Anda di halaman 1dari 12

Pendidikan Jasmani Kesihatan (T.O.T.A.P.S.

TOTAPS adalah kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa setelah diberi rawatan DRABC.

Prinsip dan Proseur TOTAPS


T O T A P S Talk Observe Touch Active Passive Skill

TALK (Bercakap)
Soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti yang berikut. Apakah yang telah berlaku? Adakah anda berasa sakit? Di bahagian manakah anda berasa sakit? Adakah anda mengambil sebarang ubat? Adakah anda menghidap sebarang alahan?

Soalan-soalan ini boleh membantu kita mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan juga keadaan mangsa. Bercakap dengan si mangsa untuk menenangnya dan juga untuk mendapatkan maklumat tentang peristiwa atau kemalangan yang telah berlaku. Pembantu mula boleh juga mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada rakan simangsa atau penonton yang ada. Jawapan si mangsa membolehkan pembantu mula terus fokus kepada bahagian yang cedera.

Observe (Melihat keadaan)


Beri perhatian kepada penafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang menyekat laluan udara semasa pernafasan. Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada masa yang sama perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucat atau terkejut. Memerhati untuk mengesan tanda-tanda kecederaan. Pembantu mula hendaklah juga memerhati tanda-tanda luka, leba, bengkak, atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang cedera.

Touch (Sentuh)
Melalui sentuhan dapat dirasa keadaan seperti bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak normal bila bahagian yang tidak cedera. Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati-hati. Tujuan utama sentuhan dengan tangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Minimumkan pergerakan pada anggota yang cedera parah

Active (Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera

5.) Passive (Pasif)


Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

Buat penilaian segera mengenai keseluruhan keadaan kecemasan di kawasan tersebut. Atasi punca kecemasan sekiranya masih ada lagi atau pindahkan mangsa daripada keadaan merbahaya . Bertindak secara waspada dan penuh keyakinan Periksa nadi mangsa Periksa pernafasan mangsa Kawal semua bentuk pendarahan Tentukan keadaan kesedaran mangsa Berikan keutamaan kepada kecederaaan-kecederaaan mengikut keparahan Tenangkan mangsa Kendalikan mangsa dengan baik Tanggalkan pakaian mangsa hanya sekiranya perlu Buat persiapan untuk menghantar mangsa ke unit perubatan yang berdekatan.

T.O.T.A.P.S

KUIZ
Soalan 1 : Senaraikan prosedur bantu mula T.O.T.A.P.S.

Soalan 2 : Sebelum memulakan prosedur bantu mula T.O.T.A.P.S, apakah langkah awal yang perlu dilakukan?
Soalan 3 : Sewaktu melakukan prosedur bantu mula T.O.T.A.P.S, pesakit tidak mampu untuk menggerakkan anggota yang tercedera, apakah yang perlu anda lakukan? Soalan 4 : Apakah yang perlu dilakukan sewaktu prosedur OBSERVE?