Anda di halaman 1dari 5

Cadangan aktiviti konsep bersepadu 5P

Penggabungjali nan

Penilaian

5 P

Penyerapa n

Penggaya an

Pemuliha n

Penggabungjalinan Fokus : Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Subjek : BM Tema : Keluarga bahagia Tajuk : Keluarga saya Sasaran: Tahun 2 Langkah: Guru memberikan gambar taman permainan dan meminta murid membuat ulasan mengenai gambar tersebut Guru mengarahkan murid membuat ayat tanya berdasarkan gambar . Contoh: Berapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan tersebut? Hasil pembelajaran : Murid dapat membuat ayat berdasarkan gambar.

Penyerapan Fokus : Penyerapan nilai murni Subjek : BM Tema : Keluarga bahagia Tajuk : Keluarga Chibi Sasaran : Tahun 2 Langkah: Guru mengedarkan satu petikan tentang keluarga Chibi kepada murid. Seorang murid membaca petikan sementara murid lain mendengar dan mengecam nilai-nilai yang terdapat dalam cerita tersebut. Murid menyebut semula nilai-nilai murid yang ada dalam cerita yang telah dibaca. Murid membuat ayat tunggal berdasarkan nilai-nilai murni tersebut. Contoh: Kita mesti hormat ibu bapa. Hasil pembelajaran : Murid dapat mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam petikan cerita.

Pemulihan dan Penggayaan Fokus : Kata nama am Subjek : BM Tema : Kata nama Tajuk : Mengenal kata nama am Sasaran: Tahun 2 Langkah : Guru mengajar kata nama am kepada murid. Murid diminta untuk mengenal pasti kata nama am yang terdapat dalam petikan Langkah untuk aktiviti pemulihan : Guru membimbing murid menyesuaikan kata nama am dengan gambar. Guru membimbing murid menulis suku kata yang sesuai berdasarkan gambar. Langkah untuk aktiviti penggayaan : Murid membina dan menulis ayat berdasarkan kata nama am yang diberi. Murid mengisi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai. Hasil pembelajaran : Murid dapat mengenal pasti kata nama am

Penilaian Fokus : Murid diberi lembaran kerja untuk melengkapkan cerita mengikut kreativiti sendiri Subjek : BM Tema : Jati diri Tajuk : Sikap bergotong-royong Sasaran: Tahun 2 Langkah: Guru memaparkan video gotong-royong kepada murid Murid mengenal pasti aktiviti yang dipaparkan melalui tayangan slaid Murid bersoal jawab tentang suasana gotong-royong tersebut Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan frasa menjadi ayat yang betul Hasil pembelajaran : Murid dapat membina ayat yang betul.