Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 2 B5D1E1

(mengenal pasti mud sedih, riang dan takut) Arahan : 1. Sila tunjukkan mud lagu yang diperdengarkan. Pemerhatian: 1. Guru memperdengarkan kepada murid lagu yang menunjukkan mud sedih , riang dan takut 2. Murid menunjukkan mud muka sedih ,riang dan takut apabila mendengar lagu yang diperdengarkan di hadapan murid yang lain.

B5D1E2

(mengenal pasti tekstur nipis dan tebal)

Arahan : 1. Sila perhati dan dengar visual lagu yang akan diperdengarkan. 2. Nyatakan tekstur lagu tersebut "adakah lagu itu nipis atau tebal?" Pemerhatian: 1. Guru menayangkan visual berbentuk kumpulan dan solo. 2. Murid akan bezakan antara dua persembahan ini.

B5D1E3

(mengenal pasti dinamik kuat dan lembut)

Arahan : 1. Sila nyatakan adakah lagu ini kuat atau lembut. Pemerhatian: 1. Guru memperdengarkan sebuah lagu. 2. Murid menyatakan dinamik kuat dan lembut dalam lagu tersebut.

B5D1E4

(mengecam bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah)

Arahan : 1. Nyatakan pic tinggi,rendah dan pic tengah dalam lagu yang akan diperdengarkan dengan menggunakan icon haiwan ( burung, gajah dan anjing). Pemerhatian: 1. Guru memainkan lagu. 2. Murid boleh menunjukkan pic yang berkenaan dengan menggunakan icon haiwan ( burung, gajah dan anjing)

B5D1E5

(mengenal pasti warna ton suara dan perkusi )

Arahan : 1. Sila memperdengarkan sebuah lagu dari rakaman kaset/CD.

Pemerhatian: 1. Guru meminta murid mengenalpasti ton-ton suara yang diperdengarkan. Cth: ton lelaki dan ton perempuan . 2. Murid-murid menunjukkan warna ton suara dengan perkusi badan. Cth : ton rendah / lembut - petik jari ,ton kuat /tinggi- tepuk tangan

B5D1E6

(melakarkan grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat)

Arahan : 1. Tunjukkan gambar haiwan yang bergerak cepat (arnab) dan haiwan yang bergerak lambat(siput babi)

Pemerhatian: 1. Guru meperdengarkan lagu tempo lambat dan cepat. 2. Murid akan menunjukkan gambar haiwan yang berkenaan.

B5D1E7

(mengenal pasti bunyi detik panjang dan pendek)

Arahan : 1. Sila tunjukkan bunyi detik panjang dan pendek. Pemerhatian: 1. Murid membuat persembahan di hadapan kelas. 2. Guru memperdengarkan kepada murid-murid lagu-lagu yang bunyi detik panjang dan pendek. 3. Murid-murid membuat pergerakan ruang diri berdasarkan bunyi panjang dan pendek.

B5D1E8

(membezakan ton suara)

Arahan : 1. Sila tunjukkan ton suara lembut dan kuat. Pemerhatian: 1. Murid menyanyi lagu "Ayam Didik" dengan dinamik lembut dan kuat. 2. Murid memainkan alat perkusi dengan dinamik lembut dan kuat. (dram)

Anda mungkin juga menyukai