Anda di halaman 1dari 24

DISEDIAKAN OLEH: ANIS SYAKIRA AZIZMAI @AZMI ASMANITA ISMAIL NURFARAHIM MOHD ADLI NURUL ASMIDA ASRI

Taj Mahal yang terletaknya

di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam.

Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad

Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983,UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk

tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah

digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal. Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya. Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata didindingnya.

Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang

menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada tahun 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London. Ketika Perang Dunia II pada 1942, dindingnya rosak akibat serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal

turut menerima padah dari serangan udara. Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

PEMBINAAN
Shah Jahan memerintahkan

Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah.

Taj Mahal merupakan

salah satu daripadaTujuh Benda Ajaib di dunia. Taj Mahal bermaksud Istana Mahkota. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam te lah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

TAMAN REKREASI
Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan

,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

SENI KHAT
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.

Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.

KONTRAKTOR PROJEK
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia. Antaranya ialah: Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha. (Puru dari Benarus, Parsi (Iran). Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman. Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.

Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua

pengukir mozek. Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat . Namanya terukir pada pintu laluan utama. Muhammad Hanif - penyelia Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran kewangan dan pembelian barangan. Pengukir dari Bukhara. Kaligrafi dari Syria dan Parsi. Inlayer dari India Selatan. Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

BAHAN BINAAN
Bahan bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia

Tengah dengan menggunakan 1000 gajah. Dan berdirilah kubah utama setinggi 57 meter. 28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia digunakan. Batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab, jade dan kristal dari China, batu Firus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Srilanka, batu bara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.

Tak seperti makam Mughal lainnya, taman Taj Mahal

berada di depan makam. Latar belakang Taj Mahal adalah langit, sehingga Taj Mahal terlihat begitu gemerlap dengan warna. Komposisi bentuk dan garisnya pun simetri sempurna Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

KONTROVERSI
Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak

asas bangunan Taj Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan. Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad. Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masihi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'TejoMahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

BUKTI
Batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah

dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 tahun lebih tua dari tempoh pemerintahan Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York. Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638, tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal. Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal.

Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun

Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa. Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.

KATA-KATA SHAH JAHAN


Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini, Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa. Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini, Semua dosanya di masa lalu dibersihkan. Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan; Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata. Di dunia ini bangunan ini telah dibina; Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

Anda mungkin juga menyukai