Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK, PENGKALAN HULU Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan (3K)

DASAR 3K
Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SK TASEK

Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SK TASEK Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertingkatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SK TASEK Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk memastikan tahap peningkatannya di SK TASEK Memupuk kerjasama diantara warga SK TASEK dengan pihak luar dalam membentuk seubah masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan sepanjang masa. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adalah amalan warga sekolah setiap hari. Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan.

MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SK TASEK


1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.

2. 3.

Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban selaras dengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. 4. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah. 5. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.

MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SK TASEK


1. 2. 3. Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.

Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan. Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K. 4. Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekerja swasta. 5. Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan. 6. Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.

PROSEDUR KESELAMATAN DI SK TASEK


1. 2. Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.

Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. 3. Semasa pergi ke sekolah murid-murid boleh Melintas kawasan letak kereta menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan sahaja. Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk di tepi dewan sekolah atau pintu tepi Blok F. Murid-murid yang berbasikal perlu menolak basikal mereka melalui pintu masuk utama. Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya tidak membuat pusingan di hadapan pintu utama. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya. 4. Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah. Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan. Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal. Ibubapa mendapat tandatangan pihak pentadbir. 5. Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

MATLAMAT ASPEK KESIHATAN


1. 2. Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masingmasing dengan cara yang betul.

Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti H1N1 dan penyakit berbahaya yang lain. 3. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran 4. Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

Anda mungkin juga menyukai