Anda di halaman 1dari 3

Termometri dan termometer

Termometri dan termometer

Suhu dan Tenaga haba

Keseimbangan Terma

Jenis Termometer

Pindahan Haba

Tenaga haba dan Suhu

Teori molekular jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang sentiasa bergerak.

Tenaga kinetik zarah itu mempengaruhi suhu jasad. Lebih lajunya gerakan zarah lebih tinggi suhu jasad.

Suhu (T) suatu objek menunjukkan darjah kepanasan objek itu.

Haba (Q) ialah tenaga yang mengalir dari objek yang lebih panas ke objek yang lebih sejuk.

Kedua-dua jasad tersebut dikatakan telah mencapai keseimbangan terma.

Keseimbangan Terma
Kadar pindahan tenaga terma dari satu jasad yang lebih panas ke jasad yang lebih sejuk akan berterusan sehingga kadar pindahan haba menjadi sama rata.

kedua-dua jasad akan mempunyai suhu yang sama.

Jenis Termometer

Termometer adalah suatu alat pengukur suhu yang dibina dengan berdasarkan sifat termometri yang tertentu misalnya isipadu cecair, tekanan gas, daya gerak elektrik dan rintangan dawai logam.

Termometer merkuri adalah ditentukur berdasakan takat suhu didih air(100 C) dan takat beku air (0 C).

Sifat fizikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat termometri bahan itu.

Kedua-dua jasad tersebut dikatakan telah mencapai keseimbangan terma. Persamaan untuk pengiraan kuantiti haba Q adalah Q = jisim bahan(m) X muatan haba tentu (c) X perubahan suhu (T) Unit untuk Q adalah Joule(J), m adalah kg, c adalah Jkg-1 C-1 dan T adalah C.

Tenaga haba dipindah melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran.

Pindahan Haba

Konduksi melibatkan pengaliran haba dari satu tempat yang lebih panas ke tempat yang lebih sejuk Perolakan melibatkan zarah-zarah yang tidak bersentuhan antara satu sama lain.

Sinaran melibatkan pindaan tenaga tanpa bergantung kepada wujudnya jirim antara punca tenaga haba dan sasaran.

Anda mungkin juga menyukai