Anda di halaman 1dari 64

KANDUNGAN

PENGHARGAAN...............................................................................................................2 OBJEKTIF...........................................................................................................................4 JADUAL LATIHAN...........................................................................................................5 LATAR BELAKANG FIRMA............................................................................................6 Pengenalan.......................................................................................................................6 Matlamat..........................................................................................................................8 Pentadbiran Dan Pengurusan...........................................................................................9 Kakitangan Tetap ......................................................................................................................................9 Kakitangan Sokongan................................................................................................10 Carta Organisasi.............................................................................................................11 Strategi Pemasaran.........................................................................................................12 Program dan Kursus Yang Ditawarkan.........................................................................14 Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)...............................................................14 Kursus Peringkat Diploma.........................................................................................16 Latihan dan Kursus Profesional.................................................................................16 Kemudahan Fizikal dan Peralatan.................................................................................17 Kesimpulan....................................................................................................................20 RINGKASAN KERJA.......................................................................................................21 LAPORAN KERJA...........................................................................................................22 Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer...................................22 Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer............................................24 Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)..................................27 Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)...................................30 Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)....................................33 Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)...............................36 Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)...............................................39 Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej...............................................................42 Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 1)......................45 Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 2)....................48 Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori..........................................51 Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan..................................54 Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian Komputer......................57 CADANGAN DAN KOMEN..........................................................................................62 KESIMPULAN..................................................................................................................63

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri, menyiapkan penulisan laporan ini dan seterusnya melayakkan saya untuk menerima diploma. Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohaizi Bin Mohamad, Pengurusi Geomatika yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Aisha Rozaida yang dengan sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Saidah Binti Mohamed, Penyelaras Program Kerjasama UTM-EDI yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program Latihan Industri ini, dan tidak lupa juga kepada Cik Rosmaini Bt Sulaiman, Penyelia Latihan Industri yang juga telah banyak membantu menguruskan hal-ehwal latihan industri.

Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada penyarah-penyarah, staf-staf EDI serta individu-individu yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti pengajian saya selama 3 tahun dalam kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di EDI. Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Azhar Bin Shariff dan Hamidah Bt Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Zuwairiie Bin Serajudin yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini. Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohamad Azri Azhar April 2003

OBJEKTIF
Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa tentang berbagai-bagai aspek dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Komputer, Pengurusan Teknologi, Penilaian dan Ukur Tanah serta peranannya dalam masyarakat. Objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut: 1. Untuk membolehkan siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas. 2. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek. 3. Seperti yang diketahui bahawa kerja-kerja Kejuruteraan dan Pengurusan tidak

selalunya didasarkan kepada kerja-kerja pejabat sahaja tetapi melibatkan kerja-kerja di tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat mencabar. Maka adalah diharapkan bahawa latihan ini mendedahkan tapak yang sebenarnya. 4. Untuk mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat

latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut. 5. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan. 4

JADUAL LATIHAN
Tarikh mula latihan industri: 6 Januari 2003 Tarikh tamat latihan industri: 19 April 2003 Waktu kerja: 8.30 AM sehinnga 5.45 PM Waktu rehat: 1.00 PM sehingga 2.00 PM Cuti: Sabtu dan Ahad Tarikh penyerahan markah Latihan Industri kepada penyelia: 25 April 2003

LATAR BELAKANG FIRMA


Pengenalan
Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah pemilik kepada Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. (Kod Pusat L00632) yang beralamat di 11-G, Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek, 54200 Kuala Lumpur. Pusat ini adalah pelopor tunggal Pusat Latihan dalam teknologi Geomatik. Ia diwujudkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri kita iaitu mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 jawatan dalam bidang ini menjelang tahun 2010. Ini kerana, IPTA sedia ada hanya mampu melahirkan 150 pelajar setiap tahun dalam bidang ini untuk peringkat Ijazah dan Sarjana. Manakala untuk peringkat Diploma dan Sijil adalah terlalu berkurangan. Kini Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang menjalankan program pendidikan dengan usahasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dalam kursus Pembantu Luar Ukur Tanah-Kejuruteraan (Kejuruteraan Sains Geoinformasi). Pusat ini pada asalnya ditubuhkan dengan nama Center of excellence for Geographical Information System (CEGIS), yang mana ia menyediakan latihan dan kursus profesional kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Bertitik-tolak daripada sambutan menggalakkan terhadap latihan dan kursus yang dianjurkan, maka terhasilnya idea untuk membangunkan satu Pusat Latihan yang menjurus ke arah bidang pendidikan yang lebih meluas iaitu Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. "Menyediakan pendidikan dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, produktif dan relevan dengan perkembangan teknologi serta keperluan pembangunan sektor ekonomi negara" Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh Hj. Mohaizi Bin Mohamad, bekas Pegawai Kanan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang telah berkhidmat 6

dengan kerajaan selama 19 tahun. Semasa berkhidmat dengan kerajaan, beliau telah pernah menjawat jawatan Pengarah Latihan dan R&D selama 5 tahun. Beliau juga adalah pengasas pembangunan Institut Latihan Ukur dan Tanah (INSTUN), Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang sedang beroperasi sekarang. Berbekalkan ilmu teknologi yang terkini dan pengalaman latihan dan pendidikan selama 5 tahun dengan kerajaan, beliau berjati diri untuk menubuhkan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. Geomatika Technology Sdn. Bhd. mempunyai Modal Berbayar sebanyak

RM5,000,000.00 dan Modal Dibenarkan sebanyak RM5,000,000.00. Disertakan bersama senarai Ahli Lembaga Pengarah Geomatika Technology Sdn. Bhd. (Borang 24 dan Borang 49 seperti di Lampiran 1). Geomatika Technology Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang memiliki kekuatan dalam bidang Geomatik. Ia menjalankan pelbagai perkhidmatan dengan menggunakan peralatan dan perisian terkini. Berdasarkan kepada faktor tersebut juga, Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan. Ia bertujuan untuk mengembangkan kepakaran serta pengetahuan, di samping memanfaatkan peralatan dan perisian yang dimiliki.

Matlamat
Penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah berteraskan kepada beberapa objektif berikut: Objektif utama penubuhan adalah untuk mengisi kekurangan tenaga kerja mahir terutama bumiputera dalam bidang Geomatik iaitu Pemetaan, Kartografi, Geologi, Fotogrametri, GIS, Gambarfoto Udara, Remote Sensing, Ukur Kejuruteraan, Hidrografi, Radargrammetry, Geosains, Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Perancangan, GPS, dan Web GIS, di samping bidang ICT iaitu Sistem Komputer, ecommerce, e-business, Komunikasi, Security dan Keusahawanan. Memberi peluang kepada para pelajar supaya senang diserap ke syarikat swasta yang memerlukan pekerja berkemahiran dalam melaksanakan projek-projek menggunakan perkakasan dan perisian terkini. Ini kerana kurikulum yang digunapakai di Pusat ini adalah berorientasikan 70% kemahiran (competency) dan 30% pendidikan. Perkembangan bidang ekonomi dan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun di negara ini menjadi satu titik tolak kepada penubuhan Pusat ini. Menyediakan program-program pendidikan tinggi dan latihan-latihan kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan negara. Menyediakan peluang kepada belia-belia lepasan sekolah dalam pendidikan tinggi dan latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan pembangunan sektor-sektor ekonomi negara. Menyediakan peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran berterusan kepada tenaga kerja bagi peningkatan kemahiran, pengetahuan, produktiviti dan inovatif mereka sejajar dengan arus perkembangan dan pembangunan teknologi. 8

Pentadbiran Dan Pengurusan


Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terdiri daripada kakitangan tetap dan kakitangan sokongan seperti berikut (struktur organisasi keseluruhan seperti di Lampiran 2) :

Kakitangan Tetap

Tuan Hj.Mohaizi Bin.Mohamad Puan Maraton Binti.Hj.Yahya - Sarjana Muda Ekonomi (Gunaan), UM - Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UKM Puan Marzaroten Bt.Hj Yahya - Sarjana Muda in Quantity Survey,UK - Diploma in QuantitySurvey,UTM Cik Nurmiza Bt Ahmed Zulkifli - Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM Cik Aisha Rozaida bt. Mohd Ridzuan - Sarjana Muda Sains in Computing and Information Systems, NCC London Guildhall University En. Mohd Suhairi b. Saad Ali - Sarjana Muda in Built Environment and Mapping Science, University of Luton, Bedfordshine, England Cik Emilia Bt. Md. Noah - Diploma Sains Komputer, UTM

CEO Pengetua

Pengurus MLVK Penolong ketua/Pengurusan/ Unit Kurikulum

Pendaftar/Pengurusan

UnitPembangunan/ Tenaga Pengajar

Unit Pembangunan

Kakitangan Sokongan

En. Saheran b. Jasmani - Diploma Ukur Tanah, UTM En. Zuhairy b. Ibrahim - Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM En. Ivin Amri b. Musliman - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Cik Mohrini bt. Suaidi - Diploma Ukur Tanah, UTM Cik Siti Nazwatul Farha bt. Idris - Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM Cik Zamzarina bt. Ali - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Cik Kam Haryatie bt. Abdul Mutalib - Sarjana Muda Sains (Komputer), UPM Cik Norhaizum Fazira bt. Mohd Yusuf - Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM Cik Nurhanim bt. Baba - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Puan Erni Yusniza - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Puan Rodziah bt. Puteh Shaari - Sarjana Muda in Information Technology Swansea Institute of Higher Learning, UK

Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar

10

Carta Organisasi

11

Strategi Pemasaran
Sebagai sebuah Pusat Latihan yang bertujuan melahirkan para pelajar yang berketerampilan dan berpengetahuan tinggi, Pihak kami bertanggungjawab untuk memasarkan kursus yang ditawarkan khasnya dan Pusat ini sendiri amnya. Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai belia lepasan Sekolah Menengah agar berminat untuk melanjutkan pengajian dengan menyertai kursus yang ditawarkan di Pusat ini. Strategi pemasaran yang dilaksanakan juga adalah mengambilkira faktor perkembangan sektor-sektor ekonomi negara serta kajian pasaran terhadap peningkatan tenaga kerja yang meluas dalam bidang Geomatik dan ICT Berikut disertakan Jadual Unjuran Tenaga Kerja bagi bidang Geomatik dan ICT sehingga tahun 2010. 2002 Sijil Diploma Ijazah Jumlah 600 1000 400 2000 2003 1000 1200 500 2700 2004 1500 1400 600 3500 2005 2000 1600 700 4300 2006 2500 1800 800 5100 2007 3000 2000 900 5900 2008 3500 2200 1000 6700 2009 4000 2400 1100 7500 2010 4500 2600 1200 8300 Jumlah 22,600 16,200 7,200 46,000

Berdasarkan kepada Jadual Unjuran di atas, didapati negara memerlukan tenaga kerja yang tinggi dalam kedua-dua bidang bagi kesemua peringkat. Peningkatan keperluan negara terhadap tenaga kerja adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut : Perkembangan berterusan dalam sektor-sektor ekonomi negara termasuk pembinaan, perindustrian, perkhidmatan, keselamatan dan politik. Perkembangan teknologi ICT di mana Malaysia mempunyai MSC, Satelit TiungSAT1 dan MEASAT, MACRES, Balai Cerap (Planetarium) dan sebagainya.

12

Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bagi membentuk satu masyarakat dan negara yang berteknologi tinggi. Memandangkan peningkatan yang memberangsangkan, maka Pusat ini berhasrat supaya penubuhannya dapat memenuhi keperluan negara. Antara strategi pemasaran yang dijalankan adalah : Menawarkan kursus yang mempunyai permintaan pekerjaan tinggi di pasaran dengan menyediakan kemudahan yang bersesuaian. Mengiklankan kursus yang ditawarkan di akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia dan New Straits Time (ruangan Bits and Bytes) setiap sesi pengambilan dibuka. Melantik agen yang berkelayakan untuk mendapatkan pelajar. Mendapatkan senarai nama pelajar lepasan Sekolah Menengah dari semua sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.untuk dibuat sampling bagi tujuan penghantaran surat jemputan mengikuti kursus yang ditawarkan. Menghantar risalah ke sekolah dan rumah. Mengadakan sesi dialog (bengkel) kerjaya bersama kaunselor di sekolah menengah untuk mempromosikan dan memberi pendedahan berkaitan kursus yang ditawarkan. Menawarkan insentif kepada pelajar-pelajar sedia ada untuk membawa rakan atau saudara mengikuti kursus di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.

13

Program dan Kursus Yang Ditawarkan


Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK) Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang menjalankan kursus dengan usahasama MLVK di peringkat Sijil beorientasikan kemahiran bagi lepasan SPM iaitu Pembantu Luar Ukur Tanah - Kejuruteraan (sedang diusahakan penukaran nama baru kepada Kejuruteraan Sains Geoinformasi) selama 13 bulan. Kursus ini telahpun bermula pada 27 Mei 2002 bagi pengambilan sesi pertama dan pengambilan sesi kedua pada bulan September 2002. Kursus yang ditawarkan ini terdiri daripada bidang-bidang seperti : Kejuruteraan Geomatik Merupakan satu bidang pengukuran bagi sesuatu kawasan dan pengumpulan data-data di lapangan (field data collection). Ia melibatkan proses mendapatkan jarak, ketinggian dan arah (sudut) di sesuatu kawasan. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi memetakan atau penyediaan pelan kedudukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, ukur hakmilik, ukur kadaster (lot) dan ukur pengesanan utiliti bawah tanah (underground detection). Penekanan diberikan kepada penggunaan alat pengukuran dan perisian terkini bagi menghasilkan maklumat daripada data-data yang telah dicerap di lapangan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) Merupakan satu bidang melibatkan sistem berasaskan komputer yang direkabentuk untuk menguruskan perancangan data-data yang berkaitan dengan gunatanah secara sempurna bagi tujuan membolehkan pembangunan strategik bagi sesuatu kawasan.

14

Sistem ini bertindak sebagai alat untuk menyokong perolehan, penyimpanan, pengolahan dan penganalisaan data-data tersebut bagi tujuan pemaparan senariosenario pembangunan gunatanah secara digital. Penekanan diberikan kepada penggunaan perisian terkini bagi mengendalikan kerjakerja yang melibatkan aktiviti-aktiviti gunatanah. Penderiaan Jauh (Remote Sensing) Merupakan satu bidang sains dan teknologi angkasa lepas yang melibatkan pengumpulan, pengolahan dan analisis data-data saintifik mengenai atmosfera dan permukaan bumi dengan bantuan alat penderia yang diletakkan pada kapal angkasa atau satelit. Data-data (segmen angkasa lepas) yang dikumpulkan oleh penderia akan dihantar ke stesen penerima bumi (segmen bumi) untuk pemprosesan selanjutnya bagi menghasilkan maklumat yang berguna untuk pelbagai tujuan saintifik (segmen pengguna). Teknologi Penderiaan Jauh merangkumi tiga komponen utama iaitu; o Segmen angkasa lepas o Segmen bumi o Segmen pengguna. Penekanan diberikan kepada pemprosesan data-data menggunakan perisian terkini untuk mengeluarkan maklumat-maklumat saintifik yang berguna di dalam bidang aplikasi seperti kejuruteraan, pemetaan, pengurusan sumber alam, alam sekitar dan perancangan strategik (ketenteraan).

15

Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. juga akan menawarkan beberapa kursus tambahan (selain dari kursus V-010-3), yang mana sedang diusahakan pentauliahan dari MLVK Yuran Pengajian adalah melalui pinjaman yang boleh dipohon oleh pelajar dari Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber. Pinjaman akan dibayar semula setelah 6 bulan tamat pengajian atau sebaik sahaja mendapat kerja

Kursus Peringkat Diploma Selain dari itu, Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. akan turut menawarkan kursuskursus di peringkat Diploma seperti : Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Pengajian Perniagaan Kejuruteraan Ukur dan GPS Sistem Maklumat Geografi (GIS) Penderiaan Jauh (Remote Sensing)

Latihan dan Kursus Profesional Selain daripada menawarkan Kursus Peringkat Sijil dan Diploma, Pusat ini juga masih terus menawarkan latihan dan kursus profesional kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Kursus dan Latihan ini lebih menjurus kepada bidang GIS, Remote Sensing dan Geomatik dengan metodologi serta pengisian yang efektif.

16

Kemudahan Fizikal dan Peralatan


Premis lokasi Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terletak di kawasan Pusat Perniagaan Jelatek yang mana ia merupakan satu kedudukan yang strategik dari aspek keselamatan dan kemudahan asas. Dari aspek keselamatan, terdapat sebuah Balai Polis mini berhampiran yang akan memudahkan laporan dirujuk sekiranya berlaku sebarang kejadian kecurian, kemalangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kes jenayah. Beberapa kemudahan asas yang terdapat di sekitar Premis adalah seperti: Stesen LRT, perhentian bas dan teksi Surau dan masjid Bank Klinik. Stesen minyak. Pejabat Pos mini. Gerai makan. Kedai buku dan alatulis. Pusat Internet dan Multimedia. Taman permainan dan rekreasi. Kemudahan yang disediakan di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. dikategorikan seperti berikut: 1 Bilik Kuliah / Bilik Seminar Korporat o Merupakan bilik untuk diadakan kuliah yang tidak melibatkan penggunaan komputer. o Boleh menempatkan 30 orang pelajar dalam satu masa.

17

3 Bilik/Makmal Komputer o o Merupakan bilik/makmal yang dilengkapi komputer untuk kegunaan setiap pelajar. Terdapat 1 bilik/makmal yang boleh menempatkan 40 orang pelajar dan 2 bilik/makmal yang boleh menempatkan 30 orang pelajar setiap bilik/makmal. 1 Bilik Multimedia / Perpustakaan o Merupakan bilik rujukan bagi pelajar, yang mana terdapat pelbagai buku dan bahan rujukan bersesuaian. Ia juga merupakan bilik di mana Latihan dan Kursus Profesional dijalankan. 1 Bilik Pengetua dan 1 Bilik Timbalan Pengetua. 1 Bilik Tenaga Pengajar o Menempatkan 3 orang tenaga pengajar. 1 Ruang Pentadbiran o o 1 Bilik Stor Merupakan bahagian Pentadbiran dikendalikan. Menempatkan Pendaftar dan Kerani.

Kelengkapan/Kemudahan/Peralatan yang diperolehi dari Pihak Luar : Kelengkapan/kemudahan/peralatan lain yang bersesuaian akan dibeli dari semasa ke semasa mengikut keperluan kursus yang dilaksanakan. Pusat ini juga bercadang untuk mendapatkan khidmat dan bantuan dari beberapa pihak luar untuk tujuan meminjam,

18

menggunakan atau membeli kelengkapan, kemudahan dan peralatan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan kursus. Berikut adalah senarai peralatan yang disediakan: Komputer Pentium 4 A4 Digitising Tablet Plotter Laser Printer Scanner Mesin Fotostat Mesin Faks Telefon Server Total Station Digital Camera/Video GPS Leica & NAVCOM PenBase Computer TDS Logger Laser Ace 300 Locator 100 unit 30 unit 1 unit 1 unit 1 unit 1 unit 1 unit 8 unit 1 unit 5 unit 2 unit 2 unit 2 unit 2 unit 2 unit 2 unit

19

Kesimpulan
Berdasarkan kepada beberapa objektif penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. yang dibuat merujuk kepada kajian pasaran semasa, Pihak kami berharap agar kursus-kursus yang ditawarkan bersesuaian dan bertepatan dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan sektor-sektor ekonomi negara. Pihak kami juga berhasrat dapat melahirkan dan seterusnya mengisi kekurangan tenaga kerja mahir terutama bumiputera yang berilmu, berpengetahuan dan berketerampilan tinggi. Diharapkan juga dengan penubuhan Pusat ini dapat memenuhi seruan kerajaan dan negara iaitu Pihak swasta terus memainkan peranan dalam bidang pendidikan serta latihan agar semakin maju dan berkembang selaras dengan era globalisasi.

20

RINGKASAN KERJA
Tugas saya di sini merupakan sebagai pembangun dan penyelaras sistem, rekabentuk dan juga pembantu teknikal di mana segala kerja-kerja berkenaan teknologi maklumat, multimedia, membaiki peralatan komputer dan perkakasan teknologi maklumat, membangunkan sistem untuk syarikat dan mengawal segala peralatan komputer dan makmal komputer adalah di bawah bidang tugasan saya. Tugasan saya merangkumi kerja-kerja membangunkan sistem pangkalan data menggunakan Microsoft Access dan Microsoft Visual Basic. Selain itu saya juga mereka bentuk laman web, brochure, logo kerja-kerja teknikal di mana saya perlu mengawal serta menjaga perkakasan-perkakasan komputer dan keperluan makmal komputer di organisasi ini dari semasa ke semasa dan juga membangunkan sistem untuk kegunaan kolej tersebut. Saya menjalankan tugasan saya bersama-sama dengan rakan sejawat di bawah pengawasan juruteknik komputer yang bertugas di Geomatika. Oleh kerana ini merupakan pusat yang baru, maka kadang kala saya terpaksa bertugas di bawah bidang pentadbiran. Walaupun begitu ianya tetap merangkumi bidang yang saya ceburi iaitu Sains Komputer (Teknologi Maklumat)

21

LAPORAN KERJA
Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer.
Tugas pertama saya semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja, membaik pulih perkakasan dan perisian komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila perlu, sebagai contoh, apabila komputer pekerja atau pelajar mengalami masalah, kolej membuka makmal komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang (install) semula sistem operasinya kembali. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah:

Cara untuk memformat sebuah cakera keras yang sudahpun ada perisiannya. Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan pemacu C:, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format dengan menaip FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya terkandung di dalam disket startup (ataupun boot / system) serta dalam direktori c:\dos ataupun c:\windows\command. Tetapi awas, kerana semua data yang ada di dalamnya akan dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting ke dalam disket terlebih dahulu.

Cara jika hendak memformat sebuah cakera keras yang baru (belum digunakan). Untuk memformat sebuah cakera keras yang belum pernah digunakan, apa yang dilakukan dilakukan adalah dengan memasangnya ke komputer, kemudiannya hidupkan komputer tersebut menggunakan disket `startup' dan seterusnya jalankan program atau arahan FDISK dari prom A:\>. Gunakan FDISK untuk mencipta partisi DOS (Create DOS Partition) yang utama ataupun yang tambahan (extended). Seterusnya komputer 22

akan mengarahkan anda supaya mengulang-hidup (reboot). Kemudian gunakan disket startup itu sekali lagi untuk memformatnya seperti jawapan di atas

Gambar di atas menunjukkan salah satu makmal komputer yang di baik pulih semasa Latihan Industri. Selain itu kerja-kerja membaiki komputer juga dijalankan di pejabat pengurusan.

23

Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer


Untuk menjimatkan kos, syarikat menghendaki saya untuk memasang komponenkomponen komputer dengan sendiri. Komputer-komputer tidak dibeli secara lengkap, sebaliknya dibeli berasingan dan memasangnya dengan sendiri.

Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-langkah berikut dilakukan: Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper", sesuai dengan yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik "jumper" penghubung antara pin yang ada pada motherboard pindahkan pada posisi lain yang menghubungkan sebuah kaki pin dengan kaki pin lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan (manual) papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang akan

24

dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan dengan mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali dengna papan utama. Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis processor yang akan anda pasang. Pemasangan posisi "jumper" memungkinkan motherboard memberikan listrik yang tepat dan sesuai dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak. Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus ditempatkan sesuai dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak boleh terbalik). Tangkai pengunci yang biasanya terdapat disisi soket processor dikunci. Kod titik atau sisi processor dengan bentuk miring merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang pada bagian slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor) rosak. RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya berlekuk harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik, maka memori akan susah untuk dimasukan. Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing), pengait plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang terdapat pada papan utama (motherboard). Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada pada sumber kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika jenis papan induk adalab ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut dipasang pada slot kuasa ATX yang terdapat pada papan utama tersebut. Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM dipasang pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU, kedudukannya dikuatkan dengan berhati-hati. 25

Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD ROM disambungkan. Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu disket dan pemacu CDROM disambungkan . Kabel ini berfungsi untuk menghubungkan peralatan tersebut ke papan utama. Sisi kabel berwarna merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu. Jika terbalik, komputer tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan peralatan-peralatan tersebut. Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan, begitu juga dengan kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan kabel dari pemacu CDROM ke slot IDE nombor 2. Kabel berwarna merah harus menepati kaki nombor satu pada tiap slot. Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus ditempatkan pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI, ianya harus ditempatkan pada slot PCI. Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat pada papan utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel penghubung suara (speaker) dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang ada pada papan utama (motherboard). Biasanya ditulis dengan kod LS. Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang.

26

Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)


Saya juga ditugaskan untuk merekabentuk risalah atau brosur (brochure) yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai kursus yang ditawarkan oleh kolej tersebut. Risalah pertama yang harus disiapkan adalah mengenai kursus Multimedia ArtisPengarangan dan Perekabentuk Artis-Pengarangan. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

27

Brochure artis pengarangan.

28

--------

29

Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)


Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Takbir Sistem Maklumat dan Penyelia Takbir Sistem Maklumat. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

30

Brochure sistem makluamu

31

---

32

Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)


Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer dan Juruteknik Sistem Komputer Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

33

Brochure sistem komputer

34

-----------

35

Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)


Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Luar Ukur Tanah. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

36

Pembantu luar ukur tanah

37

---------

38

Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)


Risalah (brochure) seterusnya adalah mengubahsuai kesemua risalah-risalah yang telah dibuat ke bentuk tidak berwarna (hitam putih). Ia akan digunakan mengikut kesesuaian dan untuk menjimatkan kos. Disebabkan kesemua risalah tersebut adalah sama, cuma satu contoh sahaja akan dipaparkan. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah:

Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.

39

Brochure hitam putih

40

----------

41

Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej


Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web kolej. Melalui laman web ini, orang ramai khususnya para lepasan SPM boleh mengunjunginya untuk mengetahui mengenai kolej, kemudahan-kemudahan yang ada, hal-ehwal pinjaman, aktiviti kolej, pendaftaran, dan sebagainya. Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/ Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver Grafik: Adobe Photoshop 7 Animasi: Adobe ImageReady 7 Scripting: Javascript Gambaran muka hadapan:

42

Gambaran laman web pada halaman seterusnya:

43

Gambaran seterusnya:

44

Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 1)


Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web ibu pejabat syarikat. Melalui laman web tersebut, orang ramai boleh mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui maklumat mengenai syarikat, perkembangan terkini, maklumat pekerja, kepakaran syarikat dan sebagainya. Alamat laman web: http://www.geomatika.com.my/ ( Tidak sempat upload ) Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver Grafik: Adobe Photoshop 7 Gambaran muka hadapan:

45

Gambaran halaman seterusnya:

46

Gambaran halam seterusnya:

47

Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 2)


Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/ Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver Grafik: Adobe Photoshop 7 Animasi: Adobe ImageReady 7 Scripting: Javascript Gambaran muka hadapan:

48

Gambaran halaman seterusnya:

49

Gambaran halaman seterusnya:

50

Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori


Kerja yang perlu disiapkan seterusnya adalah membangunkan suatu sistem pangkala data, ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Ianya dikenali sebagai Geomatika Inventory Management System. Ia digunakan untuk merekod segala peralantan yang terdapat di pejabat bagi tujuan penyemakkan. Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6 Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted) Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut:

51

Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh orang yang tidak berkenaan.

Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem:

52

Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan segala peralantan atau inventori yang ada bagi memudahkan proses pengurusan dan penyelenggaraan. Pengguna boleh menambah (add), hapus (delete), batal (undo), dan sebagainya. Ianya amat mudah digunakan dan mesra pengguna.

53

Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan


Tugasan seterusnya adalah membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan atau lebih dikenali sebagai Geomatika Library Management System. Ia dibangunkan bagi merekodkan buku-buku yang ada di perpustakaan dan menguruskan para peminjam buku bagi mengelakkan kehilangan dan kecurian. Antaramuka yang digunakan adalah sama dengan antaramuka sistem sebelum ini bagi memudahkan pengguna mengadaptasi sistem yang baru. Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6 Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted) Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut:

54

Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh orang yang tidak berkenaan.

Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem:

55

Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan buku-buku yang ada dan memasukkan senarai nama peminjam, tarikh pinjam, tarikh pulang dan sebagainya. Peminjam yang lambat akan dikenakan denda dan sebagainya.

56

Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian Komputer


Saya juga dikehendaki untuk menjalankan kerja-kerja merekabentuk dan membangunkan rangkaian komputer di makmal kolej yang mempunyai 9 buah komputer. Perkakasan-perkakasan yang digunakan adalah seperti berikut: Switch

Hub/Switch digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam kabinet rangkaian dan mempunyai sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih dahulu.

57

Unshielded Twisted Pair (UTP Cat 5) Cable

UTP (10 BaseT) cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih "reliable" jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki "data errors" dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian "down" jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network "down" hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak) Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.

58

RJ 45

RJ 45 connector biasanya digunakan untuk network cabling dan aplikasi telefon. Ianya juga digunakan untuk serial connection bagi kes-kes tertentu. Walaupun ianya mempunyai pelbagai kegunaan, RJ-45 connector paling banyak digunakan untuk 10 Base T dan 100 Base TX Ethernet connection.

59

Network Interface Card (NIC)

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang tertentu.

Modem ADSL

Modem berkelajuan tinggi untuk kegunaan rangkaian, ia menggunakan teknologi ADSL yang menampung servis-servis seperti Streamyx, Time Broadband, Maxis Broadband dan sebagainya. 60

Topologi yang digunakan adalah topologi bintang (Star)

Ringkasan rangkaian setempat makmal komputer tersebut adalah seperti berikut:

61

CADANGAN DAN KOMEN


Latihan industri yang dijalani benar-benar telah membuka pandangan mengenai alam pekerjaan sebenar. ini kerana ia telah: Menyedarkan kepentingan latihan industri Membantu pelatih menghayati realiti kehidupan di alam pekerjaan Memberi pengalaman dan pengetahuan terhadap operasi dan perlaksanaan yang sebenar dalam realiti pekerjaan. Memanfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari dan organisasi mengenai bagaimana organisasi beroperasi. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan prosedur kerja. Memberi keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang. Memberikan peluang untuk meluaskan kemahiran serta pengetahuan yang dipelajari di tempat latihan.

Tetapi beberapa kelemahan perlu diatas: Pelajar sepatutnya tidak disuruh membuat kerja-kerja office boy seperti menghantar surat, pergi ke bank dan sebagainya. Elaun yang diberi tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Pelajar digunakan secukup-cukupnya oleh majikan. Pelajar seharusnya diberikan tunjuk ajar oleh majikan, bukannya menyerahkan kerja tersebut bulat-bulat dan menggesa supaya menyiapkannya dengan segara.

62

KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan din dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selokbelok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaranpelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari. Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.

63

Mohamad Azri Bin Azhar. Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara sama ada dengan cara penyampaian lisan, elektroknik, fotokopi, tulisan tangan, mekanik atau cara lain tanpa mendapat izin betulis dari penulis. Semua hakcipta teks dan ilustrasi adalah milik pemegang hakcipta masing-masing. Jika terdapat sebarang pelanggaran hakcipta di dalam teks ini, ianya adalah tidak disengajakan. Jika ini berlaku sila hubungi penulis untuk menukarnya kembali.

Segala kerja-kerja Latihan Industri dan dokumen laporan ini boleh dimuat turun (download) di: http://azri.free.fr/ bermula dari 5 Mei 2003.

Mohamad Azri Bin Azhar. 12.50 PM 24 April 2003.

64

Anda mungkin juga menyukai