Anda di halaman 1dari 2

arikh Masa Tahun Tema Tajuk Fokus Utama:

: 3 April 2012 : 10.35 pagi - 11.35 pagi : 4 Cengal ( 36 orang) : Hargai Warisan Kita : Alat Muzik Tradisional Malaysia

1. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami. Fokus Sampingan: 1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 2. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang dibaca dan didengar. Objektif: Pada akhir pembelajaran murid dapat 1.Menyebutkan lima jenis alat muzik tradisional Malaysia. 2.Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3.Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dan cara penggunaannya. Pengisian Kurikulum: Sistem Bahasa i) Sebutan dan intonasi: Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Tatabahasa : Kata kerja iii) Kosa kata : dipalu, tradisional, digesel Kemahiran bernilai tambah: i)Kecerdasan pelbagai: Linguistik, Interpersonal ii)Kemahiran berfikir : mengesan, menciri iii)Kajian Masa Depan iv)Konstektual Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid Penyerapan ilmu / nilai murni : Pendidikan Muzik, menghargai, baik hati, menghormati Penilaian : Melengkapkan jadual jenis alat muzik dan cara menggunakannya.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: i) Bahan Multimedia: LCD, CD ii) Bahan Bercetak :Poster iii) Bahan Maujud :Kompang Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat alat-alat muzik tradisional seperti kompang.

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN SET INDUKSI (5 minit) 1.Guru menunjukkan kompang dan meminta dua orang murid memalu kompang. 2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan kompang. 3.Guru mengaitkan kompang dengan isi pelajaran. LANGKAH 1 (10 minit) 1. Murid diberikan petikan teks Alat-alat Muzik Tradisional Malaysia. (Lampiran A) 2. Murid membaca petikan dengan nada dan intonasi yang betul secara berkumpulan. 3.Guru meminta murid mengenal pasti jenis alat muzik mengikut kaum serta cara penggunaan. 4.Murid juga diminta menyenaraikan kata kerja yang diperoleh daripada petikan. LANGKAH 2 (10 minit) 1.Guru menayangkan video alat-alat muzik tradisional mengikut kaum di Malaysia. 2.Murid diminta menyebutkan nama alat-alat muzik tradisional mengikut kaum. LANGKAH 3 (15 minit) 1.Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan jenis-jenis dan kegunaan alat muzik. 2.Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan satu alat muzik tradisional serta informasi tentang penggunaannya. 3.Murid lain mendengar dan memberi maklum balas. 4.Kumpulan yang memberikan maklumat yang tepat diberikan markah. LANGKAH 4 (15 minit) 1.Guru mengedarkan lembaran kerja. (Lampiran B) 2.Murid diminta melengkapkan jadual alat-alat muzik dengan maklumat yang betul. 3.Guru berbincang dengan murid berkaitan jawapan yang tepat bagi melengkapkan jadual.

4.Guru meminta murid menuliskan lima ayat lengkap berdasarkan petikan yang telah dibaca. PENUTUP (5 minit) 1.Murid dipertontonkan dengan video alat-alat muzik tradisional. 2.Guru memaklumkan bahawa alat-alat muzik tradisional merupakan warisan negara yang perlu dijaga dan dihargai. 3.Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menegaskan tentang aspek nilai yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.

Anda mungkin juga menyukai