakar Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Kadir Zainurrahman Afandi

Para pelukis yang mempelpori kaligrafi lukis adalah Prof. Ahmad Sadali (Bandung asal Garut), Prof. AD. Pirous (Bandung, asal Aceh), Drs. H. Amri Yahya (Yogyakarta, asal Palembang), dan H. Amang Rahman (Surabaya), dilanjutkan oleh angkatan muda seperti Saiful Adnan, Hatta Hambali, Hendra Buana Ustaz yusof abu bakar DIA cintakan penulisan khat Arab. Penulisan yang membawanya merantau hingga ke luar negara seperti Iraq, Singapura, Kuwait, Baghdad serta Iran. Malah, beliau dilantik hakim dalam pertandingan khat di Brunei dan Istanbul. Selain sering mengadakan pameran lukisan kaligrafi, beliau turut mengabadikan penulisan khatnya di Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Sultan Mizan. Mohammed Yusof Abu Bakar atau Ustaz Mohammed antara generasi pertama negara ini yang berjuang untuk mengembangkan penulisan khat yang berasal dari negara Arab. Pelbagai jenis khat berkembang sejak zaman Rasulullah SAW seperti khat Diwani, khat Diwani Jali, khat Farsi atau khat Iran yang tidak mempunyai baris dan khat Riqah. Namun, belum wujud lagi penulisan khat Melayu yang menjadi identiti dan kebanggaan masyarakat Melayu, katanya yang juga Koordinator penulisan khat di Yayasan Restu. Beberapa negara seperti India, Turki dan Iran mempunyai bentuk penulisan khat mereka yang tersendiri justeru, kajian dan penyelidikan perlu dibangunkan untuk mencungkil satu gaya penulisan khat Melayu kerana kita masih mengguna pakai penulisan khat dari Arab. Pada masa yang sama, penubuhan kolej atau sekolah seni khat yang berstatus kerajaan perlu ditubuhkan agar penulisan khat al-Quran diberi perhatian sepenuhnya. Kami berharap usaha untuk memperbanyakkan tempat mendalami pendidikan ini supaya Malaysia boleh menjadi pusat pembelajaran khat yang disegani. Inisiatif kepada golongan muda dan remaja mampu meneruskan kesinambungan penulisan khat di Malaysia sekali gus meluaskan peluang pekerjaan dalam bidang kaligrafi, katanya.

Bertindak sebagai Presiden Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), beliau turut menyatakan kesukarannya menyediakan kursus penulisan khat tanpa bantuan dan peruntukan sewajarnya. Mohammed yang mendapat pendidikan di Universiti Al-Qahirah, Mesir menyeru golongan remaja mempelajari penulisan seni khat sejak di bangku sekolah. Penulisan khat kini lebih mudah dipelajari apabila teknologi yang membangun turut memberi impak dalam mengembangkan seni khat. Ia boleh dianggap persaingan dalam perniagaan, namun apa yang lebih penting, masyarakat menyedari dan menghayati seni Islam itu, katanya. Pada masa yang sama, PSKK mengadakan Kursus Seni Khat dan Kraf 2013 di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) meliputi gaya penulisan khat Nasakh, khat Riqah, khat Kufi, khat Zukhrufah, khat Thuluth, khat Kufi Murabba dan kraf kanvas. Orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti kelas itu bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang pada setiap hari Sabtu dan berakhir Jun ini. Hubungi Puan Rukiah di talian 017-8880145, Abdul Wahab (019-3936269) dan Nizreen (0322705103) atau layari www.facebook.com/pskkm untuk maklumat lanjut. http://www.hmetro.com.my/articles/Visisifusenikhat/Article

Tentang penulis
Nama : Zainurrahman Afandi Tarikh lahir : 2 April 1977 Kemahiran seni khat: 1992-1996- Kursus seni khat Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) 1992-Kursus seni khat Mr Hassan Celebi (Penulis khat Turki) yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan PSKK Jawatan / Khidmat 1. Penulis Seni Khat sepenuh masa sejak 1997 2. 1997-2000 Penulis seni khat di Yayasan Restu 3. Salah seorang penulis Al-Quran Mushaf Malaysia 4. Salah seorang penulis Al-Quran Mushaf Mahathir edisi koleksi peribadi 5. Membantu penghasilan seni khat masjid Putra, Putrajaya 6. Tenaga pengajar kursus seni khat Balai Seni Lukis Negara Muzium Kesenian Islam dan

Persatuan Seni Khat Kebangsaan 7. Bekas pensyarah sambilan Seni Khat Darul Quran JAKIM 8. Turut serta dalam demonstrasi dan pameran seni khat di beberapa buah negeri di Malaysia dan Singapura 9. Menyertai pameran yang dianjurkan oleh PSKK

Penyertaan dalam pameran 1. Menyertai pameran seni khat anjuran Balai Seni Lukis Negara, Nuzium Kesenian Islam Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Shah Alam, Hotel-hotel di Kuala Lumpur, sekolah-sekolah sekitar lembah Klang dan lain-lain

Zainurrahman Afandi

Seorang penulis khat professional, ahli Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) serta merupakan anak didik Y.Bhg. Ustaz Mohammed Yusof Abu Bakar (Yang Di-Pertua PSKK). Beliau beroleh nama kemasyhuran apabila merupakan salah seorang penulis khat bagi Projek Mushaf Al-Quran (Al-Quran Mushaf Malaysia) dengan tulisan yang indah (Terjemahan dari buku Mightier than the Sword, British Museum). Kemahiran Seni Khat: 1992 -1996 : Kursus Seni Khat, Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) 1992 : Kursus Seni Khat Mr. Hassan Celebi (Penulis Khat Turki) Jawatan dan Khidmat: Pengarah Urusan dan penulis khat di ZRA Artwork yang mengusahakan kerja-kerja seni khat. Penulis Seni Khat sepenuh masa sejak 1997 1997-2001: Penulis Seni Khat di Yayasan Restu Penulis Al-Quran Mushaf Malaysia Penulis Al-Quran Mushaf Tun Mahathir Mohammmed. Edisi Koleksi Peribadi Pembantu penulis Seni Khat Masjid Putra, Putrajaya Tenaga Pengajar Kursus Seni Khat Muzium Kesenian Islam Malaysia dan PSKK Pensyarah sambilan Seni Khat Darul Quran, JAKIM Penyertaan dalam demonstrasi dan pameran Seni Khat di beberapa buah negeri di Malaysia dan Singapura. Menyertai aktiviti dan pameran yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan Ahli Persatuan Seni Khat Kebangsaan sejak 1993 Tetamu Jemputan Khas sebagai penulis khat di Karnival SuaRasa TV9, Melaka

Penaja Khas trofi Akademi Al-Quran Musim Ke-4 di TV9 Penglibatan dalam Program Seni Khat: 2010


2009

Jemputan demonstrasi Seni Khat di SuaRasa TV9 bertempat di Ayer Keroh, Melaka Interaktif Seni Khat bersama finalis Akademi al-Quran Musim ke-4, Ayer Keroh Melaka Temuramah secara langsung disiaran TV9. Sidang akhbar sesi penyampaian trofi kepada rancangan Akademi al-Quran musim ke-4 Karnival Masjid di perkarangan Masjid Al-Azim, Pandan Indah Demonstrasi Seni Khat, Semarak Jawi sempena Karnival Cuti Sekolah, Perpustakaan Negara Malaysia Sebagai tenaga pengajar Kursus Seni Khat MKIM & PSKK Mesyuarat bersama delegasi dari Brunei, Projek al-Quran Universiti Sultan Sharif Ali, Brunei Pameran bagi program festival Kebudayaan Islam, UIAM Program Semarak 1Malaysia Sek.Ren.Keb. Desa Pandan, Kuala Lumpur Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2009 Angkasapuri, Kuala Lumpur Karinival Jualan Buku 1Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia, Jln Tun Razak, Kuala Lumpur Pameran World Book & Copyright Day 09" Kompleks JPM, Putrajaya Semarak Jawi Sempena Karnival Cuti Sekolah Pasar Seni, Kuala Lumpur Sambutan Hari Muzium Sedunia, Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur Pesta Buku Antarabangsa, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur Pameran Untukmu Palestin, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur Program Semarak Jawi, Pasar Seni, Kuala Lumpur Minggu Semarak Hadhari Dataran Putra, Putrajaya Program Merakyatkan Seni Budaya Seremban, Negeri Sembilan Program Merakyatkan Seni Budaya Pantai Dalam, Kuala Lumpur 2008 Demonstrasi Seni Khat Sambutan Hari Kraf Kebangsaan Kraftangan Malaysia Bengkel Asas Seni Khat Muzium alQuran Melaka (Penceramah/Tenaga Pengajar) Pameran Seni Khat & Tulisan Khat Perbadanan Muzium Melaka Pameran & Demonstrasi Seni Khat sempena sambutan Ma'al Hijrah 1429, Peringkat Negeri Perak 2007 Seminar, Bengkel & Pameran Seni Khat, Muzium Seni Asia, Universiti Malaya Demonstrasi Seni Khat, Pelancaran ECER, Kota Bharu Kelantan. Pertandingan & Perkhemahan Seni Khat utk Remaja peringkat Kebangsaan, Perpustakaan Negara Malaysia Demonstrasi Seni Khat, Majlis Pelancaran Syiling Peringatan 50 Tahun Kemerdekaan, Balai Seni Lukis Negara Lestari Seni Khat & Jawi Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Tenaga Pengajar) Pameran Seni Kaligrafi Islam - In the Shade of Islam, Lembaga Muzium Negeri Perak Darul Ridzuan Bengkel Jawi & Tulisan Khat, UiTM Melaka (Tenaga Pengajar) Pameran Jubli Perak '07, Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Universiti Malaya Karnival Semarak Jawi, Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia & KEKKWA (Pameran & Demonstrasi) 2006 Bengkel Pembudayaan Seni Khat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara KeKKWa (demonstrasi Seni Khat) Ekspo Perdagangan Dunia Melayu Dunia Islam, MAITREX '06, Balai Seni Lukis Negara & KeKKWa (Demonstrasi & Tenaga Pengajar) Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara & KEKKWA (Peserta & Demonstrasi Penulisan Manuskrip) Kursus Jawi & Seni Khat Badan Kebajikan Guru KAFA, Daerah Hulu Langat, (Penceramah & Fasilitator) Sambutan Hari Muzium Sedunia, Muzium Kesenian Islam Malaysia (Demonstrasi Seni Khat)


2005

Bengkel Penghayatan Seni Khat, Muzium Negara & Persatuan Seni Khat Kebangsaan (Penceramah & Fasilitator) Persidangan Minyak & Gas Asli Asia Tahunan ke 11, Petronas (Demonstrasi Seni Khat & Jawi) Pameran dan demonstrasi bersempena dengan Buletin Kemerdekaan Balai Seni Lukis Negara. 2004 Pameran Mightier Than The Sword, Muzium Kesenian Islam Malaysia 2003 Formalisma Tampak Dalam Seni Khat & Seni Tampak Malaysia: Tema Keamanan & Keharmonian Kehidupan, Galeri Kris Mas, Dewan Bahasa & Pustaka Kejayaan-kejayaan yang diperolehi: Pertandingan Seni Khat Seramik, Johor Bahru Johan, 1995 Naib Johan, 1996 Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor (Kategori Kanvas) Naib Johan, 2001 Manifestasi Perdana Seni Khat 1999, Muzium Kesenian Islam Malaysia Johan Seni Khat Spontan Di Atas Kertas (Nasakh) Tempat ke-3 Seni Lukisan Khat di seramik Manifestasi Perdana Seni Khat 2001, Muzium Kesenian Islam Malaysia Naib Johan Seni Khat Spontan Di Atas Kertas (Riq'ah) Johan Seni Lukisan Khat Di Atas Kanvas (Bebas) Saguhati Seni Lukisan Khat Di Atas Kanvas (Tradisional) Manifestasi Perdana Seni Khat 2003, Muzium Kesenian Islam Malaysia Johan Seni Khat Spontan Di Atas Kertas (Riq'ah)

Abdul Rahman bin Sahalan Pengenalan Penulis mula mengenal seni khat sewaktu berusia 12 tahun dengan mewakili sekolah dalam pertandingan seni khat peringkat sekolah agama sehinggalah ke peringkat negeri Johor. Dengan bimbingan Ustaz Yusuf bin Othman, Guru Besar Sekolah Agama Sri Pasir, Sri Medan (sekarang beliau bertugas sebagai Nazir Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor) pada tahun 1995, penulis mengorak langkah meneruskan aktiviti seni khat sehingga sekarang. Berbekalkan pengalaman selama 17 tahun dalam penulisan khat, penulis sedia memberikan khidmat yang berkaitan dengan seni khat kepada masyarakat khususnya di Malaysia Pengalaman Penulis Khat di Seni Khat Nusantara Sdn Bhd (2010) Guru Sandaran di SMA Parit Raja, Batu Pahat dan SMK Tinggi Batu Pahat Latarbelakang Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar 2007

Pernah berguru dengan penulis khat terkenal Johor ; Ustaz Ahmad bin Songkrim (sekarang Imam di Masjid Pontian) dan Ustaz Zamri bin Amid (Seni Khat Nusantara Sdn Bhd). Kemahiran Penulisan Seni Khat Khat Thuluth, Nasakh, Riqah, Diwani, Farisi Mahir Teknologi Maklumat Word, Excel, Powerpoint Mahir Anugerah : 1.Johan Pertandingan Seni Khat Sekolah Agama Peringkat Negeri Johor 1996 2.Johan Pertandingan Seni Khat Bawah 13 Tahun PKENJ Peringkat Negeri Johor 1996 3.Johan Pertandingan Seni Khat Sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Johor 1997 4.Naib Johan Pertandingan Seni Khat Maal Hijrah, Plaza Angsana Johor Bahru 2000 5.Naib Johan Pertandingan Seni Khat Konvokesyen Marsah 2002 6. Tempat keempat Pertandingan Seni Khat terbuka, Plaza Angsana 18 September 2011 Lantikan : 1. Hakim Pertandingan Seni Khat Konvokesyen MARSAH 2003 2. Penulis Sijil Diploma IPT Islam Johor (MARSAH) 2005 3. Jurulatih Seni Khat SMA Parit Raja Batu Pahat 2008 4. Ketua Unit Seni Khat, Kelab Kesenian Maahad Johor 2001

T.G. Wan Md. Saghir Abdullah

Nama: Haji Wan Mohd. ShaghirJalur (sebelah ayah) Haji Wan Mohd. Shaghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ma'aris bin Cik Wan Taksim al-Qumari al-Juhuri al-Fathani bin Datuk Bendahara Lingkai alJuhuri al-Fathani.Jalur (sebelah ibu)Haji Wan Mohd. Shaghir, ibu bernama Hajah Wan Zainab binti Al-'Alim Al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal 'Abidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal 'Abidin @ Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin 'Ali al-Masyhur al-Laqihi. Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama tersohor pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, lahir pada tahun 1856 dan wafat 1908. Dalam era setelah kebangkitan Syeikh Ahmad di Makkah, muncul murid-murid atau kader beliau dan ulama-ulama Makkah di Malaysia seperti Tuan Husein Kedah, Syeikh 'Utsman Sarawak, Mufti Pulau Pinang Haji 'Abdullah Fahim, Tok Kenali, Syeikh Muhammad Sa'id Linggi, Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar, Johor, Syeikh al-Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin 'Abdur Rahman al-Fathani dan masih ramai lagi di seluruh dunia Melayu.

2. Tarikh lahir : Jumaat, 9 Ramadhan 1364 H/17 Ogos 1945 M, berumur 61 tahun dan meninggal pada 12 April 2007 dan dikebumikan di kawasan Pondok Pak Chu Him Gajah Mati, Kedah 3. Status Perkawinan:Berkahwin dengan Hamidiyah binti Haji Abdul Majid bin Ismail, memperoleh anak 6 orang: 4. Pekerjaan: Penulis, khas penyelidikan sejarah ulama dunia Melayu dari semua zaman tentang biografi, karya, pemikiran, perjuangan dll. menyentuh seluruh aspek mengenai ulama-ulama Asia Tenggara/alam Melayu yang tersebut. Menerima wasiat dari ibunya untuk meneruskan kerja-kerja datuknya 100 tahun yanmg lampau iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Penulisan beliau merujuk kepada bahan asli hasil pengembaraan selama 48 tahun melalui manuskrip, cetakan lama, litografi hasil karya yang ditulis oleh ulama Melayu. Tidak mengambil rujukan dari Inggeris, hanya sebagai perbandingan dan bukan menjadi rujukan utama. 5. Alamat : 36 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. 6. Organisasi:a). Mengasaskan Khazanah Fathaniyah yang berfungsi sebagai penerbit hasil penulisan sendiri dan menerbitkan kembali karya-karya ulama terdahulu.b). Mengasaskan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan singkatan PENGKAJI dengan tujuan memberi pendedahan tentang betapa besarnya peranan dan sumbangan ulama terdahulu dalam penyebaran ilmu di dunia Melayu melalui pameran, seminar dan sebagainya. 7. Menjalin Kerjasama antara Penerbit Khazanah Fathaniyah dengan PENGKAJIPembentanagan kertas kerja dalam memenuhi undangan Jabatan Kerajaan, Pusat Pengajian Tinggi, Organisasi dan Pertubuhan di dalam seminar, forum, muzakarah dan lain-lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.- Mengadakan Siri Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu diadakan dalam bentuk warkah maklumat terdiri dari manuskrip kitab, gambar-gambar, surat, lakaran absrtak, catatan dan lain-lain ditonjolkan untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum.- Menjalin kerjasama dengan organisasi yang berminat untuk menganjurkan seminar, forum, muzakarah, taskirah, pameran, dokumentari, penerbitan dan sebagainya.Menerbitkan siri buku-buku dan dokumen mengenai sejarah ulama-ulama alam Melayu seperti: Buku Bersiri-Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. ( Jilid 1- Jilid 15 ) Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. ( Jilid 1- Jilid 7 ) Jadwal Tarikh, Bulan Dan Tahun Hijri-Masihi. ( Jilid 15-Jilid 16 ) Warkah Maklumat ( 98 Judul )-

Memberi khidmat pakar rujukan dan maklumat kepada para pengkaji dan penyelidik dari berbagai peringkat bagi tujuan penulisan dan tesis mereka. Sejak tahun 1990 sehingga kini, telah menerima lebih dari 1000 pengunjung yang terdiri dari kalangan mahasiswa universiti pelbagai peringkat untuk mendapat B.A hingga Ph.D sama ada dari dalam mahu pun luar negeri.Hasil daripada penyelidikan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan kerjasama Penerbit Khazanah Fathaniyah telah menghasilkan lebih dari 800 judul dalam pelbagai koleksi yang di katogerikan seperti berikut: Koleksi Transliterasi Kitab-40 Koleksi Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu-1 5 Koleksi Kertas Kerja(Pembentangan Dalam Pelbagai Seminar)70 Koleksi Syair dan Puisi-5 Koleksi Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara7 Koleksi Kitab Arab dan Kitab Melayu/Jawi130 Koleksi Kitab Wakaf-4 Koleksi Warkah Maklumat ( Artifak ) Berupa Manuskrip dan lain-lain98 Koleksi Gambar Ulama Dan Tokoh-Tokoh Nusantara-135 Koleksi Surat Dan Pelbagai Dokumen-10 Koleksi Siri Amalan-Amalan Islam6 Koleksi Kad Hari Raya(Khat, Gambar Ulama dan Tokoh Dunia Melayu)40 Koleksi Stiker(Kata-Kata Hikmah Ulama Dunia Melayu)5 Koleksi Poster(Kata-Kata Hikmah dan Gambar Ulama Dunia Melayu)5 Koleksi Penulisan Ulama Nusantara DI Akhbar Utusan Malaysia110 Koleksi Penulisan Ensiklopedia Nusantara Di Akhbar Berita Harian40 Koleksi Karya Ilmiah berupa artikel dalam Majalah Dian, Pengasuh, Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam, Kiblat, Al-Ehsan, Jurnal Dewan Bahasa, Jurnal Filologi Melayu, Koleksi Biografi Ulama Asia Tenggara-150Sedia menerima undangan dari pelbagai pihak, media masa iaitu media cetak dan media elektronik untuk memberi pandangan, ceramah dan membuat dokumentari berkaitan Islam, Melayu dan ulama dunia Melayu.- Mengadakan kelas pengajian kitab-kitab Melayu/Jawi klasik karya ulama dunia Melayu dan sekaligus membantu menghidupkan tulisan jawi seperti yang disarankan oleh Menteri Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan, Y.B. Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Telah mulai di Masjid AlHidayah, Sentul, Kuala Lumpur .8. Pengalaman Kerja:Sejak tahun 1958, dalam usia 12 tahun telah melakukan pengembaraan dan pengumpulan pelbagai bahan untuk dokumentasi ulama-ulama Asia Tenggara baik berupa tulisan tangan (manuskrip) maupun berbagai-bagai edisi cetakan, walau keadaan darurat pun pekerjaan itu tetap diteruskan hingga sekarang ini. Penyelidikan telah berjalan selama 48 tahun dengan penuh gigih dan tanpa jemu. Pengembaraan dan penyelidikan dilakukan di Champa, Fathani, Malaysia, Sumatera, Sulawesi, Jawa, Kepulauan Borneo, Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam, Singapura dan banyak lagi.a). 1977 dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia untuk menyelesaikan buku mengenai ulama Asia Tenggara. Telah berhasil dibukukan dengan judul Aktiviti Ulama Asia Tenggara dua jilid tebal 2000 halaman taip folio.b). Menyumbangkan tenaga dan fikiran di beberapa tempat, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Islam Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia:i). DBP, tarikh September 1988, pelantikan sebagai penulis makalah Proyek Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.ii). DBP, tarikh 24 November 1988/14 Rabiulakhir 1409. pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Istilah Agama Islam (Bidang Usuluddin dan Falsafah Islam). c). 1989 Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri telah memberikan tugas-tugas yang bersangkutpaut dengan manuskrip Melayu/Jawi, iaitu:i). Mengesan dan memberi penilaian sesuatu karya yang nadir, baik judul, pengarang, penyalin atau pun apa saja yang ada hubungkaitnya dengan permanuskripan termasuk memberikan data ringkas seseorang tokoh.ii). Menyusun katalog manuskrip yang telah menjadi jadi milik/koleksi BAHEIS sebanyak 739 manuskrip. Pekerjaan ini telah selesai.d). Dalam waktu yang sama (akhir 1989, awal 1990) telah menerima tugas dari Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia untuk:i). Membuat katalog Manuskrip-manuskrip yang berbahasa Arab yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu itu.ii). Mengesan beberapa manuskrip yang tidak diketahui nama pengarang dan judulnya.iii). Membuat biografi ringkas beberapa tokoh yang manuskrip karyanya dipamerkan dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu ke II.e). Mulai 1 November 1994 hingga 31 Oktober 1996 menjadi Karyawan Tamu Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelesaikan buku berjudul Tabaqat Ulama Asia Tenggara, dan sebagai tambahan buku berjudul Data Karya-karya Para Ulama Asia Tenggara.f). 2005 M atas permintaan Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dalam rangka memasyarakatkan kembali tulisan Jawi, beliau telah dilibatkan dijemput hadir secara berterusan berkali-kali dalam "Mesyuarat Seminar dan Pameran Tulisan Jawi9.

Tulisan Dalam Surat Khabar:Beliau adalah penulis di akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin mengenai ulama dan tokoh Nusantara dan Berita Harian pada setiap hari Selasa mengenai kitab-kitab karya ulama dunia Melayu.a. Utusan Malaysia, Bahagian Agama, Ruangan Ulama Nusantara, Setiap Hari Isnin, dari 19 Februari 2004 hingga 15 Januari 2007 - 150 sirib. Berita Harian, Bahagian Agama, Ruangan Ensiklopedia Nusantara Setiap Hari Selasa, dari 21 Jun 2005 hingga 16 Januari 2007 85 siri10. Teks ceramah di Radio: 5 Kali11. Bicara di telivisi: 4 Kali12. Karya-karya telah dirujuk oleh pelbagai golongan, dalam dan luar negara: Lebih dari 100 perujuk13. Biodata Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah ditulis oleh pelbagai tokoh dan judul dalam media:16 Jud

Khat & Jawi: Mutiara Kesenian Islam Sejagat Pengarang: Abd Rahman Hamzah Tahun: 2008 ISBN 978-983-52-0485-2 Halam: 171 Penerbit: Penerbit UTM

PENGENALAN Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau tulisan ). Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat tulisan atau garisan, yang ditujukan pada tulisan yang indah. Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini. Menurut Ibnu Khaldun pula, tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Walau apa pun percanggahan mengenai asal usul khat ini, ianya tetap menjadi cabang kesenian Islam yang unggul sehingga kini. Untuk itu, dalam tugasan ini saya akan cuba menghuraikan sedikit perkembangan seni khat bermula dari zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat, zaman Umayyah dan Abbasiah serta perkembangannya dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, dalam tugasan ini juga saya akan menghuraikan sedikit langkah untuk menarik minat murid dalam mempelajari seni khat ini di samping menyertakan cara bagaimana murid dapat menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. 1 PERKEMBANGAN SENI KHAT 1.1 Zaman Rasulullah s.a.w : Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Bermula dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah

s.w.t Iqra (bacalah ), maka penulisan telah memperoleh kepentingan yang sehingga kini masih kukuh terpelihara sehinggalah khat mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas. Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka. Baginda sendiri

mengendalikan urusan kelab latihan menulis di Madinah dengan tunjuk ajar dari individuindividu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. 1.1.1 Tokoh : Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit dan ramai lagi. Ubai Bin Ka`ab adalah penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu Allah SWT. Manakala Ali pula dikatakan penulis perjanjian yang berlaku antara mana-mana pihak dengan Rasulullah SAW. Muawiyah pula menjadi penulis selepas pembukaan Mekah, termasuk juga menulis wahyu atas arahan Rasulullah SAW. 1.2 Zaman Sahabat : 1.2.1 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan muamalat harian. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, al-Quran ditulis di atas berbagaibagai bahan seperti halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. Bahan-bahan ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran yang sejenis. 1.2.2 Khalifah Uthman bin Affan :

Apabila para penghafiz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a. Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al- Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke segenap pelosok negara. Setelah siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu naskhah untuk simpanannya. 1.2.3 Khalifah Ali bin Abi Talib : Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit dengan dakwat hitam. Naskhahnaskhah itu tidak mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak mempunyai namanama surah dan tanda-tanda yang membezakan di antara ayat-ayat dalam setiap juzuk dan sebagainya. Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan, penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai tanda baca. Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali (w.69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib Sebagai kesimpulannya, pada zaman para sahabat, penulisan khat telah mula berkembang melalui penulisan ayat-ayat al-Quran dan seterusnya ia berkembang ke bidang penulisan yang lain. 1.3 Zaman Umayyah : Ketika zaman kekhalifahan Bani Umayyah (661-750) mulai timbul ketidakpuasan hati terhadap khat kufi yang dianggap terlalu kaku dan sulit. Daripada ini banyak perubahan yang dilakukan terhadap penulisan khat dengan gayanya yang tersendiri. Antaranya yang popular ialah, Tumar, Jali, Nisf, Sulus, dan Sulusan. Pada zaman ini, penulisan diatas Ar-Rukkun dan juga kulit diteruskan, kemajuan dan perkembangan semasa telah menambahkan lagi bahan-bahan untuk menjadi tempat tulisan. Pada zaman ini juga, antara penambahannya adalah penulisan dilakukan di atas kertas, disebut Qaratis dalam Bahasa Arab. Bahan kertas ini diperbuat dari Bardi iaitu sejenis tumbuhan yang terdapat di Mesir. Perkembangannya sehinggalah ke Rum, Baghdad dan Mesir. Selain itu, pada era Umawi juga, penggunaan Qimash Al-Harir telah mula digunakan iaitu kain sutera turut menjadi bahan untuk menulis. Antaranya adalah Umar bin Abi Rabia`h pernah menggunakannya untuk menulis surat. Pemerintahan pada zaman ini amat

menitikberatkan kemajuan seni khat kerana ia sangat diperlukan samada dalam penulisan mushaf, ukiran pada dinding, mencetak mata wang, surat-menyurat dan lain-lainnya. Pada zaman ini, pembaharuan seni khat berlaku melalui penulisan dengan keseimbangan baris-baris bacaan supaya sama (disebut sebagai al-masyq). Pada zaman ini juga berlaku pembaharuan dari aspek peletakan titik huruf-huruf oleh Abu Al-Aswad Al-Dua'li dan penciptaan baris-baris oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. 1.4 Zaman Abbasiah : Pada masa ini juga dikembangkan lagi gaya-gaya baru dan pengubahsuaian bentukbentuk lama yang menghasilkan khat-khat Khafif Sulus, Khafif Sulusain, Riyasi dan al-Aqlam as-Sittah (Sulus, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riqah danTauqi). Tokoh terkemuka pada zaman ini ialah al-Ahwal, Ibnu Muqlah, Ibnu Bawwab dan Yaqut al-Mustasimi. Melalui penciptaan Ibnu Muqlah, khat-khat direka dengan bentuk yang geometris. Ciptaan Ibnu Muqlah ini dinamakan al-Khat al-Mansub yang diukur mengikut nipis tebal, panjang pendek serta lengkung goresan secara pasti sehingga menghasilkan bentuk anatomi yang seimbang. Khat al-Mansub dicipta dengan ukuran dan sudutnya yang tepat serta kaedah untuk meletakkan titik dan juga barisnya. Kaedah tersebut dibuat sehingga memberikan khat satu corak keindahan yang tersusun yang bergantung pada jalinan titik, bentuk bulat dan penulisan Dia menjadikan huruf alif yang dahulunya ukuran panjangnya ditetapkan melalui bilangan beberapa titik untuk satu bulatan dan semua huruf diukur mengikut titik-titik tersebut. Kemudian, ia dikembangkan lagi oleh Ibn Bawwab menjadikannya lebih eksklusif dan menarik. Seterusnya, Yaqut al-Mustasimi mengemaskinikan lagi khat Ibnu Muqlah dan Ibnu Bawwab dengan bentuk tersendiri. Yaqut mendapati bahawa kaedah penulisan khat al-Mansub yang dibuat oleh kedua-duanya mempunyai kekukuhan serta kesinambungan antara ukuran, sudut dan keindahan bentuk. Tetapi ia memerlukan cara yang lebih unik dalam membuatnya, iaitu dengan menambah keindahan bentuknya, huruf dan kesinambungan pada semua unsurnya. Dia telah menumpukan sepenuh usahanya dalam aliran ini dan berjaya mencipta pen yang belum pernah dibuat sebelum itu. Antara ahli khat zaman Abbasi ialah Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi menghasilkan khat al-Riyasi. Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam khat nasakh, Muhammad bin Muqalan mahir dalam khat al-Duri, Muhammad al-Samsari dan Muhammad bin Asad telah memperbaiki khat nasakh dan Tauqiaah. Abu Hasan Ali bin Hilal ( Ibnu Bawwab ) memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat. Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami, ahli khat yang handal di Baghdad.

SOALAN B JENIS-JENIS KHAT i- Khat Kufi : a. Sejarah Khat : Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozekmozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis. Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi. Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba, khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khatKufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Mutaassir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. b. Ahli-ahli Khat : Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan sepertimana yang ada di dalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini.

c. Kaedah Penulisan :

d. Contoh :


ii- Khat Nasakh : a. Sejarah Khat : Khat Nasakh berkembang daripada bentuk yang kaku kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampai kepada orang Arab Hijaz dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam. Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini bertambah baik bentuknya apabila khattat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta kaedah penulisan Khat Nasakh. Pada zaman Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik. Digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan Khat Kufi Klasik. Mengikut perkembangan khat ini, terdapat dua jenis khat Nasakh. Pertama adalah Nasakh Klasik yang telah ada semenjak zaman pemerintahan Kerajaan Abasiyah. Kaedah penulisan ini ditulis oleh Ibn Muqlah dan kemudian dimurnikan lagi oleh orang Atabikah dan dijelmakan dalam bentuk ukiran dan hiasan oleh orang Turki. Manakala khat Nasakh yang kedua pula ialah Nasakh Akhbar, iaitu khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang jelas dan huruf yang tebal. Tulisan ini juga dinamakan tulisan surat khabar kerana penggunaannya meluas dalam bidang akhbar. b. Ahli-ahli Khat : Antara khattat terkenal dalam khat nasakh ini ialah Ali bin Muqlah (tahun 272-328H), al-Ahwal, Ibnu Bawwab,Yaqut al-Mustasimi, Sheikh Abdul Aziz Affandi al-Rifaie (1871- 19334m), Hamid al-Amidi (1891-1982m) dan juga Sheikh Muhammad Badawi Derani (1894-1967m). c. Kaedah Penulisan :

Huruf huruf Tunggal Khat Nasakh

Kaedah Umum Khat Nasakh: Huruf-huruf khat yang ditulis di atas garisan;

Huruf-huruf yang ditulis di bawah garisan pula adalah seperti berikut:

Kepala huruf-huruf berongga tertentu ditutup seperti huruf Ain dan Ghain yang berada ditengah dan dihujung serta huruf Mim ekor ke bawah ketika di akhir perkataan. Contohnya ;

Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;

Keistimewaan khat ini ialah boleh diletakkan baris. Huruf-huruf berekor boleh di tarik memanjang mengikut kesesuaian contohnya Huruf Nun, Sin, Syin, Fa, Sod, Dhod, Qaf dan Ya.

Terdapat juga penulisan huruf-huruf yang ditebalkan dan dinipiskan.

Huruf mim () , Ra( )dan Ha( ) mempunyai beberapa jenis bentuk.

Semua huruf Khat Nasakh condong ke bawah pada bahagian kiri (akhir) setiap huruf.

Huruf-huruf yang ditulis dalam satu kalimah yang bersambung boleh diangkat sedikit samada menajam ataupun sambungan yang lembut. Lihat contoh berikut:

Menajam

Sambungan lembut:

Gigi-gigi huruf keluarga Ba yang berturutan antara 3 dan lebih hendaklah ditinggikan sedikit pada gigi pertama seperti di bawah:

Berikut merupakan kaedah penulisan nasakh bagi setiap huruf yang bersambung.

d. Contoh :


iii- Khat Riqah : a. Sejarah Khat : Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqaah bermaksud cebisan kertas yang ditulis. Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar. b. Ahli-ahli Khat :

Antara khattat terkemuka dalam khat ini ialah Sheikh Muhammad Badawi Derani (1894-1967m), Abu Raqim Hashim b. Muhammad al-Haj Darbas al-Qisi al-Baghdadi (1917- 1978m) dan juga Muhammad b. Saad b. Haddad.

c. Kaedah Penulisan :

Huruf-Huruf Tunggal Khat Riqah

Kaedah Umum : Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan ( di tarik panjang ). Khat Riq'ah tidak mempunyai baris dan hiasan. Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan ialah satu titik tepat. Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah bersamaan setengah titik tepat. Bentuk titik:

Semua huruf Khat Riqah ditulis di atas garisan kecuali huruf Jim,Ha, Kha, Ain, Ghain dan Mim.

Manakala kepala huruf-huruf perlu ditutup ( tidak berrongga ). Contohnya;

Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;

Huruf-hurufnya mestilah ditebalkan, ianya tidak seperti Khat Nasakh dan Farisi yang boleh dinipis dan ditebalkan huruf-hurufnya. Gigi-gigi huruf yang berturutan hendaklah mengikut kaedah seperti berikut:

Huruf-huruf menegak yang disambung sebelumnya perlu mempunyai sudut yang bersegi seperti berikut;

Bentuk Huruf Bersambung Huruf Ba, Ta dan Tha bersambung

Huruf Jim, Ha dan Kha

Huruf Dal, Zal ,Ra, Zai dan Wau bersambung

Huruf Sin dan Syin bersambung

Huruf Sod dan Dhod bersambung

Huruf Tho, Zho dan Ya bersambung

Huruf Ain, Ghain dan Ha bersambung

Huruf Fa dan Qaf bersambung

Huruf Kaf bersambung

Huruf Mim bersambung

Huruf Lam Alif bersambung

d. Contoh :

SOALAN C Perkembangan Seni Khat di Malaysia Dalam Konteks Pendidikan: Seni khat telah sampai ke alam Melayu serentak dengan kedatangan Islam di rantau ini. Sumbangan yang besar kepada alam Melayu kerana sebelum ini mereka bukan sahaja buta huruf tetapi juga tidak mempunyai tulisan. Tulisan yang diperkenalkan oleh Islam di rantau ini dikenali sebagai tulisan jawi. Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7M melalui dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat Perlak, Sumatera kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni tulisan Khat di bumi Melayu. Sehingga kurun 15M, Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Islam dan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminya melalui penemuan batu bersurat di Terengganu ( 1303M). Seterusnya, seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajian pondok, sekolahsekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramai guru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Antara sekolah-sekolah Arab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah AlAttas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Madrasah Al-Ihya Al-Syarif Perak dan lain-lain. Pada masa kini pula, seni tulisan khat telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun enam. Seni tulisan khat yang

ditekankan adalah khat nasakh, khat kufi dan khat riqah. Sehingga kini, seni khat masih lagi relevan dengan sistem pendidikan di Malaysia.

SOALAN D 1. Langkah-langkah Menarik Minat Murid Mempelajari Seni Khat : Bagi menarik minat murid untuk mempelajari seni khat ini, guru boleh mengaplikasikan beberapa langkah ini. Antaranya ialah : a. Menanamkan kesedaran dalam diri murid tentang tulisan khat adalah salah satu cabang kesenian Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. b. Mengadakan pertandingan seni tulisan khat. Ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam bilik darjah mahupun peringkat sekolah. c. Mempamerkan hasil seni tulisan khat murid yang cantik agar murid tersebut mahupun murid yang lain lebih bersemangat untuk mendalami seni tulisan ini. d. Memberikan pujian ataupun ganjaran kepada murid yang dapat menghasilkan seni tulisan khat yang cantik. e. Guru sentiasa mendekati pelajar ketika latihan dibuat. Guru perlu bergerak dari meja ke meja serta membetulkan tulisan pelajar secara langsung sekiranya terdapat kesilapan. f. Guru mesti menanamkan kepada pelajar bahawa khat bukanlah sekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan di bawah Kurikulum Pelajaran Pendidikan Islam. g. Guru mestilah membetulkan kesilapan pelajar dengan baik, tidak boleh menyebut nama pelajar yang membuat kesilapan secara umum di hadapan pelajar yang lain. 1.2 Cara Untuk Menghasilkan Tulisan Khat yang Kemas dan Cantik : Proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang susah dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Setiap murid perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar ulasan guru di samping mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran guru terutama dalam aspek pengukuhan dan pembetulan. Berikut adalah beberapa cara untuk menghasilkan tulisan khat yang kemas dan cantik, antaranya ; a. Sebelum menguasai kemahiran menulis, murid perlu didedahkan kepada peringkat pra menulis iaitu murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis seperti latihan mengikut garisan-garisan, rajah atau gambar dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri atau dari atas ke bawah dan sebagainya.

b. Setelah murid-murid mahir menggunakan pensil dengan betul, barulah murid menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat. c. Guru mesti menunjukkan cara yang betul untuk membentuk huruf-huruf jawi. Ini kerana pembentukan huruf yang salah akan menghasilkan tulisan yang comot. d. Guru memantau murid semasa mereka menulis supaya dapat memastikan murid menulis mengikut teknik dan cara yang betul. Ianya mestilah bermula dari peringkat asas iaitu pembentukan huruf. e. Ketika menulis perkataan atau ayat, guru hendaklah menerangkan dan menunjukkan cara yang betul untuk menulis terutamanya bagi huruf yang bersambung. Ini kerana dalam tulisan jawi, terdapat huruf yang boleh bersambung dan juga sebaliknya. f. Bagi menguasai kemahiran menyambung huruf, murid hendaklah selalu diberi aktiviti menyambung huruf-huruf menjadi perkataan ataupun mencerakinkan perkataan menjadi huruf. g. Sebagai role model kepada murid, tulisan guru juga hendaklah sentiasa kemas dan baik. h. Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan. Lazimnya sebanyak sepuluh kali ulangan penulisan dibuat.

RUJUKAN

1. Adam Hj Musa. (1995). Siri Kaedah Panduan Seni Khat Arab. Johor Bahru : Jabatan Agama Islam Johor. 2. Dr. Ismail Abas, Fadzilah Mustapha, Abu Hisham Yusof dan Muzni Borhan. (2009) HDIS1103/HBIS1103 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. 3. Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad dan Ahmad Tarmizi Talib. (1997). Tamadun Islam. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

4.