Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN

MENULIS MEKANIS DAN MENTALIS


OLEH : ASUWANI THAYER YUVANESWARY THAMBIRAJA

KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS


Dikenali sebagai peringkat mendirikan asas. Menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.

Melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan.

Diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan

kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap


satu sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 3).

CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS


MEKANIS

Latihan pergerakan tangan, otot, dan jari membentuk garisan, bulatan dan segi. Latihan menulis di kotak pasir, udara, air dan papan putih. Latihan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat. Latihan menulis cepat dan senang dibaca. Latihan tulisan cantik dan kemas. Latihan menulis huruf daripada gambar yang mirip kepada huruf. Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus. Latihan menamakan gambar. Latihan menyalin rangkai kata atau ayat. Menyalin urutan huruf yang bergabung menjadi suku kata terbuka atau tertutup.

KEMAHIRAN MENULIS MENTALIS

Berfokus kepada pernyataan fikiran dan perasaan.

Operasi yangmelibatkan pemprosesan mental bagi


menghasilkan sesuatu yangdapat dibaca dan difahami oleh individu lain.

Melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihanlatihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.

Diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.

CONTOH AKTIVITI MENULIS MENTALIS

Latihan membina ayat dan ayat-ayat mudah.

Latihan menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh


guru.

Latihan mentransformasikan ayat menggunakan senarai perkataan yang diberikan.

Latihan menulis ayat atau frasa bermakna menggunakan senarai perkataan yang diberikan.

Latihan menyatakan fikiran atau pendapat. Latihan menyatakan perasaan atau kehendak.

BORANG INVENTORI BAGI


MENGUJI KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS DAN

MENTALIS