Anda di halaman 1dari 2

Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua

demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya. . Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel PAPA(akhirnya kau tewas jua!) ialah peristiwa semasa Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dua orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya. Peristiwa ini menarik kepada ia menimbulkan perasaan suspens dan sedih pada diri pembaca. Peristiwa lain yang menarik ialah semasa Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu. Peristiwa itu menarik kerana ia menunjukkan rasa sayang yang mendalam Intan Julia terhadap ibunya. Satu lagi peristiwa menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa pada bahagian akhir cerita. Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata. Intan Julia dan bapanya terkejut dengan perkembangan itu. Tiba-tiba Aisyah masuk ke bilik. Dia telah diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia melepaskan tangan Jeffri dan memalingkah mukanya. Dia menangis. Tiba-tiba dada Intan Maliana bergoncang kencang dan Intan Julia sempat mengajarnya mengucap kalimah syahadah. Dia kemudian meninggal dunia. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia menjadi puncak kepada perasaan sedih Intan Julia. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka berkenalan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA. Sepanjang belajar di situ, mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan masalah masing-masing.

Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat yang penyayang. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini walaupun isterinya sedang koma. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya. Latar masyarakat lain yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel PAPA(Akhirnya kau tewas jua!) ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA. Pengajaran lain yang diselitkan oleh pengarang ialah seseorang anak memahami perasaan ibu bapa. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi. Selain daripada itu, seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekun untuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi.