Anda di halaman 1dari 2

Asal usul Sarawak. 1.

Berdasarkan cerita penduduk tempatan, asal usul nama Sarawak dikaitkan dengan penyerahan pentadbiran kepada Brunei dan buah nanas. 2. Pada abad ke-18, penduduk tempatan mengusahakan perlombongan di bahagian hulu Sunagi Sarawak. Pembesar tempatan menguasai kawasan tersebut. 3. Apabila Brunei mengambil alih kawasan itu, penduduk tempatan mengalu-alukannya dan sering menyebut perkataan serah kepada awak. 4. Lama-kelamaan, perkataan tersebut diringkaskan menjadi Sarawak. 5. Asal usul nama Sarawak juga dikaitkan dengan buah nanas. Nanas banyak ditaman di kawasan Bukit Kawa dan dikenali sebagai nanas Sarawak. 6. Oleh sebab itu, kawasan tersebut dinamakan Sarawak sempena nama nanas tersebut. Pentadbiran awal Sarawak. 1. Pentadbiran awal Sarawak terbahagi kepada dua kawasan, iaitu kawasan pesisiran pantai dan kawasan pendalaman. 2. Kawasan pesisiran pantai berada di bawah naungan atau penguasaan Kesultanan Brunei. 3. Di mana Kesultanan Brunei telah mewakilkannya kepada seorang wakil iaitu Pengeran Indera mahkota untuk mentadbir kawasan pesisiran pantai tersebut. 4. Pengeran Indera Mahkota dibantu oleh tiga orang pembesar tempatan iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggong dan Datu Bandar.

Kaum-kaum yang terdapat di Sarawak. 1. Penduduk Sarawak terdiri daripada kaum Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Kenyah, Kelabit, Penan dan Murut. 2. Taburan kaum di Sarawak terbahagi kepada kawasan pesisiran pantai, muara sungai dan pendalaman. 3. Kawasan pesisiran pantai didiami oleh kaum Melayu dan Melanau. Kaum Melayu tinggal di kawasan Kuching, Simanggang, Mukah Sibu, Oya, Tanjung Datu dan Saribas. 4. Kaum Melanau tinggal di Lembah Utara Rajang, Oya, Bintulu dan Mukah. 5. Kaum Iban, Bidayuh dan Kenyah tinggal di kawasan muara sungai. 6. Kaum Bidayuh terdapat di Singgai, Sunagi Kayan dan Sadong. 7. Kaum Iban juga tinggal di Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Rajang dan Sungai Skrang. 8. Kaum Kenyah pula tinggal di kawasan Sungai Baram, Balui, Rajah dan kawasan Ulu Batang. 9. Kaum yang lain pula tinggal di kawasan pedalaman ialah Kaum Kelabit, Penan dan Murut. Kaum kelabit tinggal di Lembah Terusan dan Sungai Baram. 10. Kaum Penan tinggal di Sunagi Rajang dan Kawasan Hutan Baram. 11. Kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak, kawasan Sungai Terusan dan Limbangan pula didiami oleh kaum Murut.

Anda mungkin juga menyukai