Anda di halaman 1dari 12

Laporan Akhir Perkembangan motor kasar bagi seorang kanak-kanak telah bermula sejak mereka lahir.

Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada Oleh itu perkembangan koordinasi selain daripada kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. motor kasar adalah perkembangan gerakan dan

memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri. Perkembangan ini akan berterusan sehingga mereka mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran atau gerakan dengan berkesan. Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih kompleks. Kanak-kanak akan mampu membuat sesuatu motor kasar dengan baik. Selain itu, mereka juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Oleh itu, aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan Kanak-kanak akan berasa seronok berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. yang telah telah mereka peroleh. Setelah menjalankan PBS di Sekolah SJK (C) Sungai Lembu, saya teleh memerhati bahawa terdapat beberapa kanak-kanak prasekolah di sekolah tersebut mempunyai perkembangan motor kasar yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana saya berada di dewan bagi sepanjang sesi pengambilan kanak-kanak prasekolah bagi penyertaan tarian yang dianjurkan oleh sekolah. Semasa sesi pengambilan dijalankan, saya mendapati beberapa kanak-kanak dapat meniru pergerakan guru semasa guru tersebut membuat contoh-contoh pergerakan di depan

sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran

kanak-kanak. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kanak-kanak tidak dapat meniru pergerakan guru dengan baik walaupun telah diulangi beberapa kali. Selain itu, kemudahan yang terdapat dalam prasekolah juga dapat membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah tersebut telah menyediakan alatan-alatan yang sesuai seperti gelung getah, bola, dan sebagainya kepada kanak-kanak prasekolah menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya mendapati aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah mampu dilakukan oleh kanak-kanak kerana kebanyakan kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dengan baik seperti berlari, skipping, membaling dan menyambut bola, mengimbangkan badan dan sebagainya. peralatan yang disediakan di prasekolah. Sebelum menjalankan aktiviti Pendidikan Semasa sesi P&P Pendidkan Jasmani Jasmani, kanak-kanak juga dapat bimbingan daripada guru dalam menggunakan dijalankan pula, guru telah menggunakan konsep ansur maju bagi meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Sekolah tersebut juga telah menyediakan taman permainan di prasekolah yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Selain daripada itu, ruangan dan persekitaran dalam prasekolah amat sesuai dan dapat membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak. Kanak-kanak memang suka berlari dan bergerak cergas semasa sesi P&P PJ dijalankan. Di samping itu, guru dapat mengajar kemahiran yang sesuai untuk perkembangan kanak-kanak dan kanakkanak juga dapat menggunakan anggota badan yang sesuai untuk melakukan aktiviti motor kasar. Sebagai contohnya, tidak dapat halangan dari segi fizikal atau anggota badan yang menghalang kanak-kanak membuat mengimbangkan badan semasa menjalankan sesi warming up oleh guru. Saya juga dapat memerhati kanak-kanak prasekolah memberi bimbingan kepada rakan sebaya apabila terdapat kanak-kanak yang lain tidak dapat membuat sesuatu kemahiran dengan baik. Ibu bapa bagi kanakkanak prasekolah juga telah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkembangan motor kasar kanak-kanak.

Kanak-kanak dapat membuat imbangan Kanak-kanak dapat mengikut arahan guru badan dengan baik semasa menjalankan serta membuat gerakan-gerakan dengan sesi warming up baik

Kebanyakan kanak-kanak dapat meniru Guru prasekolah sedang memilih kanakgerakan-gerakan tarian tersebut. kanak yang berpotensi bagi menyertai persembahan tarian tersebut.

Kemahiran

motor

halus

ialah

kemahiran

yang

melibatkan

kemahiran

menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan motor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini adalah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi. Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ini ialah bermain dengan doh. Oleh itu, prasekolah tersebut telah menyediakan permainan seperti doh, lego, patung, catur dan sebagainya untuk kanakkanak prasekolah di dalam kelas. Apabila terdapat masa yang lebih, kanak-kanak akan diberikan kebebasan menggunakan alatan-alatan tersebut bagi mengisi masa lapang mereka. Saya juga dapat memerhati bahawa kanak-kanak berasa seronok dan aktif semasa melakukan aktivti yang melibatkan perkembangan motor halus. Hal ini kerana kanak-kanak bermain tanpa disuruh oleh orang lain dan kanak-kanak juga dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain dengan rakan sebayanya. Selain itu, guru prasekolah telah mempamerkan hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan, kraftangan dan sebagainya di dalam kelas. Semasa menjalankan sesi P&P, guru prasekolah telah menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Saya juga mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah kurang melakukan aktiviti penulisan di dalam kelas. Selain itu, guru prasekolah telah merancangkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan motor halus yang sesuai dengan keupayaan dan kebolehan kanak-kanak. Justeru, aktiviti menggunting adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di usia prasekolah yang melibatkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanakkanak. Oleh itu, kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntinggan-guntingan yang lebih rumit.

Sebagai contohnya, semasa menjalankan PBS di sekolah tersebut, saya dapat memerhati bahawa kebanyakan kanak-kanak dapat menggunting bendera Malaysia dengan baik semasa menjalankan lembaran kerja di dalam kelas. Bagi kanak-kanak yang lemah, guru akan membantu serta memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak tersebut apabila kanak-kanak tersebut menjalankan aktiviti yang melibatkan motor halus. Justeru, di bawah bimbingan guru prasekolah, kebanyakan kanak-kanak dapat memegang alat tulis dan menggunting dengan baik serta mempunyai tulisan yang kemas dan boleh dibaca.

kanak-kanak dapat mewarnakan bendera malaysia dengan baik.

Ini adalah hasil kerja kanak-kanak prasekolah.

kanak-kanak dapat menulis tulisan dengan baik dan boleh dibaca.

Kanak-kanak sangat gembira dengan hasil kerja mereka.

Keselamatan di dalam prasekolah juga perlulah diambil perhatian oleh guru prasekolah bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku. Oleh itu, prasekolah SJK(C) Sungai Lembu telah menyediakan saiz kerusi dan meja yang sesuai dengan kanak-kanak. Selain itu, perabot di dalam kelas selamat digunakan serta alat permainan dan alat bantu mengajar disimpan rapi setiap kali selepas kanak-kanak menggunakannya. Saya juga dapat memerhati bahawa guru prasekolah sentiasa di sisi kanak-kanak semasa mereka bermain bagi memastikan kanak-kanak menggunakan alat permainan dengan selamat serta tidak membiarkan kanak-kanak prasekolah memasukkan benda-benda ke dalam mulut. Pengurusan diri kanak-kanak juga telah diberikan perhatian oleh guru prasekolah. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan oleh pihak sekolah juga telah menyesuai dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Justeru, prasekolah tersebut telah menyediakan ruang yang mencukupi dan selamat dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan serta aktiviti yang dijalankan tidak mengancam keselamatan kanak-kanak prasekolah. Di samping itu, prasekolah tersebut juga tidak menggunakan perabot atau alat yang diperbuat daripada kaca bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, alatan dapur seperti air panas, pisau, dan alatan-alatan elektrik telah diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak. Sekolah tersebut juga telah menyediakan satu taman permainan bagi kanak-kanak prasekolah. Kawasan taman permainan tersebut rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu dan benda yang tajam. Malahan, melalui pemerhatian saya lagi, alat-alat permainan di taman permainan sudah berkarat tetapi pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang wajar walaupun pihak sekolah telah banyak kali menulis surat bagi permohonan untuk pembaharuan. Selain daripada itu, keselamatan di luar prasekolah juga hendaklah diambil perhatian oleh pihak sekolah supaya memantapkan lagi keselamatan kanak-kanak prasekolah. Melalui pemerhatian saya semasa menjalankan PBS di sekolah tersebut, prasekolah berada di lokasi yang jauh daripada kesibukan jalan raya, kawasan paya dan sebagainya. Di samping itu, kawasan sekolah telah dipagarkan supaya kanak-

kanak tidak berlari di rata-rata tempat yang tidak selamat. prasekolah.

Saya juga mendapati

prasekolah tersebut tidak menyediakan sudut permainan air bagi kanak-kanak Kawasan permainan di luar bilik darjah telah diselia dengan rapi dan Apabila menjalankan aktiviti diselenggara mengikut jadual atau keperluan semasa.

permainan luar, kanak-kanak prasekolah telah dipastikan memakai kasut yang sesuai serta sentiasa di bawah pemerhatian oleh guru prasekolah sepanjang sesi P&P dijalankan. Selepas habis kelas, kanak-kanak prasekolah telah diminta menunggu di dalam sekolah bagi memastikan ibu bapa datang untuk menjemput anak-anak mereka pulang ke rumah. Selain itu, pengawal sekolah juga akan mengawasi kanak-kanak di jalan raya semasa kanak-kanak balik ke rumah.

Kawasan persekitaran prasekolah telah Taman permainan sudah rosak dan tidak dipagarkan selamat. supaya kanak-kanak tidak diambil perhatian oleh pihak sekolah. berlari di rata-rata tempat yang tidak

Taman

permainan

tersebut

kurang Taman permainan sudah berkarat dan bermain.

selamat kerana tidak mempunyai tapak tidak sesuai lagi bagi kanak-kanak untuk yang lembut.

Kerusi

dan

meja

yang

sesuai

telah Bahan bantu mengajar telah disusun dengan teratur serta disimpan di tempat yang sesuai.

disediakan kepada kanak-kanak

Amalan pemakanan berkhasiat amat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan. kanak adalah sangat penting. Peranan guru prasekolah bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan kanakHal ini adalah kerana kanak-kanak perlu mendapat makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan yang tidak berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Melalui pemerhatian saya semasa menjalankan PBS di sekolah tersebut, menu makanan di prasekolah tersebut telah ditetapkan bagi setiap minggu serta dipamerkan pada dinding prasekolah. Walaubagaimanapun, makanan yang disediakan oleh Hal ini pembantu tidak dapat mengikut menu makanan yang telah ditetapkan.

bermungkinan pembantu mengahadapi masalah bajet atau keadaan semasa dan sebagainya. Pembantu juga telah menyediakan kuantiti makanan kepada kanak-kanak bersesuaian dengan umur mereka. direka berdasarkan kesihatan Di samping itu, menu makanan tersebut telah Kanak-kanak prasekolah telah kanak-kanak.

dihidangkan makanan yang berlainan bagi setiap hari supaya kanak-kanak dapat membuat pilihan, tidak bosan serta gembira menjamu makanan. Buah-buahan tidak disediakan oleh pembantu bagi kanak-kanak semasa saya berada di prasekolah sepanjang PBS ini. Selain itu, pihak sekolah juga telah mengenalpasti kanak-kanak prasekolah yang mempunyai alergi makanan, tetapi prasekolah bagi sekolah ini tidak mengalami masalah ini. Semua kanak-kanak dapat menjamu makanan yang disediakan oleh pembantu. Makanan kering seperti biskut yang lebih atau makananmakanan telah disimpan di tempat yang sesuai. Melalui pemerhatian saya di prasekolah tersebut lagi, menu makanan yang disediakan oleh prasekolah tersebut tidak dapat berdasarkan piramid makanan. Hal ini kemungkinan prasekolah tersebut menghadapi masalah bajet atau dalam segi pengurusan. Sebelum menjamu makanan, kanak-kanak akan diminta membasuh tangan dahulu sebelum dan selepas makan bagi menjamin kesihatan kanak-kanak. Pembantu guru prasekolah juga telah menggunakan bahan-bahan yang segar semasa menyediakan makanan untuk kanak-kanak prasekolah. Makanan juga akan

dihidangkan sebelum kanak-kanak prasekolah bersedia di tempat makan serta ditutup dengan baik. Semasa menjamu makanan, kanak-kanak menggunakan alat makanan seperti sudu, garpu, pinggan dan cawan yang telah dicuci dengan bersih. Bagi kanakkanak prasekolah yang memilih makanan, guru prasekolah akan memberi teguran dan pendedahan tentang makanan yang disediakan supaya kanak-kanak tersebut dapat nutrient yang secukupnya. Kanak-kanak patut mengambil makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka. Tambahan pula, pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat.

Makanan nugget yang tidak berkhasiat Kanak-kanak telah disediakan kepada kanak-kanak.

berasa

gembira

semasa

menjamu makanan yang disediakan.

Kanak-kanak telah diminta menggosok gigi Menu makanan telah dipamerkan di dinding selepas makan. bilik darjah.