Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau misuse dan abuse Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah Khamar yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis Khamar kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran. Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1. 2. 3. 4. 5. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon) Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain) Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol) Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin) Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
Dikenali juga sebagai M, White Stuff, White Powder, Monkey, Dreamer, Morpho, Tab, Morb, Cubes, Emsel dan Melter. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin. 2. Ganja
Ianya dikenali sebagai Kanabis Herba, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
3.
Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.
Kesan penyalahgunaan dadah 1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan. 2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka 3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya. 4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan) 5. 6. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalankhayalan kesan dadah yang mereka ambil. 8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami. 9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali. 2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya. 3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. 4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.