aliran tertutup dan soalan yang memberi 1 idea percuma dan 3 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon.
Karangan satu aliran boleh ditanya dalam laras Sains dan
laras Sastera
Soalan jenis ini menggunakan idea utama yang dikaitkan dengan isu atau soalan. Kata kunci hadir selepas pernyataan soalan dan lazimnya menggunakan bincangkan, ulaskan dsb.Oleh itu calon perlu memikirkan idea yang lahir berdasarkan idea utama dengan isu/tajuk. Seringkali idea yang difikirkan bersifat khusus atau kecil
Ulasan: Sikap negatif masyarakat ialah idea utama sementara golongan orang kurang upaya yang dipinggirkan merupakan isu./tajuk.Kedua-dua elemen tersebut dikaitkan secara langsung dalam satu ayat dan calon akan memikirkan idea yang relevan berdasarkan dua pernyataan itu. Hal ini bermakna calon perlu memberi idea sampingan berdasarkan idea utama
Contoh idea
masyarakat memandang rendah masyarakat kurang yakin kemampuan masyarakat yang kurang simpati masyarakat yang hanya mementingkan keuntungan
dalam pernyataan pertama. Calon dikehendaki memikirkan 3 idea lain yang setara berdasarkan pernyataan soalan.
Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetuspencetus yang lain. Ulaskan.
Ulasan:
Soalan ini membincangkan punca OKU dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam pernyataan pertama, telah tersedia idea pertama yang wajib diambil oleh calon. Calon hanya memikirkan 3 punca yang lain. Calon yang memberi 4 idea tanpa mengambil idea percuma maka 3 idea sahaja akan diambil kira. Oleh itu kombinasi jawapan ialah 1 + 3.
Contoh idea sikap merendah diri OKU (idea percuma yang wajib diambil) kekurangan latihan dan kemahiran sikap negative masyarakat dasar dan perundangan kerajaan
Karangan 2 aliran
Konsep Soalan 2 aliran memerlukan kombinasi jawapan 2 + 2.. Soalan dua aliran yang mempunyai satu isu/tajuk tetapi mempunyai dua kata kunci Contoh soalan: Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manfaat kepada pengguna. Bincangkan
Ulasan: Soalan ini mempunyai satu isu/tajuk iaitu penggunaan kad kredit tetapi kata kunci soalannya mempunyai dua iaitu menimbulkan masalah dan membawa manafaat. Oleh itu calon perlu memberi dua idea masalah dan dua idea manafaat. Keseimbangan jumlah idea berdasarkan dua kata kunci perlulah dipatuhi (2 + 2)
Contoh idea
Keburukan kad kredit 1.beban hutang 2. berbelanja tanpa kawalan (boros) 3. penggunaan kad yang tidak menyeluruh (terhad)
Kebaikan kad kredit 1.mempunyai cirri-ciri keselamatan 2.memudahkan urusan kaunter 3.dilindungi insuran
Soalan dua aliran yang mempunyai dua isu/tajuk tetapi mempunyai satu kata kunci soalan
Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza tetapi kata kunci yang diajukan dalam soalan mempunyai satu sahaja dan kata kunci yang sama maksudnya.
Contoh soalan
Penggunaan kad kredit membawa impak yang positif, namun penggunaan wang tunai juga tidak dinafikan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bincangkan
Ulasan
Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza
iaitu penggunaan kad kredit dan wang tunai. Namun demikian kata kunci soalan yang mengiringi tajuk mempunyai persamaan walaupun menggunakan istilah yang berbeza.
Kesimpulannya soalan ini berkehendakan calon
memikirkan kebaikan kad kredit dan kebaikan wang tunai. Oleh itu calon perlu membahagikan idea secara seimbang (2 + 2)
Idea
Kebaikan kad kredit selamat mudah dibawa dilindungi insuran Kebaikan wang tunai penggunaan tanpa batasan ruang dan waktu dapat mengatasi masalah boros ketika berbelanja
satu isu/tajuk tetapi mempunyai tiga kata kunci soalan yang berbeza. Oleh itu calon boleh membuat pilihan kombinasi jawapan berdasarkan 1 + 1 + 2 atau 1 + 2 + 1 atau 2 + 1 + 1. Sekiranya calon tidak mematuhi kombonasi jawapan maka dua idea sahaja akan diambil kira.Lazimnya soalan ini berbentuk soalan aliran tertutup
Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada rakyat negara kita yang tidak mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak mendapat nasihat doctor. Bincangkan.
Ulasan
Soalan ini mempunyai tiga pernyataan dan diikuti oleh kata kunci soalan (bincangkan). Calon perlu memikirkan mengapa rakyat Malaysia gemar mengambil makanan suplemen. Calon juga perlu memikirkan mengapa masih ada rakyat yang tidak
mengambil makanan tersebut. Akhir sekali calon juga perlu memikirkan kesan negative pengambilan makanan suplemen..
Idea Mengapa rakyat mengambil makanan suplemen Memulih dan memelihara kesihatan Menyingkirkan toksik dalam badan Meningkatkan tenaga Mengapa terdapat segelintir rakyat tidak mengambilnya Harga yang mahal/pembaziran/kurang kemampuan Tidak memahami/tidak mendapat maklumat Kesan negatif makanan suplemen Keracunan Alahan Merosakkan organ dalaman
dua isu/tajuk yang berbeza. Kata kunci yang diajukan ialah calon dikehendaki membezakan ciri yang dikehendaki tetapi berapaksikan elemen yang sama. Calon yang tidak berpaksikan elemen yang sama ketika membuat perbandingan dianggap menyeleweng
Contoh soalan
Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?
Ulasan
antara kedua-dua isu tetapi perlu membuat perbandingan ciri secara serentak dalam satu perenggan. Begitu juga huraian idea yang diberi mesti menampakkan perbezaan yang amat ketara. Calon yang gagal membuat perbandingan, idea yang diberi mungkin dianggap tidak relevan dan jika hujahan tidak menunjukkan perbandingan maka markah hujahan juga akan menjadi rendah
Idea
Kos (perbelanjaan) Bahasa pengantar Kemudahan prasarana Kursus
IPTS menggunakan kos pengajian yang tinggi sementara kos pengajian di IPTA adalah rendah. Kos pengajian di IPTS tinggi kerana institusi ini mengenakan yuran yang mahal sementara kos pengajian di IPTA rendah kerana yuran yang dikenakan jauh lebih murah. Malahan IPTS mengenakan bayaran tempat tinggal yang mahal sementara IPTA mengenakan bayaran tempat tinggal yang jauh lebih rendah. Tidak ketinggalan juga IPTS berorientasikan keuntungan tetapi IPTA banyak berorientasikan kebajikan. Semua keadaan ini menyebabkan kos pengajian di IPTS lebih mahal berbanding IPTA
Soalan karangan berbentuk peribahasa Konsep Soalan ini dimulakan dengan peribahasa dan diikuti dengan kata kunci soalan serta isu/tajuk
Contoh soalan Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan negara?
Ulasan
Calon dikehendaki mendefinisikan peribahasa yang diberi dan definisi serta huraian peribahasa dianggap idea pertama calon. Kemudian calon dikehendaki mengaitkan maksud peribahasa tersebut dengan isu/tajuk yang diberi. Perkaitan peribahasa dengan isu/tajuk dianggap idea calon. Calon yang tidak memberi definisi peribahasa tetapi hanya mengaitkan peribahasa dengan isu/tajuk maka idea maksima calon ialah tiga sahaja.