Anda di halaman 1dari 4

.

TERJEMAHANNYA:

Tidak syak lagi bahawa sebuah negara amat memerlukan kepada sokongan yang kuat intuk membina dan menjaganya.Sesungguhnya peranan sebuah kehidupan itu berlangsung tanpa henti selagi ada disana kejadian yang bernafas diatas putaran ini. Manusia berkataTiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruhnya.Dan kelangsungan hidup itu mestilah diasaskan dengan alam perkahwinan, penyebaran zuriat dan penambahan umat, dari proses ibu mengandungkanjaninnya,melahirkan

anak,membesarkan seterusnya menjadi remaja.Kemudiannya ia menuntut tanggungjawab bagi membina masyarakat yang beriman dan bertaqwa.

Oleh itu maka menjadi kemestian bagi ibu bapa dalam memberi perhatian terhadap anak-anak dalam proses menjaga dan memelihara anak-anak ,dalam proses perkembangan mereka ataupun pendidikan mereka yang tidak akan lari daripada asas-asas atau dasar-dasar yang baik dan mulia terbina daripada akhlak yang terpuji,role model dan contoh teladan yang tinggi serta ,memberikan pendidikan agama yang mencukupi kepada mereka sejak dari kecil.

Maka dengan ini semestinya diadakan satu contoh ikutan yang baik,yang akan menjadi panduan yang baik serta pendidikan yang baik yang

memungkinkan akan lahir satu masyarakat yang terdiri daripada golongan belia remaja yang baik,berkualiti yang mampu mempertahankan umat manusia lain serta membantu dalam mempertahankan dan menolong golongan yang teraniaya/dizalimi.

Pemuda atau belia remaja, merupakan tonggak Negara.Mereka adalah harapan dan pemimpinan masa depan. Merekalah golongan ulamak,pemerintahpemerintah,duta-duta, tentera-tentera, doktor-doktor, jurutera-jurutera, guru-guru, pekerja-pekerja,peniaga,pengilang dan pelbagai bidang lagi.Oleh itu pemuda merpakan cermin kepada bangsa dan Negara serta tamadunnya.

Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab hendaklah memberi keutamaan yang besra terhadap belia remaja kerana merekalah yang merupakan tonggak kepada Negara.Apabila rosak para belia remaja maka akan mundurlah Negara tetapi sebaliknya jika baik dan elok para belia remajanya ,akan bertambahlah kekuatan dan majulah negara tersebut.

Bagi para remaja pula, mereka hendaklah belajar dan bekerja bersungguh-sungguh, juga mereka mesti memahami sebaiknya bahawa tanggungjawab yang harus mereka pikul amatlah besar terhadap Allah taala dan juga masyarakat. Dan jangan para remaja ini mengabaikan keamanan dan

keselamatan Negara yang merupakan salah satu tanggungjawab yang besar.sepertimana kemajuan dan perkembangan kekuatan sessebuah Negara pada masa kini dan akan datang terletak pada sejauh mana keelokan dan praktikal nya para pemuda.Oleh itu untuk mewujudkan satu masyarakat yang kuat,yang berkembag dan maju ,kita memerluakn kepada para remaja yang mempunyai dan memiliki keupayaan serta kemahiran yang tinggi dalam pelbagai lapangan dan bidang pekerjaan.Oleh yang demikian itu,para remaja mestilah bersedia untuk tujuan ini, dengan bekerjasama dengan kerajaan serta pihakpihak yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai