Anda di halaman 1dari 7

PROJEK KAYU

TAJUK : RAK CENDERAMATA

BAHAN : a. 2 keping papan 25 X 70 X 325 b. 2 keping papan 12.5 X 70 X 225 c. 1 keping papan 25 X 70 X 225

PERALATAN :

1. PEMBARIS KELULI

2. SESIKU-L

3. PENSEL PENANDA

4. GERGAJI PUTING

105

5. TOLOK PENANDA

6. GANDIN KAYU

7. KERTAS PASIR

8. RAGUM MEJA

9. PAHAT

10. KIKIR

106

LUKISAN KERJA

107

PROSES KERJA

1. PERSEDIAAN BAHAN

a. Bahan-bahan yang digunakan dalam projek seperti papan diperiksa terlebih dahulu. Hal ini bertujuan untuk : i. Memastikan ketebalan kayu sesuai dengan speksifikasi yang diberikan. ii. Memastikan keadaan kayu dalam keaddaan baik iaitu tidak rosak, lubang dan sebagainya. b. Peralatan-peralatan yang hendak digunakan haruslah mencukupi dan dalam keadaan baik agar selamat digunakan.

2. MENGUKUR DAN MENANDA ( BAHAN ASAS )

a. Proses mengukur dan menanda dilakukan sebelum proses pemotongan dilakukan. b. Proses ini dilakukan agar tidak berlakunya masalah-masalah yang tidak diingini seperti bahan terlebih panjang atau terlalu pendek. c. Antara alat-alat yang digunakan dalam proses ini adalah : i. Pensel Penanda ii. Pembaris Keluli iii. Sesiku-L

d. Proses Menanda : i. Sekeping papan yang berukuran kira-kira 70 mm panjangnya dibahagikan kepada 2 bahagian dan ditandakan 325 mm panjangnya. ii. Sekeping kayu mempunyai panjang 250 mm ditandakan 225 mm panjangnya. iii. Sekeping papan yang panjangnya 50 mm dibahagikan kepada 2 bahagian yang kedua-duanya berukuran 225 mm.

108

3. MEMOTONG

a. Proses memotong dilakukan selepas proses mengukur dan menanda dilakukan kerana pemotongan akan berlaku berdasarkan ukuran yang yang telah dilakukan sebelumnya. b. Alatan tangan yang digunakan dalam proses memotong adalah : i. Gergaji puting ii. Ragum meja c. Proses memotong : i. Bahagian kayu yang hendak dipotong diapit menggunakan ragum meja pada meja untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan dilakukan. ii. Kemudian potong bahagian-bahagian kayu yang ingin dipotong berdasarkan ukuran yang telah ditanda pada sebelumnya. Proses memotong menggunakan gergaji puting. 4. KEMASAN a. Ketika ini, bahagian yang dipotong tadi akan diberi kemasan dan diuji menggunakan sesiku-L. b. Alat-alat yang digunakan : i. Sesiku-L ii. Kertas pasir iii. Kikir c. Proses kemasan : i. Bahagian tepi kayu yang kasar dikir perlahan dengan kikir. ii. Bahgian tempat yang dipotong juga dikikir sekiranya tidak rata. iii. Bahagian tersebut dikemaskan lagi menggunakan kertas pasir.

5. MENGUKUR DAN MENANDA ( MEMBINA TANGGAM ) a. Proses ketika ini melibatkan pengukuran untuk pembinaan tanggam. b. Pengukuran ini dilakukan pada kedua-dua keping kayu yang berukuran 25 X 70 X 325. c. Antara alat yang digunakan adalah :
109

i. Pensel penanda ii. Pembaris keluli iii. Sesiku-L d. Proses menanda : i. Lebar tanggam diukur dan ditanda menyamai tebal papan yang digunakan iaitu 12.5 mm. ii. Kedalaman tanggam pula setengah daripada ketebalan kayu yang akan dibina tanggam iaitu 12.5 mm. iii. Akhir sekali, bahagian yang hendak dibuang dalam proses membuat tanggam ditanda X agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. 6. MEMAHAT a. Proses memahat dilakukan selepas proses menda dan tanggam parit terus akan dibuat. b. Antara alat yang digunakan ialah : i. Pahat ii. Gandin kayu iii. Gergaji iv. Kikir c. Proses memahat : i. Bahagian atas yang hendak dipahat, digergaji dengan gergaji terlebih dahulu agar menyenangkan proses memahat dilakukan. ii. Kemudian, dengan pahat, bahagian parit yang hendak dibuang dipahat dengan teliti. iii. Setelah proses memahat selesai, tanggam telah siap dibina namun tanggam diperkemaskan lagi dengan menggunakan kikir.

7. PEMASANGAN TANGGAM

a. Dlam proses ini, semua bahagian dipasang mengikut pelan yang telah ditetapkan. b. Alat-alat yang digunakan : i. Paku
110

ii. Tukul iii. Gandin kayu c. Kemudian dipaku di tempat-tempat yang tertentu.

8. KEMASAN a. Proses ini dilakukan agar mendapat produk yang bermutu tinggi, cantik dan tahan lama. b. Antara alat yang digunakan adalah : i. Kertas pasir ii. Syelek c. Proses kemasan : i. Bahagian tanggam yang tidak rata dikemaskan lagi menggunakan kertas pasir. ii. Setelah berpuas hati, permukaan produk dibersihkan dari habuk. iii. Seluruh permukaan bahan kerja disapu menggunakan syelek. iv. Lapisan pertama dibiarkan kering kemudian digosok dengan kertas pasir gred paling halus. v. Langkah ( iii iv ) diulang sehingga lapisan ketiga agar mendapat permukaan yang bersih dan cantik.

111