Arahan: Arahan kepada calon a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan, No. Soalan dan sediakan ruang Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang lukisan anda (lihat gambar rajah di bawah). Sudut kanan sebelah atas muka belakang lukisan anda
5 cm
MARKAH:
8 cm
c) d) e) f) g)
Hasil kerja anda hendaklah yang asli. Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan itu. Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada pemukaan hasil kerja yang sudah siap. Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D sahaja
1.
Lukis sebuah lukisan bertemakan Buah-buahan Tempatan. Lukisan tersebut mestilah mempunyai aspek jalinan, bentuk dan ton
2.
Dengan menggunakan warna panas, hasilkan sebuah catan bertemakan sebuah pemandangan pada waktu senja di laut. Catan anda mestilah menekankan aspek ton warna, ruang, dan komposisi.
3.
Dengan menggunakan pelbagai jenis garisan yang dipelajari hasilkan sebuah lukisan pemandangan air terjun.
4.
Seekor makhluk ganjil, ngeri dan menakutkan tiba-tiba muncul dari dalam air di sebuah tasik. Makhluk tersebut sedang memegang seekor tangkapan dari tasik tersebut. Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi makhluk tersebut.
5.
Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan pemandangan di sebuah jalan raya. Lukisan tersebut mestilah mempunyai garisan perspektif dan beberapa buah batang lampu jalan di tepi jalan raya.