Anda di halaman 1dari 3

RUMUSAN Akidah dari segi bahasa bermaksud kepercayaan yang kukuh.

Pada istilah pula, akidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T. serta sifat-sifat kesempurnaanNya berasaskan dalil-dalil naqli dan akli. Akidah yang sebenar adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sebarang kepercayaan atau amalan yang bukan datang daripada kedua-duanya yang berkaitan dengan akidah adalah tidak betul dan membawa kesesatan. Guru Pendidikan islam hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memastikan akidah ummah berada di landasan yang betul. Masyarakat Islam hendaklah sentiasa diingatkan agar mentauhidkan Allah dalam semua perkara, sentiasa berkeyakinan teguh terhadap kewujudan, keesaan, dan kekuasaan Allah S.W.T. Selain itu, guru pendidikan Islam juga boleh mengajak masyarakat melalui bimbingan agar semua ummah meneguhkan keyakinan dan keimanan terhadap sifat-sifat kesempurnaan Allah. Menghindarkan diri daripada perkara khurafat dan syirik yang akan membawa Islam dengan berhikmah dan bijaksana. Akidah yang benar akan memastikan segala amalan seseorang itu diterima oleh Allah S.W.T. Akidah yang salah menyebabkan amal ibadat yang sia-sia dan tidak diterima oleh Allah S.W.T. Guru Pendidikan Islam boleh menyeru masyarakat agar mendalami isi Al-Quran, kerana di dalam Al-Quran menyeru manusia memerhati kan kejadian dirinya dan alam persekitaran tentang bagaiamana ia dijadikan. Pemerhatian ini akan menguatkan lagi keimanan seseorang kepada Allah S.W.T. sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Araf:ayat 185 yang berbunyi: kepada kerosakan akidah akhirnya. Guru pendidikan Islam juga boleh mengajak orang ramai mendekati

Maksudnya: Dan patutkah mereka tidak memerhatikan alam langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekat kebinasaan mereka, maka kepada berita apakah lagi mereka akan beriman.

Akidah yang tidak berlandaskan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah adalah ciri-ciri akidah yang salah. Lantaran itu keimanan mengenai ketuhanan dan kerasulan mudah digugat kesan daripada ajaran atau kefahaman yang meragukan. Justeru, sebagai seorang guru pendidikan Islam yang berhubung rapat dengan masyarakat setempat seharusnya mengajak masyarakat Islam agar menjauhi perkara yang boleh merosakkan akidah. Seseorang muslim itu boleh rosak akidahnya melalui perbuatan, perkataan, dan hati. Guru Pendidikan Islam boleh menyampaikan peringatan dan panduan tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam seperti mengakui ada kuasa lain selain Allah S.W.T, ragu-ragu dengan rukun Islam, rukun Iman, atau hukum-hukum Islam, meyakini alam ini terjadi dengan sendiri. Kesemua perkara ini adalah perkara yang boleh merosakkan akidah melalui hati Selain itu, hendaklah ditegaskan juga bahawa perkara yang merosakkan akidah melalui perkataan adalah seperti mengatakan bahawa hukum Islam tidak sesuai diamalkan pada zaman ini, mengatakan bahawa hukum hakam yang terdapat di dalam Al-Quran sudah ketinggalan zaman, menghina Al-Quran dan hadis-hadis nabi serta mempersendakan hukum dari Allah S.W.T. Melalui perbuatan pula, akidah seseorang itu boleh rosak seperti memakai lambang-lambang mana- mana agama seperti salib, tatu dan sebagainya. Guru pendidikan Islam boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya pelajar yang hampir dengan dirinya akan keburukan amalan meniru cara mana-mana agama lain. Guru Pendidikan islam juga hendaklahmengingatkan pelajar-pelajarnya agar mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang rosak akhlaknya serta selalu berpesan agar pelajarnya berkawan dengan orangorang yang soleh yang boleh membawa kepada pemantapan iman.

Rasulullah sendiri pernah melahirkan kekhuatiran baginda terhadap umatnya sebelum kewafatan baginda. Oleh itu, sebagai umat Islam, seharusnya kita membalas kerisauan Nabi Muhammad S.A.W dengan menjaga pegangan kita, iman kita, akidah kita serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan akidah yang akhirnya akan membawa kita ke penghujung kehidupan di dalam neraka.